AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Sunday, December 25, 2011

KesEdiHan iNi...

BiLa MaSa MerAsaKan SebuAh KeseDiHan...
sEjENaK cUba BAyanGkaN...KeIndAhaN sYUrGa...
NaNtI dIsaNa...TerHaPus LaH aiRmaTa...
KerANa WalaUpoN seSaAt CUmA...
KebAHagIanNya BerPanJaNgAn...



KiTA sEriNgKaLi mENcAri SoLusi
UntUk HenTiKaN TanGis
...Yg SeiRiNg SeDiH...



KiTa CuBa HiBurKan HaTi
AgaR waRnaNya SecEriA peLanGi
tiDaK laGi GerImiS...

FamiLi...HanYa MaMpU DiHubUnGi
DaRi KeJaUHan
YaNg HanYa meNgGamit LaGi RinDu UntUk PuLaNg



SaHaBaT yaNg DitUjU
TidAk SelALu PunYa WakTu
DaN TeRtiNgGaL KiTa SenDiRi di SitU





AkHiRnYa...
BaRu KiTa SeDaR...
PaDa SiaPa HenDaK meMiNTa...
dAn meLuaH RaSa...



MuHaSabAh berSamA ALLAH SeKetiKa...
Apa KitA SanGkA
KaLa iNi KitAlaH inSAn yaNg paLiNg SediH????
BagaiMaNa PuLa DenGaN mEreKa???

DiA buKaNLaH iBu KiTa
...TaPi Dia SeoRaNg WanITa TuA
YaNg BerJuaNg UntUk KehIduPan YaNg BeRsiSa...








DiA PuN sAMa
DiA buKaNLaH AyaH
cUmA seOrAng LeLaKi YaNg TiDaK KiTa KenaLi
ApA KitA tidAk PeduLi???








DaN mEreKa juGa...
teRus HidUp UntUk MeNeriMa
...dAn PerJUanGkAn TakDir iNi...













KiTa YaNg BarU diUji SediKiT
TiDaK maLuKaH UnTuk berSEdiH???

AndAiKaTa MeReKa MudAH mEnaNGis
PaDA TakDir iNi
MaKa MeReKa TELah TeWas
DaLaM pErjuAngAn seBUah KEhiduPAn...

La Tahzan...
Allah setia ada
dan ana...sedia bersama
insyaAllah...
seiring kita perjuangan kesedihan ini...

Sunday, December 18, 2011

BulAtAn kaMi...

bulatan ini...



ada orang panggil dulang
ada yang kata itu talam
...dan macam-macam...

di dalamnya diisi nasi




tapi...kalau cuma nasi
ermm..kurang lazat dan enak...

mesti ada lauk
~baru sodappp





kena taruh kuah
~hadampun mudah

sayur ada juga
~nutrien untuk sehat



nyumm...nyum...nyum...
jom kita makan
santapan untuk jasad

lagi romantik kalau...
saya suapkan awak
dan awak pula suap saya





hohoho...

tapi...bukan bulatan ini
yang saya hendak cerita






itu cuma mukadimah...


...ukhwah ikhwah...











bulatan inilah bulatan kami
ada orang panggil usrah
ada yang kata itu halaqah
...dan macam-macam...

di dalamnya ada seorang pengisi
naqib/naqibah yang disayangi
dan juga ada kami...



'besau bebenau hati ana dapat bersahabat dengan enta'
~ini dialog orang melaka

'yolo doh tuh...ana pon suko sunggoh jupo dengan sek antom semo nih..'
~err...pekatnyer dialek kelantan dia..

'cheq dah habaq kat hang berdua..dok dalam bulatan nih memang baguih dok adaaa..'
~jauh dari kedah datangnya dia

Johor...selangor...Kuala Lumpur...
...dan macam-macam...
ermm...dari pelbagai latar kami kenal
bersama dalam bulatan ini
berpaksikan satu matlamat dan tujuan
...islam akan kami daulatkan...
kalau bukan kami...siapa lagi kan???



paling menarik sekali
kami saling berkongsi
enta bacakan alquran
kemudian antum terjemahkan serta tadabur
hang ceritakan sirah
demo terangkan hadis
kamu bentangkan akhlak
...dan macam-macam...
banyak ilmu kami pelajari
agar kami fahami
sebelum memahamkan orang lain...

ada seorang sahabat...
dia tak makan nasi kerabu
ada budu katanya
sedangkan kawan kami dari kelantan suka sangat-sangat
lalu seseorang ingatkan

'makan lah apa yang ada
kita makan untuk hidup
bukan hidup untuk nikmat makan...'

begitu juga dalam bulatan kami
ada ikhwah tak suka main bola
ada juga tak suka qiamulail ramai-ramai
ada yang cuma suka halaqah sahaja
...dan.macam-macam...
lalu murabbi kami nasihatkan

'berbuatlah apa yang ada digariskan
kita berdakwah bukan hanya untuk diri sendiri
jauh matlamat kita...kita dakwah untuk ramai
jadi...kita kena cuba jadi semua orang...'



~ saya selalu sematkan dalam hati
saya berukhwah bukan kerana ikhwah
saya bertemu dan berpisah kerana Allah...

peace...

Sunday, December 11, 2011

cerpen : SenAsKaH muQadDaM...

“Iqra’…
bacalah…
bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan…”




“Sungguh…aku tak pandai walaupun satu ayat…”

Haniff menudukkan wajah. Ayat-ayat al-Quran dihadapannya kelihatan berterabur, seolah-olah menari di ruang mata. Asing. Terlalu janggal buatnya. Perlahan, mushaf itu ditutup.

“ermm…kalau benar kau mahu belajar dengan aku..baiklah. Kita akan mulakan dengan muqaddam. Aku akan ajar dari awal..”

Wajah mendung Haniff tadi bertukar menjadi ceria. Gembira mendengar harapan yang diberi.

“Terima kasih, Hafiz…aku akan peruntukkan masa satu jam sehari untuk belajar dengan kau nanti. Aku nak cepat pandai. Nanti aku boleh baca quran seperti kawan-kawan yang lain. Aku nak jadi seperti kau. Suara sedap.Bertaranum. Tajwid tepat.”

Haniff menggenggam tangan Hafiz tanpa sedar. Teruja. Hafiz sekadar tersenyum simpul. Dia sudah biasa dengan bermacam pujian. Maklum sahaja, sudah banyak pertandingan tilawah al-Quran yang dijuarainya.


Tok..Tok..Tokk..

“Assalamualaikum…”

Haniff mengetuk pintu bilik Hafiz yang berada di tingkat 3. Mengahnya yang berlari anak dari biliknya di aras bawah tadi masih belum hilang.Semangatnya sedang berkobar-kobar. Setelah berjumpa dengan Hafiz petang semalam, dia tidak mahu menangguh waktu untuk belajar. Senaskah muqaddam yang baru dibelinya kemas di dalam pelukan. Sudah lama dia mahu belajar, baru sekarang dia bertemu dengan seseorang yang dipercayai dan disenangi untuk menuntut ilmu. Bukan dia memilih, tetapi dia malu. Sudah berusia sebegini masih tidak mengenal alif, ba, ta…

“Waalaikumsalam ..hermm..kau Haniff..”

Hafiz membuka pintu setelah salam yang ke 3 diberi. Hafiz mengenyeh-ngeyeh mata, baru bangun dari tidurnya. Haniff tiba-tiba diserbu rasa bersalah. Termati niat asalnya, tidak mahu mengganggu.

“maaf…aku tak tahu kau tidur lagi..”

Haniff mencuri-curi lihat jam ditangannya. Ahh…sudah pukul 11.30 pagi.

“semalam aku tidur lewat. Siapkan assignment. Biasalah cuti-cuti hujung minggu ni. Berjaga malam. Siangnya boleh tidur panjang.. ”

Hafiz memberi jawapan, seakan dapat membaca persoalan yang bermain di fikiran Haniff.

“Haniff, kalau tiada apa-apa yang mustahak, aku nak sambung tidur lah…aku tak cukup tidur lagi. Maaf ya.. ”

“err…tak ada apa-apa…kau pergilah tidur…”

Dan, Haniff berlalu membawa harapan dan semangatnya yang melayu.
‘Allah…esok kan masih ada..’
Dia cuba bersangka baik dan berfikir positif. Tidak mahu membunuh cita-citanya. Senaskah muqaddam dalam dakapannya semakin erat.





Brrr..brrr…brrr…

Telefon bimbitnya bergetar. Ada panggilan dari haniff. Hafiz mengeluh sebelum menjawabnya. Dia sedang bersembang di ruang maya saat itu. Benar, dia rasa sedikit tidak senang. Baru semalam tidurnya terganggu oleh orang yang sama.

“ermm..maaflah Haniff…hari ini tak bolehlah. Hujung-hujung minggu macam ni susah sikit. Kejap lagi aku nak keluar dengan kawan. ”

“kalau esok??”

“esok??erm..insyaAllah boleh…tapi malamlah..siangnya jadual kuliah aku padat. Macam ni lah weii…kau cari video bacaan muqaddam kat you tube dulu. Kau hafal dulu alif, ba, ta…nanti cek dengan aku. Senang sikit…setiap huruf yang kau sebut tu dihitung pahala tahu…”

“ermm…baiklah…”

Haniff akur. Dia yang mahukan Hafiz. Jadi dia terpaksa mengikut cara Hafiz.

~ nak berjaya bukan mudah…aku kena kuat dan tabah berusaha.
~ Bukankah mujahadah itu payah kerana syurga itu indah…

Haniff sematkan kata-kata itu sebagai penguat semangat. Namun, lebih kepada memujuk hatinya sendiri. Tidak mengapalah. Dia boleh mendengar bacaan orang lain. Haniff memasang rakaman video bacaan al-Quran oleh Hafiz sewaktu pertandingan mewakili kolejnya. Senaskah muqaddam dihadapannya direnung. Lama. Ada airmata membasahi pipi.

‘Allah…alangkah bagus kalau aku sendiri yang membacanya…’



Tuuttt…tuttt…tuttt…

- Salam alaik. Hafiz. Pukul 11 nanti aku ke bilik kau. Nak belajar baca quran.

Satu pesanan ringkas diterima setelah 8 panggilan dibuat haniff tadi diabaikan. Dia baru teringat, semalam mereka ada berjanji.

- Salam. Ermm.Haniff. maaf, aku sedang meeting. Habis lewat malam ni. Lain kali ok.

Hafiz membalas. Sekali lagi, Haniff mengulum senyum tawar. Hendak buat baik pun susah. Itu getus hatinya.Dan, masa pantas bergerak. Hari ke hari, pergi begitu sahaja. Hafiz seolah-olah lupa pada janjinya. Haniff kecewa.




“Hafiz,ini ada hadiah dari seseorang untuk kau…jangan Tanya apa-apa. Bukalah dulu…”
Azam, rakan sebiliknya menghulurkan bungkusan itu. Hafiz membukanya lambat-lambat. Namun, perasaan ingin tahunya tetap hadir meminta dia segera melihat isinya.




“muqaddam…”

Perkataan itu lancar meniti dibibir, berbisik ditelinganya sendiri. Ada sekeping nota disertakan bersama.

Salam alaik…
Hafiz..
Bacalah..bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan…
Mungkin kau sibuk dengan urusan seharian
Sehingga suntuk waktu untuk membaca al-Quran
dan mengajar aku membacanya pula
Maka aku hadiahkah senaskah muqaddam ini
Yang ringkas dan mudah
Agar kau baca
Alif…ba…ta…
Bukankah Setiap huruf yang kau sebut itu dihitung pahala…

Aku bukan bermaksud untuk menyakiti hatimu
Aku Cuma mahu ingatkan kamu
Apa yang pernah kau ingatkan aku
Agar kamu bersyukur
Kerana masih ramai yang mahu baca al-Quran
Tetapi tidak pandai
….sepertimana aku…

Hafiz…Bacalah…

Hafiz tersentak. Pantas Sedar akan kesilapannya.

“maafkan aku Haniff…”



Tadi, Hafiz segera menuruni anak tangga, menuju ke bilik Haniff. Namun, dia tiada di situ. Telefon bimbitnya gagal dihubungi. Berpuluh panggilan dan pesanan dibuat.

“dia nak pergi meeting…katanya…”

Seorang kenalan membantu.Memberi sedikit informasi.

“kat mana?”

“dah nak zohor ni..aku rasa…”

Belum sempat ayat itu dihabiskan, Hafiz bergegas ke sana. Surau. ‘meeting’ dengan sang pencipta.

“tiada apa untuk dimaafkan…kau dah banyak membantu. Rakaman suara kau mengaji menjadi teman aku.”

“terima kasih…tapi aku nak kau baca sendiri…aku akan ajar kau..”

Muqaddam tadi dihulurkan kembali kepada Haniff. Haniff menyambutnya dengan senyuman. Kali ini, senyumannya tidak lagi tawar dan terpaksa.

“terima kasih juga kerana masih memberi aku harapan…tapi bila??”

“sekarang…”



~orang yang belajar al-Quran itu mendapat 2 pahala..
Pertama pahala kerana bersungguh-sungguh untuk belajar
Kedua pahala membacanya itu sendiri.

Monday, November 28, 2011

bila mata-mataku...

bila mata lihatku...
...nampak keayuan
ingin aku terus menatapnya
...dengan cara yang halal...

bila mata akalku...
...khayalkan keindahan
ingin aku jadikan ilusi itu satu kenyataan
...dengan cara yang benar...

bila mata nafsuku...
...asyik dan terpesona
ingin aku suka padanya
...dengan cara yang Allah suka...

bila mata hatiku...
...disapa cinta
ingin aku segera memiliki dia
...dengan cara yang sempurna...

~ aku ingin sebuah cinta yang bernyawa...

Sunday, November 27, 2011

aku tak sempurna...

apa yang baik dariku...ambillah...
apa yang buruk padaku...tegurlah...

apa yang cantik aku pada matamu
pujilah Allah...
apa yang jelek aku di pandanganmu
akulah salah...

apa yang kau suka bersamaku
aku pun bahagia
apa yang kau benci disampingku
maafkanlah...

...aku tak sempurna...

apa yang kau mahu dariku
aku memberi
apa yang kau menolak padaku
aku tak mengapa

apa yang ada aku pada fikirmu
itulah aku seadanya
apa yang tiada aku pada akalmu
hanya aku sahaja yang tahu
itu rahsiaku...

apa yang membuat kamu ketawa
aku sedia ada bersama
apa yang membuat kamu berairmata
aku pun setia ada bersama

aku perlukan kamu
dan kamu juga
kerana kita tak sempurna
dan saling perlu...

Wednesday, November 16, 2011

BiLa HaTi KaTa suKa..

"eh...pencil box.."

ana membelek-belek pencil box yg ditinggalkan di atas meja itu. Ana baru sahaja selesai membasuh cawan kotor di sinki foyer aras 3 blok kolej. Siapa punya nih? Hati ana dah berkenan pada pencil box itu. Simple tetapi uniknya ada tanda kenang-kenangan 'KOLEJ 6' pada badannya. Kebetulan, ana memang mencari pencil box...kawan ana baru aje hilangkan pencil box ana.

"aku mesti dapatkan pencil box ni..."

Itu tekad ana. Boleh sahaja ana terus mengambil pencil box itu, tetapi ana tahu ianya bertuan. Lagi pula, ana sedang bersendiri, ada hasutan suruh ana ambil sahaja.. Tapi takutkan Allah menidakkan tindakan itu. Ana perlu tahu milik siapa pemiliknya dan meminta izin. Ana yakin dan ana perlu 'be a gentleman' untuk mendapatkannya.

Waktu lain ana ke sinki foyer, pencil box itu sudah tiada di atas meja. Ahhh...sudah...mata ana mencari-cari ke segenap sudut.aahh...ada rupanya...tersimpan di satu tempat. Ini tidak boleh jadi, ana perlu bertindak cepat sebelum terlepas ke tangan orang. tekad semakin kuat.

"Hasmil,pencil box ini siapa punya yer?"

Ana bertanya kepada seorang sahabat yg berada di situ pada ketika lain pulak. Pencil box itu berada di atas meja lagi.

"eh, tak tahu lah..."

Jawapan hampa yang diberi.Tidak mengapalah...kalau ada rezeki,adalah nanti.

"Ya Allah...aku berkenan untuk memiliki pencil box itu...kurniakanlah ianya kepada aku..."

ana berdoa usai solat tadi. Ana betol-betol mahukan pencil box itu.Kiranya ana berjaya mendapatkannya, ana akan menghargai ia sungguh-sungguh.

"hadi...pencil box siapa ya kat atas meja kat foyer tuh? Yang ada tulisan KOLEJ 6?"

Ana bertanya seorang sahabat. Mungkin dia tahu.

"Owh..itu special edition punya. Kalau ariff nak, boleh dapatkan dekat pejabat."

"Tapi macam mana? takkan semudah itu kot...hadi boleh tak tanyakan kat kawan-kawan hadi, siapakah pemilik pencil box tuh??"

"erm..baiklah..nanti hadi tanya"

Namun, jawapan yang ana dapat sekali lagi mengecewakan.

"mereka tak tahulah milik siapa. Pelajar Junior rasanya."

ermm...erm..

"ariff...ada helmet tak?"

seorang sahabat yg lain datang ke bilik, ingin meminjam topi keledar.

"hah...ada...nak pinjam ambillah...tapi buruk sikit.."

"tak apa..."

"ah ya Mus...pencil box atas meja kat depan foyer tuh siapa punya yer?"

ana beranikan diri bertanya. Buat tak malu. Dah hati kata mahu...ana perlu berusaha mendapatkannya.

"owhh..itu kawan saya punya. Kenapa?"

"alhamdulillah...siapa yer Mus? saya berkenan lah dengan pencil box itu."

"erm..nanti saya bagitahu dia...boleh sahaja rasanya. Saya yakin dia akan kasi"

Dan...alhamdulillah. Ana berjaya mendapatkan apa yang ana mahu dengan cara yg diredhai Allah insyaAllah.

MORAL: bila hati kata suka...milikilahlah si dia dengan cara yang Allah suka...
hari ini ana dapat pencil box, lain kali nak dapatkan isteri solehah pula..

Tuesday, November 15, 2011

sAyA saYanG iBu...

saya sayang ibu...

cahaya senja pada wajahmu...ibu...
masih memancar sinar cinta
biarpun kudrat dan usia dimamah waktu
kasihmu berkekalan membawa ke syurga...

ada garis-garis halus
menampakkan wajah tua
tetapi senyuman mu yang tulus
membuat anak-anakmu tidak pernah jemu
untuk terus menatapnya...

izinkan aku mengucup tangan kasarmu
yang dulu lembut membelai
disepanjang mendewasakan aku

biar aku memeluk tubuh kurusmu
yang dulu gagah merangkul aku
di waktu kecilku

dan ingin sekali aku mencium dahimu
tidak mahu menunggu
kucupan yang terakhir
mengiringi ibu pergi...

~ saya sayang ibu...

Saturday, November 12, 2011

bErsaNgKa BaiK..

~ Hakimi ralit mendongak ke langit, menikmati kedamaian birunya. Ada awan putih berarak perlahan dibawahnya. Subhanallah...sungguh tenang dan indah sekali pemanadangan itu. Tiba.tiba...

PekkKkk..

Seekor burung membuang najisnya dan jatuh tepat ke mata Hakimi. Hakimi terkesima. Apakah tindakan sewajarnya yg dia buat. Hakimi berfikir sejenak. Patutkah dia marah-marah...tetapi kepada siapakah sebenarnya marah itu nanti terarah. Muhasabah seketika itu menghadirkan tawaduk dan qanaah.

"Alhamdulillah....Allah menjadikan burung tadi boleh terbang, bukannya seekor gajah..."

Akhirnya, Hakimi bersangka baik kepada Allah. Setiap yang terjadi, dia yakini ada hikmah.Ahh...Balasan ke atas dosa apakah sedang aku terima?? Mungkin itu juga yang sedang Hakimi insafi.

>>>> itu sebuah kisah yg ana dapat semasa menghadiri satu ceramah. Pernah atau tidak anda mengalami situasi sebegitu?? Mungkin berbeza tetapi keadaannya hampir sama.

Suatu hari ana sedang menunggu giliran untuk membeli tiket komuter. Ana baru pulang dari kampung, bercuti hari raya korban. Orang terlalu ramai dan sesak sehingga terpaksa membuat 4 barisan. Maka, ana mengambil keputusan untuk tunggu dulu di tepi tangga. Ana memang tidak suka crowded. Jaket yg ana pakai dibuang, panas pula rasa membahang. tidak berapa selepas itu...

Pekkk...

seekor burung membunag najisnya tepat jatuh ke lengan kanan ana. Ana cepat-cepat membersihkannya menggunakan daun-daun pokok renek yang timbuh meliar di situ. Ana tidak marah sebaliknya tergelak kecil pula.

"Alhamdulillah...ana dah pecat jaket tadi..jika tidak mesti habis kotor melekat najis tadi.."

"Alhamdulillah...kena kat lengan...mudah nak dibersihkan...bayangkan kalau kena kat belakang..."

"Alhamdulillah...tak ada siapa yang melihat...mungkin Allah mahu mengkhifarahkan dosa-dosa.."

~ bersangka baik kepada Allah semasa hayatmu...semoga dipenghujung nyawa nanti pon kita pergi dalam keadaan bersangka baik juga kepada-Nya...

Thursday, November 10, 2011

FitRaH..

CERPEN : FITRAH

...di setiap jiwa insan itu ada kebaikan...

kala aku bukakan mata
dunia masih hitam
tiada cahaya yang menyuluh jalan kehidupan

"Good morning, Darling..."

suara manja dan menggoda seorang gadis yang aku miliki secara haram menyapa. Pandangan aku masih berpinar. Kepala pula berdenyut kencang. Sakit. Memeningkan. Mual.

"You mabuk teruk semalam.."

Suara tadi terdengar lagi. Kain langsir yang menjadi tabir tingkap disingkapnya. Aku melarikan wajah yang disimbah terik mentari.

"Matahari dah tegak atas kepala.Cepatlah Darling, pergi mandi. You kena temankan I pergi shopping, then kita ke PARTIIIIII..."

Aku tidak endahkan permintaan itu. Keriangan yang cuba ditimbulkan pun langsung tidak membuat monyokku bersemangat. Aku mengangkat semula wajah, melayang pandang ke luar jendela. Ada hijau pepohon yang damai dihembus bayu. Ada kicau burung yang berlagu merdu.Dan...ada cahaya yang menerangi dunia.

"Aku mahu pulang ke asal..."

Spontan ayat ini meniti di bibir.

"What!!!?? Apa yang you tiba-tiba merepek nih?You mabuk lagi ya?"

Persoalan gadis yang sedang berdiri hampir dengan aku itu diiringi ketawanya yang galak.

"Sampai bila kita mahu hidup dalam kegelapan macam ini.."

Aku menutur kata dengan tenang. Setenang perasaan yang sedang aku alami. Perasaan yang bukan aku paksa. Perasaan yang hadir secara tiba-tiba tetapi suci dan ikhlas terbit dari sebuah keinsafan.

"What's wrong with you, Darling?? Owhh...semalam you mabuk-mabuk,kemudian you tertidur,then you bermimpi you kena seksa kaT neraka, bukan? Lepas itu, ada pak cik tua berjubah putih dengan janggut panjang dan berserban suruh you insaf. Bila sahaja you tersedar tadi, terus you kata nak berubah kan?Begitu? Hahahha..you buat kelakar lah tengah hari buta ni Darling..."

Aku membiarkan gadis itu dengan andaian dia sendiri. Ketawanya juga makin galak dan memanjang.

"Mulai saat ini, I bebaskan you daripada hidup I dan I nak You pun begitu. I nak hidup bebas daripada kejahatan yang pernah I buat selama ini..."

"Hahaha...Come On, Darling.I rasa, you pergi mandi dulu, tenangkan diri you yang masih mabuk, pening,bercelaru dan..."

"PLEASE!!!Tolong pergi daripada hidup I. NOW!!!!"

Aku berkeras kali ini. Tidak mahu lagi bertangguh. Hidayah yang sedang Allah berikan kepada aku ini tidak selalu datang.

"OK.FINE!!! I berambus sekarang tetapi lepas ini you jangan terhegeh-hegeh cari I balik..."

Sepi. Tinggal aku sendiri.Ini adalah keputusan nekad yang julung kali aku buat.Arghh...aku tiba-tiba dikejar bayangan hitam, kisah hidup yang dilimpahi noda. Aku merenung kejahatan demi kejahatan yang pernah aku lakukan. Namun, Allah masih memberi aku kebaikan demi kebaikan. Tidak pernahpun Dia meminta imbalan. Percuma sahaja. Tidak malukah aku hidup dengan nikmatnya sedangkan aku bergelumang dengan maksiat, kehinaan dan dosa.

Entah kuasa apa yang tiba-tiba berjaya menyentuh keinsafan di hati aku. Tersedar dari lena yang panjang semalam, aku merasa seperti dilahirkan smeula.

"ahhh...aku masih hidup...terima kasih Tuhan..."

Itu adalah ayat pertama yang terdetik memulakan nafas baru hari ini.

Aku tersentak dari muhasabah hati setelah ada airmata menuruni pipi. Aku kesat dihujung jari, menyekat esakan ini yang seolah tidak mahu berhenti. Aku melangkah mendapatkan almari pakaian. Aku selongkar mencari satu khazanah yang sudah terlalu lama aku lupakan ~ senaskhah al-Quran. Aku peluk kitab suci itu dan terduduk dalam tangisan.

"Maafkan aku, Ya Allah..."

Aku menatap ayat-ayatnya yang terkandung di dalam. Lama benar mata ini tidak melihat perkara kebaikan. Memori lama mula menari-nari di ruang ingatan.

Zaman kanak-kanak pun hadir. hanya waktu itu ayat-ayat suci al-Quran fasih dialun. Sejadah menjadi hamparan setiap kali mengerjakan sembahyang. Berbeza pula di usia remaja ini. Lagu-lagu yang melalaikan menjadi nyanyian, jauh sekali aku hendak membaca al-Quran. Al-Fatihah pun sudah terkial-kial untuk aku sudahkan. Solat lima waktu pula tidak lagi wujud dalam diari seharian. Semuanya hitam.

"Astagfirullahal azim..."

Aku tahu, masih ada jalan pulang. Aku perlu melangkah sekarang, bukan nanti. Aku tidak mahu menunggu kerana mati itu tidak menentu.

Benar, betapa banyaknya dosa yang tercatat, tetapi aku yakini Allah itu Maha terima taubat. Sudah fitrah di setiap jiwa insan ada kebaikan. Kenapa aku ingin menidakkan?? Aku perlu mencari kebaikan itu untuk menjadi seorang hamba yang baik.

Bila nanti aku pejamkan mata
...selamat tinggal dunia
kerana ada Allah dan syurga di sana yang berkekalan menemani kehidupan.

kEhiLanGan...

sajak ini ariff nukilkan istimewa buat arwah ayah dan sahabat2 yang sedang dirindui.
ariff sayang ayah dan kawan2 semua...

KEHILANGAN

mana mungkin
engkau sentiasa berada di samping
ada waktu...sendiri aku di sini
ditemani memori dan rindu...

sejauh manapun jarak yang memisahkan
tetap terasa engkau dekat selalu
sepantas apapun masa yang memisahkan
tetap setia namamu terpahat di kalbu

namun satu suratan
yang harus tabah ku terima
setelah pertemuan adalah...
...kehilangan...

ku yakini
pada takdir itu yang telah tertulis
cuma aku masih payah menemui
kekuatan sendiri...

ku insafi
kau kembali kerana Tuhan lebih menyayangi
cuma aku yang tertinggal di sini
mana mungkin mencari pengganti..

ku mengerti
kau pergi bukan kerana membenci
cuma kasih yang pernah kau beri
membuat aku menangis
menuntut sebuah janji...
...kehilangan...

mana mungkin kan datang
bila namamu ku seru pulang
mana mungkin ada di sisi
bila saja ku bukakan mata
mana mungkin terdengar suara
hanya aku sendiri berbicara

berlalulah hari-hari
membawa harapan yang terkubur mati
cukuplah sampai di sini
detik indah kita bersama
mana mungkin terulang setelah...
....kehilangan...

engkaulah temanku
di saat ketawa ataupun airmata
banyaknya cerita yang tercipta
banyaknya pengorbanan yang dicurahkan
banyaknya rahsia di antara kita

dan berakhirlah semua
sendiri aku tanpamu
sendiri aku pasrah dalam kepayahan
sendiri aku mengulit kenangan
sendiri aku berjuang
sendiri aku yang memahami
terpisah kita kerana...
...kehilangan...

ku berdoa
pada Tuhan yang mengatur seluruh kehidupan
semoga kita kan berjumpa lagi
tidak di dunia
nanti di syurga sana
dan terhapuslah....
....kehilangan...

Wednesday, November 9, 2011

niat VS riak

Allah itu cantik ~Maha Cantik~…

Dan ana juga mahu menjadi seorang mukmin yang cantik

Cantik itu bukan sekadar pada rupa dan akhlak…malah penampilan juga…sebab itulah ana suka berpakaian kemas, baru dan segak…

“erm..akhi…ana tunggu enta kat depan foyer…ana nak kemas diri depan cermin besar kat sana kejap…”

Itulah antara rutin ana sebelum ke kuliah. Ana akan pastikan penampilan ana pada hari itu tidak ada cela dan meyakinkan. Semoga ana dapat melangkah dengan selesa. Cuma kadang2…hadir jugak rasa bangga..

>>> fabrik baju nih lembotnyer…betol-betol rasa selesa..mesti banyak mata yang memandang…baju nih memang mahal tapi merupakan hadiah dari seorang kawan…

kawan-kawan,tengoklah…tengoklah…

>>> erm…rambut dah kemas belum…dah kot…biar sesuai dengan bentuk wajah…tak ada lah hensem pon…tapi adalah rupa…biar orang melihat nanti,rasa suka ajer…

>>> pakai cermin mata ke tak payah pakai?mana lagi elok…rasanya lagi yakin tak pakai…tapi siapa yang kisah???iskkk…pakai spek tak hensem sangat larhhh…

>>> seluar jeans nih dah kemas ke tak…lau tak kemas,nak melangkah pon segan…ada ke orang kisah???eh…mesti adalah…

Dan macam-macam lah perasaan yang datang ganggu ana…

Astagfirullahalazim…

Ana lupa niat ana buat semua itu…kerana manusiakah atau kerana Allah???

Kenapa perlu kebaikan itu membuat jadi riak??

Cepat…cepat…betol kan niat…

<<< ana pakai baju baru,selesa dan menarik ini bukan nak menunjuk-nunjuk…tapi untuk menjadi model seorang mukmin yang kemas, cantik dan sedap mata orang2 memandang..

<<< ana kemaskan rambut,wajah,pakai wangian…sekadar menghargai anuerah tuhan nih…kena la jaga elok2 …bila kemas, wajah pon Nampak berseri dan cerah…senyum sikit pon dah manis…bukan ker membuat hari-hari orang lain bahagia dengan wajah yang indah,ceria dan bermanis muka itu sedekah

<<< apa sahaja ana berbuat…bukan nak tarik perhatian orang…mereka kisah ke tak…yang pasti,Allah suka hamba-Nya cantik dan kemas…

Ana sekadar berkongsi perbualan ana dengan hati ana sebenarnya…monolog diri…bukan nak berbangga atau riak…Cuma apa yang baik itu sama2 kita jadikan ikutan…hati yg ikhlas atau tidak sebenarnya urusan kita dengan Tuhan…apapon,sama-sama kita perbaiki nawaitu…perelok niat…jangan jadi riak…

Jika aku niat kerana syurga
Maka aku akan mendapat syurga
Jika aku niat kerana Allah
Maka kau akan mendapat keduanya…

Wallahuaklam…

Tuesday, November 8, 2011

beLukAR

“betol ke kat sini dik??”

Ana bertanya mendapatkan kepastian. Musykil pula melihat belukar yang tebal dan tempatnya yang jauh dari penduduk. Cuma orang kampung yang menoreh sahaja datang ke sini untuk menjalankan rutin.

“betol lah cikgu…kat dalam sikit je lagi..kat sana banyak batu…cikgu pilih aje nak yang sebesar mana…”

Adik angkat ana itu meyakinkan.Ana sekadar mengikut langkahnya yang semakin jauh kedalan belukar.Pohon-pohon yang menjalar dipijak berhati-hati,takut tersadung pulak nanti. Dahan-dahan pokok renek yang menghalang laluan ditepis,bimbang menconteng baju ana yang putih. Seluar jeans ana pun dah berselut dan berlumut.

“jauh lagi ke dik…pacat banyak nih”

Ana merungut bila melihat pacat-pacat yang bersaiz besar dan menggelikan mula berkejar-kejar mendapatkan kami berdua. Ana semahunya berlari sepenuh hati menjauhi pacat-pacat itu, tapi misi ana untuk mendapatkan batu sungai mesti diteruskan. Batu sungai itu ana nak jadikan batu nesan kubur arwah ayah…batu sungai kata orang,hidup…makin membesar…benda hidup macam pokok kan bertasbih sentiasa…sesuai dijadikan batu nesan…

“sikit lagi cikgu…depan lagi…”

Adik angkat ana itu terus melangkah laju, Ana sedikit ketinggalan dibelakang. Bukan tidak biasa, tetapi sudah lama meninggalkan hutan. Zaman kecil dulu, hutan lah yang menjadi taman permainan. Takan pacat….ana ambik dan gentel-gentelkan tanda geram bila dengan rakusnya menghisap darah ana.Namun tidak lagi sekarang…

“hah...mana sungainya dik???tak Nampak sungai pun…hutan tebal lagi nih…ini tempat apa pulak nih..???macam pelik aje cikgu tengok..”

Ana membising bila jalan mati yang kami ketemui. Kawasan kami berhenti itu seperti baru sahaja ditinggalkan seseorang. Muat 2,3 orang. Kawasan itu membentuk bulatan dan dikelilingi belukar yang tebal dan tinggi-tinggi belaka. Ahh…ana mula rasa tak sedap hati…

“adik rasa kat sini la cikgu…”

“tapi…ini macam tempat panas aje dik…tengok tuh…ini botol apa nih??ini apa nih…barang apa nih??”

Ana mula meninjau kawasan itu. Ada botol air dan straw tiub.Mula-mula tadi ana ingatkan tempat pasangan remaja memadu kasih. Bila jumpa bahan-bahan mcam nih,fikiran ana meneka ini mesti kerja penagih!!!Patot la ada trek ke sini. Ana dan adik angkat ikot aje laluan yang dah sedia ada. Ingatkan membawa kami ke sungai…rupa-rupanya…

“eh…ada rangka &*%^$& la dik…dah..bllah…blah…nanti kita pulak kena tuduh…”

Ana terkejut sangat bila ternampak kerangka *&^&%%$% yang dah dioperate. Isk…budak mana yang buat,entah lah…Ana cepat2 beredar…takot kami dikaitkan pulak dengan kes nih..Nih tulis kat blog ni pon,memang berani mati larr nih…hehehe….sekadar nak berkongsi pengalaman ajer…dah lama dah benda nih berlaku...

Erm…
Merujuk kepada situasi diatas…
Masalah remaja macam nih
Dah biasa ana sendiri jumpa dan deal..
Bukan ana selesaikan…tapi mendengar masalah mereka yang pernah terlibat
Mereka dah bertaubat dah pon
Tak buat lagi dah kerja macamnih
Dulu pon ikot kawan2

Tuesday, November 1, 2011

biCArA anAk KeciL...

ana tinggal dirumah seorang sahabat ana. Rumahnya 3 tingkat dan bilik ana ditingkat paling atas. Pemandangan waktu malam memang indah,membuat lelap ana yang selalunya tidur sendirian terhibur lena...tapi bukan itu yang ana nak kongsikan...kisah ini tentang anak jiran yang berumur 7 tahun...

"abang ariff...boleh tak adik nak terjun dari tingkap nih?macam seronok aje adik tengok..." anak kecil itu bertanya dengan wajah selamba...terkejot ana dibuatnya..

"eh...jangan...mana boleh...adik tak takot mati??nanti jatuh kang...pecak kepala,patah kaki...adik nak??" ana cuba menakot-nakotkan dia...spontan semua itu terkeluar,tanpa ana berfikir dulu rasionalnya ana cakap begitu dengan seorang kanak-kanak...yer lah...saper tak terkejot..

sejak itu, ana sentiasa awasi dia,lagi-lagi setiap kali dia ke bilik ana di tingkat 3 itu...bila ana nampak dia main-main di tingkap,ana segera nasihatkan dia,kadang-kadang ana terus tutup tingkap tuh...adeiii....saper tak takot...kata-kata dia tempih hari seoalah-olah mengugut ana pulak..

suatu malam, ana melayang pandang ke luar jendela seperti biasa. mencari-cari pemandangan indah untuk menjamu mata. Dihadapan ana adalah rumah adik tadi. Terkejot ana...ana tengok dia sedang panjat tingkap rumahnya yang searas ana...mujur tingkap itu terkunci. Ana tengok dia terhegeh=hegeh disitu,sekadar memanjat dan kemudian berlalu.

"eh...adik buat apa nih dik...."

ana cepat menegur anak kecil itu...dia sedang memanjat tingkap bilik ana.

"dah...dah...turun...jatuh nanti..." ana mula panik. Dia panjat sampai ke bumbung dah.

"ala...adik nak tengok pemandangan kat sebelah sana aje" Dia bijak memberi alasan

"eh...tak payah...jatuh nanti...adik tak takot mati??" ana sekali lagi meningatkan...ermm..dah berkali-kali...

"ala...Tom dan Jerry tuh jatuh bangunan banyak kali pon...tak mati..."

erkkk....

~speechless

inilah dia hebatnya penangan kartun menjajah minda anak kecil kita...
apa yang ana nak jawab???
hohohohoh...

kepada ibubapa dan bakal ibubapa

kiranya kepasa semua orang lah kan...

awasi anak kecil kita
kawal setiap tingkah laku mereka
fahami pemikiran mereka
dan jawab setiap persoalan mereka yang terdedah dengan dunia luar melalui kaca tv tuh dengan berhikmah...

"adik...Tom dan jery tuh karton...buat macam mana pon dia tak mati...adik kartun ker??bukan kan...lain kali jangan buat mcm tuh lagi...mak ayah sayang lagi kat adik...kalau adik jatuh nanti,menangis mak dan ayah adik...adik nak tengok mereka menangis tak??"

erm...

Monday, October 31, 2011

BiLa raSa kiTA semPuRnA...

assalamualaikum wrt...
kisah hidup untuk perkongsian bersama

...bila rasa kita baik
ada lagi yg lebih baik...

"ariff...ok tak markah test kau aritu??" seorang sahabat bertanya. Ana baru sahaja berlabuh dikerusi ketika itu, menunggu bas ke kuliah.

"Alhamdulillah...boleh tahan lah...tak fail dan tak banyak...lebih kurang..." ana menjawab samar-samar.

"erm..markah aku tak memberangsangkan larr..." dia mengeluh.

"tapi mesti dah luluskan??" ana cuba menceriakan hatinya. Ana tika itu yakin,sekurangya dia lulus ujian itu...tapi dia berdiam diri dengan soalan ini.

Sahabat yang seorang ini dalam semester tambahan, sama seperti ana...dan merupakan senior ana...tapi ana melihat kepada kelebihan yang dia ada...dia merupakan pelajar ijazah pendidikan...InsyaAllah,ada jaminan kerja. Sedangkan ana...banyak persaingan yang perlu ana tempuhi untuk beroleh kerja nanti...

Di dewan kuliah, kami baru dapat kertas jawapan ujian lepas. sebelumnya, kami cuma mendapat markah melalui sistem online maklumat pelajar.

"ariff...dapat berapa markah??" seorang sahabat ana yg sedang mengambil master dalam bidang yg sama bertanya.

"?8 je.."

"wah...lagi hebat dari orang la nih..."

Ana cuma tersenyum. Ana lihat markahnya yang tertera di bahagian depan kertas jawapan.

?7 markah.

cuma satu markah kurang daripada ana...sekilas terdetik di hati...markah ana tak ada lah tinggi...kurang pon tak...sedang-sedang ajer...tapi ana bersyukur. Kemampuan ana sebagai seorang penuntut ijazah menyamai kemampuan seorang pelajat master.

"tak aci la macam nih...ariff dapat lebih satu daripada orang" sahabat ana itu berseloroh. Ana tidak mahu mati dalam senda itu dan tidak mahu hadir riak dalam diri.
Ana membalas gurauan tadi yg membuat dia ketawa dan semoga dia senang hati. Yerlah...mungkin dia rasa tercabar apabila markah ana tinggi sikit dari dia sebab dia sebagai seorang pelajar master,sepatutnya mesti lagi power...

"Ahmad pon lebih satu daripada ariff..."

kenyataan itu membuat sahabat ana itu tertanya.

"apa yang lebihnya???"

"ariff pelajar ijazah sedangkan Ahmad dah amik master..."

ana tersenyum.dan dia ketawa.tapi itulah hakikatnya.ana perlu sedar dimana ana sedang berada...lagipun Ahmad memang rujukan ana. Mungkin kali ini itu adalah ujian untuknya...

berada dalam keadaan mana sekalipon, ana sebolehnya cuba tidak mahu merasa lebih...
kiranya kepayahah ini mendekatkan lagi ana kepada cinta-Nya
dan kesenangan itu menjarakkan ana dari ingat kepada-Nya
ana memiloih untuk berada di sini...

Tuesday, October 11, 2011

KerAnA SaYanG...

assalamualaikum wrt...

alhamdulillah...baru sahaja selesai ujian 1 subjek kaedah matematik..tapi yg pasti, ujian hidup ini tak akan berkesudahan untuk kita tempuhi....Ujian itu bukanlah beban, kerana Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan kita sendiri...cuma kita perlu berbalik kepada satu persoalan yg Allah sendiri utarakan...

"apakah kamu kira akan ke syurga sedangkan kamu belom lagi diuji seperti umat-umat yg terdahulu???"

kerana sayang....
dan ingin melihat kita ke syurga
Dia memberi ujian iman
setahap mana cinta kita kepada Dia..

seringkali melangkah sendiri pulang usai kuliah, ada airmata mengiringi...perasaan ini sungguh payah, tapi kaki dipaksa juga mara ke hadapan...kerana apapun yang berlaku,hidup mesti diteruskan...biar diri terseksa dan menderita, asalkan mereka bahagia...

kerana sayang...
buat ibu...
keluarga...
biar beban ini digalas sendiri untuk melihat kalian bahagia...

Ayah dah pun kembali ke rahmatullah
kehilangan pada usia yang sudah dewasa
sudah mampu berdiri sendiri
tetapi sepanjang itu telah banyak kenangan dan harapan tercipta
membuat hati lagi payah menahan sedih
dan insaf...

kerana sayang...
Allah terlebih dahulu mengambil ayah pergi
agar kita mampu mencari redha dan sabar
atas apa yang telah, sedang dan bakal berlau...

hermm...
sedang mendengar lagu lau kana bainana
seandainya Rasulullah sedang bersama dengan kita
hmmm...seandainya Baginda ada
nak luahkan segalanya
hanya dia manusia yg boleh memahami hati ini
setelah Allah...
Hanya dia...

kerana sayang...
cuba untuk tidak lari dari sunnah dan al-quran
agar nanti dapat ke syurga...

Friday, October 7, 2011

CanTiK TulisAn AwaK...

"cantiknya tulisan awak...awak tulis sendiri ke?" wanita di kaunter itu memuji. Ana cuma tersengeh berbahasa-basi. Ada banyak urusan yang nak di selesaikan, ana tidak ada masa untuk melayan lebih jauh dengan pujian itu.

"ha ah..." ana menjawab ringkas. Ana tidak merasa tulisan ana itu cantik.

"jarang tau tulisan lelaki macam nih..." suara wanita itu terdengar lagi masa ana mula melangkah untuk beredar. Tiba-tiba pula ana teringat pada ayah...

"buruk benar tulisan kamu ni...ayah nak baca pun susah " marah ayah pada ana ketika meminta dia menandatangani satu borang dari sekolah. Ana menjadi tidak keruan. Hodoh sangat kah tulisan ana tuh??

"nanti ubah tulisan kamu tuh...biar elok-elok sikit..." ayah memberi nasihat. Ana sekadar mendengar.

sejak dari itu, ana mencuba pelbagai gaya tulisan. Ana cuba tulis kemas-kemas,cantik-cantik...ana nak buktikan pada ayah,ana boleh...

"kau rasa cantik ke tulisan kamu macam nih...iskk...ubah la tulisan tuh..." seorang jiran ana menegur. Ana dah rasa tulisan itu cantik...tapi??? ermm...

ana tidak berputus asa. Sehinggalah ana betol-betol berjaya mengubah tulisan ana...tak adalah cantik sangat...tapi boleh lah...pastinya...kalau arwah ayah masih ada pada hari ini, dan mendengar pujian wanita tadi...ayah akan berbangga...

tulisan yang cantik itu mencerminkan kita bagaimana...seprang yg sambil lewa kah. pengemas kah atau kecar-kacir...sebelum membaca apa yang kita tulis,mata orang itu terlebih dahulu lihat tulisan kita bagaimana...pandangan pertama memberi impak dan mempengaruhi tindakan seterusnya....biar orang gembira membaca dengan tulisan kita yang cantik...dan kemas...

Wednesday, October 5, 2011

...BaS kE KuLiaH...

Ada orang berkenderaan yang dia punya
Ada orang naik bas sahaja
…macam saya…
Apapun bersyukur kerana kemudahan tersedia…

Ada orang naik bas sendirian
Nak cepat-cepat katanya
Ada orang berdua, ramai-ramai, atau berkumpulan
Bukan kah lebih indah bila berteman???

Ada orang bosan,jemu,angin satu badan dan macam-macam
Bila menunggu bas lama-lama
Ada orang sabar….
Kerana masanya itu terisi dengan zikir, beramah mesra atau membaca

Ada orang terkejar-kejar ditinggal bas
Mengharap belas pemandu
Ada orang masih mundar-mandir berjalan
Sedangkan pemandu dah menyampah tunggu
Empatilah dengan keadaan seseorang
Kena kat batang hidung baru tahu…

Ada orang bising-bising bas dah penuh
Ada orang redha dan faham
…sekurangnya masih ada ruang…
Berilah dan kongsilah tempat
…. selagimana muat….

Ada orang rimas ,menyumpah seranah atau bermasam wajah bila berhimpit-himpit
Ada orang istighfar…
Ya Allah..peliharalah kami dari perkara yang tidak baik
Meminta doa insyaAllah….dapat..
daripada berbuat perkara yang tidak memberi manfaat..

ada orang sempat duduk di kerusi
ada orang terpaksa berdiri
itu lebih baik daripada berjalan kaki

ada orang berebut-rebut masa nak naik
isk..kita dah dewasa,bukan lagi budak kecik…
ada orang beratur penuh sopan dan disiplin
herm..orang macam ni boleh dibuat naik pelamin…

ada orang turun dan berterima kasih
budi bahasa kan budaya yang manis…
ada orang bersahaja tak kata apa-apa
alahai dik…senyumlah sikit…

ada orang...macam-macam...
lain orang lain ragam
ini baru tunggu bas nak ke kuliah
alahai…inilah kehidupan…

Thursday, September 22, 2011

ayah...

istimewa buat arwah ayah...


Ayah…
Umpama langit terbentang luas
Ku terbang di bawah
Dan engkaulah batas…

Umpama bumi
disitu jasadku bertapak
dan Engkaulah pasak
Menongkah aku dari rebah

Umpama pepohanan merimbun
Setenang biru lautan menderu
Begitu kasihmu mendamai dikalbu…

Namamu tersebut sesudah ibu
Mungkin..kau bukan yang pertama
Namun kau Satu
Dan untuk selamanya….
Tanganmu membelai tidak selembut ibu
Namun ku merasa aman
Bila berada di dalam pelukanmu…
Suaramu tidak setenang bicara ibu
Namun kata-kata itu
Menjadi doa seiring kehidupan…

Engkaulah sang matahari
Diantara banyaknya bintang di langit
Berada dekatku paling hamper
Menerangi hari-hari

Pabila malam pun datang
Masih ada cahayamu tertinggal di bulan
Menemani aku yang kegelapan…

Pabila hadir gerimis
Engkau biaskan pelangi
Mewarnai hati yang sedang menangis…

Pabila mendung menghalang
Ataupun hujan dah turun
Engkau tetap di balik awan
Meyakini aku
Memberi harapan
Cuaca kan kembali terang…

Ayah…
Namamu tersebut sesudah ibu
Mungkin kau bukan yang pertama
Namun kau Satu
Dan untuk selamanya…

Saturday, July 16, 2011

PerPisAHan paDA PerTemUaN...

Assalamualaikum wrt…

Petang tuh…abe plan bermalam rumah azizul…malam nanti katanya azizul dan beberapa org lg nak belajar math dengn abe…dan esok nak buat BBQ untuk abe…

Abe peluk Tajol kemas2..abe tak mahu lepas…dah 3 malam bermalam kat rumah tajol…tajol dah macam adik abe dah…abe sedih sangat…abe peluk pulak Roy…sepanjang kat sini kami makan sama2..tengok tv sama2…semayang sama2..semua tuh buat abe sedih…dan kesedhan itu terus mengiringi abe sehingga hilang dari pandangan Tajol..

Kesian Mad…meredah malam semata2 nak hantar abe ke rumah Azizul..tapi sepanjang perjalanan kita…bez kan mad…macam2 cerita kita kongsi bersama..jalan yg sama yg pernah abe lalui dengan Man semalam semasa dia bawa abe jalan2…tetibe teringat kat Man..maaf kana be ye Man…tak dapat bermalam kat rumah Man malam nih…

Sampai kat rumah Azizul,abe tengok ada banyak kereta,ramai orang…saudara mara Azizul rupanya…abe x mahu bermalam rumah Azizul..malu la pulak ramai2 orang nih…abe x marahkan Azizul x bagitahu abe awal-awal pasal nih…abe x kisah dah jadi macam orang pelarian…kena berpatah balik ke umah Tajol…abe Cuma kesiankan Mad…kena hantar abe semula…mekasih mad sanggup berkorban utk abe..petang td dah lah belanja abe kat Bandar temerloh…segan tau adik plak kena belanja abang…

Dari jauh abe Nampak Tajol…tentu dia pelik tengok abe kembali…aduii…feeling sedih2 peluk dia tadi pon belom hiang lg…hehehe


“abe x dapat lupakan tajol lah…hahaha”

Gurau abe menceriakan suasana..

Tp esok…esok Tajol akan bertolak ke kem kecmerlangan anjuran sekolah..kita akn berpisah jugak esok joe…jadik malam nih abe nak habiskan masa bersama Tajol aje yer..
Esoknya tajol bagitahu tak jadik nak pergi ke kem..alahai…perpisahan kedua yg tak menjadik kan..hehehe..erm..takpe lah kalau gitu…bagus jugak…jadi ada la lebih masa nak bersama Tajol nanti..

petang nya abe dan adik2 abe yg lain buat BBQ kat umah shaheera..mekasih sangat2…abe enjoy dan hepi…lagi2 layanan shahera yg baik sangat tuh…malamnya abe ajar shahera,aznil dan ma…seronok dapat ajar adik2 abe matematik…tp sebelom tuh abe kol Tajol…Joe jangan tidur lg yer sebelum abe balik…abe nak borak2 dgn Tajol utk malam terakhir…esok kan abe dah nak bertolak balik kampong…

Lewat abe balik..pukol 1 lebih jugak…mad dan Aznil yg antarkan..abe salam buat kali terakhir dgn mereka…Tajol dah terlelap tp joe bangun bila sedar abe dah balik umah…lama jugak kita sembang malam tuh..
Pagi esoknya…mak,tajol dan abe bertolak ke Bandar…bas abe jam 9 pagi…kat sana Amer dan menanti…abe diam aje…entah macam mana nanti di saat terakhir…mampu kea be nak lepaskan Tajol..kali ini perpisahan yg pasti…herm..

Masa bas dah sampai…abe peluk tajol lama2…abe hampir2 nak nangis…tp x keluar airmata..tp yg nyata abe sedih sangat2 Joe…abe peluk pulak Amer dan…

Eh…eh…bas dah gerak..abe tertinggal bas…kita bertiga mengejar bas…hehehhe…malu abe masa tuh…tp Alhamdulillah…bas berhenti jugak..abe peluk sekali lg Tajol dan amer…sebelom naik bas…abe pegang tangan Tajol dngn lama dan mesra…abe sedih nak tinggalkan Joe…dalam bas abe pakai kacamata RAYBAN hadiah dr tajol..kemudian abe kol Joe kejap…betol…abe sedih…tp inilah kehidupan Joe…tiap pertemuan ada perpisahan..

Terima kasih kpd semua adik2 abe kat temerloh yg memberi abe banyak kenangan indah sepanjang di sana…semoga berjumpa lagi…

Wednesday, June 8, 2011

impian ana...

salam alaik.....

tak ramai yang terkena dengan perangai keanak anakan ana
dan ramai yang tak tahu ana nih suka kan kanak-kanak
dan sebab itu jugak ana suka mendekati adik2 remaja
untuk berkongsi cerita
untuk memberi motivasi dan nasehat agama
untuk mencurah kaseh dan cinta...pada mereka yg tak dapat merasa

dan dalam diam
ana punya impian
satu hari nanti ana nak tubuhkan rumah anak2 yatim sendiri
cuma sekarang nih ana perlu cari pengalaman
bukan leh bantai buat ajer
setakat kasih sayang tak memadai
diri ana sendiri dulu perlu bersedia...

kena ada kerjaya dulu...kawen...dan ada anak-anak ramai...anak2 yatim itu nanti lah jadik anak2 ana...

alahai...jauhnya berangan...
adeiii....

Tuesday, June 7, 2011

hibur hati jap

saje nak ketawa sorang-sorang...cer tengok blog nih...best ngatt...
http://funny-profiles-story.blogspot.com

serammm...

salam alaik...

semalam hujan lebat..ana sangkut kat bus stand tunggu kawan fetch dengan motornyer...jam 6pm baru dia sampai...itu pon maseh hujan renyai-renyai...kalau redah nih mahu basah...kebetulan ana bawa laptop semalam...jadik kawan ana cadang tunggu la dulu...

"arep dah solat?orang dah solat...arep g la solat asar dl...dah lewat nih"

perghh...surau dia jauh...belakang pejabat ana nih sekolah rendah...dan suraunya letak belakang lagi...waktu tuh dunia dah malap...dah gelap2 sikit diselubung mendung...timbul lah jugak effect keseramannya...tapi ana tak rasa apa-apa pon...biasa jak...cuma masa ana kat surau,suasana memang sunyi sepi dengan suraunya yg gelap...ana malas la nak bukak lampu...ana buat tak tahu...masa tuh tetibe bulu roma meremang...adehhh....seram kah ana???takot kat sapa nih?bukan kah ana sedang mengadap tuhan? yang sepatotnya ana lebih takottt....

ha...itulah kerja setan...tak habis2 nak kacau anak adam...ana memujuk diri...lagipon,ketakutan itu kan ujian tuhan sepertimana yang tersebut dalam surah albaqarah ayat seratus....erm...lupa la plak...

"assalamualaikum wrt.." ana bagi salam ke kanan...dan ke kiri??hehehe...tak sempat,ana terus raup muka dan blahhh....tak mahu lagi bermain perasaan...nak keluar dr kegelapan...tempat banyk setan berkompol...nak keluar cari cahaya...baru lah hilang rasa entah apa-apa...huhuhuhu...

dan ana balik hari tuh dengan bermandikan hujan...sampai ke malam hujannya...

Monday, June 6, 2011

dah rejab dah...

salam alaik...

selalu jugak abe termenung dan muhasabah...abe nih sampai bila nak menyusahkan kawan2...datang kerja tumpang kawan...laptop nih pon abe pinjam ngan kawan kejap sebab nak buat kertas kerja...herm...abe rasa bersalah dengan mereka semua...tapi abe dah terdesak dah...hanya pada kawan2 abe tempat abe mintak tolong...cumanya,kalau kerapkali mintak tolong,risau jugak abe...mungkin kawan2 ikhlas tp...yer lah...perasaan abe sendiri yang jadik tak sedap...

semalam abe kol adik abe...ali asyraf...adik angkat abe masa kat sekolah lagi nih...kami memang baik dan insyaAllah..akan terus saling berpesan2 ke arah kebaikan...abe nak pinjam laptop dia...hari pulk dah hujan2 renyai...tapi dia sanggup jugak datang...alahai aliff...terharu dan rasa bersalah plak abe...tak de lah urgent sangt pon dik...tak mengapalah..sekurangnya dapat jugak abe berjumpa dengan dia..dah berbulan-bulan jugak kami tak jumpa...dia datang dan terus peluk abe...huhuhu...terharu plak abe...abe plak jadik segan...bukan tak biasa...kalau kat universiti itu fenomena biasa jer...tapi kalau kat rumah,famili tak memahami...itu tanda mesra dan ukhwah kami tapi bg famili...isk...abe nih apesal peluk jantan...hehehhe...tapi tak pe lah....abe memang rindu sangt kat aliff nih...lama tak jumpa...tapi kami jumpa sekejap jer...dia cuma datang hantar laptop...dan nak poulang...nak berbuka puasa katanya...puasa???hermm...nasib baik adik abe nih ingatkan...lupa plak abe...dah rejab dah kita....bila yer kita nak poser sunat rejab??hermm...mekasih dik tolong ingatkan abe...hehhehehe...

adik-adik abe...

salam alaik...

abe sekarang nih dalam pejabat...takder kerja nak buat...ramai pegawai dan kawan2 seangkatan abe bercuti...tadik pon abe datang kerja lewat...kol 8 baru bertolak dengan kawan...biasa drift jer tumpang kereta kawan datang kerja,tapi hari nih merempit plak tumpang motor kawan abe,tajudin tuh...hehehe...

erm..memang bosan nih...tapi itulah...bila bosan2 nih abe teringat pada satu pesanan Tuhan...ingat waktu lapang mu sebelum sempit...jadik,abe tak mahu lah buang masa...abe sebolehnya nak buat apa2 ajer kerja yg berfaedah...sebelum menulis kat blog nih...tadi abe buat kertas kerja...minggu depan abe nak pergi buat kajian kat sekolah...

abe sebenarnya teringat-ingat lg nih kat 2 orang adik abe...sorang tuh nama Din (bukan nama sebenar yer, 20-an...orang Johor...dia mesej abe mengadu masalah...sedih abe bila teringatkan nasib dia...sorang lagi nama dia Kimi...dari sabah...jugak 20-an...kalau dah nama adik tuh mestilah muda dari abe kan....kan...kimi nih dia nak berubah...nak solat...nak jadik baik...tapi takder sape2 yang nak bimbing...jadik abe rasa bertanggungjawab untuk memimpin dia setakat abe mampu...yer lah..abe pon banyak kurangnya jugak...

din nih abe dah kenal lama dah...dalam 2 3 tahun jugak...masa tuh abe ada program kat sekolah...minggu lepas dia mesej2 abe...meluah segala perasaan...seolahnya dah lama dia pendam...cuma katanya,dia luah kat abe sebab dah tak tahu nak kongsi dengan sesiapa...

"din benci ayah...din doakan ayah mati cepat"

abe memujuk dia dengan kata-kata yang lembut agar hati dia sejuk...yer...abe akui...sikap ayah dia dah keterlaluan..tapi abe nasihatkan kat diri abe sendiri jugak...seteruk manapon ayah...dia tetap ayah kita...abe pesan kat Din..Din...doakanlah agar ayah din berubah jugak suatu hari nanti...kita sebagai anak,itu aje lah yang termampu kita buat...doa...bimbang nanti jika kita salah membuat tindakan,jadik anak derhaka plak...

"hari-hari dah din doa...tapi ayah tetap macam tuh jugak...dl selepas dia sembuh dari sakit teruk....din ingat dia nak berubah...tp masih sama lah...mak yang dah berumur 60 tahun tuh pon dia sanggup pukul2 lagi..."

erm...din...sabarlah...setakat nih,selagi mana din mampu pertahankan,din halang lah dia...selebihnya,din banyakkan berdoa agar terbuka pintu hatinya untuk berubah...ingat din...din jangan bencikan ayah tapi bencilah pada perangai buruk ayah tuh jer..dia tetap ayah din...

"lepas nih din nak kerja dan bawak mak jauh dari dia...itu ajer cara nak ajar dia"

erm..abe diam ajer...dan mengiakan rancangan adik abe sorang tuh...semoga Allah permudahkan urusan Din sekeluarga...InsyaAllah...setiap ujian Allah ada hikmahnya...nanti2..tahulah tuh...apa masalah sebenar din?hehehe...biarlah rahsia...cukup setakat abe nak bagitau...hargailah kasih sayang yang mak ayah kita telah berikan kerana betapa ramai lagi kawan2 kita di luar sana yang lemas dalam mencari kasih sayang....

kimi...
ermm...adik abe dari sabah nih...ceritanya dia dal jauh lari dari landasan ajaran islam..minum arak...tak solat...dan macam-macam lah...abe faham keadaan islam di sana...dengan majoriti bukan islamnya...dan kimi bagitahu dia pernah nak berubah...tapi itu lah...tak pasal-pasal kena ketawa dek kawan-kawan dia...niat yang baik,pasti Allah tolong kan...Alhamdulillah...semangat kimi nak berubah kuat...cuma takder orang yg nak bimbing dia...dan ditakdirkan kami berkenalan...insyaAllah abe akan tolong dia...cuma abe mintak...sama2 kita doakan dia istiqamah...setakat nih...dia banyak bertanya...abe bukannya ustaz...tapi kalau ada soalan2 yang abe sendiri tak yakin,insyaAllah...abe pon akan merujuk ustaz@ustazah abe,kawan2 abe jugak..adik2 ada masalah macm nih jugak?jangan pendam...Allah itu setia ada dan abe...InsyaAllah sedia bersama...ok...

salam sayang kerana Allah dari abe...salam alaik...

Thursday, April 21, 2011

kisah kehidupan : kANtOiii 2...

salam alaik...
kisah ini pulak salah ariff sendiri...siapa suruh carik pasal...hehehe

berlaku di akhir semester 5 ariff..

ariff biasa sebelum tidur...ariff layan radio...dengar salamfm...salamfm nih adalah stesen radio islamik kedua setelah IKIMfm..kat area KL nih frekuensi dia 91.1...beroperasi selepas jam 12 malam yer...ariff layan la stesen tuh...ariff dengar satu diskusi pasal akhlak remaja..seorang pendnngar tetap menghubungi dan berkongsi pendapat..wah..suka dengar dia cakap..islamik..Pak Man nama dia..

"jadi,kepada wanita-wanita diluar sana,kalau berniat nak buang anak tuh,tolong la hubungi saya...saya boleh membantu..hubungi saya di 013 XXXX "

ariff cepat catat...ariff nak kenal pakcik nih...mana tahu entah-entah dia ada rumah anak yatim yg menempatkan anak-anak luar nikah nih...ariff suka anak-anak dan adik-adik comel...

ariff kontek dia...maka bermulalah perkenalan kami...katanya bekas Profesor dan sekarang pensyarah bebas...dah tua....berumur 60an...ariff dah anggap dia macam ayah...bila ada masalah,ariff luah kat dia...dan dia menasihati dengan kata-kata yang baik...tapi...

bermulalah hari kantoi nyer...

"Pakman kat KL??buat apa??" ariff telefon dia hari tuh sebab tensen buat proposal projek akhir tahun...niat nak mintak tolong pak man...dia kan bekas prof...huhuhuhu...

"pak man kat asal sini..balik rumah.."jelasnya...baru ariff ingat...dia cakp dia asal KL...

"tapi esok Pak Man nak balik penang dah.."

"eh ye ker...boleh lah ariff ikot Pak man??nanti Pak Man ajar ariff nak wat Proposal nih..." mintak ariff tanpa rasa curiga..dah macam ayah dah

"err...boleh..tapi Pak man kat hotel nih...nak jumpa kawan..datang ke sini boleh..Hotel Suria,dekat Puchong...Pak Man malas nak keluar...tak ingat jalan sangat.."

erkk...kantoi...kata orang KL..takkan tak biasa jalan sini...hermm..pergi hotel tuh boleh pulak..

ariff mintak tolong Bun hantar ke hotel tuh...sesat jugak lah kami...kesian bun...maaf yer bun susahkan bun plak...

akhirnya kami jumpa dia..dan kantoi lagi...

"ariff..kawan Pak Man nih perempuan..nanti kalau tolong jangan cakap apa-apa yer kat dia pasal isteri Pak Man.."Pak Man berbisik ke telinga ariff...seorang perempuan keluar dari hotel...ahh...sudahh...

Ariff pergi kepada bun yang dah nak naik motor..ariff citer kat bun...ariff takot...ada yang tak kena nih...bun selamba cakap..ariff kena hadapi semua ini...anggap ini pengalaman..dan ariff akur...bun blahh..tinggal ariff

Ariff naik kereta Pak Man..nak menuju ke Penang

"Pak Man nak hantar kawan Pak Man dulu yer..ariff.."

kantoi 3 :

"abang bawak la elok-elok..kang sesat lagi macam semalam...nanti lambat plak..i lapar nih...tak makan kat tempat semalam dah.." perempuan separuh usia itu bersuara...

abang???i???ahh...gelinya...
pastuh main manja2...cubit2...adeii...sakit mata...

Pak Man cakap baru nak jumpa kawan..tadi perbualan mereka...mereka dah lama jumpa...ariff tengok ada pakaian pompuan tuh...baru checkout dari hotel...apa mereka buat kat sana??ahh...ariff gabra...siapakah Pak Man
pastu Pak Man memang kekok jalan kat area sini...pompuan tuh yang banyak bantu..adeii...Pak Man banyak tipu ariff...apa dia sembunyikn nih...

kami singgah makan kat satu pasaraya...Alhamdulillah...ariff tekad nak lari dari mereka...mereka g makan..ariff cakap ariff nak solat...lepas solat,ariff lari menyelinap dalam pasaraya..

ariff kol Pak Man bagitahu,mintak maaf sangat2...ariff tak mahu ikot pak man balik penang...

dan sekali lagi ariff koll mintak tolong bun datang amik ariff..tp...err...kat mana nih sekarang...

ariff bertanya alamat kat kedai berhampiran...dan Alhamdulillah...ariff selamat..tapi tak habis2 kena sindir kat bun...alahai...

ariff tak mahu judge apa2 pasal pak man...biarlah dia...huhuhu...

jadikan kisah ini pengajaran yer...

kisah kehidupan : kANtOiii..

salam alaik...
arep saja nak kongsi beberapa kisah kantoi arep dalam beberapa situasi...kisah lama..jadik tak timbul isu nak aib kan sesiapa..sekadar kita ambik sebagai pengajaran...inilah kehidupan..macam-macam..

jom...kita mula dengan kisaha ariff masa di..

Kolej Matrikulasi Melaka 2007/08

ariff sedang telaah pelajaran masa tuh...macam biasa...subjek matematik...ada panggilan dari seseorang...yup...Ijal (bukan nama sebenar)..seorang kawan yang baik,selalu jugak turun pergi surau..sopan santun...

"arep..aku ada masalah nih..." suara Ijal cemas dan sayu dalam talian.

"ok..ok..kenapa nih...Ijal kat mana nih sekarang..." arep cuba bertenang..

"ada kat bilik..datang lah kejap..aku ada benda nak bagitahu nih.."

"baik..tunggu kejap.." arep capai beg duit dan menuju kebilik Ijal..tak jauh..sebelah aje...tapi tak tahu kenapa...benar-benar dalam problem la kot...pintu berkunci..arep ketuk bilik..Ijal buka dalam keadaan berhati-hati dan kunci balik setelah arep masuk bilik...

"arep...aku dah buat salah besar...aku takut arep...aku takut..." Ijal terus meluah kata sebaik ariff duduk didepannya.

"isk..kenapa nih Ijalll cuba bagitahu dulu..." arep belom matang lagi masa tuh dalam berhadapan dengan situasi begini.

"tolong aku arep..aku kantoi mencurik..." Ijal berterus terang..
"hah??biar betul ijal...isk..kenapa nih??"benar...ariff tak pandai mengawal suasana.

"aku curik handphone arep..tolong lah...aku takut...mereka ngah cari aku tuh.." Ijal cemas..membuar arep turut cemas..

"tapi kenapa Ijal???"

kantoi 1:

"aku nak duit arep..aku nih orang susah...aku bukan saja-saja curi...aku janji...aku ganti balik nanti..."

dan ariff cepat muhasabah diri ariff...Allah...ariff ingat pada satu kisah dulu..masa baru kenal Ijal

"saya datang sini bukan guna duit mak ayah...mereka pun susah..tapi ada seorang perempuan kaya sponsor ariff...banyak jugak dia kasi..boleh la survive kat sini"

"wah...best lah kau kan..eh...aku nak juga la..bagitahu la dia..."Ijal berkata..Arep x pasti dia berseloroh atau serius

"isk..senang-senang ajer...dia sponsor tuh sebagai hadiah SPM arep lah.." arep cuba jelaskan..

selepas peristiwa itu,arep perhatikan dia asyik bertukar handphone dan gadget-gadget baru yang tak mampu pelajat matrik miliki lagi...patut lah...

tapi ariff jugaka rasa bersalah...alahai Ijal..

kantoi 2:

macam mana nih Ijal mereka leh tangkap kau curi???


"lepas aku curi...aku terus letak handphone tuh dalam bilik...aku lupa nak off kan..dah nasib aku arep..mereka misskol nombor tuh berkali-kali...sambil ronda setiap blok dan bilik...aku pula tadi tak ada kat bilik..."

belom sempat kami berbual panjang...pintu ditendang dari luar...ahh...sudahh...tak pasal-pasal arep jadik mangsa keadaan nanti...

"arep..aku takut arep...aku takut..." Ijal makin cemas.

"woi..kau bukak pintu nih cepat...aku datang dengan cara baik nih..kau jangan buat hal" terdengar suara dari luar.

Ijal terus menghampiri pintu dan membukanya. Serentak itu beberapa orang lelaki masuk...seorang daripada mereka meluru dalam keadaan bengis dan marah.Leher baju Ijal dicekup dan Ijal disepak beberapa kali..ariff jadi takut dan kalut..arep cuba nak keluar...Alhamdulillah...arep dapat keluar...rupanya kat luar bilik sana lagi ramai orang...arep bunyi bising2 kat dalam..Allah..takot nyer rsa...arep tak tahu nak tolong macm mana...

herm..
ada lagi satu kes kecurian yang melibatkan ariff secara langsung...yang nih lagi licik dan hebat...tapi ariff tak leh ceritakan sekarang...baru aje terjadik...apapun..semoga pencurik2 nih mendapat hidayah dari Allah...setelah kantoiii...

Wednesday, April 20, 2011

apabila kehilangan...

salam alaik...

"kawan2 semua...tolong arep buleh dop??arep kehilangan pendrive yang dipinjam dari sorang kawan arep...pendrive tuh spesel skit,warna kelabu,ada tali getah kelabu,tertulis ampang medical centre..doakan arep jumpa pon dah ok...arep ingat nak antar dah seblom habis sem nih..hilang plak..sedeh sesang coz tuh arep pinjam..tolonglah.."

begitulah status facebook ana setelah hampir sejam cuba mencari...tapi hampa..
kehilangan pendrive cuma...namun yang lebih mustahak disitu...ana telah menyalahi amanah...



bukan pertama kali ana pinjam sesuatu dari kawan ana nih...dah banyak kali...dan kali ini...Allah...ana diuji sebegini...apa kata dia nanti???ana mulai runsing dan diserbu rasa bersalah yang tinggi...

puas diselongkar bilik,almari,surau.bilik kawan...tetap hampa...dan akhirnya...maaf...ana menangis dalam payah...tiada suara esak..tetapi airmata lelaki ini menitis jugak...ya allah...bersalahnya kerana menyalahi amanah ini...berdosa pada-Mu...dan berdosa pada hamba-Mu...

ana cuba tak menangis...aiskk...apa ni lelaki nangis...tapi tak boleh...ana bersalah...mungkin kawan ana tak marah pun...tapi ana tetap bersalah...sob...sob...sob...ana bakal dihukum seteruknya...allah...

maaf...

Tuesday, April 19, 2011

sebalik tabir jamuan surau k6 alhidayah

Assalamualaikum wrt...

sekadar berkongsi luahan hati ini yang hepii....
terutama sahabat yang hadir..semey,mad shah,apiz kadir,mije,khairul,lokman,azlan wildan,abdulhadi,naim asyraf,lah,afizudin,rahim,afik,zaiman,danial farez,ash,mughti...dan sahabat baru ariff...x sangka datang yer..mekasih...iaitu...nazrin dari blok msn...

Warga muslimin kolej 6...

Pertama kalinya ariff ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sahabat yang sudi hadir ke jamuan surau pada 19hb 4 lepas...dan mintak maaf kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan bersama...mungkin ada komitmen lain..maaf yer kerana tidak match dengan masa sahabat-sahabat untuk datang...

Mulanya kami rancang nak buat pada hari jumaat dan tertutup untuk ajk sahaja dengan bayaran rm5 seorang...tetapi ariff ada urusan lain dan di atas beberapa rasional...kami tunda...dan kami plan untuk buat pada hari selasa...dengan harapan sahabat punya kelapangan...

AJK muslimat cakap,ada sumber kewangan...jadi ariff buat keputusan...nak buka kepada semua muslimin dan bayaran adalah ikhlas...duit surau dengan ariiff pun dah memadai rasanya...jadi untuk muslimin ariff ajak hamper semua sahabat kita...untuk muslimat sahaja tertutup untuk ajk...tak mampu kami nak treat untuk 3 blok muslimat...maaf yer muslimat...

ariff jangkakan 15 orang akan hadir...dan 10 orang muslimat...tetapi kami Cuma menempah 125 batang sate untuk 25 orang makan dan mee kari untuk 20 orang makan..dan sedikit makanan ringan...petang hari kejadian,kami kalut mencari pembekal sate..kontek punya kontek beberapa link,Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan...kami ke restoran satay kajang..terima kasih kepada denial farez dan naim asyraf yang banyak berkorban...memang jauh...tapi demi sahabat kami...kami sanggup redah...hehehe

malam itu, Alhamdulillah sangat2...ramai sahabat datang bagi sokongan...dalam diam,terdetik jugak kerisauan...muslimin yang hadir sahaja mencecah 20 orang....belom campuur muslimat...cukup ke makanan...ariff cuba bertenang...dan berserah sahaja urusan...sudah terlambat...semoga allah membantu...selesai ustaz bagi kuliah...muslimat telefon untuk ariff buat pengumuman,jamuan untuk ajk sahaja kerana mereka bimbang tak mencukupi...ariff Cuma senyum...insyaAllah...ariff percaya pada Allah..Dia akan membantu..kami berbuat perkara kebaikan...teringat ariff kisah perang khandak...makanan yang sikit mencukupi untuk muslimin yang ramai ketika itu atas kuasa Allah...dan ana mengharap itu terjadik...dan benar...Alhamdulillah...jamuan lancar...dan ana merasakan makanan mencukupi untuk kami..malah ada mee yang lebih pulak dari belah muslimat kan...itulah berkat kita makan dalam berjemaah...Ariff sendiri pun,makan 2 3 cucuk satay dah kenyang...

apapun...kiranya sahabat ada yang tidak berpuas hati dengan jamuan semalam,arif mintak maaf yer...dengan suasana kalutnya...huhuhu...ruang sempitnya...hihihi...tetapi memang enjoy dan seronok...terima kasih jugak kepada sahabat yang member sedikit sumbangan untuk menampung serba sedikit kos jamuan semalam...yang penting,silaturahim kita itu terbina dan menambah mesra...

salam alaik...

muhasabah bicara mantan pengerusi surau k6

Dengan nama Allah yang Maha cinta...
Assalamualaikum wrt...

sahabat ini bungaku...penyeri dunia...
Sahabat ini maduku...penawar banyak perkara...
Sahabat ini guruku...mengajar sepenuh mesra...
Maka ya allah...
Engkau dampingilah mereka sentiasa
Jangan biar mereka sendirian dalam dunia...
...di alam barzakh...
Bahkan di akhirat sana...

Takdir cerita kita berpaksi kerana Allah
Dan berasaskan kepada tiga perkara...

1) Taaruf..

Kembali mengulit memori setahun lalu
Tanggungjawab yang diberi melulu
Tetapi ana cuba menenangkan hati ini yang kalut
Layakkah untuk ana menggalas misi itu
Sedangkan sendiri tidak menentu...
Panjang ana muhasabah
Ada sokongan sahabat semua meyakinkan
Ada semangat kalian yang menguatkan
Ada seruan jihad semua yang berkobar hebat
...dan ana menyahut sebuah tuntutan jihad...
Alhamdulillah...syukur pada Allah di atas hikmahnya
Juga Terima kasih buat kalian kerana ruang yang tersedia..

Sesunggguhnya...
Medan juang ini menjadi wacana kita
untuk saling mengenali...
Biar tidak mesra
Tetapi terbit atas dasar mengagungkan syariat agama
Biar tidak sekepala
Tetapi kita bersatu atas dasar satu perjuangan
Biar tidak selalu bersama
Tetapi hati-hati ini sentiasa berkumpul merencana kebaikan
....Demi ummah tercinta...

“...diciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan,berbangsa-bangsa dan bersuku-suku... untuk saling mengenali...dan yang PALING MULIA disisi tuhan diantara kamu adalah ORANG YANG BERTAKWA...”- Al-hujurat ;49:13

InsyaAllah...

2) Taffahum (memahami)
Dakwah itu bukan kerja mudah
Dan kita tidak pula boleh memandangnya payah
Ada Allah bersama
Tetapi semua itu menuntut untuk kita para dai’e saling memahami
Sebelum kita mengajak orang lain untuk faham islam...

Perlu jelas...
Tugas ini bukan kerana organisasi semata
Ini adalah tanggungjawab untuk mengajak
Hati-hati sahabat kita semua kembali dekat
Kepada cinta pencipta

Perlu tahu...
Sedikit atau banyak kita berbuat
Allah yang menilai
Bukan sekadar melepas beban jawatan
Bukan sekadar mengikut arahan tuan
Bukan hanya mendidik hati sendiri
Amanah ini adalah seruan islam
Amanah ini suruhan Tuhan
Amanah ini untuk membawa kita semua sama-sama ke syurga
...bukan nafsi-nafsi kesorangan...

Dan ana mula memahami semua ini
Dan mengharap sahabat juga faham

“wahai orang-orang yang beriman...jika kamu menolong agama Allah...Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu...”- Muhammad;47:7

Yakinlah itu...

3 )Takaful (tolong-menolong)

Dan kerana itulah
Muafakat itu kuasa kekuatan
Bergerak kita dalam satu saf
Meneguhkan jiwa-jiwa yang goyah
Barisan ini menjadi benteng kukuh
Menghalang tempuran musuh
Berkumpul hati-hati ini
Menambah kekurangan
Berkongsi ketekalan
Membunuh kelemahan
Demi hidupnya sebuah perjuangan islam...

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan,sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain;mereka menyuruh berbuat kebaiakn dan melarang dari berbuat kemungkaran;dan mereka mendirikan solat,memberi zakat,serta taat kepada Allah...sesungguhnya Allah maha kuasa,maha bijaksana ”- Attaubah;9:71

Sahabat semuanya...
Sepanjang ana dimandatkan memegang panji perjuangan kita
...Di medan ini...
Segala kekurangan dan kelemahan
Segala kesilapan dan kekhilafan
Segala bicara dan senda yang berlebihan
Segala minum dan makan
Segala tingkahlaku dan santun yang tercela
Segala amanah yang terlepas
Segala kata hati yang membenci
Segala cinta yang berbelah bahagi
...segalanya...
Ana mohon rimbun keampunan
Dan minta halalkan
Maaf tidak mampu memberi komitmen yang terbaik

Ana mungkin bukan lagi pengerusi surau
Tetapi ana masih lagi bersama dalam perjuangan
Ana mungkin tidak lagi di sisi
Tetapi insyaAllah....misi ini akan terus disamping...
Amen...
Assalamualaikum wrt....

Pencari redha Ilahi;
Mohd.Ariff bin Mat Isa
Mantan Pengerusi Surau Al-Hidayah Kolej 6
2010/2011

Saturday, April 16, 2011

suara terindah...

assalamualaikum wrt...
sajak ini ariff tujukan istimewa buat kakak arif, kak lina, seorang OKU (bisu dan pekak)...sejak dari kecil lagi...hanya suara yang kami tidak faham menutur dibibirnya...apapun,kami sayangkan kakak kami....kerana dia adalah insan yang paling istimewa dalam famili..

ana tujukan juga sajak ini kepada sahabat diluar sana yang mengalami nasib sama,bisu dan pekak,suara sengau dan sebagainya...sesungguhnya...suara kalian adalah suara yang terindah...



seandainya engkau mampu memahami

takdir Tuhan ini yang sedang menguji

pastikan berbahagia

kerana...

suaramu yang teristimewa...



lukisan diwajahmu dapat ku baca

perasaan yang cuba diluahkan

senyuman dibibirpun cukup bercerita

apa yang ingin dikatakan

tingkah laku mu itu bahasa terindah

menjadi ayat-ayat...

....berbicara...



ada yang ketawa

mendengar engkau bersuara

ada yang menghina

melihat sebelah mata

ada yang membenci

memandangmu jijik...

biarkan sahaja mereka berbeza

kerana

masih ada yang bersama

untuk mendengar engkau berbicara...



ungkapkanlah saja...bicara menggegar dunia

agar mereka sedar

suaramu juga berkuasa



ungkaplah saja....bicara menutur kata-kata

walaupun tak sesiapa kan mengerti

suaramu terlalu berharga



ungkaplah saja...bicara membisik cerita

kiranya nanti mereka mengerti

suaramu lah yang terindah...



lakaran dijiwamu dapat ku selami

mengamit perasaan untuk dikongsi

airmata yang menitis meraih kasih

merayu supaya jangan disisih

santunmu menjadi lagu-lagu cinta

seiring alunan melodi

....suara hati....

.

Wednesday, April 6, 2011

OriGiNAL OraNg KamPunG

assalamualaikum wrt...
ingin ana nak menulis sekitar pengalaman ana...
sekadar perkongsian ilmu bersama...
mungkin perspektif kita berbeza...
tapi itulah uniknya hidup nih...
kerana ketentuan Allah itu pelbagai...

jommm....kita menjengah ke desa tercinta
berlatarkan kampung dan pedalaman
hutan rimba menjadi taman permainan
bendang itulah padang
dan hujan adalah melodi keriangan...

1 ) Kosmetik orang kampongggg....

a-pembersih muka dan merawat jerawat
pucuk pokok jambu batu tuh wangi sangat...ana memang suka bauan nyer...bila ana tengok kakak ana ambik pucuk mudanya,diramas-ramas ditangan dan dilumur ke muka,ana pon tiru jugak...tak ada buih yang keluar,tapi wajah ana memang terasa segar,kulit terasa tegang...kata orang kampong,cara ini elok untuk merawat jerawat...herm...kat rumah ana ada lagi pokok jambu batu nih...tapi dah lama dah tak bersihkan muka dengan pucuknya..

b-pelebat rambut
pasti ramai tak kenal siput gondang kan???maaf,ana tak ada masa pula nak search dan insert kat sini...tapi kat album facebook ana ada...cer tengok...dulu masa kecik-kecik,ana suka mandi sungai...betol=betol sungai yer...bukan parit...ana dan kawan-kawan cari telur siput gondang nih...telur dia berbuih macam buih telur katak tapi tak berlendir...kami sapu kat kepala macam syampu...kononnya berkesan untuk melebatkan rambut tapi...erm...wallahuaklam...ana tak pasti betol ke tidak...ana ikot orang ajer...hehehe...

c-deodoran dan minyak waangi
dulu ana selalu tengok mak ana ambik daun pandan...dia potong halus dan memanjang...dan diikat...kemudian mak letak bawah ketiak sebagai deodoran dan ada yang dibuat sanggul..daun pandan kan wangi...hehehehe...pastu,bila musim bunga tanjung luruh,ana akan kutip dan mak akan masukkan ke dalam benang jadik macam rantai...mak buat sanggul kat kepala...uik...wangi semulajadik...ana pon suka letak bunga-bunga yang wangi dalam poket...sampai sekarang pon ana buat...hehehe...

d-syampu dan pembasmi kelemumur
yang ini biasa la kita dengar...orang kampong guna limau nipis ajer untuk membersihkan kulit kepala...berfungsi sebagai syampu dan berkesan untuk hilangkan kelemumur...rasa nyaman bila gunanya...

e-pengilat kuku
masa budak-budak dulu...ana selalu buat...kikiki...tapi jangan amalkan tau...ana ambik mozek yang tercabut dari rumah sape-sape...ana kikis biar dia jadik habuk..kemudian habuk tuh ana amik dan gilapkan pada kuku...dan hasilnya...wooww...memang bersinar-sinar kuku..bersih...tapi mak marah buat sebab takot kuku rosak..yer la...habuk tuh mengikis kuku kita,tu yang jadik bersinar gemerlapan jer...

f-ubat gigi
betol ke arang boleh buat ubat gigi???erm...mak ana cakap...betol la...ana pon tak ingat ana pernah ke tak guna arang jadik ubat gigi...rasanya pernah..kalau bukan ana pon,mesti adik beradik ana...sebab kenangan dalam kepala hotak ana nih dok terbayang-bayang aje benda tuh...

h-penyental daki
erm...dulu orang kampung cuma ambik sabut kelapa aje nak buat sental daki...sental lembot-lembot yer...jangan kuat-kuat...nanti sakit dan merah-merah badan...

2) makanan eksotik orang kampung..

a-gulai kunyit kulit rambai
pernah makan buah rambai???kenal ke tak nih???kulit dia keras-keras kan...tapi sedapppp dibuat sayur...mak akan ambik dan ana selalu tolong mak hiris kulit rambai jadik halus-halus...kemudian mak masak lemak kunyit...kulit rambai nih asa masam-masam sikit...ehemm...cuba lah nanti suruh mak buat...ana pon dah lama tak makan sayur nih...buah rambai pon ah susah nak jumpa sekarang...mengidam la pulak rasa...alahai...

b-jeruk maman
popular jer menda nih kat kelantan..tapi bila ana tanya kawan2 dari negeri lain...ana tunjuk pokok maman yang bersepah ajer kat tanah lapang,mereka kata tak kenal...bila ana cakap boleh dijeruk dan dibuat sayur,mereka terkejut...paling kelakar,pokok nih ada tumbuh kat tandas kolej ana...huhuhu...segar plak tuh...maman nih dijeruk macam biasa ajer...air,garam secukup rasa,letak cili 2 3 bijik..then mak suka letak nasik secubit..tak tahu la fungsinya apa..tunggu dia dah layu dan lembik,baru leh makan...sedappp....cuba la buat...jeruk maman nih laris time bulan puasa...dicampur pulak dengan ikan bakar...memang berselera...

c-sayur air kulit tembikai
ni bukan kulit yang bahagian luar yang keras-keras tuh...nih yang bahagian tengah yang berwarna hijau tuh...yang merah isinya kita makan la kan...yang lapisan warna hijau tuh mak ambik dan disayur...simple ajer...buat sayur air...memang sodapp...sayur nih pon dah lama jugak mak tak buat...adik-adik dah tak berapa nak makan...dah besar dah semuanya...masa kecik-kecik selera lain..

d-etak salai
kalau datang ke kelantan...carilah etak salai nih...tak ramai yang sanggup mencuba coz isinya separuh masak...kadang-kadang dijemur aje di bawah cahaya matahari dan digaul garam...ana suka makan..tapi pastu confirm sakit perut punyer...hehehe...tapi kalau kat rumah,kami cari etak kat sungai dan mak akan rebus dengan air garam,bawang dan serai...sedapp...kadang-kadang ana ambik dan tumis pedas..

e-belalang
ana dah berdekad dah tak rasa belalang goreng...sukar nak dapat sekarang..ana pon dah tak cam dah jenis belalang yang boleh dimakan..sesiapa ada idea mana nak dapatkan belalang yang boleh dimakan sekarang nih???

f-siput gondang
kalau tadi,ana da citer pasal telur dia kan...kali nih daging dia plak...kalau kat sungai,ana dan kawan-kawan sinag dan bakar dagingnya dalam cengkerang dia..sedap..rasa macam buar bbq ajer...kalau kat umah,ana suka tumis ajer dan makan dengan nasik...tapi ana yakin,ramai yang tak sanggup nak makan siput gondang yang macam siput babi tuh..hihihih

g-biji durian
erm..kalau biji nangka dan biji cempedak..ana rasa ramai ajer yang pernah mencuba makannya kan??rasanya lemak-lemak bila direbus...dan yang dibakar pernah??kalau makan biji cempedak atau nangka yang dibakar lagi sedap...dulu kalau ana boring-boring,ana pergi la pungut bijik-bijik nih untuk dibakar atau direbus...ok...itu pasal nangka dan cempedak...tapi ana lebih nak kongsi pasal bijik durian...pernah makan bijik durian yang direbus atau dibakar???hehehe...bijik durian rasa lain skit...dan berlendir...ana tak berapa suka...sekarang kat umah,ana rebus lagi biji cempedak tapi durian...erm...ana dah tak berminat larr...

h-biji gajus
herm...nih satu lagi makanan eksotik...dah dikomersil dah sekarang...bapak mahal kat kedai...dulu,sampai ke tanah kuburan ana dan kawan pergi kutip bijik gajus nih...orang kelantan panggil buah ketereh...buah dia kami buang,bijik dia tuh yang bernilai lagi...hehehe...macam ner proses dia???sukar...kami kena gorang dalam kuali..tak perlu minyak...bijik dia memang dah bergetah macam minyak...goreng sampai kulit hitam legam dan minyak yang keluar dari bijiknya dapat nyalakan api...tanda dah masak la tuh bila kuali dah dipenuhi api...kalau nak bakar boleh jugak,tapi leceh la...satu-satu...silap haribulan...hangus...

i-padi
seumur hidup ana sekali ajer...ana makan padi goreng...huhuhu..ana tak tahu apa yang jiran ana nak buat dengan padi goreng tuh..dengar citer nak buat nestum..entah lah..

j-air beras
beras yang hampir nak masak dah,mak suka ceduk ambik air dia sikit,dikacau dengan gula...rasanya mcam air barli...ada la 2 3 kali ana pernah rasa...lepas tuh dah tak pernah dah...


erm...itu aje la dulu...lau ana ada teringat balik apa lagi pasal orang kampong dulu-dulu,inysaallah ana kongsikan..lepas nih insyaallah ana nak kongsi pasal buahan dan permainan orang kampong plak...

ana bukan apa...cuma nak tekankan kat sini...setiap ciptaan allah itu bukanlah ntuk sia-sia...ada faedahnya..betol tak???