AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, January 14, 2011

UHUD

Berputik bunga mawar di hujung pucuk

Gugurnya sebelum mekar berkembang

Bagaikan aku di medan uhud

Tewas setelah di awal kemenangan…



Persiapan ini aku sangka kukuh

Namun ternyata perasaan ini masih ampuh

Mungkin semangat berkobar hebat

Tapi aku tersasar matlamat

Masa yang terluang itu umpama ‘ghanimah’

-harta rampasan perang-

Aku buang pesanan sang murabbi yang diamanah

“jangan tinggalkan perjuangan ini

Dalam senang ataupun payah”

Hingga kealpaan itu membuka ruang

Musuh menempur benteng dari belakang

Dan aku kecundang…



Aku tidak sebijak junjungan besar Muhamad saw

Menyusun tadbir

Di balik debu uhud yang kucar kacir



Aku tidak setega Qatadah

Melindungi wajah nabi dari anak panah

Hingga terkena mata sendiri yang ditadah

Terkeluar ke pipi pun tetap gagah



Aku tidak semampu Hanzalah

Pengantin baru di ambang bahagia

Pun belum bersih di malam pertama

Ke medan uhud perjuangkan agama

Dan syahidnya basah dimandikan malaikat

Sedang aku mudah lalai dipagut nikmat…



Aku tak sehebat penghulu para syuhada di syurga

‘Singa Allah’ Hamzah ditusuk tombak tajam

Dilempar si pengecut Wahsyi secara sembunyi

menembus perut memburai usus

tapi masih cuba berdiri mengejar musuh

sebelum rebah syahid di medan uhud…



yang pasti…

aku masih hidup

untuk terus perjuangkan uhud

mahu jadi Amru ibn Tsabit

syahid kerana islam dijunjung

bukan Quzman

berperang kerana membela kaum

perjuangan aku ini bukan semata

buat diri dan keluarga

perjuangan aku ini untuk islam dan semua…



terima kasih Tuhan

menguji dengan kekalahan

agar aku belajar

dari UHUD…



BERJUANG AKU AKAN TERUS BERJUANG-IBN MUHAMAD



“JIKAPUN BAGINDA TELAH TIADA

DIA TELAH MENYAMPAIKAN AMANAT

MAKA BERJUANGLAH DEMI AGAMA TERCINTA”-ANSHAR



JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD SAMA ADA

KALAH ATAU PUN MENANG!!!!

No comments:

Post a Comment