AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Tuesday, June 9, 2015

Doa Konvensyen Sukan

Assalamualaikum wrt

Berkhidmat di sektor awam
tidak lari daripada pelbagai anjuran majlis
sekalipun banyak yang berbentuk hiburan
apabila dijemput untuk mengetuai bacaan Doa
aku tidak mampu untuk menolak
kerana di situ ada ruang untuk aku berdakwah
melalui susunan ayat dalam Doa.

suka untuk saya berkongsi bacaan Doa
pada konvensyen sukan peringkat zon tengah
institusi latihan kementerian kesihatan Malaysia
semoga beroleh manfaat.

jika ada tersalah ejaan, sebutan dan bacaan
mohon tegur ya.
terima kasih.



بسم الله الرحمن الرحيم


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 


،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن

،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
KAMI BERMOHON DENGAN SIFAT MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG-MU
ENGKAU BERKATILAH MAJLIS KAMI PADA HARI INI.
MAJLIS KONVENSYEN SUKAN ILKKM PERINGKAT ZON TENGAH 2015
ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DARI PERMULAAN, DIPERTENGAHAN SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
ENGKAU PERKUKUHKANLAH PERPADUAN KAMI MELALUI SEMANGAT KESUKANAN INI.
SESUNGGUHNYA HATI-HATI KAMI BERKUMPUL PADA HARI INI ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN DARI-MU


.doa sihat tubuh badan

YA ALLAH YA WAHAB YA QAWWIY YA RAZAK
SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG BERIMAN YANG KUAT LEBIH ENGKAU CINTAI
,DARIPADA ORANG-ORANG BERIMAN YANG LEMAH,
MAKA YA ALLAH
DENGAN USAHA KAMI MENGANJURKAN KONVENSYEN SUKAN INI
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KESIHATAN TUBUH BADAN
AGAR KAMI KUAT UNTUK BERIBADAT
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KESIHATAN MATA
UNTUK KAMI MELIHAT KEBESARAN CIPTAAN-MU
ENGKAU KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN TELINGA
AGAR KAMI DAPAT MENDENGAR PERINGATAN-PERINGATAN KE ARAH KEBAIKAN



اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .

Tuesday, June 2, 2015

AKU : Cikgu Tuisyen.

Assalamualaikum wrt.

Bacalah,
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Lalu Muhammad SAW
berGURUkan Malaikat Jibril
menyebut Kalam Allah
mulanya bagai anak kecil - menggigil-
dipeluk erat murabbi baginda
sehingga tersebar Islam keseluruh dunia.

Lalu AKU bercita-cita
menjadi guru
menyampaikan ilmu Allah
mulanya dari anak kecil
mendidik dengan kaseh sayang
sehingga mereka berjaya.

AKU bukan guru sekolah kerajaan
hero yang disanjung dan dipandang
AKU : Cikgu Tuisyen
wira tak terdendang
tapi jiwa kami sama sahaja
pendidik anak bangsa.

Cikgu Ariff Islam
Sg. Buloh, Selangor.
H/P : 0111-9765486

Saturday, August 17, 2013

RiNDu iTU iNgaTaN

masa silam itu tak mungkin terulang
makanya TUHAN hadirkan rindu
sebagai tanda ingatan...



rezeki itu bermacam
dan seorang sahabat itu juga adalah rezeki
yg tak akan putus sampai bila bila
semoga sampai ke syurga
~ aameennn...



dan kepada mereka
adik azam, adik hanif, adik aliff asraf, adik rosli, adik erman, adik erry nicolas
mekasih menjadik adik
sekurangnya nanti bila abe dah takde
ade kalian semua utk sedekahkan abe alfatihah...

adik azam

adik haniff

adik erry

adik aliff

adik rosli

adik erman



sepanjang memberi didikan
sepanjang berkongsi kasih sayang
semoga ianya terus berpanjangan...

Sek Men Islam Tahfiz Al-Amin, Teluk Intan


Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Ipoh


Sek Men Paya Pulai,Temerloh


ASDAF selangor
SMK Sri Intan 2011-2012

dan bintang hatiku
...mak...



kalian adalah antara rindu rindu ku..
salam sayang
ariff islam 2013

Sunday, August 4, 2013

SaLaM LebArAn

assalamualaikum wrt...

sepanjang usia 24 tahun
seikhlas hati saya nak mohon banyak2 kemaafan dari mereka ni semua
dan terima kasih kerana berkongsi kasih

sahabat di hati

akromi ismail, bunyamin umar dan hafizuddin mazlan
yg setia dan sedia ada dalam saya kesusahan
halal kan segala makan minum yg kalian berikan
entah bila arep plak yg nak belanja korang kan
biar tuhan saja membalasnya...
mekasih banyak ajar arep tentang kehidupan
dan terima serta sayang diri ini
bilamasa orang lain tak pandang pon

adik2 angkat tersayang
ku azam, haniff abd rahman, aliff asyraf dan Erman
maaf tak dapat jadik abang yg terbaik
cumanya terima kasih sebab sudi jadik adik
abe cuma nak merasa mcmn perasaan jadik seorang ayah aje sebenarnya
kot tak sempat

mekasih yer...mekasih banyak2
mungkin masa sedikit menjarakkan kasih sayang antara kita
tp mekasih sebb pernah buat arep bahagia

selamat hari raya
setulus hati
betol betol
arep nak mintak maaf banyak
pada dosa yg kalian sedar atau tidak
maaf zahir dan batin

ingat arep dalam doa kalian
ariff islam 2013, 26 ramadhan, 4 Ogos.


Saturday, May 26, 2012

KiTa Kan KawAn

aku bukan orang gila
yang hidup bahagia dalam dunia imaginasinya sendiri
~ aku perlukan kawan...

waktu aku kecik-kecik dulu
kawan sepermainan itu jugalah musuh
kalau dah puas berbaik-baik
kami mulalah gaduh-gaduh
sebab itu mak selalu pesan

"jangan tak tegur kawan lebih dari 3 hari yerrr,
nanti tak masuk syurga..."

bila aku masuk sekolah rendah
aku dapat ramai kawan baru
tapi bila dah tamat waktu sekolah
kami semua berpisah
kecuali aku dan kawan-kawan sepermainan aku tadi
sebab itu
kalau dapat sejuta pun kawan baru
aku tak kan pernah lupakan kawan lama

masa aku ke sekolah menengah
kawan-kawan aku ni berpecah kepada beberapa kumpulan
kumpulan A : budak-budak skema
kumpulan B : geng lepak
kumpulan C : suka mengayat
kumpulan D : bla..bla..bla..
kumpulan E : bla...bla..bla..
jadinya aku perlu bijak menilai
bukan bijak untuk memilih kawan
tetapi bijak untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan...

kat universiti pulak
aku jumpa ramai kawan di jalanan
hari ini kami bertegur sapa
hari esok terus tak jumpa-jumpa
di sini juga aku jumpa kawan seperjuangan
mendukung cita-cita yg sama dan bersama
aku jumpa gak kawan sebenar-benarnya kawan
susah atau senang dia tetap ada

masa aku terus berjalab...dan berjalan...
macam-macam kawan bakal aku jumpa
tetapi aku telah belajar satu perkara

tidak ada seorang kawan yang benar-benar sempurna
tetapi ketahuilah
seorang kawan itu akan menyayangimu dengan sesungguhnya...




Tuesday, February 7, 2012

cerpen : KARMA HIDUP



KARMA


Kita selalu ada masa

Untuk bersama dengan orang lain

Untuk berbuat perkara lain

Sehingga kita sering abaikan

Seseorang yang dekat di samping

Yang lebih memerlukan masa kita untuk bersama dengannya…

Kalau boleh aku nak berikan seluruh hidup aku

Untuk orang lain hidup bahagia

Aku sanggup terkorban

Asalkan aku mampu tersenyum melihat mereka gembira

Tapi itulah

Aku Cuma insan biasa-biasa

Aku juga bergantung pada orang lain untuk hidup

Sebab itu aku memerlukan mereka-mereka yang memahami…

Dan, Aku nak satu dunia tahu

Kisah ini….

Nama aku Adam. Orang cakap, itu nama Nabi yang pertama. Entah. Aku Cuma tahu, aku anak haram. Kawan-kawan aku semua tahu. Jiran-jiran aku pun tahu. Orang-orang kampong juga tahu. Dan, semestinya ibu dan ayah aku…TAHU…

“ Dasar anak haram!!! Kalau aku tahu perangai kau macam setan, kecil-kecil aku dah buang dalam longkang…”

Ayat ini yang selalu ayah ingatkan kepada aku, sekalipun aku melakukan kesalahan yang kecil Cuma. Ibu setakat melihat tanpa cuba untuk mempertahankan anak kecil ini. Aku adalah bebanan buat mereka. Anak yang mereka miliki sebelum halal berkahwin…

“oitt…pencuri…pencuri…kejar budak tu..kejar…”

Aku kantoi kali ini. Seusia 15 tahun, aku lari dari rumah dan hidup sebagai gelandangan.


Mencuri adalah salah satu kelangsungan untuk aku meneruskan hidup. Cuma sebungkus nasi lemak. Cuma itu. Dan, sebagai balasan, aku teruk dibelasah tanpa belas. Aku tidak kisah semua itu. Aku juga tidak kisah tubuhku lunyai dihentam. Cuma…aku terkilan. Sebungkus nasi lemak yang aku genggam berterabur di jalan.

“Kenapa adik mencuri?”

Lelaki yang meleraikan keadaan tadi bertanya. Dia memapah aku untuk duduk. Darah yang masih segar mengalir dilapnya dengan sapu tangan. Pertama kali, aku merasakan sebuah kasih sayang dari seseorang.

“ Aku anak haram. Semua orang cakap macam tu. Buat apa aku nak buat baik kalau aku ini asalnya haram.”

“ Adik..kehidupan ini adalah anugerah dari Allah. Anugerah. Tidak ada sesiapa yang meminta untuk dilahirkan, lagi-lagi begini. Itu kehendak Tuhan. Dan, setiap yang datang dari Tuhan itu adalah kebaikan. Cuma, manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Adik tidak bersalah. Jangan menghukum diri adik hanya kerana tanggapan salah masyarakat.”

Dan, kehadiran lelaki itu memulakan kisah baru hari-hari aku…

Nama aku pula Ikhmal. Aku terlebih dahulu mengenali lelaki itu sebelum Adam. Lelaki itu yang pernah aku benci. Lelaki itu yang memisahkan aku dari seorang ibu. Lelaki itu yang dahulunya tidak mahu mengaku aku sebagai anaknya. Ya. Lelaki itu adalah ayah aku.

“ Ayah,pagi ini ada burung-burung berkicauan tak?”

“ Ada nak. Merdu macam biasa. Ikhmal lihat atas dahan sana. Ada sepasang burung…”

“ Saya Nampak ayah. Tapi ayah…bila agaknya saya boleh mendengar suara burung-burung itu?”

Ayah tersenyum sebelum lambat-lambat menggerakkan tangan membuat bahasa isyarat. Aku cuba untuk memahami maksudnya.

“ Anakku, Tuhan memberikan mu sebuah kehidupan. Itu sudah cukup. Tidak mengapa jika kamu tak mampu mendengar. Dan tidak mengapa jika kamu tidak boleh bercakap. Ayah ada untuk bercerita kepada kamu. Apa yang penting, kamu hargailah kehidupan ini yang Tuhan berikan. Dia memilih kamu, bukan burung-burung itu.”



“Terima kasih ayah”

Dan, ayah memeluk aku erat. Entah mengapa, setelah berpisah dengan ibu, ayah betul-betul telah berubah. Tidak lagi marah-marah, tidak lagi mabuk-mabuk dan ayah mula menerima aku seadanya. Menjaga aku seadanya. Tidak seperti ibu, yang pergi tanpa khabar berita. Namun, aku tetap sayangkan ibu. Ayah tidak pernah mengajar aku untuk membenci ibu.

Betul Ikhmal. Adam juga mula belajar untuk mengasihi ibu yang melahirkan Adam. 9 bulan dia menjaga Adam dalam kandungan. Sekalipun Adam seolah-olah tidak wujud baginya, sekurang-kurang ibu memberikan Adam peluang untuk melihat dunia. Peluang kehidupan yang dia berikan ini menidakkan Adam untuk membenci ibu.

Adam. Anak angkat ayah. Aku mulanya cemburu. Kenapa cinta ini perlu dikongsi dengan kehadiran orang lain? Lalu ayah memujuk aku.

“ Ikhmal, kehidupan ini bukan untuk diri sendiri. Hari ini, Ikhmal masih ada ayah. Nanti bila ayah sudah tiada, pada siapa lagi Ikhmal mahu pergi? Ayah mahu Ikhmal terima Adam. Nak, hidup kita ini saling memerlukan…”

Adam tak kisah. Adam boleh terima siapa-siapa sahaja yang mahu terima Adam. Adam tiada sebab untuk memilih. Itu lebih baik dari kehidupan yang lalu. Tetapi ayah….

Ikhmal juga sudah terima Adam. Hubungan kami bagai adik dan abang. Baru Ikhmal mengerti indahnya berkongsi kasih. Tetapi ayah…

Kenapa sesudah ayah menerima kami, ayah buang kami semula?

Ke sini?

“ Rumah Anak-Anak Yatim”


~ Ikhmal masih ada ayah yang boleh jaga Ikhmal…yang boleh kasihkan Ikhmal…yang boleh buat apa sahaja untuk Ikhmal hidup bahagia…tetapi bukan di sini …

~ Kalau ayah tak mahu Adam lagi, hantar Adam ke dunia lama Adam…bukan di sini…

~ Ayah…di sini memang ramai kawan…tapi Ikhmal sunyi…Ikhmal rindukan ‘suara’ ayah yang lahirnya dari hati…

~ Ayah…Adam bukan anak yatim…Adam anak haram!!!

Dua minggu kami di sini. Dua minggu yang berlalu tanpa apa-apa makna. Benar, Adam ada Ikhmal dan Ikhmal ada Adam…tetapi Adam dan Ikhmal perlukan Ayah…


“ Adam…Ikhmal…maafkan ayah…Hidup ayah dah tak lama. Ayah sedang bertarung dengan penyakit Aids. Kritikal. Ayah terima semua ini sebagai karma. Sebuah anugerah hidup yang dulu tidak ayah hargai sebaiknya. Ibu pergi meninggalkan ayah kerana ayah seorang penagih dadah yang tegar. Ikhmal lahir tidak sempurna…itu juga salah ayah. Dan ayah mahu menebus semula kesilapan lalu. Sudikah Ikhmal memberikan ayah ruang untuk pulang itu? Cukup kalau Ikhmal sekadar…memaafkan ayah…dan Adam..ayah tidak mahu melihat kamu seperti ayah yang dulu. Takdir hidup bukan untuk kita terima begitu sahaja, kita perlu perjuangkannya…terima kasih kerana sekian lama susah dan senang berkongsi cerita hidup bersama dengan ayah. Sudah sampai masa, dan ayah yakin…kamu mampu menghadapinya tanpa ayah..anak-anakku…inilah kehidupan…”

Ayah…

Kenapa setiap cerita itu mesti berakhir dengan kehilangan?

~ Sebab… selepas hidup itu adalah kematian…

Adam ~ anak kecil hidup dengan status 'anak haram' pada mata masyarakat
Ikhmal ~ anak istimewa seorang bekas penagih dadah dan pesakit HIV

anda sudi untuk memeluk mereka
setelah aku tiada?

yang baik itu balasannya baik...

Saturday, January 14, 2012

nakalnya saya...

salam alaik

kadang-kadang saya berfikiran nakal
dok termenung sorang-sorang
maka inilah diantaranya yg saya khayalkan tahap citer hindustan...

jengg..jengg...jenggg...

1) Pensyarah ku seksi maut...
selalu ja terdengar keluhan member-member...err...perbualannya tak boleh tersiar di sini yer...sensored punyer...mana taknya...bercakap pasal xley fokus dalam kuliah sebab pakaian pensyarah yg menyeksa mata...hohoho..so apa kata anda bertindak sebegini...hermmm..

pensyarah : Ali,kamu buang tebiat ke hape? undang-undang mana benarkan kamu pakai skirt petak-
petak (kain pelikat) ni datang ke kuliah saya ?

Ali : tapi puan, tak adelah 'skirt petak-petak' saya ni sesingkat skirt puan yg mendedahkan aurat tuh.
Salah ke saya puan?

pensyarah : ini peraturan universiti. Kamu kena patuhi.

Ali : tapi menutup aurat itu hukum Allah yang mula-mula sekali kita kena patuhi.

pensyarah : Itu hak peribadi masing-masing. Saya tahu apa yang saya buat.

Ali : so, same goes to me. Saya bukan cuma tahu tapi saya juga faham apa yang saya buat.

pensyarah : @#$%^&

well...anda berani bertindak begini? Saya pernah ditegur kerana memakai kain pelikat di kawasan kolej perempuan. Ok, fine. Saya terima seadanya tapi saya rasa tidak adil sebab...kenapa budak lelaki yg pakai short pant yg juga ada di situ tidak ditegur?huhhhh...

2) hisap rokok...

Aku : weiii..sedap tak hisap rokok

Dia : ermm...aku tak reti nak kata. Kalau kau nak tahu,cubalah rasa...

Aku : Sebatang rokok kat kedai berapa harganya ehh..

Dia : koman-koman...singgitlah...eh,kalau kau nak,hambik ajer aku punya...nahhh sebatang...

Aku: eh..terima kasih..Aku tak nak rokok kau tapi aku nak duit kau singgit,boleh??

Dia: pulakk..nah singgit..Kau nak buat hape bro?

Aku : Kau tengok eh...macam ni..mula-mula aku gulung-gulung duit KO ni jadik macam rokok,then aku
sumbat kat mulut...pastu aku nyalakan api dan...fuhhh...sedappp jugakkk hisap duit ni
ehhh...layannnn...

Dia : weiii..ko giler ke apa? kalau yer pon nak sindir haku, pakai la duit sendiri..bakar duit orang pulak..

Aku : sama aje kan kalau kau bagi rokok tadi kat aku kan?

Dia : weeiii..ko ni kelakar la weeiii...hisap duit mana ada feeling dan perasaaaannn macam hisap rokokk..

Aku : dah kalau itu caranya yg dapat buat kau sedar, itulah feeling dan perasan aku yg paling bahagia
tau...bakar berjuta ringgit pon aku tak kisah bro...sebab aku sayang Ko...

Dia: err...

iskk iskk iskk...
agak jiwang di situ...

3) member ku kapel

saya : aku rasa nak bela babi la sekor...

Awak : wow..wow...aku harap kau waras geng...babi tuh haram la...budak tadika pon tau, tau...

saya : own ur mine la bro...kau kapel, kuar dating, manja-manja dengan awek ko tuh...ada kau kisah
bila aku nasihatkan?

Awak : Ya Allah...apa kena mengena babi dengan awek aku ni weiii? kot yer pon kau jeles,jangan lah
makan hati sampai nak bela babi...

saya : tak ada mengena konon...budak tadika pon tau lah weiii...berdua-duaan,bersentuhan tangan
dengan bukan muhrim tu haraaammmmm...

Awak : kau jangan nak samakan awek aku dengan babi pulak...berkecai nyawa kau nanti

Saya : weii..ada aku kata ke? Kau sendiri yang buat andaian gitu...so,kau tahu-tahu ajelah
kan...geng,pegang babi tak dosa tau,boleh samak...kau pegang-pegang awek kau,kau dah samak dosa2 kau belom?

Awak: cisss..hambikkkkk kau sebijikkk

errr..gurau ajer...agak2 teguran macam nih berakhir dengan aksi2 keganasan ke tak???herrmmm...

hak hak hakkkk
saja nakal-nakal saya jer...
kuang kuang kuang..
terkena ka brooo?