AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Thursday, January 6, 2011

SePosEn

Tegak matahari terik membahang,membuat tekak keringnya menjerit kehausan. Sejenak hadir muhasabah mendalam...ahh...nanti di padang masyar lagi hebat..hanya sejengkal di atas kepala.Bersediakah aku untuk menghadapinya???

Hanif mula tergopah-gapah mengeluarkan gumpalan wang kertas dari poket seluar setelah tiba giliran di kaunter bayaran. Tidak sabar-sabar rasanya untuk membasahi dahaga. Nilai ringgit bertukar setin air soya. Baki pula beralih tangan...

"eh...eh...takper...letak je kat atas meja...terima kasih.." Hanif meminta secara hikmah kepada juruwang wanita muda dihadapannya. Bimbang benar nanti bersentuh bukan muhrim tanpa berlapik.

Klingggg...

Syiling sepuluh sen bergolek ke lantai,tidak jatuh tepat ke lubang poket seluar Hanif. Pelanggan lain berderet dalam barisan.Hanif lemas dalam kekalutan. Segan pula untuk membongkok mengambil duit sepuluh sen yang sedikit terselindung di bawah meja kaunter.Sudahnya, Hanif bersahaja dan berlalu.

"alah...seposen ajer pon..." Hanif memujuk perasaan serba salah yang menjenguk.

"Mak...Hanif nak duit seposen..." tiba-tiba suara itu menerjah membawa Hanif ke ruang kenangan. Fikiran dibiar menjelajah semula waktu kecilnya.

"Mak takde duit nak...getah sekerap belum berjual lagi..." Ibu tua itu menjelaskan tanpa sekilas pun menoleh. Ralit benar dia memotong pucuk muda ubi keledek untuk dibuat sayur. Hanif lah tadi yang membantu ibunya memungut pucuk-pucuk ubi keledek yang liar menjalar dibelakang rumah. Setiap kejadian Tuhan bukanlah diciptakan sia-sia. Jadi,dari terbiar sahaja, baik manfaatkan kebaikannya yang jarang diketahui umum. Pucuk labu pun enak juga disayur lemak dengan putiknya yang tidak menjadi. Pucuk gajus, pucuk betik dan pucuk ubi kayu pun sedap dibuat ulam. Pokok maman yang tumbuh renek pun boleh dijeruk air garam.

"seposen je Mak..Hanif nak beli aiskrim.." suara Hanif merengek lagi,tidak berputus usaha merayu.

"Hanif!!!Mak kata tak de duit, tak faham-faham!!??..makan nasi pun dah berapa hari tak berlauk..dah,pergi main jauh-jauh sebelum Mak pelempang..."suaranya keras dan mata sengaja dijengilkan tanda amaran. Bukan bermaksud untuk membunuh perasaan anak kecilnya,tapi dalam situasi yang tertentu, dia perlu bertegas mendidik.

Hanif menjadi gerun dan segera beredar dengan berwajah sebal.Dia duduk di tangga,melihat dari jauh teman sepermainan menjilat nikmat aiskrim.Hanif menelan liur. Dia mula ligat mencari idea. Sejurus, Hanif membongkok ke bawah rumah papannya. Timbunan sampah di kais-kais.Mana tahu,tersembul syiling sepuluh sen milik ibu atau ayah yang kerap kali terjatuh melalui celah-celah gelegar rumah.Lazimnya,begitulah...

"seposen...seposen..."

Hati Hanif meraung harapan. Segenap penjuru rumah diteroka,malah berulang kali sampah sarap itu diselongkar.

"eh...seposen..." terpacul jeritan itu spontan,teruja benar hanif menemui sekeping syiling sepuluh sen yang sudah bertukar warna menjadi gelap. Dia meluru keluar dari bawah rumah itu. Duit tadi digeser-geser ke tanah pasir yang basah untuk menanggalkan sedikit karat yang melekat.

"ah...susah payah dulu aku untuk mendapatkan seposen..tapi kenapa tadi aku seolah lupa asal-usul??apakah kesenangan aku pada hari ini telah memiskinkan aku dengan sebuah sikap tawaduk,rendah hati dan...sedar diri??? " Hanif telah pulang ke ruang sedar, bertafakur pula seketika...

Setiap kali melewati tabung infak di rumah Allah, sekali lagi dia menginsafi...bilamasa melalui pengemis yang menagih simpati,lahir kembali secebis muhasabah...

"seposen tu kan...lebih baik aku dermakan. Bukan nilai yang Allah lihat...tetapi keikhlasan..."

erm..seposen...
nilai kecil yang tak ternilai...
seringkali kita terlepas pandang
sedangkan masih ramai yang memerlukan..

"oit...kalau takde seposen,tak cukup seratus tau...dengan seposen tuh dah dapat beli gula-gula tiga bijik" itu ungkapan yang sering ana dengar masa kecil-kecil dulu...tapi kini,ana tengok bersepah je duit seposen di tepi jalan...orang sekadar pandang semacam takde nilai langsung...seposen tuh pun kita dapat dengan usaha..bukan percuma...pergi mana-mana bilik kawan-kawan pun,duit syiling merata jer...hanya di cari-cari balik bila terdesak...cubalah belajar menghargai sesuatu nilai kecil...kerana kecil pun..nilai jugak...

1 comment:

  1. assalammualaikum ariff!
    yeah agree ngn cite ni.
    semuanya bernilai. walaupun sekecil mana die.
    :)
    oh oh.
    org sgt suke ariff ade blog.
    leh bc karya2 ariff.
    ;)

    ReplyDelete