AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Wednesday, December 22, 2010

SeBEntUk CiNciN

Puas ana cuba mencabut,tapi cincin itu tersangkut dipergelangan jari manis ana yang timbul. Hati ana mula resah dan hadir serik. Lepas nih tak mahu pakai cincin lagi dah...

"Jari kau tuh cacat lar... tak sesuai pakai cincin..tak payah.." seorang sahabat menegur. Kasar...tapi masa itu masih kanak-kanak...bahasa se'lazer' manapun tetap terasa indah...

Peristiwa itu menjadi noktah...dan selepas itu ana tawar hati untuk memakainya lagi...sedangkan hati menangis..aisk..macho apa pakai cincin..erm..lebih dari itu sebenarnya...

Berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik,
"Adalah cincin Rasulullah saw dipakai pada jari ini (dan dia menunjukkan pada jari kelingking kiri) "-hr Muslim.

"Akhi..nah cincin...ana bawa balik dari mekah.." Azlan, sahabat sebilik ana di kolej menghulur sebentuk cincin dengan batu berwarna hijau.

Dan berwarna-warni lah perasaan ana ketika itu...kisah lama dah ana lupa...sebaliknya teruja untuk menghidupkan sunnah meronta-ronta...ana ambik dengan syukur kepada yang Maha Memberi dan terima kasih kepada insan yang memberi...serta merta jugak ana pakai. Kebetulan malam itu ana ada jamuan di surau kolej ke dua...

"eh..mana cincin tadi...err.." nadi ana berdenyut agak luar biasa dari normal...balik dari jamuan tadi,dah sampai kolej baru ana perasan tentang itu...cincin hilang!!!

Ana cuba bertenang dan sabar. Ana menjejaki semula trek perjalanan ana dari titik permulaan hingga ke garis penamat..surau kolej ke dua..tapi hampa...herm...ana tidak senang duduk..hadiah itu terlalu istimewa buat ana..pemberian rakan sebilik,dibawa dari mekah, kaler faverete lagi....

Ana sekadar berdiam diri...kat Hafizudin pun ana tak gitau...dekat Azlan lagi la..kecik hati dia nanti..dan segalanya berlalu untuk beberapa waktu...bila dah rasa sesuai, baru ana ceritakan...hai..dah tak de rezeki...tapi macam dah serik lagi jer nak pakai cincin...

petang tadi...

Ana dah bersiap untuk solat...pakai baju baru (baru basuh maksud ana yer...),smart (dari style pakai la..bukan ana..) dan kemas....kan nak jumpa kekasih...sambil tunggu sahabat ana si Bunyamin tuh mandi,ana selongkar bilik dia kejap..nakal jugak ana nih...ana tengok-tengok almari dia..eh...ada sebentuk cincin larr...subhanallah...lawanyer...batu dia warna koko..kejap-kejap transformer jadik warna gelap..design dia memikat hati..erm..ana dah jatuh cinta la plak kat cincin nih..

"Bun...lawa cincin nih..ayah punya ker?" ana bertanya usai solat berjemaah dengan dia.

"tak lah..Bun punya..kenapa?lawa ker?" isk..lagi ditanya soalan tuh..buat ana lagi rasa tak senang duduk..teringin sangat...nak mintak karang nampak ngada-ngada...lagipun tak elok meminta-minta...Allah tak suka..tak pe la..nanti ana cuba cari sendiri..

"lawa Bun..kat mana beli...Ariff nak beli jugak la...mahal tak...macam mahal jer.." ana mula menyoal siasat. Sebentuk cincin yang sebijik macam tuh perlu dijejak...

"lawa ker..Bun ada satu lagi yang warna hijau..entah kemana dah menghilang..yang tu lagi lawa.." Bun menuju ke almari tadi dan di follow oleh ana. Bun mengenakan cincin itu ke jari dia.

"tak mahal pun.." Dia gitau tapi ana macam tak percaya...macam mahal jer..

"nah pakai.."

hah?nah??betul ke apa yang ana dengar tuh...dia kasi kat ana ker atau ana syok sorang-sorang...

ana ambik dan kenakan kat jari manis...

Ali bin Abi Talib berkata;
"Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu) "- hr Muslim,Tirmizi, Daud dan Nasa'i

"tengok..padan ke tak??" ana menunjukkan jari yang bersarung cincin itu kepada dia dengan tersengeh-sengeh...

"Bun beli seribu..Ariff bayar seratus ajer.." Aii..bergurau pulak dia...tapi masa tuh hati ana bukan pelangi lagi dah..siap ada taman bunga dah..hepi nyer..alhamdulillah..dapat jugak sebentuk cincin..

"mekasih Bun.." ana berlalu dengan senyum maksimum...erm..insyaAllah...cincin yang muat-muat jer jari ana yang bengkak sikit kat pergelangannya akan ana jaga elok-elok..tak mahu menangis kerana kehilangan lagi pulak...

jom pakai cincin..

sunnah...

Thursday, December 16, 2010

HAWA

"Tuan Salam..." gamitan nama itu membuat wajah pemiliknya yang menunduk lemah diangkat ke atas. Doktor Solleh cuba menghadiahkan seukir senyum...biar payah untuk menguntum dalam situasi sukar begini tetapi semoga mekarnya nanti menceriakan hati-hati yang murung.

"Cik Hawa..." pandangan Doktor Solleh beralih pula ke arah berdirinya seorang perempuan yang sedang memegang lembut bahu si suami yang duduk di kerusi,menghadap meja pejabat miliknya. Wajah wanita bernama Hawa itu membeku,tidak dibalas pandangan sekilas doktor muda itu yang masih bujang. Bukan sengaja berlaku sombong...tetapi dalam situasi sekarang...sombong itulah kunci kemaksiatan...ya...kemungkinan maksiat dari fitnah mata yang buta agama.

"Sabarlah...jangan bersedih...Allah sedang menguji dan itu adalah tanda Dia sayang...insyaAllah...ada hikmahnya yang bisa disingkap.." Doktor Salam memujuk kesedihan yang menyelubung suasana. Dia yakin, dua jiwa dihadapannya ini kuat menghadapi kenyataan.

"Jika dah tiada ikhtiar lain...insyaAllah...kami pasrah dan bertawakal..." Salam meluah payah kata-kata itu. Hawa meramas bahu suaminya kala mendengar. Hawa cuba tabah dengan keputusan ujian kemandulan suaminya itu biarpun nanti dia tahu...dia dan suami tidak berupaya untuk memiliki anak kandung.

sejauh mana pun aku berlari...
mahu untuk meninggalkan pergi..
andai itu adalah takdir..
tetapkan jua menghadapi..

dan sehebat manapun aku mencuba
menjadikan angan itu kenyataan
terlalu obsesi untuk mendapatkan
jika ia bukan suratan
harapan sekadar tinggal impian...




"Subhanallah Abang...comelnya anak Kak Khadijah nih.." Puji Hawa dengan mendahului kesucian Allah yang Esa. Dia kelihatan begitu teruja dan ceria mendukung anak kakak sulungnya yang baru lahir mengenal dunia. Tingkahlaku Hawa itu membuat airmuka sang suami berubah.

"Astagfirullahal azim..Abang...maafkan Hawa bang...Hawa bukan bermaksud begitu.." Istighfar Hawa bila menyedari silap kepada suami. Bayi tadi dipulang semula sebelum dia mendapatkan suami yang cuba tersenyum...

"erm..abang yang sepatutnya menerima maaf daripada Hawa...kerana Abang tidak mampu untuk melengkapkan hidup Hawa sebagai seorang wanita...Abang tidak berupaya merealisasikan impian Hawa untuk menjadi seorang ibu.." Salam mengungkap perlahan kata-kata itu.Mereka berdua kini diluar wad, bermuhasabah di bangku ruangan menunggu.

"Abang...jangan beranggapan begitu...memiliki abang sebagai seorang suami,sudah cukup melengkapkan hidup Hawa...soal anak..itu ketentuan takdir yang kita sama-sama sudah redha menerima...jika Allah kata ada...adalah...jika tiada...ada sesuatu yang lebih baik untuk kita bang.." Hawa meramas jari-jemari suami,memujuk agar hati lelaki itu tenang kembali. Salam mulai tersenyum ceria, terasa bahagia disamping si isteri yang sesetia begini.

"Kak Aisyah...jika saya yang menanggungnya sedia menerima, kenapa saya nak pedulikan cakap orang lain..kami bukannya pesalah yang melakukan dosa besar...sebaliknya kami sedang di uji dengan ujian yang maha besar...dan mengharap sokongan dari semua...bukannya kongkongan.." luah Hawa kepada sahabat baiknya tentang persoalan yang ditimbulkan. Hawa sekerasnya tidak bersetuju dengan sikap sesetengah saudara mara terdekat dan beberapa orang kenalan rapat yang menyalahkan suaminya kerana tidak mampu menyambung zuriat.

"Kak faham Hawa....masalah kita hampir sama,cumanya dalam situasi Kakak, Kakak yang dipersalahkan..." Aisyah berbicara lembut, tidak mahu menghangatkan suasana. Aisyah sempat selitkan semanis senyum buat Hawa yang sedikit mencuka, itulah terapi yang mudah untuk merawat duka. Hawa cuba menyembunyikan luka itu dengan turut tersenyum.

"Aisyah...mereka semua itu tidak faham jika mereka sendiri tidak berada ditempat kita...kakak bermadu dengan rela...bukan suami yang memaksa...kerana Kakak rasa bersalah tidak mampu melahirkan anak buat dia..." Aisyah meneruskan bicara setelah melihat Hawa mulai ceria.

"kalau Hawa ditempat Kakak, Hawa sanggup mengambil madu sekelat ini sebagai tanda sebuah pengorbanan buat suami?" Aisyah sengaja menyoal membuat Hawa terdiam dan merenung sekejap.

"erm..demi kebahagian suami, Hawa sanggup kak...saya akan bahagia jika dia juga bahagia..." Hawa akhirnya memberi jawapan. Aisyah sudah mengagak itu yang akan terkeluar dari butir bicara Hawa.

"dan..dalam situasi Hawa..sanggup seorang suami melepaskan seorang isteri agar isteri berkahwin dengan lelaki lain yang dapat memberi zuriat kepadanya??" Aisyah menyoal lagi dengan persoalan provokasi. Hawa mengerut dahi.

"bukan Kakak nak mencucuk jarum agar Hawa meninggalkan suami...tidak...Kakak cuma nak Hawa nampak dan jelas...betapa allah itu maha adil...dan betapa wanita itu dimuliakan..seorang lelaki tidak sekuat wanita dalam hal ini..." Aisyah cuba menyimpulkan maksud sebenar perbualan mereka itu. Hawa tersenyum setelah memahami...

"erm..kakak cadangkan Hawa mengambil anak angkat...carilah dari kalangan yang tidak mampu...sambil-sambil bantu meringankan beban mereka..." Aisyah memberi jalan solusi.

"terima kasih mak cik...kami berjanji akan jaga anak mak cik ni sebaik mungkin...seperti anak kami sendiri.." Hawa memberi kata janji kepada ibu tua itu. Hawa dan Salam telah menemui seorang anak kecil berumur 10 tahun, Ishak, untuk dipelihara sebagai anak...seperti anak sendiri.

"mak tak sayangkan Ishak..." Hawa terdengar suara anak kecil itu yang sedang berbicara dengan ibunya diruangan dapur.

"mak sayangkan Ishak lah Mak buat macamnih...Mak nak Ishak dapat kehidupan yang lebih baik kat sana...ingat nak..apapun berlaku...Mak tetap ibu kandung ishak..Mak tetap sayangkan anak Mak..." Ibu itu jujur menjelaskan membuat anak kecil yang sudah matang itu terdiam.

"Makcik..kami pulang dulu..." Hawa menyalami ibu tunggal itu sebelum berlalu meninggalkan pergi. Ishak murung sahaja disepanjang perjalanan. Salam dan Hawa membiarkan sahaja. Hati mana yang tidak bersedih dipisahkan dari mereka-mereka yang tersayang???biarkan lah anak itu menyembuh perasaan.

"Ishak tak mahu makan..Ishak nak masakan Mak..mak cik bukan Mak Ishak..." Ishak menolak perlahan tangan Hawa yang cuba menyuap nasi ke mulutnya. Ishak sebolehnya tidak mahu berkasar walaupun dalam keadaan begitu. Itu yang ibunya ajar. Hawa tersentuh mendengar ungkapan Ishak. Dia cepat-cepat keluar dari kamar Ishak,tidak mahu menangis dihadapan seorang anak kecil. Ishak pantas membaca situasi.

"Ibu...maafkan Ishak..." Ishak mengungkap perkataan itu kepada Hawa yang sedang memandang jauh ke luar rumah melalui jendela. Suara Ishak itu mematikan lamunan dan Hawa mengambil anak itu duduk disebelah.

"Ishak nak tinggal dengan Mak yer??" Hawa bertanya soalan yang sudah pasti jawapannya. Ishak mengangguk perlahan.

"Maafkan ibu kerana memisahkan Ishak..Abah kembali dari tempat kerja nanti, Ibu hantar Ishak pulang yer..." Hawa mengungkap payah. Sudah hampir seminggu Ishak bersama mereka dan dia mulai menyayangi Ishak...tapi naluri keibuan yang jugak dimilikinya itu mengatakn tidak sepatutnya anak itu bercerai dari kasih sayang ibu kandung.

"Ishak..Ishak tetap anak ibu..dan ibu tetap sayangkan Ishak..jangan lupakan Ibu nanti yer.." Hawa memberi pengharapan itu kepada Ishak.

"Mariam yang kini menjadi tahanan polis mencari sesiapa yang boleh menjaga anaknya..." Hawa membaca kuat keratan ayat dari akhbar itu agar didengar suaminya ketika mereka sedang berehat minum petang. Salam menjeling membaca sama.

"Anak luar nikah tuh...lahir tak berbapa...awak jangan cakap berminat pula..." Salam memberi peringatan awal.

"Abang...anak itu tak bersalah apa-apa...abang jangan nak menghukum dia..." Suara Hawa tegas tetapi lembut membuat Salam diam sejenak,cuba istighfar sendiri di dalam hati.

"jadi...betul la yer awak berminat???" Salam menyoal setelah melihat wajah isterinya lain macam. Hawa mengangguk sambil tersenyum kepada suami.

"err...awak ni..biar betul..ana luar nikah tuh.." Salam sekali lagi mengingatkan.

"Abang...saya nampak kasih sayang ibunya kepada bayi tuh..jika tidak,dah lama dia buang bayi yang dikandung tanpa ikatan sah tuh seperti kes-kes yang berlambak kita dengar selama nih..dah tuh...dia mengaku dan menyerah diri...dan mencari orang yang dapat menjaga anak dia..." Hawa menyimpulkan rasional yang bermain difikirnya. Salam menerima.

"awak tak serik??" Salam menarik kembali kisah lama bersama Ishak dulu.

"Abang...jika ibu itu memberi peluang kepada bayinya untuk hidup...kenapa kita yang memahami dan mampu ini tidak sama turut memberi peluang kepada dia???" Hawa memberi hujah. Salam senyum sekilas tanda bersetuju.

"Assalamualaikum..." Gamitan salam terdengar dari luar rumah. Murni berlari anak ke pintu utama seperti diarahkan Ibunya untuk meraikan tetamu yang tidak terundang itu. Lama Hawa menanti, Murni tidak kembali. Kegusaran itu membuat Hawa memandang Salam seketika yang ralit menonton siaran di kaca televisyen. Tiada tindak balas. Hawa berlalu untuk melihat sendiri situasi.

"Munirah???" terpacul nama itu dibibir Hawa melihat Murni kini didalam pelukan mesra Ibu kandungnya yang selama ini dipenjara. Murni dilepaskan dan dia kembali kepada Hawa.

"Kak apa khabar??" soalan itu spontan keluar dari mulut Munirah. Bahagia benar dia dapat berjumpa dengan orang yang telah banyak berjasa kepadanya selama ini...yang tidak jemu melawatnya sepanjang berada dipenjara...dan tidak pernah cuba memisahkan kasihnya sebagai ibu kepada anak kandung.

"Kak sihat Munirah...masuk dulu Munirah...kita sembang di dalam..Abang salam pun ada..." tangan Munirah diheret lembut oleh Hawa setelah mereka habis berpelukan mesra.

"Nak buat kejutan sikit kak.." Munirah merungkai persoalan Hawa dan Salam. Dia baru sahaja dibebaskan,awal dari masa jangkaan kerana berkelakuan baik disepanjang tempoh tahanan.

"Munirah datang nak ambik Murni kembali ker?" Hawa meluah kata yang membenak di ruang kerisauannya. Tidak mahu dia terpisah dengan orang-orang yang telah dia sayang.

"Kak dah bela dia dari bayi lagi..san saya datang ni untuk melihat dia sebelum saya ke bandar mencari pekerjaan lain...kak...Kak bela la dia sampai bila-bila..hubungan saya dan dia tetap takkan terputus walau apapun terjadi.." Ungkap Munirah sambil membelai Murni yang duduk di sofa sebelah.

"Ummie...terima kasih kerana memberi peluang kepada Murni untuk hidup.." petah anak kecil berusia 9 tahun itu berkata-kata. Munirah mengucup dahi anaknya itu.

"maafkan Ummie Munirah..."

"dan Ibu..terima kasih kerana menerima hidup Murni di dalam hidup ibu..." ungkapan murni itu menitiskan tangis Hawa...

insafi kejahilan..
dan maafkan diatas kesilapan
berikan lah aku kekuatan di ruang bersisa ini untuk pulang
sebelum tertutup oleh sakaratulmaut...

jangan menghukum sewenang-wenang
tapi hulurkan kasih sayang
agar kita sama-sama menuju kebaikan...

HUJAN RAHMAT

rahmat ini...
adakah satu anugerah
...atau musibah???
tersenyumkah menerima..
atau menguji dalam bahagia???

"Rahmat..." suara menyeru namanya itu mematikan lamunan Rahmat yang ralit memerhatikan titisan-titisan lebat hujan. Rahmat berpaling dari kedudukannya yang menyandar ke tiang di susur gajah,laluan berbumbung menghubung pejabat guru dan bangunan bilik darjah. Dia beralih menatap wajah milik suara tadi dan mengukir senyuman manis...ikhlas..

"terperangkap dalam hujan yer...dah lewat nih...pukul tiga dah...kenapa tak redah je???" Soal cikgu Fatimah,mengusap kepala anak murid berusia 11 tahun itu yang sedikit basah.

"rumah saya jauh sangat cikgu..sejam berjalan baru sampai...nanti basah pakaian sekolah,esok nak pakai apa..dah tak ada yang lain.." Rahmat menjawab sejujurnya.Ahh..anak kecil..Rahmat masih memeluk tiang dan kini kepalanya menunduk ke lantai.

"erm...tak mengapa...kalau begitu,datang rumah cikgu dulu...kita makan petang...tentu Rahmat dah lapar kan...jom.." Cikgu Fatimah membuka payung dan berjalan seiring Rahmat.

"Ayah dah berapa hari tak menoreh Rahmat???" Cikgu Fatimah berbicara sambil tangannya mengisi bekalan lebihan masakan ke dalam beg plastik untuk Rahmat bawa pulang.

"erm..dah hampir 5 hari cikgu.." Rahmat menjawab ringkas.

"ok..hujan dah renyai-renyai..hati-hati yer...nanti kirim salam kat mak dan ayah.." Cikgu Fatimah mengiringi Rahmat ke pintu rumahnya yang baru dihuni beberapa bulan. Dia bersyukur kerana disediakan rumah guru dan berhampiran sekolah,jadi tidak perlu bersusah payah mencari di tempat lain.

Rahmat berlari-lari anak setelah hujan yang mereda tadi kembali lebat. Seketika,dia berhenti di bawah pokok,namun kilat yang sekejap-sekejap menyabung sedikit menghadirkan rasa takut kepada anak kecil itu. Rahmat akan berlari pantas bila pancaran kilat singgah dimata dan dentuman kuat menggegar telinga. Bimbang benar dia jika terkena panahan petir. Bekalan lauk pe,berian cikgunya tadi digenggam kemas dan disembunyi di dalam baju. Begnya sudah sendat untuk dimuat. Rahmat tidak sabar untuk membawa pulang bekalan itu buat keluarga yang sudah beberapa hari makan tidak berlauk. Rezeki ayah sebagai penoreh tertutup di musim hujan begini. Rahmat tidak hirau lagi tentang pakaian sekolahnya yang basah.

"Assalamualaikum Mak..." Rahmat memberi salam dengan ceria dan meluru ke dapur, kearah ibunya yang kelihatan sedang memberi makan kepada kucing-kucing belaan.

"Mak...Cikgu Fatimah ada bagi lauk...nih..." Rahmat memberi bungkusan itu kepada ibu. Ibu tua itu tersenyum.

"erm..lewat lagi Mat pulang hari nih...dah...pergi mandi...nanti Mak hangatkan lauk nih,kita buat makan malam sama-sama.." Rahmat patuh kepada arahan ibunya yang tersayang itu. Dia bahagia melihat ibunya gembira.

"Mandi guna air hujan yang Mak tadah tu ye Mat...jangan guna paip,kita kena jimat..dah ada anugerah Allah,guna jer.." Rahmat antara dengar dan tidak laungan ibunya dari dalam rumah itu tadi. Dia sekadar membalas dengan mengiakan.

"Mat...hujan dah renyhai-renyai nanti,,,pergi belakang rumah dan cabut ubi kayu yer..hujan-hujan nih tanah lembut..Mak nak rebus buat makan petang...Pukul 6 nanti ayah pulang dari menjala ikan di sungai...hujan-hujan ni ikan banyak timbul...jadi senang dapat.." Ibu tua itu bercakap panjang sambil mengesat lelehan air di badan Rahmat.

"Mak...hujan nih rahmat Allah kan???" Rahmat tiba-tiba menyoal. Ibunya tersenyum.

"betul..." pendek jawapan ibu tua itu.

"tapi kenapa meyusahkan kita?" anak kecil yang masih mentah soal kehidupan itu menyoal lagi. Ibunya yang sedang membantu menyikat rambut berhenti seketika.

"menyusahkan macam mana tuh nak??" lembut ibu itu pula menyoal meminta perjelasan.

"ayah tak dapat kerja.."

"erm..ada ikhtiar lain Mat..tak pergi menoreh,ayah kamu boleh ke sungai menjala ikan...hujan itu untuk menguji.." ibu itu cuba menerangkan dengan mudah.

"Mat susah nak bersekolah.."

"Tuhan nak melatih Mat bersabar...dan mencari ikhtiar hidup..contohnya...kalau pakaian sekolah basah,Mat kena pikir macam mana nak suruh kering cepat...esok dah nak pakai lagi...jadi,ibu jemur kat tepi unggun api dapur kayu kita...nak pergi sekolah esok,Mat bawa payung ye...tadi dah lupa dah...kalau hujan lebat sangat esok bila nak balik...tunggu dulu kat sekolah dalam kelas...baca buku ke dulu..ok??" Lebar ibu itu cuba menceritakan hikmah disebalik musibah.

"banjir tu pulak,apa hikmahnya Mak..??" anak itu tidak berpuas hati dan kembali menyoal.

"erm..nak..apapun berlaku...hujan tetap rahmat Allah...dan musibah banjir itu sebagai peringatan langsung dari Allah kepada kita...dah..tolong Mak cabut ubi jom.." ibu itu mematikan bicara disitu...

ingat..
tuhan sengaja menguji
agar kita tidak terlalu bersedih dengan apa yang diambil
dan gembira dengan apa yang di beri...
senang atau susah...
bersangka baiklah pada Allah
agar pertolonganNya mudah ada
dalam kita suka atau duka...

ADA CINTA...

...ada cinta kerana Tuhan..
bukannya bertuhankan cinta....

"kau sanggup kahwin dengan perempuan keji??" Helmi tiba-tiba menyoal. Tangan kanannya yang bersisa nasi dikepal dan menolak gelas air yang terpegang ditangan kiri. Tidak ada alasan untuk mengabaikan sunnah,itu getus fikirnya.

"erm..sanggup..kenapa?" Mikail menjawab ringkas tetapi sepenuh ikhlas. Helmi sedikit terperanjat mendengar jawapan spontan itu. Jarinya yang masih melekat nasi dijilat. Biar ada mata-mata di sekitar kedai makan itu memandang, Helmi tidak segan kerana niatnya untuk menghidupkan sunnah junjungan mulia.

"engkau baik...bukan ke perempuan yang keji hanya untuk lelaki yang keji.." Helmi terus menyambung bicara setelah Mikail hanya diam bersahaja. Mikail sekadar hadiahkannya sekuntum senyum.

"benar..dan aku mengharap dapat mengubah perempuan yang keji itu menjadi baik...sama-sama aku dan dia jadi baik...InsyaAllah...kalau kau pun yakin dengan janji Allah itu...kenapa nak takut kahwin dengan perempuan keji??kau pun keji juga ke??" Mikail menghambur hujah.

"yakin je kau yer...ingat senang..." Helmi cuba untuk melemahkan hujah Mikail tadi.

"selagi aku yakin pada Allah...selagi aku meletakkan keyakinan aku pada Allah sepenuhnya...aku yakin mampu buat..dah lah Emi...tolong aku habiskan nasi nih...tak baik pula membazir..." Mikail pula mematikan persoalan Helmi. Helmi terdiam dan mengambil pinggan nasi Mikail.

"rezeki..jangan ditolak...hehehe...lagipun membazir nih saudara setan...kau pun satu hal...lain kali jangan ambil banyak-banyak...cukup takat untuk menghilangkan lapar...kalau ikutkan nafsu perut...seperiuk pun tak cukup...hehehehe" Helmi menasihati dalam nada bergurau. Tawanya disambut Mikail.

diciptakan setiap kejadian berpasang-pasangan
bermulanya dari Adam
ada cinta untuk Hawa...
dan kenapa aku untuk menidakkan???
perasaan itu fitrah
yang mustahil untuk diubah...

"habis tuh...kenapa sampai dah umur 21 pun kau takde awek lagi???" Shafik,sahabat Mikail dikampung menyoal. Baru sahaja Mikail mendapat sasaran,soalan itu melarikan tumpuannya pada buah kuini dipokok. Mikail meletak galah ke tanah,tidak jadi menjolok.

"herm..salah ker aku takde awek???dan betul ker mereka-mereka kat luar sana berkasih-kasihan???bercouple duduk berdua-duaan??? boleh pandang-pandang sedangkan Tuhan suruh menjaga pandangan???boleh pegang-pegang tak kenal halal haram???" Suara Mikail yang mendatar menyembunyikan soalan-soalan itu yang nampak kasar.Dia tidak mahu menghangatkan situasi.Itu sekadar perbualan biasa diantara teman biarpun kadang-kadang sudah jemu dan rimas Mikail mendengar...

"nanti timbulkan fitnah..." Shafik membidas Mikail. Dia mengambil galah buluh ditangan Mikail dan menjenguk ke pokok,mencari buah kuinin yang nampak matang untuk dikait dan diperam.

"fitnah apa pulak?nak kata aku takde perasaan pada perempuan??hahaha...kelakar la kau ni shafik..." Mikail tergelak besar..cuba dikawal tawanya,tidak sopan dilihat orang...lagipun banyak ketawa mematikan jiwa.

"mana tahu kan...jadi..macamner kau nak kahwin nanti???tahulah kau islamik.." Shafik tidak berasa lucu dengan kata-kata Mikail tadi,sebaliknya dia rasa malu.Benar,tidak kena kenyataan itu terhadap Mikail..Dia maklum,orang yang menjaga agama seperti Mikail jauh sekali untuk mendekati perempuan sewenang-wenang...

"erm...ada la tuh jodoh aku nanti...agama kita ada caranya sendiri yang terbaik untuk umat...dah sampai waktu nanti,baru aku pikir serius dan seratur peratus soal kahwin..." Mikail cuba memperjelas tetapi tidak terlalu terperinci.Mikail tahu, Shafik sedia maklum hal itu.

"eh...Mikail...kau pernah bercinta tak??" Shafik menyoal kembali setelah cubaannya beberapa kali untuk menjatuhkan buah kuinin tidak berhasil.

"kau tak baca bismillah tu Shafik..." Mikail menyimpang dari soalan Shafik, cuba fokus kepasa Shafik yang berusaha menjolok jatuh buah kuinin.

"bismillahirrahmanirrahim..." Shafik membaca basmallah dan menjolok lagi sebanyak dua kali sebelum berjaya.

"ha..cerita la skit...soalan aku tadi tuh.." Shafik meningatkan kembali kepada Mikail sambil mengutip buah yang telah jatuh ke tanah.

"erm...pernah...cinta monyet zaman sekolah..tingkatan 3..masa tuh jahil sikit...hhehehe...bila dah tahu yang mana elok dan yang mana buruk...cepat-cepat aku menginsafi diri...kalau ada jodoh dengan bekas awek aku tuh...ada lah Shafik...kalau takde...semoga Allah temukan dengan yang lebih baik..." Mikail mengaku bukan kerana sengaja untuk membuka aib lama...dia hanya mahu menjadikan itu iktibar bersama.

"erm..masak dah buah kuinin nih..kita makan dulu Mikail...aku dah lama dah tak merasa buah kuinin nih sejak dah besar...hehehe...teringat pula aku zaman kecik kita kan...buah kuinin,binjai,bachang,gajus...hehehe...jarang jumpa sekarang nih.." Shafik mengakhir bicara sekitar topik cinta tadi.

erm..benar...
kalau ada jodoh...adalah...
bukan ker jodoh,kematian,kelahiran itu di tangan Tuhan

"tak kan kau tak berusaha?" soal seorang sahabat.
"kau pernah berusaha untuk mati???untuk lahir semula???" Mikail menyoal kembali...sahabatnya terdiam...dan itulah sebenarnya persoalan yang juga tertanya-tanya oleh Mikail...tak berusaha untuk jodoh tak pe ke?adakah ia datang sendiri?

"sape nak mati...kerana itu kita berusaha jaga kesihatan.." sahabat tadi kembali bersuara setelah berjumpa hujah.
"eh...aku nak...aku tak takut mati...itu satunya cara unutk bertemu dengan Allah..." Mikail membuat sahabat tadi kembali diam...dan dia juga terus bermain dengan persoalan...

erm..kalau ada jodoh...adalah..
yang pasti...dihati ini ada cinta...

Sunday, December 12, 2010

Teman ke Syurga

sahabat yang terbaik...
menatap wajahnya....kan teringat Allah
tiap ungkap bicara...semakin ilmu bertambah
dan melihat tingkahlaku...mendekat hati kepada mati...

"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"-alhujurat,49:10

"berkawan biar beribu..." Hisyam memulakan hujah diatas pertanyaan Iman tentang sikapnya yang mesra dengan ramai orang. Bukan Iman untuk menidakkan,malah dia bahagia melihat situasi itu.

>>aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku...
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku..
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas aku mati...
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku berasa senang...
semakin ramai sahabat,aku semakin percaya diri...
Aku selalu berharap mendapat teman sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka...
Jika aku dapat, aku akan setia padanya <<
-IMAM SYAFIE.

"erm..ketika ketawa memang sentiasa ada...tapi untuk mencari teman ke syurga...satu pun belum tentu..." Iman sengaja menyentuh kenyataan ini.

"seseorang berada atas agama sahabat baiknya,maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya.."
-HADIS RIWAYAT AHMAD.

"takkan nak sisihkan kawan-kawan kita yang tak baik pulak..." Hisyam sengaja menduga untuk menguji pendapat Iman.

bersahabat denga ahli ibadat...
kadang-kadang membuat diriku terasa hina..
bersahabat dengan ahli maksiat...
kadang-kadang membuat diriku menjadi hina...
namun jika menjauhi ahli ibadat...jauhlah aku dari dakwah mereka...
dan jika aku menjauhi ahli maksiat...jauhlah aku untuk berdakwah kepada mereka...
kerana itu...
aku perlu sentiasa menjadi hamba yang hina...disisi-Nya..
Allah yang Esa...

"Hisyam...kita yang tahu dan faham...kitalah dulu kena jadi yang terbaik...agar nanti sama-sama dapat menasihati..sama-sama dapat jadi baik..." bicara Iman berdasar pengalaman bergaul dengan semua jenis orang...kerana sesungguhnya setiap jiwa insan mencari kebaikan..dan ianya dapat ditemui melalui teman yang terbaik..Rasulullah adalah teman dan suri teladan yang sempurna sepanjang zaman kerana akhlak Baginda adalah Al-Quran.

"silap haribulan kita yang terheret dengan cara hidup mereka.." Hisyam menimbulkan persoalan baru. Bayu petang di bendang ketika itu bertiup perlahan,menghidupkan suasana tenang. Sekali-sekala tubuh Hisyam dan Iman disapa lembut. Asyik mereka duduk di batas sawah,berteduh di bawah pokok sagu memerhatikan anak-anak kampung bermain layang-layang di musim kemarau itu. Awan di dada langit kelihatan damai dan menyedapkan mata memandang..subhanallah...besarnya keagungan ciptaan Tuhan...

"...erm...kerana itulah kita kena berkawan semua...kita juga tidak sempurna..dan diciptakan kita untuk saling melengkapi.." Alim cuba menjelaskan.

"jadi...siapa pulak teman yang paling Alim sayang?" Hisyam mula beralih kepada soalan provokasi yang rumit untuk dijawab.

"err..ada..tapi saya cuba untuk menidakkan...kerana kita bukan milik seseorang...kita untuk semuanya..fokus kepada satu nanti menghadirkan fitrah ghirah...cemburu...niatkan kasih sayang dalam bersahabat dikongsi ramai-ramai...ingat...Allah pun milik semua..." lebar Alim cuba berhikmah.

"erm...macamna dengan isteri?" Hisyam menyoal dengan gelak kecilnya.

"isk..yang itu lain topik la Syam..."

teman...
siapapun ana hari ini...kalian tetap di sini...
siapapun kalian suatu hari nanti...kalian tetap di sini...
kerana sejak mula kita mengenali... kalian terus tetap di sini..
di hati ini...

kerana ana adalah insan
sesempurnanya kejadian
beroleh nikmat islam dan iman...
cuma seringkali tipudaya dunia membuat ana buta
mencacatkan anugerah terindah yang esa
kala itu ana memerlukan insan lain melengkap hubungan kemanusiaan
ingatkan ana kembali kepada Tuhan
dan sudi kiranya kalian menjadi insan itu yang bernama...
....teman seperjuangan...

Ya Allah...
"jadikanlah dia teman dalam urusanku,agar kami banyak bertasbih kepada-Mu,dan banyak mengingati-Mu...sungguh KAU maha melihat keadaan kami" taha,20:32-35.

kiranya nanti sekilas dari pandangan
luput ana dari ingatan kalian
ana masih mampu untuk bersyukur
kerana kita pernah bertemu...

dan siapa di antara kita yang akan pergi dulu selamanya
senyumlah...kerana kita pernah menjadi...
teman yang teristimewa...

semoga kita adalah saling teman ke syurga...
amennnnn...

Friday, December 10, 2010

RINTIHAN SEBUAH KESEDIHAN

Assalamualaikum wrt...

-setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah- Al-Hadid,57:22


"La tahzan..innallaha ma ana..jangan bersedih akhi...Allah itu setia ada dan ana insyaAllah...sedia bersama...kegagalan ini untuk menguji..itu tanda Allah sayangkan anta..sabar yer..." pesanan ringkas kiriman sahabat itu ana baca berulang kali,mencari kekuatan diri...Allahu akbar..tegakah ana melalui dugaan demi dugaan ini...kegagalan demi kegagalan ini...kekecewaan demi kekecewaan ini????

duhai hati..
jangan biarkan kesedihanmu pada hari ini...
...membunuh hariku esok..

pengharapan ini..
bukan semata-mata berserah
telahpun usaha itu dikerah
dan ikhtiar ini bertawakal...

tapi...

sejauh mana pun berlari
mahu untuk meninggalkan pergi
andai itu adalah takdir
tetapkan jua menghadapi
dan..
sehebat manapun mencuba
terlalu obsesi untuk mendapatkan
jika itu bukan suratan
impian sekadar mimpi tak berkesudahan...

"akhi...anta tahu apa hikmahnya anta diberi ujian ni?" seorang sahabat memujuk di talian.

"ana tahu...insyaAllah...jika ana masih disini,itu bermakna ada takdir lagi untuk kita berjuang bersama.." ana menjawab sayu...ana akui...tapi rintihan ini tetap berairmata..

"akhi...sabar...musibah itu agar anta tidak terlalu gembira dengan kurnia yang dimilik dan tidak bersedih dengan apa yang diambil.." suara itu terdengaar lagi.merujuk ayat-ayat cinta Allah dalam surahal-Hadid,57:23.

ya...perasaan ini mungkin mudah terubat tapi...

"ayah perhatikan...keputusannya makin teruk?kenapa?malas belajar???ni mesti banyak main.."
teringat luahan hampa hati seorang bapa..

"payah sangat ke belajar kat sana ayeh???erm...buat la terbaik...mak doakan dari jauh.." ungkapan bersahaja ibu itu pula lagi membuat hati ini merintih..maafkan ariff mak...urmm...

"duit cukup tak?kalau tak cukup ustazah masukkan...makan minum ok?kesihatan kat sana macam mana?pengsan-pengsan macam dulu lagi?batuk-batuk lagi?" ustazah yang banyak membantu kecoh ditalian...ana sekadar menjawab apa yang patut...banyak yang terahsia..maaf ustazah,...tidak mahu menyusahkan...

"abang mintak maaf...tak sempat nak ambik tahu perkembangan ayeh kat sana...belajar la betul-betul...jika ada masalah,abang akan cubalah apa yang mampu" mengerti bang...tanggungjawab abang sebagai anak sulung berat..adikmu disini mampu untuk berdiri sendiri..

"salam perjuangan akhi..sama-sama kita cemerlang akademik dan cemerlang dakwah...jangan biarkan kegagaln kita dalam belajar menjadi fitnah kepada agama yang kita bawa..." teman seperjuangan tidak putus-[utus memberi semangat


"kakak dah kerja semula...anak bongsu dah besar dah...ada duit lebih sikit-sikit,kakak boleh kasi ayeh...jangan risau lah...yang penting belajar...ayeh satunya harapan.." harapan?herm..


pengharapan semua itu membuat ana seolah mati di sini...rintihan sebuah kesedihan makin meronta...ALLAHU AKHBAR...

bagai terpenjara
terperangkap aku di sana
tak tahu mana arah keluarnya...

"erm...berat perasaan anta menyelami situasi ana,hebat lagi sakitnya hati ini.." luahan itu payah terungkap.

"mengadu dan menangislah pada Allah...ana sekadar mampu sama bersedih...hanya DIA yang bisa mendengar dan mengubah segala...pergilah kepada-Nya..."

Wednesday, December 8, 2010

Tasbih Cinta



Butir-butir tasbih itu ditarik satu persatu,seiring bibir melafaz kebesaran Allah yang agung. Fikiran jauh terbang,tapi masih terkurung di dalam sangkar ketuhanan,cuba muhasabah kesilapan yang tak terhitung...apa mungkin terampun dosa? apa nanti masih sempat membersih noda? ahh...



Berulang kali tasbih itu berpusing...kala tiba di penghujung,sebutan zikrullah bertukar pula dan tasbih terusan membilang...seumpama perjalanan ini...bila tiba sakaratulmaut,ada kehidupan lain pula yang menjemput...dan semoga bekalan mahabbahtullah ini menuju keabadian syurga...



pernah seketika tasbih ini terlerai...manik-maniknya jatuh menderai...aku kutip dan menyulam kembali ke asal...mungkin tak sama...apa yang penting adalah hati ini yang memuji...ikhlaskah atau bersandarkan pada keduniaan...terasa indahkah atau terpaksa...



tasbih itu tiada apa-apa teristimewa...cumanya menjadi alat untuk menghindar lalai...menghadirkan rasa terbuai...kala sendiri menyeru Tuhan...



laungkan takbir...Allahu akhbar..mengagung kebesaran
bertasbih memuji..subhanallah...Dia yang maha suci
ucapkan tahmid...alhamdulillah...atas kesyukuran
dan beristighfar...astaghfirullahal azim..mencari keampunan...






Kun Fa Ya Kun...

Assalamualaikum wrt..
Sebuah cerpen sekitar masyarakat untuk keinsafan bersama...insyaAllah...


"Tahniah Kak...anak lelaki.." bicara Dr.Mazni seiring dengan sekuntum senyum. Mulus dan lembut wajah bayi yang baru lahir itu ditatap sepenuh kasih.

'Ya Allah...semoga nanti aku dikurnia zuriat sesempurna begini...' desis suara hati Dr.Mazni yang sudah bertahun menanti dan diuji untuk membelai anak sendiri...

"Terima kasih Doktor...alhamdulillah...ini anak ke 11 Akak.." Dr.Mazni sedikit tersentak mendengar ungkapan balas itu.

"subhanallah..." kalimah mensucikan Sang Pencipta itu terpacul.Kagum dengan kuasa Allah.Jika Dia ingin memberi,itulah rezeki...jika tidak...bersangka baiklah...itu untuk menguji..

"Maafkan saya bertanya Kak...ramai anak Kak yer...mesti Kak ni seorang ibu yang tabah...suami Kak kerja apa?" Dr.Mazni rasa terpanggil untuk bertanya sebegitu. Bukan bermaksud mencampuri urusan,sekadar menunjukkan sedikit perhatian.

"kami sama-sama menoreh getah Doktor..erm..petangnya pula suami ke bukit mencari hasil hutan untuk dijual...kadang-kadang suami mencari besi-besi terbuang untuk dikitar semula...insyaAllah Doktor...ada aje rezeki anak-anak...mungkin tak senang...tapi boleh la cukup makan..yang penting ada usahanya.." perjelas ibu itu panjang lebar.

"MasyaAllah...kagum benar saya..terharu pun ada...erm.." Dr.Mazni diam seketika dipenghujung bicaranya.

"Kak...boleh saya bertanya sesuatu.." Dr.Mazni menyambung bicara semula...sejenak tadi lama dia menimbang tara untuk meneruskan kata-kata..

"ada apa ye Doktor.."

"erm...pertama kali melihat anak ini,saya terasa ada naluri keibuan hadir...sudah hampir 5 tahun saya diijabkabul...tapi seorang anakpun belum ada..erm...boleh saya minta izin untuk mengambil anak Kak ni sebagai anak saya...maksud saya...anak angkat..." payah Dr.Mazni untuk bersuara...namun tekadnya mengatasi segala.

"erm..Doktor...selagi kudrat saya mampu,saya kan terus mempertahan darah daging saya...maafkan saya Doktor...saya menghargai niat itu...tapi hati ibu mana yang mampu terpisah dari anak..." Ibu itu cuba menolak secara hikmah permintaan Dr.Mazni...ya...Dia faham keadaan itu...dan Dr.Mazni sekadar mengulum senyuman tawar...seperti hatinya yang mulai kosong...

"saya ibu...saya..." jeritan anak berusia 5 tahun itu mematikan lamunan Kamariah pada peristiwa lama.

"Kak Yah...anak pun beria-ia dah tu nak ikut..izinkan lah kami menjaga dia Kak Yah...tak lama...setahun dua jer...dah masuk 7 tahun nanti kami hantar dia balik.." pujuk Samad,sepupu Kamariah. Seketika Kamariah menatap Hakim yang bersila dan menempel kebadannya di sebelah kanan.

"Hakim...Hakim nak tinggalkan ibu dan adik-adik yer...Hakim boleh ker?" Soal Kamariah kepada anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu. Hakim tersengeh dan mengangguk.

"Kami sekadar nak ringankan beban Kak Yah jer sementara tunggu Mariam dan Nur dah besar sikit. Kesian abang Ismail tu dah kena menoreh sorang-sorang...Kak Yah pun nampak makin penat kena jaga anak-anak kecil bertiga nih..tu belum yang lain..mereka dah dewasa pun,masih perlukan kasih sayang ibu bapa.." Samad menjeling Ismail yang bersandar kedinding rumah papan itu sambil menyedut dalam rokok daun dan dihembus perlahan ke udara. Ismail tidak banyak bicara, sekadar menjadi pendengar. Kemudian,pandangan samad teralih kearah Mariam dan Nur yang masih menyusu. Usia mereka berdua hanya beza setahun, 3 tahun dan 2 tahun..

"erm...baik lah Mad...Kak izinkan..." payah sekali bicara itu untuk ditutur.

"yay.." pelat Hakim menjerit gembira sambil kedua tangan diangkat ke udara. Kamariah memeluk Hakim dan tersenyum paksa...

"Akim nak balik...Akim tak mahu duduk sini..Abang Hafiz dan Abang Arif jahat..." suara Hakim antara dengar dan tidak ditelan esakan tangisnya yang kuat. Baru beberapa hari dia tinggal bersama keluarga Samad...dan hari-harinya berlalu dengan kesedihan. Bersedih kerana dilayan tanpa kasih-sayang..

"hah...kalau nak balik...pergi lah...pergi...sampai mana kau mampu pergi...pergi..." Jerkah Maimunah,isteri Samad sambil menolak kasar Hakim hingga terjatuh ke tanah. Hakim pantas bangun dan berlari,cuba menjauh dari situ. Seharian dia merayau sekitar kampung,entah ke mana arah yang dituju...dia pun tak tahu..dan akhirnya dia kembali semula.

"mak...budak akim dah balik...ada kat tangga nih" jerit Hafiz,anak Samad yang selalu mengusik dan membuli Hakim.

"ingatkan dah sampai umah kau...dah...pergi mandi...bau macam lembu dah kau nih.." Maimunah memulas kuat telinga Hakim dan menariknya ke bilik air. Tangisan Hakim bagaikan tanpa suara,langsung tidak dipeduli...Hakim meronta cuba melepaskan diri. dia terasa lemas dijirus air tanpa henti. Setelah berjaya meloloskan diri,Hakim berlari cuba keluar dari rumah. Anak kecil itu tidak peduli apa-apa lagi.Dia berlari melepasi lantai simen dengan tubuh bogel yang basah dan...

Hentakan kuat di kepala Hakim memeranjatkan Maimunah.Raungan Hakim menjadi-jadi.Maimunah meraba dibahagian belakang kepala Hakim.Bengkak..maimunah mulai panik.

"ooo...sebab itulah kepala kau kat belakang untut yer...haha...aku ingat tercekik biji bachang" Azwan ketawa kuat,mematikan cerita Hakim di situ.

"isk...kau nih..kesitu pulak...aku rasa ajer lah...aku pun tak pasti...samada ini memang dari lahir lagi atau sebab aku terjatuh..apapun..benda dah jadi...takdir ini aku tak boleh ubah dah...bukannya aku dikategori cacat pun..tak ada kesan apa-apa la kat aku.." hakim mengulas ceritanya yang panjang lebar tadi.

"erm...ok la tuh..sekurangnya kan...kau ada jugak pengalaman kena dera kan...hehehe" Azwan bergurau dan tawanya menerus.

"erm...Hakim..kau dah dapat 5A UPSR..kau tak mintak sekolah mana-mana ke?" Azwan menyoal setelah tawanya mereda.

"erm..aku dapat 5A pun tak sesiapa sangka tau...tetiba aje aku yang dapat...terkejut satu sekolah..aku pun tak bersedia apa-apa..." Hakim memberi jawapan bersahaja.

"erm..takdir kau Akim..tak macam aku...malas belajar...UPSR pun tak sempat ambik..membaca pun tak pandai" Azwan merendah diri.

"Tak apa...ada masa nanti aku ajar kau baca...aku pun tak kemana...sekolah kat kampung ni ajer..alhamdulillah la Azwan...aku dapat 5A ni cukup tiket untuk meyakinkan ayah aku hantar aku kesekolah menengah...kau tengok kakak dan abang aku yang lain...semua takat sekolah rendah aje.." Hakim memujuk Azwan dan dirinya sendiri. Siapa yang tidak bercita-cita untuk ke sekolah yang terbaik dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang seperti itu,tapi itulah hikmahnya..cukuplah dia boleh sekolah...kat mana pun sama sahaja..yang penting ada usaha...

"betul tu cikgu Norman...saya pernah berjanji untuk sekolahkanya di asrama penuh jika dia dapat tawaran tuh...saya sekadar ingin naikkan semangatnya belajar...tak sangka dia betul-betul dapat..." suara cikgu sabrina jelas menerobos kecuping telinga Hakim yang mencuri dengar dari luar. Dia bukan sengaja disitu,tujuannya untuk menunjukkan surat tawaran kesekolah berasrama penuh kepada cikgu sabrina dan cikgu norman yang banyak memberinya motivasi menghadapi peperiksaan PMR yang lepas.

"Awak jangan kuburkan harapan dia pula..." Cikgu Norman menghujah cuba menyebelahi nasib Hakim.

"well...i know...but...mana saya mampu Cikgu...perbelanjaan ke sana besar...keluarga dia sah sah tak kan dapat tanggung...dan saya???saya pun ada keluarga saya sendiri..." cikgu sabrina menghambur perasaan.

"erm...awak cakap la elok-elok dengan dia nanti cikgu.." cikgu norman bersahaja sambil membaca surat khabar di mejanya dalam bilik kaunseling itu.

'Ya Allah...jika ini takdir yang terbaik untuk aku...aku terima...' bicara Hakim kepada Tuhan...ya...dia redha dengan ketentuan itu dan percaya ada hikmah yg bisa disingkap.Hakim terus berlalu dengan langkah yg sayu...

bersambung...

Monday, December 6, 2010

Selamat mati kecil...



Assalamualaikum wrt..






1 muharam 1432h,6 dis 2010,2259pm




semalam..sedang ana larut dan mata mulai terlelap..telefon bimbit ana bergetar menerima satu pesanan ringkas dari seseorang...

"selamat mati kecil.."

ana tersenyum dan ketawa perlahan...ana menjeling bilik sebelah...kamar beradu milik pengirim mesej tadi..herm...terima kasih sahabat...



0600am..


alhamdulillah....mati kecil ana semalam bukan yg terakhir..masih ada udara percuma untuk ana bernafas menerus hidup..dan disini bersama pintu keampunan belum tertutup..cuma hari ini ana lewat lagi seperti hari-hari kelmarin...sedangkan azan subuh telahpun beberapa minit dikumandang...astagfirullahalazim...kasihan munir...ana berazam untuk bangun kejutkannya sahur...melatih anak berusia 12 tahun itu berpuasa sunat...maafkan abang ariff yer dik...hikmahnya...smoga nanti munir dapat bertahan puasa tanpa sahur...lagi hebat ujiannya..abang ariff yakin munir boleh...





Usai mandi,baru ana kejutkan munir dan abang nya...sahabat baik ana...untuk sama-sama solat subuh berjemaah...untuk mengejar 27 kali ganda pahala dari bersendiri..inilah nikmat dan bahagianya bila hidup berjemaah,buat apa pun bersama...dan semoga nanti hati-hati ini kan berkumpul lagi di syurga sana...amenn...





"senyum lah sikit.."tegur sahabat ana melihat wajah ini yang muram..biasalah...bangun pagi-pagi...susah benar untuk senyum..dan itulah kami...saling menasihati...memang sukar melawan ngantuk dan penat...tapi senyumlah tanda syukur masih hidup...





dan ana hadiahkannya seukir senyum...erm..terima kasih sahabat...





pagi tadi...telahpun berakhir...


dan sesaat nanti..


ana tak pasti apa masih lagi di sini..


untk seiring kita menjalani takdir..


apakah ana bersedia untuk meninggalkan pagi nanti


...dan menghadapi mati???





"wa taubatan qabla maut,wa rahmatan indal maut,wa magfiratan ba'dal maut..."

sahabat ana bekerja...adiknya munir tinggal bersama dengan ana...munir goreng telur hancur untuk dimakan dengan roti...itulah menu berbuka puasanya sementara menungggu abangnya pulang..erm..ana kagum dengan anak kecil ini..pandai berdikari dan tidak banyak mengeluh meniti kehidupan...

"...haiya alalsolah
haiya alalfalah
qad qamati sollah
qad qamati falah.."

alunan iqamat munir disitu membuat ana tersenyum dan berpaling kearahnya..selesai sahaja iqamat,ana menasihati dan mengajar cara yang betul..ini bukan pertama ana bertembung situasi sebegini...bukan sahaja anak kecil seusia munir...sahabat sebaya ana pun masih ramai yang keliru..

"nak baca quran dengan abag ka munir?" soal ana tatkala melihat munir menghampiri dengan mushaf quran dipelukan.

"ya abang.." jawab munir perlahan dan nampak segan-segan.

"insyaAllah...kita baca surah al-mulk yer..nanti munir amalkan baca surah nih setiap malam sebelum tidur..menurut hadis..insyaAllah akan menjadi teman kita nanti di dalam kubur dan dapat menghindar kita dari fitnah dan seksaannya.." jelas ana...semoga munir faham..

erm..sekarang ni pun dah lewat malam...salam maal hijrah...salam awal muharam..hai...rindu pulak ana nak makan bubur assyura...teringat kampung..k la...selamat mati kecil...wsalam...
dengan nama-Mu ya Allah..
...yang Maha cinta...

ASSALAMUALAIKUM WRT..

beberapa waktu sebelum 1 muharam 1432h,1652pm,6 dis 2010..

SALAM HIJRAH...

mujahadah untuk berubah itu payah
kerana syurga terlalu indah
untuk beroleh madu setitis
pelbagai liku ketemu
tapi akhirnya diteguk manis...
insyaAllah..
usahamu beranjak ke lorong lurus
dinilai halus
kemenangan sekadar bonus
yang penting...bermulalah..
semoga hijrah kita dipermudah Allah

sama-sama mencari jannah
kerana itulah azam tiap jiwa mujahid dan mujahidah..