AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, January 31, 2011

PROKEMP:adik-adik abe tercinta...

"siapa abe dengan adik-adik??" ana memerangkap mereka dengan soalan, cuba mengingatkan mereka balik dengan pengisian ringkas ana bertajuk "sahabat" di surau maghrib semalam.

"sahabat..." serentak suara mereka bergema.Alhamdulillah...tandanya mereka faham...dan benar...itulah anggapan ana pada mereka...sahabat...biar usia kami jaraknya jauh dan berbeza...malah itulah penambah mesra.

"kalau terserempak dengan abe kat mana-mana, apa yang adik-adik kena buat?" ana bertanya lagi menguji.

"bagi salam..."Dewan Sri Pulasan Kolej 6 bergema lagi dengan suara adik-adik tercinta.

Penghujung tahun lepas,ana menemani Hafizudin dan Azlan Wildan ke sesi temuduga untuk menjadi fasilitator PROKEMP,program motivasi anjuran kolej dengan kerjasama murid-murid sekolah menengah.Ana mulanya tak mahu terlibat,bimbang nanti sibuk dan tak terbuat pulak projek akhir tahun ana.Semahunya ana berminat...tapi tak mengapalah...

Awal tahun ini,ana terbaca poster PROKEMP memerlukan lagi fasilitator.Ana terdetik juga untuk mencuba...tapi sekali lagi...tak mengapalah...kaki ana diberatkan untuk melangkah pergi.Lagipun ana baru sahaja menjadi fasilitator untuk satu jambori remaja islam peringkat nasional anjuran ISMA dan PEMBINA.

"ariff...nak jadik faci tak?.." sapa Anuar,pengarah PROKEMP ketika ana memanjat tangga menuju ke kamar.

"eh...faci tak cukup lagi ke Anuar?kalau saya kata ya...confirm dapat la nih?" soalan Anuar tadi berbalas soalan dari ana.Sedikit teruja.

"ya...faci lelaki tak cukup lagi..." Balas Anuar dengan senyuman yang tak lekang.

"insyaAllah....boleh...boleh..." entah kuasa apa ketika itu membuat ana terus bersetuju..agaknya,MEmang hati kata mahu...

3 hari ana bersama adik-adik...3 hari juga ana bersama kawan-kawan kolej selaku ajk-ajk pelaksana. Ana segan juga,ana tak rapat sangat dengan kawan-kawan ana yg lain meskipun satu bumbung...tapi alhamdulillah...kerana program ini menjadikan ana lebih dekat dan mesra dengan mereka semua terutama yang lelaki la...Umarul,naim,iqbal,zulkhair,fendi,hatta,epul,raziman,bazli,aiman,mus,hasmil,anuar...dan semuanya...

Asar,Ahad-30/01/2011...

Ana melangkah masuk ke surau seperti biasa.tapi...ahh...

mana menghilang suara riuh rendah adik-adik abe semua?

mana perginya senyuman yang selalu menyambut abe masuk??

kemana adik-adik??

kenapa kali ini biarkan abe solat asar bersendiri???hanya bertemankan suasana sepi???

ermm...ana akui takdir..pertemuan pasti disusuli perpisahan yg terakhir...ana perhatikan sekeliling surau.Masih terbayangkan mereka semua dengan gelak kecil mereka..

"adik-adik...abe doakan kita berjumpa lagi nanti...jika tidak di dunia,semoga bertemu nanti di syurga sana.."ana masih ingat kata-kata terakhir ana kepada adik-adik usai mereka solat qasar dan jamak zohor dan asar petang tadi.Ana peluk mereka satu persatu dengan erat dan mesra...sedih...sedih sangat...kerana kami memang rapat..Yo, Ahmad, Tajul,Amer,Hakimi,Amzar,zizul,aznil,azhar...dan adik-adik semua lah...ana peluk ahmad lama-lama...kerana ana kenal sangat siapa dia...ahmad diam tanpa kata...wajahnya mendung...

"abe...nah..amer takde hadiah apa-apa nak kasi..amiklah nametag amer nih.." Amer yang dari tadi menunggu ana dibelakang surau menghulurkan tag nama nya yang dihiasi corak kreativiti sendiri..ana terima dengan perasaan terharu...

"terima kasih amer..."

adik-adik..
abe sengaja tak mahu hantar adik-adik ke bas...kerana abe sedih...saat terakhirpon...abe x mahu pandang wajah adik-adik...adik-adik ketawa lagi...tapi hati abe dah menangis...

830 malam..
abe call amer...panggilan dijawab oleh kakak amer...hermm...amer belum sampai lg rupenyer..

840 malam..
abe terima sms dari azizul..
-salam abe..alhamdulillah slamat jugak adq sampai umah...pent sgt..

859 malam..
yo(amirul)pulak mesej...
"abe...kami dah sampy kat skolah kami..."

913 malam..
abe terima mesej dari amer...
"assalamualaikum..amer dah sampai rumah dah.."

Alhamdulillah...hati ana lega...mesej adik-adik tercinta semua mengubat rindu....maaflah...abe memnag mcm ni adik-adik...makan masa jugak nih nak hilangkan angau rindu kat adik-adik...tapi jgn risau...dah lama-lama nanti...ok la...abe cuma mgharapkan yg terbaik utk adik-adik..

"ahhh...inilah Abe yg zizul cerita tu yer...dapat jugk dengar suara ariff nih...sebelum nih baca mesej jer...nanti abe datang lah rumah kami...turun di stesen bas temerloh...makcik leh g amik..."
pelawa ibu azizul ketika menyambut panggilan ana...nak jugak tuh mak cik...insyaAllah...kalau berkesempatan....jumpa abe lg yer adik-adik tercinta...

apapun...PROKEMP terbaik lah...
Alhamdulillah...

Friday, January 14, 2011

antara hujan dan airmata

bagaikan hitam di langit menyelubung

begitu di hati kala ini mendung

nanti..bumi yang mana kan di timpa hujan

nanti..jiwa siapa kan ku sandarkan tangisan..



dan hujan turun mencurahi

tanah yang gersang subur kembali

sepertinya perasaan dilubuk kelam

dan tangisan itu mampu mendamaikan..



rintik hujan bagaikan melodi

menemani kesayuan diri

menitis airmata membasahi pipi

saat kerinduan kepada-Mu hadir..



biar ribut pun turut membadai

memusnahkan segala dihadapan

biar rintihan pun tak mampu melerai

masih ada harapan tertinggal

untuk aku pulang ke asal..



ada guruh sewaktu hujan turun

menggegar alam yang diam

ada rahsia di balik tangis itu

mengejar keinsafan terdalam

di sepertiga malam...



Adamkah ataupun Hawa

menangislah kpd sang Pencipta

biarkan hujan dan malam bertasbih

menjadi saksi airmata cinta...



D262k6upm,27syawal1431h,071010,0243am...

UHUD

Berputik bunga mawar di hujung pucuk

Gugurnya sebelum mekar berkembang

Bagaikan aku di medan uhud

Tewas setelah di awal kemenangan…



Persiapan ini aku sangka kukuh

Namun ternyata perasaan ini masih ampuh

Mungkin semangat berkobar hebat

Tapi aku tersasar matlamat

Masa yang terluang itu umpama ‘ghanimah’

-harta rampasan perang-

Aku buang pesanan sang murabbi yang diamanah

“jangan tinggalkan perjuangan ini

Dalam senang ataupun payah”

Hingga kealpaan itu membuka ruang

Musuh menempur benteng dari belakang

Dan aku kecundang…



Aku tidak sebijak junjungan besar Muhamad saw

Menyusun tadbir

Di balik debu uhud yang kucar kacir



Aku tidak setega Qatadah

Melindungi wajah nabi dari anak panah

Hingga terkena mata sendiri yang ditadah

Terkeluar ke pipi pun tetap gagah



Aku tidak semampu Hanzalah

Pengantin baru di ambang bahagia

Pun belum bersih di malam pertama

Ke medan uhud perjuangkan agama

Dan syahidnya basah dimandikan malaikat

Sedang aku mudah lalai dipagut nikmat…



Aku tak sehebat penghulu para syuhada di syurga

‘Singa Allah’ Hamzah ditusuk tombak tajam

Dilempar si pengecut Wahsyi secara sembunyi

menembus perut memburai usus

tapi masih cuba berdiri mengejar musuh

sebelum rebah syahid di medan uhud…



yang pasti…

aku masih hidup

untuk terus perjuangkan uhud

mahu jadi Amru ibn Tsabit

syahid kerana islam dijunjung

bukan Quzman

berperang kerana membela kaum

perjuangan aku ini bukan semata

buat diri dan keluarga

perjuangan aku ini untuk islam dan semua…



terima kasih Tuhan

menguji dengan kekalahan

agar aku belajar

dari UHUD…



BERJUANG AKU AKAN TERUS BERJUANG-IBN MUHAMAD



“JIKAPUN BAGINDA TELAH TIADA

DIA TELAH MENYAMPAIKAN AMANAT

MAKA BERJUANGLAH DEMI AGAMA TERCINTA”-ANSHAR



JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD SAMA ADA

KALAH ATAU PUN MENANG!!!!

selamat tinggal...

yang diucapkan hanyalah selamat tinggal

di hati ini kau masih ada

dibadai rindu di makam waktu

bersama sepi meniti hari..



jangan ditangisi airmata

mengiringi aku pergi

ukirkan senyum manis dibibir

buat lambaian salam terakhir



perpisahan ini untuk mencari

kasih sayang yg kian pudar

lama tak berjumpa

kan bertambah cinta



jangan pula aku dilupa

sematkan namaku di dalam doa

semoga nanti bertemu lagi

tidak di dunia

di syurga sana



selamat tinggal...aku mengundur diri

selamat tinggal...izinkan aku pergi



terima kasih pernah hadir

menulis cerita didalam takdir



terima kasih saling mengasihi

bertemu dan berpisah kerana Allah...

sepi tak berteman

SEPI TAK BERTEMAN
oleh Ariff Islam pada pada 29hb Oktober 2010 pukul 2.16 pagi

SEPI TAK BERTEMAN



Adam di syurga

Kemanakah Hawa?

Tak terasa..

Kosong dalam jiwa menagih cinta

Bagai aku tanpa mu teman

Tak bisa bersendirian…



Musa pun berdoa

Mengiringi perjuangan

Ya Allah..

Jadikanlah dia teman dalam urusanku

Agar kami banyak bertasbih mengingati-Mu

Sesungguhnya Engkau Maha Tahu keadaan kami..

(surah taha,20:32-35)



Muhamad engkau menangis

Perginya Khadijah kasih sejati

Meneruskan hari-hari tahun bersedih

Mengingatkan aku

Tuhan sengaja menguji

Agar kita tak terlalu gembira dengan apa yang dimiliki

Bila nanti tiada lagi

Ingatlah Tuhan setia ada di sisi..



Telah diilhamkan

Setiap kejadian itu berpasang-pasangan

Bumi tanpa lautan…dunia kehausan

Rimba tanpa hijau…musnahlah kedamaian

Langit tanpa awan…tidak turun hujan

Aku tanpa teman…sepi keseorangan..



Telah diciptakan

Manusia untuk saling berkenal-kenalan

Putih atau hitam…aku cari keikhlasan

Molek atau jelek..rupa takwa yang utama

Benci atau cinta…kita bersaudara

Aku atau kamu..semua memerlukan..



28/10/2010,upm..

Hentian Bas...

"salam.lan..bz ka?arif nk g stesen bus bkt jalil.naik lrt sorang2.takot sesat.jd,lau ada ape2 trjadi,arif kontek lan ye.mekasih"

ana hantar pesanan ringkas kepada sahabat ana yang tinggal di blok atlet MSN.Sekadar berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.

"wsalam.ok...ni nak antarkan ke?"-Lan.

"em.xpa la.mekasih.biar arif blajar pg sendiri la.lau sesat nt arif tanya."

Ana tunggu bas UPM ke stesen komuter serdang di hentian yang menghadap fakulti bahasa moden dan komunikasi.Uik...ramai betol rakyat.Ada melayu dengan dressing pelbagai kacuk...ada cina...ada india...ada dr timur tengah...penuh tempat duduk.Ana nak berdiripun ruang tak cukup.Tak lama,bas muncul.Semua berebut-rebut...ana cuba jugak,tak mahu sekadar tengok memeluk tubuh...apa daya,bas dah padat...ana melabuhkan punggung di bangku yang mulai kosong...

"takpe la..biar la mereka pergi dulu..ana pun bukan ada urusan penting sangat nak cepat-cepat...nak ke rumah famili angkat aje di melaka.."pujuk hati.

dua orang amoi berbincang sesuatu didepan ana.ana mengerutkan dahi.kenapa?ana awalnya buat tak tahu, tp bila salah seorang dr mereka cuba mencelah di ruang yang sedikit terbuka di sebelah ana...baru ana paham...erm...mereka segan nak gtau nak duduk...hai...segan pulak ana jadinya...kiri kanan semua pompuan..ana layangkan pandangan ke hadapan..

"MasyaAllah..."

ana terkejot..apa menda pasangan india buat tuh?di tepi bangunan sanggar bahasa tuh,boleh pulak mereka berdrama tamil...isk...tak perasan ke mata-mata yang memandang..memang jelas nampak dari stesen bas...kejap-kejap bertempuk tampar...pegang tangan...cubit-cubitan...isk...malas la ana amik port...

ana perhatikan seorang budak comel bermain sendirian...anak pak arab mana ntah..budak tuh berpaling ke kiri...ke kanan...dan..

"waa...mama...mama..."

ana pon baru perasan...mana mak atau ayah dia?tadi ralit jer dia bermain kat tepi palang penghadang jalan raya dengan hentian bas...ana pun panik dibuatnya mendengar tangisan budak tuh..isk..kesian...ana terpancing simpati.tiba-tiba seorang wanita arab bangun dari bangku dengan tawa kecil dan memeluk budak itu..erm...ibunya nak bergurau rupanya...ana dan beberapa orang lain tergelak melihat situasi ini..isk....bila la pulak ana nak dapat anak???erm..

Ana dikejutkan pulak dengan suara tawa gadis-gadis amoi sebelah ana nih.what the hal????ana pandang ke arah pasangan tamil td...sang heronya sedang menyarung baju semula ke badan.err...apakah ini???patotlah teruja benar amoi tadi ketawa...si heroin pulak memeluk rapat pinggang kekasihnya dan...err...buat apa tuh?bercium?ahh.....sudah...apakah tindakan sewajarnya ana lakukan ketika ini?herm...mereka bukan muslim...buat pulak kat tempat awam...isk...kena tanya uztaz nih...sudahnya ana alihkan pandangan,memerhatikan sebuah teksi yang bersilih ganti di bahu jalan..Sebuah van muncul dari dan berhenti dibelakang teksi2 itu..seorang pak arab keluar.Sekilas ana alihkan kembali pandangan ke arah pasangan tamil tadi...kot2 mereka buat adegan melampau-lampau...perlu ana bertindak nanti...tp mereka nampaknya cuma berborak biasa dengan cubit mencubit...huhh...sekilas ana kembali kepada van tadi...lelaki arab itu menunduk sedikit mengelak tiang papan kenyataan yang sudah berongga..ana mengamati..eh...macam kepalanya terhantuk aje...erm...betol ke...erm...ana tak pasti tapi dia menggosok-gosok dahi...tak lama...ana tengok dahinya berdarah...banyak tp tak parah...isk...kesian dia...macam-macam lah..

bas rapid tiba...tapi ana tak mahu berebut jugak..kesian pulak tengok 2 gadis india yang membawa beg besar...bas penuh dan mereka tak berpeluang nak naik...isk..kenapa tak bagi jer ruang kepada yang lebih memerlukan..erm..entah...dalam bas dan komuter pun kan ada satu ruang khas untuk orang tertentu...mengandung ke, org tua ke,buta ke...patah kaki tangan ke...tapi yang duduknya semua orang2 normal...adei...

bukan ana sengaja nak perhatikan pe'el manusia nih...sekadar amik iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling...macam-macam ragam...dan selalunya menghiburkan ana yang boring dok tunggu bas...bukan mereka tuh bahan jenaka...tapi inilah kehidupan...tercipta kita dari pelbagai kaum untuk saling kenal-kenal...

Thursday, January 6, 2011

SePosEn

Tegak matahari terik membahang,membuat tekak keringnya menjerit kehausan. Sejenak hadir muhasabah mendalam...ahh...nanti di padang masyar lagi hebat..hanya sejengkal di atas kepala.Bersediakah aku untuk menghadapinya???

Hanif mula tergopah-gapah mengeluarkan gumpalan wang kertas dari poket seluar setelah tiba giliran di kaunter bayaran. Tidak sabar-sabar rasanya untuk membasahi dahaga. Nilai ringgit bertukar setin air soya. Baki pula beralih tangan...

"eh...eh...takper...letak je kat atas meja...terima kasih.." Hanif meminta secara hikmah kepada juruwang wanita muda dihadapannya. Bimbang benar nanti bersentuh bukan muhrim tanpa berlapik.

Klingggg...

Syiling sepuluh sen bergolek ke lantai,tidak jatuh tepat ke lubang poket seluar Hanif. Pelanggan lain berderet dalam barisan.Hanif lemas dalam kekalutan. Segan pula untuk membongkok mengambil duit sepuluh sen yang sedikit terselindung di bawah meja kaunter.Sudahnya, Hanif bersahaja dan berlalu.

"alah...seposen ajer pon..." Hanif memujuk perasaan serba salah yang menjenguk.

"Mak...Hanif nak duit seposen..." tiba-tiba suara itu menerjah membawa Hanif ke ruang kenangan. Fikiran dibiar menjelajah semula waktu kecilnya.

"Mak takde duit nak...getah sekerap belum berjual lagi..." Ibu tua itu menjelaskan tanpa sekilas pun menoleh. Ralit benar dia memotong pucuk muda ubi keledek untuk dibuat sayur. Hanif lah tadi yang membantu ibunya memungut pucuk-pucuk ubi keledek yang liar menjalar dibelakang rumah. Setiap kejadian Tuhan bukanlah diciptakan sia-sia. Jadi,dari terbiar sahaja, baik manfaatkan kebaikannya yang jarang diketahui umum. Pucuk labu pun enak juga disayur lemak dengan putiknya yang tidak menjadi. Pucuk gajus, pucuk betik dan pucuk ubi kayu pun sedap dibuat ulam. Pokok maman yang tumbuh renek pun boleh dijeruk air garam.

"seposen je Mak..Hanif nak beli aiskrim.." suara Hanif merengek lagi,tidak berputus usaha merayu.

"Hanif!!!Mak kata tak de duit, tak faham-faham!!??..makan nasi pun dah berapa hari tak berlauk..dah,pergi main jauh-jauh sebelum Mak pelempang..."suaranya keras dan mata sengaja dijengilkan tanda amaran. Bukan bermaksud untuk membunuh perasaan anak kecilnya,tapi dalam situasi yang tertentu, dia perlu bertegas mendidik.

Hanif menjadi gerun dan segera beredar dengan berwajah sebal.Dia duduk di tangga,melihat dari jauh teman sepermainan menjilat nikmat aiskrim.Hanif menelan liur. Dia mula ligat mencari idea. Sejurus, Hanif membongkok ke bawah rumah papannya. Timbunan sampah di kais-kais.Mana tahu,tersembul syiling sepuluh sen milik ibu atau ayah yang kerap kali terjatuh melalui celah-celah gelegar rumah.Lazimnya,begitulah...

"seposen...seposen..."

Hati Hanif meraung harapan. Segenap penjuru rumah diteroka,malah berulang kali sampah sarap itu diselongkar.

"eh...seposen..." terpacul jeritan itu spontan,teruja benar hanif menemui sekeping syiling sepuluh sen yang sudah bertukar warna menjadi gelap. Dia meluru keluar dari bawah rumah itu. Duit tadi digeser-geser ke tanah pasir yang basah untuk menanggalkan sedikit karat yang melekat.

"ah...susah payah dulu aku untuk mendapatkan seposen..tapi kenapa tadi aku seolah lupa asal-usul??apakah kesenangan aku pada hari ini telah memiskinkan aku dengan sebuah sikap tawaduk,rendah hati dan...sedar diri??? " Hanif telah pulang ke ruang sedar, bertafakur pula seketika...

Setiap kali melewati tabung infak di rumah Allah, sekali lagi dia menginsafi...bilamasa melalui pengemis yang menagih simpati,lahir kembali secebis muhasabah...

"seposen tu kan...lebih baik aku dermakan. Bukan nilai yang Allah lihat...tetapi keikhlasan..."

erm..seposen...
nilai kecil yang tak ternilai...
seringkali kita terlepas pandang
sedangkan masih ramai yang memerlukan..

"oit...kalau takde seposen,tak cukup seratus tau...dengan seposen tuh dah dapat beli gula-gula tiga bijik" itu ungkapan yang sering ana dengar masa kecil-kecil dulu...tapi kini,ana tengok bersepah je duit seposen di tepi jalan...orang sekadar pandang semacam takde nilai langsung...seposen tuh pun kita dapat dengan usaha..bukan percuma...pergi mana-mana bilik kawan-kawan pun,duit syiling merata jer...hanya di cari-cari balik bila terdesak...cubalah belajar menghargai sesuatu nilai kecil...kerana kecil pun..nilai jugak...

Wednesday, January 5, 2011

seLAmAT pAgi..

Normal pagi ini seperti biasa
mengintai keagungan-Mu Tuhan
di balik jendela...
melambai dedaun hijau itu
...seolah tersenyum
dan awan di biru langitpun
melakar wajah-wajah gembira..

terdengar merdu kicauan burung
bernyanyi menghibur alam tenang
terasa pula gersang di hati ini tersiram
sejuk embun pagi yang tercipta semalam..

terang mentari mulai menyuluh bumi
hangat menghembus
...nafas yang dilepas
bertebaran seluruh makhluk
menerus hidup...
melatalah ke serata sudut..

mulakan harimu
bersyukur kepada Tuhan
hadiahkan aku
mekar sekuntum senyuman...

mulakan harimu
jangan pernah terluput
ucapan salam mesra
mendoakan sejahtera..

mulakan harimu
dengan kebaikan
agar kesudahan nanti
membawa keredhaan...

selamat pagi wahai penghuni bumi
semoga rahmat Tuhan mengiringi

selamat pagi wahai penduduk dunia
semoga berbahagialah setiap jiwa

selamat pagi ku ucapakan kepada semuanya
semoga harimu ceria...

sajak : SeLAmaT MaLam..

"...dengan nama-Mu ya Allah...aku hidup dan aku mati.."

SELAMAT MATI KECIL...

-demi matahari dan sinarnya di pagi hari
demi bulan apabila mengiringi
demi siang apabila menampakkan diri
demi malam apabila ia menutupi... ( QURAN SURAH ASY-SYAMS 91:1-4)

kelelahan yang panjang
melewati sinar terang
sandarkan pada keheningan malam..

bebaskan jiwa dari kekalutan dunia
kosongkan ruang fikir biar ketenangan hadir
rehatkan jasadmu...
damailah engkau di pembaringan lena..

mentaripun bersilih rembulan
bertemankan kerdip bintang-bintang
bayu yang menghembus perlahan
memeluk tubuh kegersangan
gelap pula kian merangkak kelam
menjadi selimut alam
dan suara unggas sayup bersahutan
melodi lembut membuai mata terpejam...
tidur...tidurlah lena
semoga esokmu
masih ada hidup...

selamat malam..
terokai mimpi-mimpi indah
saat terjaga nanti
senyumlah masih kembali
syukurlah ke realiti..

selamat malam
pinta ntuk mengundur diri
bersama kemaafan diberi
atas kesalahan orang lain...

selamat malam
tiba waktu menutup hari
dan bermohon diampunkan
kesalahan yang kelmarin

selamat malam..
pejamkan mata
tidur...tidurlah lena...

"...dan DIA lah yang menidurkan mu pada malam hari dan DIA mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari.." surah an'am 6:60

Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR...

selamat ku ucapkan...di hari lahirmu...
setulus ingatan kudus
agar ukhwahfillah ini menyegar..
semoga panjang umurmu dalam kebaikan
dan murah rezeki dalam keberkatan..

sahabat..
kala ini kalian bukakan mata
masih menghirup udara sama yang kita ada
dan bila nanti terpejam lena
apa mungkin kan bangkit semula???
atau pergi untuk selamanya???
kerana itu...

alhamdulillah...syukurlah kepada Tuhan yang Maha Memberi
dan terima kasih kepada insan-insan yang ikhlas mengajar erti
sebuah kesempatan hidup...

Allahu Rabbi...
diciptakan kalian sebagai sebaik-sebaik kejadian
....untuk bergelar khalifah

Ibu....ibu...dan ibu...
yang bergalang gantikan akhir nyawa
....untuk kalian lahir bernafas ke dunia...

dan ayahmu...
berdagang gadaikan keringat dan kudrat
....untuk kalian hidup sempurna...

serta teman-teman..
sedia ada diambang susah senang
....untuk berkongsi cerita cinta...

hari ini...
hari lahirmu masih disambut
dan pintu taubat pun belum tertutup...

kini...
menjauh usia...
apakah kau telah bersedia
untuk bertemu dengan kekasih abadi
atau apakah kau takut menghampir
untuk menghadapi mati???

selamat hari lahir semuanya...tiada hadiah selain salam ukhwah ini yang terlalu berharga buat ana untuk kalian...jangan tak sudi terima pulak...dan semoga hadiah ini kan membawa kita semua sama-sama ke syurga...peace...salam alaik...

Sunday, January 2, 2011

PuTarAn...

salam alaik...

"pengalaman adalah guru yang paling kejam kerana kita menghadapi dahulu kemudian baru mendapat pelajaran..."

teringat status fb seorang member...ana sedikit tergelak membaca...dan teringat kepada cerita lama...kisah lalu yang ditelusuri dengan susah payah...penat lelah...ana tidak menghukum semua itu sebagai kejam walaupun hakikatnya begitulah...dah itu takdir untuk ana...pasti ada hikmah...sekurangnya kepayahan itu mengajar ana sikap untuk berasa rendah...rendah hati...bukan rendah harga diri...

kegagalan yg ana hadapi hari ini mungkin kerana sedikit alpa...kerana sekian lama tak berasa hidup susah seperti dulu...cuma perasaan kadang kala meronta menagih kasih...itupun masih ada ada kawan2 ynag sudi memberi dan memahami...dan bila hari ini ana seolah kembali seperti hari2 yang sudah...menempuhi lagi saat yang getir dalam perjalanan hidup...ana mengharap...ana dapat insaf untuk meraih syukur sebuah kejayaan...

gagal...sepertinya seekor ayam yang baru disembelih...menyungkur mencari nafas bersisa...lemah tak berdaya...bukan lagi masa itu untuk bersedih...apatah lagi untuk hadirkan sesal kecewa...kala itu yang ada...sekadar penyerahan semata-mata...dan hanya kepada Allah lah pulang semula....

ana baca sebuah novel membangun jiwa bertajuk "restu"...novel yang dijadikan teks pelajaran di sekolah menengah buat murid-murid tingkatan 4 dan 5 aliran sastera negeri kelantan...menghayati perjalanan ceritanya membawa ana bersama meneroka...tetapi di dalam dimensi kisah sebenar ana di waktu dulu..jika novel itu mengisahkan anak yatim yang tinggl berdua dengan adiknya dan berhempas pulas mencari rezeki disamping belajar dan kahirnya berjaya...ana juga pernah...tetapi dia dah berjaya tamatkan pelajaran di semua peringkat...sebaliknya ana...tersangkut dan tersekat di sini...kuatkah ana untuk menghadapi kisah lama itu lagi??seiring dengan latar berbeza,masa yang beranjak usia,bukan lagi di medan lama...pendek kata...segalanya dah berubah...cuma perjuangan ini yang masih lagi di bawa...

bermacam membenih dibenak fikir...apa pertimbangan ana yang seterusnya???tak mahu lari dari masalah ini...pejuang islam tak boleh gentar menghadapi...cumanya rasional perlu di ambil...apa perlu ana buat???nak mengharap lagi kepada simpati yang lain tak habis2???ana terus bermain dengan persoalan tak berkesudahan...dan mati di sini...

Saturday, January 1, 2011

GHAIRAH 'ghirah'

"anta..pastinye cemburu 2 akn ad..tp kn bleh kwl?sdgkn ummahatul mukminin pn bleh cembru,..tp cembru 2 bg ana, wrna wrni dlm rmhtgga...nta,kalau x bmadu pn, dan x pndai kwl emosi,pasti akn cemburu jugak...pokok pangkal atas diri sndiri.."

sms di atas membuah senyum dibibir ana.Itu luahan seorang sahabiah bila diajak berbincang soal poligami. Seketika ana mengiyakan...tapi sebaliknya terpulang kepada jiwa masing-masing untuk mentafsir..

"cakap senang..belum lagi tuan badannya merasa sendiri hidup bersuami..."
Respon seorang ustaz bila ana membuka topik tadi. Ustaz sebagai orang lama dan berpengalaman pastinya lebih makan garam...

Apapun...bukan persoalan ini yang nak ana perincikan..

CEMBURU...

kita memahaminya dari perspektif yang berlainan...mengikut situasi mungkin...
adakala ianya lahir kerana dengki dengan kelebihan yang orang lain miliki...
tapi selalunya hadir kerana kita terlalu menyayangi..

tak mahu mengambil latar 'cinta remaja'
cukup sekadar melihat dari sudut bersahabat..
....sukar dinafikan...
ana sendiri pun belum lali menghadapi
cemburu bila kawan yang paling rapat
akrab dengan orang lain
sedangkan 'orang lain' itu jugak sahabat...
herm...

ana kait buah-buah insaf agar gugur ke ruang sedar...

"arif...bukankah kita bukan milik seseorang???malah untuk semuanya???kata sayang...dan siapa engkau untuk menghalang hak dia berkawan dengan setiap orang...terimalah hakikat..."

ana jolok pulak segugus sisi-sisi positif..muhasabah diri...

cemburu???
kerana sayang...sedangkan sedar itu sikap mazmumah
kerana kasih...padahal rasa sakit,tak sikitpun indah
kerana cinta...yang membawa bahana dan padah...

memang payah nak mengait insaf dan mengamit muhasabah
sudahnya ana biarkan saja ia bernanah
tapi terkawal dari dalam perasaan
bersama airmata tangisan...
dan perlahan-lahan...cemburu itu akan pergi sendiri...

kadang-kadang ana seronok jugak rasa cemburu...
masa tuh perasaan ana seolah seekor ayam yang baru sahaja disembelih...lemah sesangat...dan kala itulah ana mencari kekuatan...dengan kembali kepada TUHAN...

"ariff...kenapalah engkau cemburukan kasih dan cinta manusia kepada manusia???kenapa tidak cinta mereka orang-orang mukmin yang ralit dan berlumba-lumba mengejar kebaikan???sedangkan Allah pun cemburu,ingin hanya bersamamu disepertiga malam disaat yang lain lena dibuai mati kecil..kenapa tidak engkau???pernah engkau cemburu melihat orang lain berbuat amal??beribadat??pernah???"

sibuk sangat dengan urusan dunia
hingga tertipudaya
herm..
kalau tak nak ada rasa cemburu
kejarlah syurga
kerana kat sana...
semuanya perasaan yang indah-indah jer ada...


erm...ana akui...cemburu ini memang kuat...tapi ia bukan kelemahan yang membuat ana terus lemas...tapi memberi ruang untuk ana belajar agar nafsu itu tertewas...