AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Thursday, December 16, 2010

HAWA

"Tuan Salam..." gamitan nama itu membuat wajah pemiliknya yang menunduk lemah diangkat ke atas. Doktor Solleh cuba menghadiahkan seukir senyum...biar payah untuk menguntum dalam situasi sukar begini tetapi semoga mekarnya nanti menceriakan hati-hati yang murung.

"Cik Hawa..." pandangan Doktor Solleh beralih pula ke arah berdirinya seorang perempuan yang sedang memegang lembut bahu si suami yang duduk di kerusi,menghadap meja pejabat miliknya. Wajah wanita bernama Hawa itu membeku,tidak dibalas pandangan sekilas doktor muda itu yang masih bujang. Bukan sengaja berlaku sombong...tetapi dalam situasi sekarang...sombong itulah kunci kemaksiatan...ya...kemungkinan maksiat dari fitnah mata yang buta agama.

"Sabarlah...jangan bersedih...Allah sedang menguji dan itu adalah tanda Dia sayang...insyaAllah...ada hikmahnya yang bisa disingkap.." Doktor Salam memujuk kesedihan yang menyelubung suasana. Dia yakin, dua jiwa dihadapannya ini kuat menghadapi kenyataan.

"Jika dah tiada ikhtiar lain...insyaAllah...kami pasrah dan bertawakal..." Salam meluah payah kata-kata itu. Hawa meramas bahu suaminya kala mendengar. Hawa cuba tabah dengan keputusan ujian kemandulan suaminya itu biarpun nanti dia tahu...dia dan suami tidak berupaya untuk memiliki anak kandung.

sejauh mana pun aku berlari...
mahu untuk meninggalkan pergi..
andai itu adalah takdir..
tetapkan jua menghadapi..

dan sehebat manapun aku mencuba
menjadikan angan itu kenyataan
terlalu obsesi untuk mendapatkan
jika ia bukan suratan
harapan sekadar tinggal impian...




"Subhanallah Abang...comelnya anak Kak Khadijah nih.." Puji Hawa dengan mendahului kesucian Allah yang Esa. Dia kelihatan begitu teruja dan ceria mendukung anak kakak sulungnya yang baru lahir mengenal dunia. Tingkahlaku Hawa itu membuat airmuka sang suami berubah.

"Astagfirullahal azim..Abang...maafkan Hawa bang...Hawa bukan bermaksud begitu.." Istighfar Hawa bila menyedari silap kepada suami. Bayi tadi dipulang semula sebelum dia mendapatkan suami yang cuba tersenyum...

"erm..abang yang sepatutnya menerima maaf daripada Hawa...kerana Abang tidak mampu untuk melengkapkan hidup Hawa sebagai seorang wanita...Abang tidak berupaya merealisasikan impian Hawa untuk menjadi seorang ibu.." Salam mengungkap perlahan kata-kata itu.Mereka berdua kini diluar wad, bermuhasabah di bangku ruangan menunggu.

"Abang...jangan beranggapan begitu...memiliki abang sebagai seorang suami,sudah cukup melengkapkan hidup Hawa...soal anak..itu ketentuan takdir yang kita sama-sama sudah redha menerima...jika Allah kata ada...adalah...jika tiada...ada sesuatu yang lebih baik untuk kita bang.." Hawa meramas jari-jemari suami,memujuk agar hati lelaki itu tenang kembali. Salam mulai tersenyum ceria, terasa bahagia disamping si isteri yang sesetia begini.

"Kak Aisyah...jika saya yang menanggungnya sedia menerima, kenapa saya nak pedulikan cakap orang lain..kami bukannya pesalah yang melakukan dosa besar...sebaliknya kami sedang di uji dengan ujian yang maha besar...dan mengharap sokongan dari semua...bukannya kongkongan.." luah Hawa kepada sahabat baiknya tentang persoalan yang ditimbulkan. Hawa sekerasnya tidak bersetuju dengan sikap sesetengah saudara mara terdekat dan beberapa orang kenalan rapat yang menyalahkan suaminya kerana tidak mampu menyambung zuriat.

"Kak faham Hawa....masalah kita hampir sama,cumanya dalam situasi Kakak, Kakak yang dipersalahkan..." Aisyah berbicara lembut, tidak mahu menghangatkan suasana. Aisyah sempat selitkan semanis senyum buat Hawa yang sedikit mencuka, itulah terapi yang mudah untuk merawat duka. Hawa cuba menyembunyikan luka itu dengan turut tersenyum.

"Aisyah...mereka semua itu tidak faham jika mereka sendiri tidak berada ditempat kita...kakak bermadu dengan rela...bukan suami yang memaksa...kerana Kakak rasa bersalah tidak mampu melahirkan anak buat dia..." Aisyah meneruskan bicara setelah melihat Hawa mulai ceria.

"kalau Hawa ditempat Kakak, Hawa sanggup mengambil madu sekelat ini sebagai tanda sebuah pengorbanan buat suami?" Aisyah sengaja menyoal membuat Hawa terdiam dan merenung sekejap.

"erm..demi kebahagian suami, Hawa sanggup kak...saya akan bahagia jika dia juga bahagia..." Hawa akhirnya memberi jawapan. Aisyah sudah mengagak itu yang akan terkeluar dari butir bicara Hawa.

"dan..dalam situasi Hawa..sanggup seorang suami melepaskan seorang isteri agar isteri berkahwin dengan lelaki lain yang dapat memberi zuriat kepadanya??" Aisyah menyoal lagi dengan persoalan provokasi. Hawa mengerut dahi.

"bukan Kakak nak mencucuk jarum agar Hawa meninggalkan suami...tidak...Kakak cuma nak Hawa nampak dan jelas...betapa allah itu maha adil...dan betapa wanita itu dimuliakan..seorang lelaki tidak sekuat wanita dalam hal ini..." Aisyah cuba menyimpulkan maksud sebenar perbualan mereka itu. Hawa tersenyum setelah memahami...

"erm..kakak cadangkan Hawa mengambil anak angkat...carilah dari kalangan yang tidak mampu...sambil-sambil bantu meringankan beban mereka..." Aisyah memberi jalan solusi.

"terima kasih mak cik...kami berjanji akan jaga anak mak cik ni sebaik mungkin...seperti anak kami sendiri.." Hawa memberi kata janji kepada ibu tua itu. Hawa dan Salam telah menemui seorang anak kecil berumur 10 tahun, Ishak, untuk dipelihara sebagai anak...seperti anak sendiri.

"mak tak sayangkan Ishak..." Hawa terdengar suara anak kecil itu yang sedang berbicara dengan ibunya diruangan dapur.

"mak sayangkan Ishak lah Mak buat macamnih...Mak nak Ishak dapat kehidupan yang lebih baik kat sana...ingat nak..apapun berlaku...Mak tetap ibu kandung ishak..Mak tetap sayangkan anak Mak..." Ibu itu jujur menjelaskan membuat anak kecil yang sudah matang itu terdiam.

"Makcik..kami pulang dulu..." Hawa menyalami ibu tunggal itu sebelum berlalu meninggalkan pergi. Ishak murung sahaja disepanjang perjalanan. Salam dan Hawa membiarkan sahaja. Hati mana yang tidak bersedih dipisahkan dari mereka-mereka yang tersayang???biarkan lah anak itu menyembuh perasaan.

"Ishak tak mahu makan..Ishak nak masakan Mak..mak cik bukan Mak Ishak..." Ishak menolak perlahan tangan Hawa yang cuba menyuap nasi ke mulutnya. Ishak sebolehnya tidak mahu berkasar walaupun dalam keadaan begitu. Itu yang ibunya ajar. Hawa tersentuh mendengar ungkapan Ishak. Dia cepat-cepat keluar dari kamar Ishak,tidak mahu menangis dihadapan seorang anak kecil. Ishak pantas membaca situasi.

"Ibu...maafkan Ishak..." Ishak mengungkap perkataan itu kepada Hawa yang sedang memandang jauh ke luar rumah melalui jendela. Suara Ishak itu mematikan lamunan dan Hawa mengambil anak itu duduk disebelah.

"Ishak nak tinggal dengan Mak yer??" Hawa bertanya soalan yang sudah pasti jawapannya. Ishak mengangguk perlahan.

"Maafkan ibu kerana memisahkan Ishak..Abah kembali dari tempat kerja nanti, Ibu hantar Ishak pulang yer..." Hawa mengungkap payah. Sudah hampir seminggu Ishak bersama mereka dan dia mulai menyayangi Ishak...tapi naluri keibuan yang jugak dimilikinya itu mengatakn tidak sepatutnya anak itu bercerai dari kasih sayang ibu kandung.

"Ishak..Ishak tetap anak ibu..dan ibu tetap sayangkan Ishak..jangan lupakan Ibu nanti yer.." Hawa memberi pengharapan itu kepada Ishak.

"Mariam yang kini menjadi tahanan polis mencari sesiapa yang boleh menjaga anaknya..." Hawa membaca kuat keratan ayat dari akhbar itu agar didengar suaminya ketika mereka sedang berehat minum petang. Salam menjeling membaca sama.

"Anak luar nikah tuh...lahir tak berbapa...awak jangan cakap berminat pula..." Salam memberi peringatan awal.

"Abang...anak itu tak bersalah apa-apa...abang jangan nak menghukum dia..." Suara Hawa tegas tetapi lembut membuat Salam diam sejenak,cuba istighfar sendiri di dalam hati.

"jadi...betul la yer awak berminat???" Salam menyoal setelah melihat wajah isterinya lain macam. Hawa mengangguk sambil tersenyum kepada suami.

"err...awak ni..biar betul..ana luar nikah tuh.." Salam sekali lagi mengingatkan.

"Abang...saya nampak kasih sayang ibunya kepada bayi tuh..jika tidak,dah lama dia buang bayi yang dikandung tanpa ikatan sah tuh seperti kes-kes yang berlambak kita dengar selama nih..dah tuh...dia mengaku dan menyerah diri...dan mencari orang yang dapat menjaga anak dia..." Hawa menyimpulkan rasional yang bermain difikirnya. Salam menerima.

"awak tak serik??" Salam menarik kembali kisah lama bersama Ishak dulu.

"Abang...jika ibu itu memberi peluang kepada bayinya untuk hidup...kenapa kita yang memahami dan mampu ini tidak sama turut memberi peluang kepada dia???" Hawa memberi hujah. Salam senyum sekilas tanda bersetuju.

"Assalamualaikum..." Gamitan salam terdengar dari luar rumah. Murni berlari anak ke pintu utama seperti diarahkan Ibunya untuk meraikan tetamu yang tidak terundang itu. Lama Hawa menanti, Murni tidak kembali. Kegusaran itu membuat Hawa memandang Salam seketika yang ralit menonton siaran di kaca televisyen. Tiada tindak balas. Hawa berlalu untuk melihat sendiri situasi.

"Munirah???" terpacul nama itu dibibir Hawa melihat Murni kini didalam pelukan mesra Ibu kandungnya yang selama ini dipenjara. Murni dilepaskan dan dia kembali kepada Hawa.

"Kak apa khabar??" soalan itu spontan keluar dari mulut Munirah. Bahagia benar dia dapat berjumpa dengan orang yang telah banyak berjasa kepadanya selama ini...yang tidak jemu melawatnya sepanjang berada dipenjara...dan tidak pernah cuba memisahkan kasihnya sebagai ibu kepada anak kandung.

"Kak sihat Munirah...masuk dulu Munirah...kita sembang di dalam..Abang salam pun ada..." tangan Munirah diheret lembut oleh Hawa setelah mereka habis berpelukan mesra.

"Nak buat kejutan sikit kak.." Munirah merungkai persoalan Hawa dan Salam. Dia baru sahaja dibebaskan,awal dari masa jangkaan kerana berkelakuan baik disepanjang tempoh tahanan.

"Munirah datang nak ambik Murni kembali ker?" Hawa meluah kata yang membenak di ruang kerisauannya. Tidak mahu dia terpisah dengan orang-orang yang telah dia sayang.

"Kak dah bela dia dari bayi lagi..san saya datang ni untuk melihat dia sebelum saya ke bandar mencari pekerjaan lain...kak...Kak bela la dia sampai bila-bila..hubungan saya dan dia tetap takkan terputus walau apapun terjadi.." Ungkap Munirah sambil membelai Murni yang duduk di sofa sebelah.

"Ummie...terima kasih kerana memberi peluang kepada Murni untuk hidup.." petah anak kecil berusia 9 tahun itu berkata-kata. Munirah mengucup dahi anaknya itu.

"maafkan Ummie Munirah..."

"dan Ibu..terima kasih kerana menerima hidup Murni di dalam hidup ibu..." ungkapan murni itu menitiskan tangis Hawa...

insafi kejahilan..
dan maafkan diatas kesilapan
berikan lah aku kekuatan di ruang bersisa ini untuk pulang
sebelum tertutup oleh sakaratulmaut...

jangan menghukum sewenang-wenang
tapi hulurkan kasih sayang
agar kita sama-sama menuju kebaikan...

1 comment:

  1. Tahniah ariff, wah..dah buat blog ye.. semoga ariff terus maju dlm penulisan ye. TAHNIAH.
    Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

    ReplyDelete