AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Saturday, February 26, 2011

rindu sempurna

dengan namau-Mu ya Allah...yang maha cinta...

Assalamualaikum wrt...

Ya Allah...

ingat lagi sehari yang kelmarin
betapa aku merindui seorang sahabat
lama sudah aku tidak bersama dengan dia
hingga hadirnya dalam mimpi
membuat buka mataku...terpejam semula
ingin bertemu lagi dengan dia
...di sana...

ahh...nikmatnya rindu itu
kerana aku sayangkan sahabatku
kerana-Mu...

Ya Allah..

aku cuba menghubungi sahabatku
tapi seringkali ku sekadar genggam telefon di tangan
tidak mahu dia terganggu
tidak mahu dia salah maksud
sudahnya aku bermohon kepada-Mu
bisikkan rindu ini ke hatinya
agar dia juga merinduiku
biarpun hanya untuk sedetik cuma...

Ya Allah...

benar,
aku merindui dia sahabatku
tapi ya Allah...
jangan biar
...rindu itu...
melupakan pula aku kepada-Mu
aku ingin rindu ini adalah rindu yang sempurna...
rindu kan dia kerana-Mu...

Ya Allah...

dialah sahabat
sedia ada bilamasa susah dan senang
tapi...
kala ini dia tiada
Engkau tetap setia bersama...
terima kasih ya Allah...

YA Allaah..
dialah teman yang ku kasih
terima kasih skali lagi
di atas takdir ini
aku pinta kepada-Mu ya Allah
agar persahabatan ini
kan membawa ke syurga..
ameenn...

aku yang merindu,
ariff islam...26feb,7.00pm,upm

Monday, February 21, 2011

JUJUR...

“Assalamualaikum sayang…” Fahmi mendoakan kesejahteraan ke atas isterinya yang tercinta. Maisarah kala itu ralit dengan kerja memasaknya di dapur. Dia sedang merenehkan sup daging keistimewaan buat si suami yang memang gemarkan pemakanan sunnah itu.

“waalaikumsalam…erm..abang…dah selesai solat dhuha yer…” Maisarah berpaling sekilas semerta menghadiahkan senyuman manis untuk suami sebelum dia meneruskan memasak. Fahmi berlabuh di kerusi, melihat-lihat beberapa sajian yang sudah terhidang di meja makan. Ada sayur labu masak lemak, air susu kambing suam, ayam masak madu dan ulam-ulaman.

“Alhamdulillah…dah…lewat sikit hari ni…banyak kerja nak setel kat laman belakang rumah kita tuh…dah lama tak berkebun…membazir pula rasa tanah tuh jika terbiar jer…” Fahmi lebar menjelaskan.

“Baguslah tuh bang…Abang…nah…cuba rasa dulu sup daging spesel dari saya nih..” Maisarah mula sibuk menghidang semangkuk sup dan menuangkan segelas air masak di hadapan si suami. Ketika itu Fahmi sengaja lama menatap wajah tenang Maisarah. Setenang nama itu…Maisarah..Maisarah menyedari laku si suami. Wajahnya merona merah menahan malu.

“isk…abang ni kenapa asyik perhatikan saya…nakal yer…” Maisarah mencubit bahu Fahmi sebelum beredar untuk melihat masakannya yang lain. Fahmi mengaduh sakit.

“saya bukan apa..semakin hari saya tengok awak nih semakin cantik…cantik sesangat..hehehe..” Fahmi sengaja memuji si isteri, menceriakan hati Maisarah yang tentu penat dari tadi lagi sibuk memasak. JUjurnya,tidaklah Fahmi perasankan sangat tentang soal itu,tetapi di dalam rukun rumahtangga,pujian seperti itu amat penting dalam mengeratkan hubungan dan kemesraan.

3 keadaan yang dibenarkan untuk tidak berlaku jujur:

1) Menipu musuh dalam situasi mereka memerangi orang islam dengan tujuan memesong dan menjebakkan mereka dalam perangkap tipudaya.Keharusan berdusta dalam situasi ini tidaklah termasuk berdusta kepada musuh dalam perjanjian atau jaminan keamanan. Contoh dusta yang harus terhadap musuh adalah sekiranya seseorang islam ditawan lalu ditanya tentang kedudukan islam,atau bilangan,atau senjata,atau kelengkapan orang islam.

2) Seseorang menjadi orang tengah untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah. Kemudian dia mendapati cara yang paling berkesan ialah berdusta mengikut kadar darurat yang diperlukan.

“bukan seorang pendusta ,seseorang yang mendamaikan antara manusia,lalu dia menyuburkan kebaikan atau berkata baik”-Riwayat Bukhari dan Muslim.

3) Perbualan lelaki kepada isterinya dan perbualan isteri kepada suaminya yang boleh mempereratkan ikatan harmoni dan kasih saying mereka. Situasi ini membolehkan sedikit dusta demi memperkukuhkan ikatan keluarga dan menburkan suasana romantic. Daripada Asma’ bin Yazid, dia berkata: Rasulullah saw bersabda ;

“wahai manusia,apa yang mendorong kamu untuk berterusan berdusta seperti kelkatu berterusan memasuki api. Semua dusta anak Adam haram kecuali dalam 3 sikap iaitu seorang lelaki berdusta terhadap isterinya untuk memuaskan hatinya,seorang lelaki berdusta dalam perang kerana perang adalah tipudaya dan seorang lelaki berdusta kepada 2 orang islam untuk mendamaikan mereka.”-Riwaya at-Tarmizi


“erm…tak payahlah abang nak puji saya kalau tak ikhlas…” Maisarah mencebikkan bibir kepada suaminya.

“sayang…ikhlas itu sesuatu yang tak dicatat oleh malaikat, tidak terlihat oleh manusia dan tidak dirosakkan oleh syaitan…hanya Allah sahaja yang Maha tahu…” Fahmi berhujah sambil sup di dalam mangkuk di kacau-kacau berulang kali.

“alah….saya bukannya bidadari syurga la bang…semakin hari semakin cantik…saya nih manusia…makin lama makin tua…tak gitu kan???” Maisarah bukan sengaja mahu berdebat dengan si suami,sekadar berbicara menghidupkan suasana harmoni.

Fahmi berhenti mengacau sup dan memandang tepat kearah isterinya.Mereka saling berpandangan ketika itu.

“Awak…awaklah bidadari saya pada saat ini malah pada saat bila-bila…dan saya mahukan awak jadi ratu saya di antara bidadari-bidadari syurga nanti…”

Maisarah diam dan mengalihkan wajahnya dari suami. Malu pula dia dengan ayat itu tadi.

“tapi bang…layak ke saya ke syurga???” Maisarah bersuara semula sambil menceduk lauk ke pinggan.

“orang macam awak memang tak layak..” Fahmi spontan member i jawapan. Maisarah terkejut mendengarnya.

“Abanggg…” Maisarah separuh menjerit..

“betullah…orang macam awak…macam saya…mana layak di syurga…kat sana nantikan semuanya pemuda-pemudi…kita dah tua…hehehe…nanti kita kat sana semuanya akan menjadi muda…” Fahmi tergelak kecil,Berjaya mengenakan isterinya dengan gurauan tersebut. Fahmi bukan bersenda dengan jenaka yang sengaja direka-reka dan dusta. Itu berdasarkan kisah benar dan fakta yang berlandaskan sumber yang benar.

“celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa,lalu dia berdusta.celakalah untuknya,celakalah untuknya”-Riwayat tirmizi.

“isk…abang nih…tak habis-habis nak kenakan saya…” Maisarah buat-buat muka merajuk. Fahmi sekadar ketawa kecil melihat si isteri.

Fahmi mencicip sedikit sup dihujung sudu yang tersua ke mulut. Ergghhh…masin..Fahmi menahan muka dari dikerutkan,bimbang si isteri perasan.

“sayang…kemari sekejap…” Fahmi memanggil si isteri dan tanpa banyak bicara Maisarah duduk di kerusi menghadap suami.

“nganga mulut…saya nak suapkan sup nih…” Fahmi memberi arahan dan dipatuhi. Sesudu penuh kuah sup yang sudah suam disuap dan…

“uhukkk..uhukk…ergh…masinnya bang..” Maisarah terbatuk-batuk menelan sup yang masinnya melekat dikerongkong.

Fahmi sekali lagi tergelak keci.BUkan dia sengaja nak kenakan Maisarah. Dia sekadar mahu memberitahu isterinya itu dengan cara yang terbaik.Dia tidak mahu mencela makanan itu,lagi-lagi itu masakan si isteri tercinta.Biar dia sendiri yang mengadili.

“saya mintak maaf bang…nanti saya renehkan semula ya…” maisarah berlalu semula ke dapur api. Rasa bersalah pula dia kepada suami.

“lambat pula hari nih si Ahmad pulang dari kelas tuisyen…” Fahmi menukar topik,mula menyedari anak teruna berusia 15 tahunnya itu belum pulang.Biasanya,waktu begini sudah sampai di rumah.

Sejurus,terdengar bunyi kuakan pintu rumah utama. Ahmad meluru kearah si ayah.Menangis.

“Ahmad..ni kenapa…salam tidak..apa tidak…tiba-tiba masuk menangis…Ahmad tu jantan..kena kuat..kalau nak menangis,menangis depan Allah…” Fahmi bersuara tegas apabila melihat tingkahlaku manja si anak.

“abang…anak kita tentu ada masalah tuh…awak lagi-lagi pergi marah dia pulak..” Hati lembut si ibu mula bimbang melihatkan situasi tersebut.Ahmad mengesat airmata, membenarkan kata-kata ayahnya.

“hah…sekarang…bercerita secara jujur kepada ayah dan ummi..apa yang berlaku???” Fahmi mula bersikap tenang.

“ayah…ummi…tadi Mad kena buli lagi...mereka mintak duit saku Mad…mereka Tanya ada duit ke tak…Mad cakap ada dan Mad kasi je la…baru mereka lepaskan..” Ahmad bercerita dengan suara lemah. Fahmi menggelengkan kepala.

“erm..anak ayah nih lembik sangat…sebab tuh kena buli…sebab tuh ayah suruh belajar silat tuh betul-betul…biar keras sikit kamu nih…baru orang hormat dan tak berani kacau..tak mengapalah…nanti kita ke sekolah berbincang masalah nih dengan Pengetua…sekurangnya sekarang,Mad dah selamat…kejujuran mad serahkan duit tuh telah selamatkan Mad dari di apa-apakan…kalau mad tak kasi tadi,tentu teruk kena kat mereka nih…dah..Mad naik mandi…kita makan sama-sama…cepat…”

Rasulullah saw bersabda:

“kamu hendaklah berlau jujur sekalipun kamu lihat didalamnya kebinasaan.kerana sesungguhnya terdapat di dalamnya keselamatan”-riwayat Muslim.
Sekian.Segala kebaikan itu dari Allah,dan yang lemah dari ana sendiri.Mohon nasihat jika ada silap.

Rujukan: keluasan islam,modul pembangunan insan (jilid 1),ISMA
Karya :ariff islam (ariffislam.blogspot.com)

Friday, February 18, 2011

RINTIHANKU…BUAT YANG TIADA

RINTIHANKU…BUAT YANG TIADA…

Sahabatku…
Semalam hidupmu menghadap ke kiblat
Sekarang,apakah sudah berpaling
Atau masih tetap???

Sahabatku…
engkau dikafankan dengan kafan yang baik
Maka apakah masih kekal
Atau telah punah dicarik dan dirobek???

Sahabatku…
Diletaknya kamu di dalam kubur dengan jasad yang utuh dan kuat
Maka apakah ianya sedang sediakala
Atau dah di makan dan dimamah ulat-ulat???

Wahai sahabatku…
Para ulama’ sama mengatakan…

“para hamba itu akan ditanya tentang urusan iman…sebahagian ada yang dapat menjawab,dan ada yang tidak”
Lantas kamu yakin berbicara atau diam tanpa bercakap???

“kubur itu ada yang diperluas buat si penghuni,dan ada yang disempitkan”
Lantas kuburmu saujana mata memandang atau sebaliknya mengecil dan mengecil???

“sebahagian ahli kubur itu kafannya digantikan kafan dari syurga, dan ada yang diganti dari neraka”
Lantas kafanmu itu membahang tubuh atau mendamai rasa???

“kubur itu merupakan taman dari taman-taman syurga,atau lubang dari lubang-lubang neraka”
Lantas kuburmu itu raudhatul jannah atau hawiyah???

“kubur itu adakala bagaikan seorang ibu merangkul anaknya,dan ada juga yang membenci dan menghimpit hingga putus dan dan keluarlah tulang-tulang rusuk”
Lantas apakah kuburmu itu memelukmu erat atau menyiksa hebat????

“semua orang yang di dalam kubur pasti menyesal..bagi orang-orang bertakwa menyesal kerana kurangnya melakukan kebaikan, dan bagi ahli maksiat menyesal kerana banyaknya melakukan kejahatan”
Lantas apakah kamu menyesal kerana edikitnya melakukan perkara yang baik,atau menyesal kerana banyak melakukan perkara yang jelek???

Aduhai sahabat…
Dulu seringkali sahaja kita sama-samaberbicara dan bergurau senda…dan Tadi aku memanggil-manggil namamu..tetapi kenapa seruku tidak bersahut???
Engkau tidak akan datang lagi kepadaku seperti selalu sehingga tibanya hari akhirat…maka ya Allah…janganlah engkau menghalang kami dari bertemu di hari itu kelak…

Rujukan:

Tuesday, February 15, 2011

cerpen situasi:fiqh puasa sunat.

Ahmad baru sahaja usai solat berjemaah. Semoga 27 kali ganda pahala tertulis di kitab illiyin untuknya. Dia menuju pula ke rumah Ustaz Rabbani yang terletak di sebelah kanan masjid itu. Khabarnya ustaz yang menjadi guru agamanya itu sedang sakit ditimpa musibah. Menjadi tuntutan untuk Ahmad pergi menziarah.

Hak muslim terhadap muslim yg lain iaitu:

1)bila bertemu,tebarkanlah salam
2)bila diundang,penuhilah undanganya
3)bila diminta nasihat,berilah dia nasihat
4)bila dia bersin lalu ucap 'alhamdulillah',maka doakan dia dgn ucapan 'Yarhamkallah'
5)bila dia sakit,ziarahilah dia
6)dan bila dia meniggal dunia,iringilah jenazahnya

(hadis riwayat Imam Muslim)

“silalah minum Mad...makan kuih tuh sekali..”Ustaz Rabbani mempelawa. Zaujahnya yang siap menghidang melayangkan sebuah senyuman sebelum beredar semula ke dapur.

Ahmad menelan kelat liurnya.Ah...sudah...

‘aku sedang berpuasa sunat hari khamis..lagi 2 jam nak masuk waktu berbuka..err.." Ahmad keliru.Rezeki dihadapan ini adakah rahmat atau untuk menguji?? Sewajarnya keputusan yang mana lebih afdhal dan aula’ ?? Menerima sebulatnya pelawaan itu atau berterus terang dan...makan...

Ahmad lemas dalam situasi.

‘ahh..tuan rumah dah pun menyediakan...tak elok pula aku rasa untuk menidakkan...erm..aku Cuma berpuasa sunat jer..’ dan akhirnya, Ahmad menjamah juga. Rasa payah tapi dia cuba berlapang.

“laa...kenapa anta tak berterus terang ajer...” pendapat seorang kawan bila Ahmad bertanya.

“eh...betol ker tindakan anta tuh??” bertanya seorang kawan bila Ahmad menceritakan..er...entah..dan Ahmad mencari jawapan...

Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya:

“saya buatkan makanan buat Rasulullah saw.Baginda datang pada saya bersama sahabat-sahabatnya. Tatkala makanan telah dihidangkan,berkatalah salah seorang dari rombongan :saya sedang berpuasa..”

Maka bersabdalah Rasulullah saw:

“saudaramu telah mengundangmu makan dan dan berpayah-payah untuk menjamumu..”

Lalu sabda Baginda lagi:

“berbukalah,berpuasalah nanti suatu hari sebagai ganti,jika kau kehendaki”
(diriwayatkan oleh Baihaqi dengan isnad yang hasan,sebagai dikatakan oleh hafizh)

Situasi ini bukanlah pertama kali buat Ahmad yang lazim amalkan puasa sunat isnin dan Khamis. Selalunya,ada sahaja sahabat yang mengajak makan bersama sedangka dia berpuasa sunat. Tidak boleh dipersalahkan mereka yang tidak tahu dan maklum kita berpuasa atau tidak.

“erm...maaflah...saya puasa sunat hari nih.” Kadang-kadang jawapan ini diberi. InsyaAllah,kawan-kawan akan memahami.Namun ralat juga rasa. Sahabat kita mengharap kita temankan makan bersama...

“erm..boleh jugak...jom..” Kadang-kadang jawapan ini pula yang diberi.Tidak mahu kecewakn harapan seorang sahabat.Kesian pula nanti dia makan sorang-sorang.Nabi Muhamad SAW sekurangnya makan berduaan.

Sekali lagi...puasa sunat sahaja...jika tak dapat berpuasa,banyak lagi perkara sunat lain yang boleh jadi ganti. Sebenarnya terpulang kepada diri kita sendiri berdasar hadis ini;

Diriwayatkan dari Ummu’ Hani r.a. katanya:

“Rasulullah saw masuk ke rumah ku pada hari penaklukan,maka disajikan minuman,kemudian diberikan pula kepada aku,maka jawabku ‘saya berpuasa’. ”

Sabda Nabi:

“orang yang berpuasa sunat itu menjadi raja atas dirinya,.Jika kau suka,berpuasalah,dan jika tidak,maka berbukalah.”
(riwayat Ahmad, Daruquthni dab Baihaqi)

Kesimpulannya, islam itu syumul dan bukanlah satu agama yang rumit dan menyusahkan penganutnya. Tidak ada lasan untuk berbuat kebaikan.Ayuh...kita berpuasa sunat..
Apa yang baik itu datang dari Allah...dan yang buruk itu disandarkan ke atas diri ana sendiri.Jika ada penambahan atau teguran,silakanlah.Wallahuaklam..

Sumber:FIKIH SUNNAH 3 oleh SAYYID SABIQ.
Karya asli oleh ARIFF ISLAM.(ariffislam.blogspot.com)

Sunday, February 13, 2011

Aku Akan Mati 2

...sambungan cerpen 'aku akan mati'..


“Abang Solleh..!!!”

“Abang Solleh…tolong Bang!!!..”

“Alif bang…dak alif hilang…!!!”

Tafakur Solleh mengingati mati tadi telah berterabur,tersentak oleh suara-suara kalut di bawah.Hilang??Tadi elok sahaja Solleh tengok mereka semua mandi sungai. Solleh berdiri untuk meninjau keadaan sebenar.Suasana Nampak kelam kabut,membuat Solleh turut menjadi kalut.Dia sepantasnya berlari ke sana.Dilihatnya jernih air sungai di satu sudut telah merona kemerahan.Darahkah???Ah….sudah…

“Alif tak timbul-timbul lagi Bang…tadi dia terjun dari atas pokok sana…” seseorang menjelaskan dan lantas Solleh pula terjun ke dasar sungai bersama jubah putihnya yang masih di badan.

Selang 5 minit….barulah Solleh muncul semula dengan sekujur jasad milik Alif. Solleh melawan arus sungai sedaya mungkin untuk membawa Alif naik. Tiba di tebing,tubuh lemah Alif disambut oleh orang ramai yang mulai riuh berkumpul dan berkerumun di atas.Kelihatan mereka mempraktikkan segala ilmu yang ada untuk menyedarkan alif yang pitam.Kepalanya berdarah terhentak batu. Solleh yang mengah masih berada di dalam air. Dia berpaut pada perdu akar dengan senyum puas melihat Alif mula terbatuk memuntahkan air sungai sebelum anak berusia 8 tahun itu lemah semula.Orang ramai ketika itu sedang sibuk dengan keadaan Alif...dan Solleh...makin merasa lemah....dan lemah....sebelum matanya rapat terpejam.Pautan tangannya di akar pokok pula melonggar dan...

1145pm...setelah 5 hari kejadian..

Uhukk...uhukk..

Batuk kecil itu mematikan konsentrasi Ariff yang ralit mentadaburi kalimah-kalimah suci mukjizat junjungan Muhamad SAW...baca quran dengan maknanya itu insyaAllah...akan mendekatkan lagi kita dengan kebesaran-Nya.Ariff bingkas bangun dari duduknya di kerusi . Dia meluru keluar dari wad itu untuk mendapatkan seseorang yang penting.

”Doktor...doktor...adik saya dah sedar...”

Sejurus itu juga,derapan kaki mereka laju menuju ke bilik tadi semula. Gembira benar Ariff melihat adiknya, Alif yang mula membuka mata setelah lima hari di dalam koma...

”Alhamdulillah...adik kamu dah sedar...tapi dia masih dalam keadaan lemah dan kritikal.Luka di kepalanya parah dan perlu dijaga rapi...bimbang ada jangkitan kuman nanti...”

Penjelasan Doktor itu tidak sikitpun diambil kisah. Syukurnya melihat Alif telah sedar lagi kuat.

”Alif...adik rehat dulu ye..nanti esok mak ayah datang tengok adik...”Pujuk Ariff,memberi adiknya itu sedikit semngat sebelum mata anak itu kembali bertaut erat...

0415am...

”Ariff...”

”sahabatku Ariff...”

”Riff...”

Ariff mencelik mata.Bisikan halus memanggil namanya mengganggu lena.Dia menoleh ke kiri dan kanan.Kemudian berpaling ke belakang,mencari pemilik suara itu.Namun,semua sudut hanya diselubung oleh kegelapan.Ariff diserbu perasaan takut.

”ssi...ssiapa??”

Ketar suaranya memberanikan diri bertanya.Mata Ariff masih ligat melilau ke sekeliling..

”aku Riff...” Satu suara bergemersik lembut muncul bersama sesusuk tubuh yang cukup Ariff kenali.

”Sso...Ssoolleh??” Spontan nama itu terpacul.Ariff makin panik.Bukankah Solleh sudah mati???

”jangan takut pada aku Ariff...engkau nanti pun akan mati..semua yang hidup akan merasai mati...dan beruntunglah kepada mereka yang bersedia untuk menghadapi...apa kau dah bersedia,Riff...???” Suara Solleh jelas singgah ditelinga Ariff satu persatu.Dia sekadar menelan liur payah.Suasana diam.Cumanya,Solleh dengan wajah yang terlukis sekuntum senyuman manis kian mendekatnya.Ariff menggigil cemas dan Solleh...semakin dekat...kian dekat...dan dekat...

”Allahuakbar...astagfirullahal azimm...”

Ariff terjaga dengan keadaan terkejut. Segera dia mengingati Allah agar tenang kekacauan yang sedang bermain di jiwa.

”Solleh...??” Ariff cuba imbas kembali mimpi tadi.Nama sahabatnya yang menyelamatkan Aliff tempoh hari separuh berbisik di bibir.Ariff menatap lama wajah adiknya yang terlantar sakit di katil.Dia cuba mentafsir mimpi tadi...perasaan benar-benar kalut kala itu.

”Ahh...kenapa nak aku fikirkan sangat mainan tidur aku tuh???kalau benar dah sampai ajal,aku ke...alif ke...siapa-siapa ker...akan mati jugak nanti...itu soal ketentuan Tuhan...bukan bisikan setan...”Ariff berbicara kepada diri-sendiri,cuba memujuk hati..

Esoknya,10.25am...

”sejak hari pertama lagi Ariff kat hospital ni jaga adik.Dah...biar mak,ayah pulak..Ariff balik rumah dan pergi ziarah kubur arwah Solleh...agaknya dia rindukan kamu,itu yang dia datang dalam mimpi.Masa pengebumian arwah dulu pun kamu tak sempat bersama...” Ariff akur dan membenarkan kata-kata ibunya.Dia mendapatkan bas untuk pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan itu,Ariff ditemani oleh nostalgia bersama Solleh. Sudah 5 hari sahabat baiknya itu pergi meninggalkan dunia,baru hari ini dia terasa kehilangan.Sebelumnya,sibuk benar dia menjaga Alif di hospital.

”ariff...kamu pernah kehilangan orang-orang tersayang??”Soalan Solleh suatu ketika dulu singgah kembali ke ruang ingatan.

”erm..tak pernah...” Ariff menjawab bersahaja.

”erm..samalah...aku pun tak pernah..erm..bagaimana yer nanti rasanya bila kehilangan mereka??aku tak dapat nak bayangkan..”Solleh meluah rasa tetapi bicaranya disambut dingin oleh Ariff.Ariff tekun menghayati penceritaan novel ’Tautan hati’.

”Riff...kau takkan bersedih ke kalau mak ayah kau meninggal nanti??” soalan itu sengaja diumpan untuk memancing perhatian Ariff.

”errmm..entahlah...lumrahlah bersedih...nabi pun sedih kehilangan Khadijah..tapi lama-lama ok la balik...takkan selamanya nak tunjuk sedih kot...”Ariff menjawab acuh tak acuh.Fokusnya masih kepada novel membangun jiwa itu.

”kalau aku yang pergi dulu sebelum kau...kau sedih tak??” Solleh menyua soalan provokasi lagi.

”isk kau nih..jangan cakap macamtu ah..kau mati dulupun,aku yang masih bernyawa kena lah teruskan hidup..”Solleh terdiam mendengar jawapan Ariff.Sudahnya dia kembali membaca majalah solusi yang dari tadi terpegang di tangan.

”aku mati nanti..jangan lupakan aku sudah..setahun sekali datang la ziarah..”sempat Solleh menghambur kata-kata itu membuat Ariff berhenti sekejap membaca.Dia menjeling wajah Solleh yang buat-buat tak tahu..

”dik...dah sampai..”lamunan Ariff terhenti oleh suara pemandu bas di depannya.Perjalanan sejam tak terasa pun.Ralit benar dia mengulit kenangan.

”erm...mekasih pakcik..”

0615pm...

Ariff di sungai,tempat berlakunya tragedi meragut nyawa Solleh dan adiknya lemas.Lengang.Anak-anak kampung belum berani bermandi-manda di situ. Namun itu tidak bermakna meeka dah serik.Lihatlah 3,4 minggu lagi,riuh pulalah sungai itu nanti.

Brr...brrr...

Ada getaran telefon bimbitnya di dalam poket seluar.Panggilan daripada ibu??ada apakah ini???

”Ariff...adik dah takde..luka di kepalanya dijangkiti kuman dan merebak ke otak..”suara ibunya tertahan-tahan diselang esak tangisan.

”inna lillah wa inna ilaihi rajiun...” hanya kalimah istirja’ yang mampu tersebut.Ariff melemah dan terduduk ke tanah. Baru sahaja dia pulang dari tanah kuburan di sebelah sungai itu,menziarahi pusara Solleh....dan selepas ini dia akan kembali lagi ke situ.Kali ini,jasad adiknya pula kan bersemadi...kala ini...baru Ariff benar-benar merasakan bagaimana perasaannya bila kehilangan orang yang tersayang...Ariff menginsafi...selepas ini...dia juga akan ke tanah kuburan itu...dia juga akan kembali...dia juga akan mati...

Setiap yang bernyawa akan merasai mati...

-sedang siapkan cerpen 'aku akan mati 3'...adeii...idea....idea...

Wednesday, February 9, 2011

SajAk MauiLiDURur RaSuL...

Sajak Maulidur Rasul
Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 18:48

Sajak Maulidur Rasul

oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

Friday, February 4, 2011

diari:kursus jenazah

DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA CINTA
ASSALAMUALAIKUM WRT..

O6 R/awal 1431h,20 feb 2010…
O6.10am..
Ana bangun dari mati kecil ana hari ini dengan keinsafan.Ya Allah…mengapa payah utk ana kuatkan diri menghidupkan sepertiga malam-Mu???menangis dan merayu kdp-Mu???ana muhasabah diri seketika..sejurus ana salin pakaian,ana kejutkan sahabat ana dari lena yg bersisa utk berjemaah bersama…senyap..mungkin dia penat sangat..ana berlalu ke surau kesorangan..

“Assalamualaikum wrt…”

Ana kuak pintu surau seiring menuturkan salam sejahtera. Itu adalah satu tuntutan dan sunnah nabi untuk kita memberi salam apabila memasuki sesuatu tempat sekalipun tiada penghuni di dalam.Alhamdulillah..ana mula menjadikan nya satu amalan…semoga istiqamah insyaAllah…

09.00am..
Ana dan akhi Hafizudin tiba sedikit lewat di masjid UPM.Itu sisi2 kesalahan ana sbg seorg muslim yg masih lagi tidak bijak mengurus masa apatah lagi itu satu janji..astagfirullahal azim..sama2 kita perbaiki jika masalah ini masih dihadapi…Ana memberi salam kepada abang yg mengurus pendaftaran,tiada balasan…sebaliknya dia pula yg kembali memberi salam..Ana insafi di dalam hati..suara ana yg terlalu perlahan membuatkan salam yg diberi tidak jelas didengari..
Ucapan perasmian sudah lama bermula.Ana duduk mendengar dgn khusyuk.Biarpun sekadar kata2 aluan dan perasmian,banyak input dan perkongsian yg ana dapat daripada pengarah pusat islam UPM itu.Usai perasmian,kami disediakan kudapan.Ana duduk berhadapan dgn akhi Hafizudin…ralit ana menjamu selera,seorang abg yg duduk disebelah kiri ana menyapa ana…

“saya dari kolej 6…”jawab ana pada satu soalan…
Abg itu merupakan peserta kursus dari luar dan merupakan seorang ayah kepada 2 orang anak yg berumur 3 dan 6 tahun.

“org rumah (isteri) yg ajak saya datang ke kursus ni…dulu dia dah pernh ajak sekali,tapi x jadi…kekangan masa kami yg dah bekeluarga ni menghalang…lagi2 dah ada anak..” luah abg itu tanpa dipaksa..ana tenang mendengar…ana dapat rasakan dia perlukan seseorg utk berbicara menghilangkan resah hatinya meninggalkan anak2 dirumah..

“mana abg dapat tahu pasal kursus jenazah nih??” ana sengaja mencipta soalan,meraikan dia dan merancakkan perbualan..

“dari internet..bagus jugak join majlis ilmu macamnih…tp itulah..jika ada masa rehat nanti,smoga sempat saya pulang menjenguk ana…masa bertolak kesini tadipun mujurlah saya dan isteri dapat beralasan untuk tinggalkan mereka..” panjang abg itu bercerita…dan agak lama juga ana dan dia berbicara…itulah naluri seorag bapa..kasih sayang seorang ayah..cinta seorang abi…

Perbualan itu mengingatkan pula ana pada firman Allah dlm surah at-taubah,9:41…ayat yg dekat dihati ana dan sebati dlm kehidupan…

“berangkatlah kamu baik dgn rasa berat ataupun ringan dan berjuanglah dgn harta dan jiwa ragamu dijalan Allah.yg itu lebih baik bagimu jika kamu tahu…”

Semoga keberadaan abg itu disitu beroleh keberkatan dan doakanlah abang itu dipermudah urusan..ameen..

"bersama kesulitan ada kemudahan..." (al-insyirah,94:5-6)

Pembentangan kertas kerja 1 oleh y bhg Ustaz helmi…9.45am…

“ariff..”

ana hulurkn tangan dan perkenalkan diri pada seorang peserta kursus disebelah kanan ana..Ana harus memberi dahulu agar yg menerima tidak teragak2 utk turut memberi…biarpun sekadar nama…

“hafis..”

ana senyum..hai…sorang hafis lg…hehe…hafis dari kolej 13,pelajar sains pertanian..kami taaruf seketika,tidak lama setelah kami masing2 mulai memberi tumpuan pada penceramah yd sudah memulakan perkongsian..

Pengurusan pesakit nazak..
Tuhan tidak akan menguji melainkan sesuai dgn kesanggupan seseorg..
Bila ditimpa sakit atau musibah yg terbeban
Jgn salahkan Tuhan…sabar…usaha dan tawakal penuh keinsafan..
Kerana saat inilah kita terlalu hampir dgn Tuhan
Tangiskan lah rintihanmu pada Dia yg mendengar lg maha penyayang..
Ana maklum..ana pernah berada ditempat kalian..
Sakit….saat itu… mati…mati…mati..ya Illahi…ya Illahi…
Sentiasa hadir…sayu…sedih…menginsafi…
Kala itu apa sahaja nasihat kebaikan mudah meresap
Apa sahaja bentuk sokongan..keluarga,kawan2…amat diharap…
Berada disamping..membimbing…
Dan tugas seorg da’e..
Inilah saat yg terbaik utk mengajak mereka kepada Illahi
Kerana fitrah manusia mencari kebaikan
Dan saat2 begini kebanyakan org mula menyedari..sememangnya mereka perlukan TUHAN..

Pembentangan kertas kerja 2…11.30am..oleh ybhg ustaz hj Hairudin..pernah belajar di Jordan..

Menunggu ustaz memulakan bicara,ana sekejap berbual dgn akhi Hafizudin…sekejap ana beramah mesra dgn sahabat baru ana hafis..menghidupkan suasana..hari ini ustaz Hairudin memberi perkongsian tentang pengurusan harta pusaka si mati..

Dalam membincangkan berkenaan pengurusan jenazah,telah terbayang diminda kita tentang 4 perkara asas yg menjadi ‘amr ma’lum biddorurah fiddin’(perkara yg dimaklumi kepentingan dlm agama) iaitu memandikan,menkafankn,sembahyangkn dan kebumikan…namun 1 perkara yg juga penting,hampir2 dilupakan oleh kebanyakn org kecuali kluarga si mati iaitu pengurusan harta si mati.walhal ia jadi 1 tanggungjawab kita sbg pembimbing utk membimbing…(petikan modul)

1.00pm..
Ana dahaga sangat..ana minum segelas air oren menggunakan tangan kiri ana memandangkn tangn kanan ana masih bersisa nasi…hausnya tidak hilang…ana dapatkn segelas air lg…
.........astagfirullah….....
ana baru menyedari…ana seharusnya berakhlak kpd org ramai di dalm majlis ilmu ini..berakhlak kerana itu lambang peribadi muslim sejati…ana minum guna tangan kiri rupanya tadi…kali ini ana pegang gelas guna tangan kiri,dan ana lapikkan permukaan belakang tapak tngan kanan ana dibawah gelas..perkara simple yg selalu ana terlepas pandang dan kita ambil mudah…itukan sunnah..ana sayang nabi ana…jadi ana lepaskan rindu dgn mengamalkan kenangan2 yg baginda tinggalkan..

1.30pm..
Azan merdu berkumandang..ana selesai berwuduk,ana dipertemukan dgn sahabat lama ana..akhi hanif…rumate akhi ridhuan…dia bersama kawan dia dr k17..amirul…

ana melazimi memberi salam…bersalaman mesra dan lebar ana senyum…

rindu…sayang…itulah perasaan yg bertandang…sudah lama tidak berjumpa dan berbicara..

tidak lama bersama,ana fikir akhi hanif mahu tunaikn solat sunat qabliah zohor,ana berlalu..tiba2 ustaz hairudin,yg memberi peingisian tentang pengurusan harta si mati td menyapa ana dgn salam dan senyuman…baru kenal…tapi kami seolah sudah lama dijodohkan..

“staff kat sini ker??”

ustaz bertanya memulakan bicara..ana senyum..ana yg berkemeja putih dan slack hitam ini mungkin menyebabkn ustaz bertanya demikian…atau mungkin raut wajah ana sebaya staff2 di pejabat2…pernah ana bertanya langsung akhi najib suatu hari pendapat beliau tentang wajah ana..

“anta nampk matang…” ikhlas akhi najib seiring senyuman..

Alhamdulillah jika itu benar…kerana itu adalah tanda dan teguran dry g maha cinta…ana ni dah tua…dan mati sudah mghampiri…

Seketika ana berborak tentang latar belakang ustaz hairudin..

“ana pernah ambik ilmu al-faraaid..bahagian kira2 itu yg ana susah nk dalami..” ustaz berkongsi tentang pengalaman nya belajar..

kagum ana berhadapan dgn org yg berilmu agama spt ustaz..ana usap bahu ustaz seraya berseloroh…mencari kemesraan…biarpun pertama kali kenal dan jarak umur,ilmu kami memang berbeza..

“ana pun lemah dalam ilmu kira2 ni walaupun ana sendiri ambik jurusan matematik disini..”

Perbualan kami tidak panjang setelah mu’azin melaungkan iqamah.ana dan ustaz segera memenuhi saf..usai solat bada zohor…ana pula yg menghampiri ustaz…

“ustaz…terus blik ke lepas ni??”

sayu suara ana kala soalan itu terpacul…terasa kasih sayang ustaz mula menyerap ke jiwa ana..itulah ana..mudah sangat jatuh cinta pada pencinta agama…ana berbicara sekejap dgn ustaz sebelum ustaz meminta diri…ana menyalami ustaz..semoga beroleh keberkatan..ana jauhkan pandangan dr mengiringi kepergian ustaz..sedih…pilu…
setiap pertemuan itu pasti di akhiri dgn perpisahan…biar selalunya ia pedih…tapi ana berlapang dada meredhai..doa ana..semoga pertemuan ana dgn ustaz di raudhatul jannah (taman2 syurga) atau majlis ilmu ini menemukan kami kembali suatu hari…jika tidak di dunia…semoga di taman2 syurga yg selamanya…

Pembentangan kertas kerja 3 oleh y bhg ustaz hj Ahmad sapuan..2.00pm

Ana mengambil ruang sebelum ustaz memulakan majlis untk beramah lebih mesra dgn hafis..panjang sekali ana berbicara kali ini..berkongsi ilmu,pandangan tntang beberapa masalah ummat…sempat ana meminta nombor telefon…niat ana jika berkelapangan ingin menziarahi hafis,insyaAllah…itukan malan para penghuni syurga…semoga ukhwah kami yg baru terbina tertuju kerana kasih Illahi…ameenn…

Tenang ustaz memberi perkongsian ilmu…sekejap2 ana tercuit hati dan ketawa dgn lawak santai yg diselit…menceriakn majlis..ustaz banyak memberi ruang kpd peserta utk kemukan muskillah tentang urusan mandi,kapan,sembahyang dn kebumi jenazah…
Majlis di tangguh kehari berikutnya…usai berjemaah asar…kami bersurai…ana sedikit terkilan kerana niat utk menziarahi akhi firdaus dirumahnya tidak berkesampaian kerana ana perlu mghadiri majlis ilmu ini…insyaAllah…semoga dapat menziarahi akhi firdaus di lain hari..

07 R/awal,21 feb…
Pukol 8 nanti ana akan ke masjid UPM utk kursus jenazah hari ke 2…jika semalam ana belajar teori…hari ini praktikal…semoga ana beroleh segunung ilmu yg bermanfaat hari ini…jika antum nak tengok modul2 yg diberi dalam kursus…mintaklah dgn ana..
Sekian sedikit perkongsian drp ana..lepas ni da xde masa nk menulis dah…kuliah dah bermula esok…
Assalamualaikum wrt…

cerpen:cerita cinta kita

ASSALAMUALAIKUM WRT...
DENGAN NAMA-MU YA ALLAH...YG MAHA CINTA...

1) CINTA PANDANG PERTAMA

Tiada lagi airmata yg mampu ditangiskan. Lidah itu diam tanpa sepatah bicara.Kaku...sekadar renungan layu yg payah utk ditafsir terus melekat pd wajah ayah dan ibu...jasad-jasad yg tidak lagi bernyawa..

pilu...meruntun kalbu..
sayu...merintih seiring restu..
biar luka dalam redha...parah dalam pasrah...
sudah suratan dr yg maha cinta...
menjemput ayah dan ibu..

Ibu itu yg melahirkan dgn serimbun kesyukuran. Biarkan lelah mengah, dalam payah kudrat lemah itu masih bisa tersenyum gembira di sisi ayah menerima kehadiran anugerah sang pencipta...dan hari ini...longlai kaki melangkah ....selangkah....selangkah...selangkah...dan selangkah...
mengiringi ayah dan ibu ke dunia terasing...

"Dan Tuhanmu telah memerintahkn agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorg diantara keduanya atau keduanya sampai usia lanjut dlm pemeliharaanmu,maka jgn sesekali kamu mengatakan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kpd keduanya perkataan yg baik"

"dan rendahkanlh dirimu terhadap keduanya dgn penuh kasih sayang dn ucapkanlah 'wahai tuhanku,sayangilah mereka sptmana mereka berdua telah mndidik aku pada waktu kecil.' "

(surah Al-Isra',17:23-24)



2) CINTA BERDUA

"Iman...Hakim tidak sanggup kehilangan dia....Hakim cintakan dia sangat-sangat..." Ada getar dalam suara Hakim saat luahan itu terungkap.Alangkah indah jika seluruh jiwa raganya juga bergementar kala mengingati Allah...Bukankah bersama Allah itu sebesar-besarnya cinta...

"Hakim...Iman mengerti...bilamasa ada cinta,untk melepaskannya terlalu payah..dan kehilangannya adalah satu seksa.."
Tenang Iman memulakan bicara..tepat matanya memandang kelayuan raut wajah Hakim..ada sayu di situ..

"Kiranya Hakim rasa memutuskan prhubungan itu satu bebanan..Ingatlah,tetapkn cinta pd Allah yg Esa itu yg pertama.."
Iman mengatur kata-kata sehikmah mungkin. Iman sedar, membiarkan Hakim dgn cinta tanpa ikatan yg sah itu bukanlah keputusan yg terbaik.Puas sudah Iman berhadapan dgn masalah cinta remaja. Hendak berkahwin di usia remaja,masih belajar dan tanpa kerja...selalunya wujud tentangan hebat daripada keluarga..Sesungguhnya perkahwinan itu bukanlah satu penyelesaian,namun di situlah bermulanya tanggungjawab2 kita sbg ketua..

"Iman menghalalkan cinta???" Soal Hakim selamba..Iman tersentak...terdiam dan muhasabah diri sejenak..

'Ana bukanlah layak utk memutuskn hukum. Ana tidaklah arif persoalan cinta di sisi islam...cukuplaah ini sekadar perkongsian bersama'
Monolog hati kecil Iman..

"Cinta itu benar..." perlahan suara itu tp ditegaskan. Iman kumpulkn semngat untk meneruskan kata-kata...

"....yg salahnya adalah cara kita menterjemahkan cinta...Allah tidak mengharamkan cinta,malah cinta adalah fitrah...tp Allah melarang keras kita mendekati zina...Hakim....Hakim bertemu dn berintraksi secara langsung dgn dia.... bukankah sisi-sisi ke arah mghampiri perbuatan keji itu???"
Iman cuba bersuara dr haati ke hati, agar mudah sahabat tersayngnya itu memahami..

'Ya Allah..ana tidak mampu...tolongi ana..semoga sahabat ana ini dapat mengerti..' Doa hati kecil Iman kdp rabbul Izzati..

Ada airmata mengalir membasahi pipi Hakim.Perlahan esakan tangis itu. Sayu Iman berada di dalam situasi sebegini. Tanpa disedari, Iman sama-sama menangis..memahami....

Sejurus, Hakim kini erat didalam dakapan Iman...cuba menenangkan perasaan celaru itu..

"Hakim...kita sama-sama sudah dewasa..berfikirlah secara matang...berlandaskan iman...dan buatlah pilihan yg terbaik...Iman yakin Hakim sudah ada jawapannya...cuma...carilah kekuatan..."

Tinggal persoalan...segalanya berbalik pada dri sendiri. Rasul tercinta menggalakkan perkahwinan itu segera...kerana hikmahnya memang nyata...


3) CINTA TAK TERHINGGA

"Assalamualaikum...Ariff..." Seketika ana trpaku.Teruja bertemu dgn sahabat lama ana. Sekian lama sudah tidak berjumpa..

"Waalaikumsalam...Akhi Shah...rindunya ana pada anta.." Ana menyalami Shah, melagakan pipi kanan dan kiri mengikut sunnah...seiring senyuman yg tak lekang.Erat tautan tangan kami masih tergenggam...

"Alhamdulillah...sekali lg kita dipertemukan dlm raudahtul jannah(taman2 syurga) ini...tempat yg mulia sekali jodoh kita kan Ariff.." Ana membenarkn kata2 Shah.Pertama kali kami berjumpa...di dalam majlis ilmu seperti inilah perantara. Pegangan tangan masih tidak dilepaskan...tangan kiri shah mesra memaut bahu ana.Kami beriringan menuju ke dewan majlis ilmu itu.Biar mata-mata memandang..sesungguhnya inilah keakraban.Nikmat ukhwah fillah...cinta yg tak terhinggga..Bukankah 2 hati yg bertemu dan berpisah kerana Allah itu adalah 1 daripd 7 golongan yg dijanjikan perlindungan di padang perhitungan kelak..

'Tidak sempurna keimanan diantara kalian kiranya tidak ada cinta diantara kalian sesama saudara islam sepertimana cintanya kalian pada diri sendiri..' HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM.

"Ariff...ana cintakan anta kerana ana lebih cintakan ALLAH yg Maha cinta...salam ukhwah fillah...ana akan merindui anta.." Ungkapan itu mengakhiri pertemuan kami kali ini..

'Shah...ana juga cintakan anta kerana Allah...'


4) CINTA UNTUK SEMUA

TUTT...TUTT...TUTTTT...

Telefon bimbitnya bergegar.1 mesej diterima. Adam terus mghabiskan bacaan surah al-mulk terlebih dahulu.Sejurus, barulah mesej itu dibuka...

> asyik2 sms ko jer.fedup ak taw.penuh 1 inbox.x payah nk jd ustaz bg ak nasihat..ak tau la jaga diri..bkn nye ak ni budak2<

Setitis airmata mengalir.Bukan kerana sakit dihiris dgn kata-kata itu..kerana ianya perkara biasa. adam menangis utk sekian kalinya,menginsafi diri.Mengapa perkara kebaikan yg dilakukannya susah utk diterima oleh kawan2..

'Ya Allah...ana berbuat ini kerana ana cintakan mereka..'

pujuk hati Adam sendiri.

> maaf jika x senang dgn sms sy.maaf sangt2.xnk dgr nasht sy xp la.tp jgn lupa pd nasiht Allah dn rasulNya yer...<

Mesej dihantar...semoga kawannya itu berlapang dada.Itu harapan adam...

TOKK...TOKK...TOK...

"Assalamualaikum solleh.." salam diberi seiring ketukan pintu bertalu. Adam kejutkan kawan depan biliknya utk diajak solat berjemaah subuh bersama.Senyap..tanpa jawapan.Adam ke bilik sebelah.Diam...tiada suara.Beralih dari bilik ke bilik..hanya dengusan kasar terdengar,sekadar sahutan 'Ya..da bangun da nih' dr dalm diberikan dan bermacam ragam...marahkah mereka pd ana berbuat demikian???Berbicara Adam dgn Tuhan..

Biarlah...itukan tanda ana cintakan kawan2 semua...

>salam..rahman...nt mlm jgn lupa bangun tahajud yer..<

Adam hantar peringatan itu melalui ruang sembang di laman sosial facebook nya.Menjadi mukmin profesional, Adam cuba berdakwah seiring kecanggihan teknologi semasa.

>ko buatlah dulu...<

Balas Rahman..Adam tersenyum..Ya..memang dia berbuat.Tp,itu bukanlah jawapan yg ingin diberikan.Adam termenung sejenak,mencari kata-kata yg sesuai,agar mampu temannya berfikir dgn ayat itu nanti.

>bukankah nabi dulu dah buat..<

ringkas...tp padat..semoga jawapan itu berkesan...

>owh...btol2..k...insyaAllah..<

Jawapn itu sudah mampu membuat Adam tersenyum..smoga Rahman diberi hidayah dn kekuatan utk betul2 berbuat...doa adam...seorang sahabat yg terlalu mendalam cintanya pada semua...


5) CINTA ABADI

STREEeetttTTTTtt....
geDEEEGaaNGGG....

Kemalangn itu dasyat sekali.Kereta yg dipandu Hisyaam remuk dilanggar sebuah lori dr arah belakangnya.Hisyam kini terperangkap di dalam kereta..parah..

"Is..." lemah sekali suara itu memanggil nama sahabat tercintanya yg turut bersama.Mereka berdua dalm perjalanan ke masjid,menuju ke rumah Allah..

Is tidak bertindak balas.Diam...Wajah Is dn Hisyam berhadapan.Nafas IS kelihatan turun naik...dadanya berombak kecil..Hisyam kaget...nazakkah Is???

Teringat mati...tidak semena airmata Hisyam menitis.Laju mengalir..Namun,tubuh yg lemah itu tidak mampu bergerak,esakan tangisnnya tersekat...Hanya raungan di dalam hati bergema hebat...

"Allah....Allah...Allah..." perlahan-lahan nama itu di bisikkan ke telinga Is dr jarak yg sedikit jauh.Semoga Is mengakhiri hayatnya dgn kalimah yg maha agung itu.

daripada Muaz bin Jabal berkata Rasulullah saw bersabda..."sesiapa yg akhir kalimahnya la ila ha illallah akan masuk syurga"

Is menggerakkan bibir dalam payah.Cuba mengungkap lafaz...

"ALL...Alla.....ALLAHhhh..." seiring nama itu di disebut...Is tidak lg bernyawa..pergi menemui kekasih hatinya...sebuah cinta abadi...

-inna lillah wa inna ilaihi rajiunn-

Hisyam rapatkn mata.Makin galak tangisannya...sahabat tercinta kini sudah tiada..Hisyam redha terima..berlapang dada..seiring merawat kesedihan dan duka yg membisa...dunianya mulai gelap..tidak tahan lg dgn kisah sedihnya ini...rapat matanya terpejam..Hisyam tidur seketika utk rehat sementara menanti bantuan tiba...

"Syam...pertemuan kita ini semoga menjodohkn kita sekali lg di syurga sana..bersama cinta Illahi...cinta tertinggi...cinta abadi..."

itulah kata2 yg sering IS ungkapkan...ameennn...

saJAk:JANGAN pernah MAraH

Seorang lelaki bertanya kpd Nabi saw.."berilah aku nasihat".Baginda menjawab "jangan marah" maka diulanginya bertanya beberapa kali,kemudian Nabi bersabda,"jangan marah"..(hadis bukhari)..seiring kehidupan seharian,kita tak terlepas dr perasaan marah..lembutkanlah nafsu itu dgn istigfar dan memberi kemaafan..jgn biarkn ia merajai hati dan fikiran...kerna padahnya bisa menjurangkan persaudaraan..


JANGAN PERNAH MARAH.

Jangan marah...jika kita lemah
hadirkan insaf
ayuh sama-sama kita muhasabah..

Jangan marah...kiranya mereka yg bersalah
berilah maaf
semoga lembut hati dia yg keras

Jangan marah...bila ditimpa musibah
sejenak istighfarlah
sungguh,bersama sulit dan susah ada mudah

Jangan marah...andai dirundung resah
Ingatlah Allah
Jiwa kan tenteram,tenang dan indah...

Jangan marah...biar berkali-kali kalah
teruslah bekerja secara istiqamah
hasil itu hadiah,usaha itu dipandang GAHHH!!!!!

Jangan marah...berbuat sesuatu memang penat dan lelah
perbetulkan nawaitu..hati ikhlas..
semua kerja menjadi lazat...insyaAllah...

Jangan marah..pada gurauan kawan yg entah ape-ape ntah...
prasangka baik..dan sedikit pun senyumlah...
bukankah itu kemesraan dalam berukhwah..

Jangan marah..ada yg menegur kita salah
Ad-dinnun nasihah
mengajak kita dekat kpd al-Fattah..

Jangan marah...
Jnagan marah...
Jangan marah....

kehilangan sesuatu memang selalu berlaku dlam hidup sehari-hari..kelam kabut kita di buatnya mencari..kala itu..perasaan kita resah..dan adakala marah..pada siapa marah itu terarah???pada Allah kah???..kerana itu..bertenang la..istighfar...berusaha dulu mencari..jika masih tidak ketemui..pasrahlah...berserah..InsyaAllah...Allah akan ganti dgn yg lebih terbaik...

Ana juga sering kali terpikir...Ya Allah..bagaimana nanti ana menghadapi saat-saat pemergiaan insan-insan yg amat ana sayangi???kuatkah ana???marahkah ana???

kerana itu..belajarlah utk mencari kekuatan dgn ...jangan marah..sebaliknya bertenang dgn sikap berlapang dada dan pasrah...

wallahuaklam...

1535,18 rabiulawal 1431h,4/5/2010,makmal komputer jabatan matematik,UPM...

cerpen:SAYA TAK TAHU

"Assalamualaikum..."

Gamitan salam itu membuka semula mata Nik yg baru seketika dirapatkan.Hari itu sungguh memenatkan dengan jadual kuliah yg padat.Itulah kehidupan seorang pejuang...berjihad menimba ilmu kerana Tuhan..Allah telah berfirman dalam al-quran..kesusahan dan kepayahan itu mengajar kita agar merendah diri dan sabar..Nik tempuhi hidup-hidup di kampus dengan tenang,semoga beroleh berkat Tuhan.

"Waalaikumsalam..."

Salam itu dibalas seiring pintu bilik dikuak.Biar penat,tetamu Allah itu ingin dilayannya. Mungkin ada hal mustahak yg ingin dikongsikan.

"Awak dah nk tidur ke nik???" Soal Man yg kini berhadapan dgn Nik.Kesugulan raut wajah Nik membuat Man bertanya sedemikian.

"betul...tapi tak apa...sebelum zohor tadi Nik dah Qailullah...InsyaAllah..tidur 30 minit mengikut sunnah Baginda SAW itu tadi dapat menggantikan 3 kali ganda masa Nik...marilah Man dulu ke dalam.." Jelas Nik.Memujuk hati tetamunya itu dari perasaan bersalah.

Tidak sempat Nik melabuhkan kedudukan di birai katil,tidak semena Man datang memeluk tubuh kurus itu.Ada esakan dalam suara yg tertahan-tahan...

"Maafkan saya Nik...saya benar-benar perlukan nasihat daripada Nik...saya dah berputus asa dengan masalah ini.." Rintih Man,membuat Nik turut berada di dalam situasi sedih itu.Tenang Nik berbicara sambil bahu sahabatnya itu di usap perlahan...sekadar memberi ketenangan..

"Sabar Man..Allah setia ada..dan saya sedia bersama..yang penting..jangan pernah berputus harap dr rahmat-Nya dan mengalah dgn ujian Dia" Nasihat Nik,mengingatkan Man terlebih dahulu kepada Allah.

Ar-Ra'd,13:28-yaitu orang-orang yg beriman dan hati mereka mnjadi tenteram dgn mengingat Allah.Ingatlah,hanya mengingat Allah hati mnjadi tenteram...

Nik dan Man bersandar ke dinding bilik di penjuru katil,mencari kedudukan sesuai.Panjang Man menceritakan masalah yg dianggap membeban hidupnya.Selesai sahaja,Nik nampak termenung panjang,cuba mencari penyelesaian.Banyak persoalan agama yg ditimbulkan.Nik kebingungan.Kebanyakan persoalan agama yg ditimbulkan. Nik benar2 tidak tahu...Jika tahu sedikit,itupun dalam ragu-ragu.Nik menginsafi dlm hati..'Jahilnya ana ya Allah dalm banyak perkara ilmu-Mu..berikan ana kekuatan utk keluar dr kejahilan itu..'

"saya tak tahu.."

Tersentak Man mendengar ayat yg terpacul dr mulut Nik.

"Saya mengharap jawapan dari Nik..Nik kan terer soal ni..tolonglah Nik...saya hanya selesa berkongsi masalah ini dgn Nik ajer.." rayu Man lagi..

"Saya tak tahu.."

Jawapan sama juga yg Nik berikan.Nik merasa takut setiap kali diajukan persoalan agama sedangkan dia betul2 atau ragu2 tahu mengenai persoalan itu.Khuatir sekiranya dia akan memasukkan pendapat peribadi atau lebih berat lagi,memberi informasi yg tidak menepati.
Nik pernah tebaca dalam majalah Solusi menyatakan,berbincang hukum agama bererti sedang berbicara atas nama Allah dan rasulNya.Maka, sudah pasti pada hati perhitungan kelak Allah akan meminta pertanggungjawaban daripada setiap fatwa dan jawapan yg disampaikan.

"Kalau macam tu...tak apalah Nik..Izinkan saya pulang dulu..rehat dan tenangkan diri..maaf ganggu Nik"Man mengundur diri bersama persoalan yg dibawa.Berat pandangan Nik mengiringi langkah Man berlalu.Kala itu,fikiran Nik buntu..membelai perasaan antara kasihan kepada teman dan keinsafan diri.

"Astaghfirullahalazim..."menyedari kesilapannya, kalimah istighfar itu pantas menutur di bibirnya.
"Man...sebentar.."Nik menyeru nama sahabatnya itu yg masih hadir pada pandangan mata.Nik berlari anak mendapatkan kembali Man yg kaku di tempatnya.

"saya mintak maaf.."Nik berwajah serius mengungkapkan ayat itu sambil jemarinya mesra meramas tangan Man..tanda keikhlasan..

"Eh..tak mengapa Nik.."Man tersenyum paksa,sekadar mahu menyedapkan kegusaran hati lelaki milik Nik.

"saya salah..walaupun saya tak tahu..tidak sepatutnya saya sekadar bagitahu tak tahu..Man datang membawa harapan,dan saya telah hampakan"
Bicara Nik tenang.Lumrah...apabila kita gagal mendapatkan jawapan dari seseorang yg diharapkan.pastinya wujud kekecewaan..

Hak muslim terhadap muslim yg lain iaitu:

1)bila bertemu,tebarkanlah salam
2)bila diundang,penuhilah undanganya
3)bila diminta nasihat,berilah dia nasihat
4)bila dia bersin lalu ucap 'alhamdulillah',maka doakan dia dgn ucapan 'Yarhamkallah'
5)bila dia sakit,ziarahilah dia
6)dan bila dia meniggal dunia,iringilah jenazahnya

(hadis riwayat Imam Muslim)

"Macam ni lah..beri saya sedikit masa..Nanti InsyaAllah saya rujuk mana2 ustaz yg dekat dgn saya..tapi Man pun kena berbuat jugak la ye..tak pun nanti esok kita ke perpustakaan...cari buku agama yg berkaitan masalah man..saya memang tak tahu..tapi saya boleh membantu apa yg termampu.."Lebar Nik memberi cadangan.Man tersenyum panjang,berbunga kegembiraan.Sekurang-kurangnya,nik memberi dia sokongan,tidak membiarkan dia terus dilema sendirian dengan persoalan2 tersebut.

Sesungguhnya Man perlukan kekuatan daripada teman-teman dalam mencari jalan pulang...

sekadar perkongsia bersama...muhasabah diri balik kiranya situasi ini pernah berlaku dalam kehidupan kita..

salam cinta untuk semua..
wassalam..

sajak:cinta ibu

Dan Allah mengeluarkan kamu dr perut ibumu dlm keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberimu pendengaran,pglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur.


raut wajah itu terhimpun cerita yg terpendam
redup pandangannya merimbun cinta yg terdalam
payah sekali utk d tafsir dgn kata2
susah utk d gambarkn dgn perumpaan
sukar di cungkil dgn telahan
hanya hati itu...hati seorang ibu yg mampu merungkai persoalan...

selama kita bersatu bersamanya
bukan bebanan buat mereka
malah kita di tatang dengan sepenuh perhatian dn kesabaran
meniti hari demi hari ke saat yg d nanti
detik takdir kita lahir di sisi
antara anugerah terindah dr Ilahi..

marah itu tanda sayang
salah yg mara agar terhadang
leteran mereka bukan membunuh perasaan
itulah nasihat yg membelai kasih sayang
disiplin yg d atur tidak bermaksud kongkongan
sekadar memastikan kita ada sokongan..
cubit-cubit sedikit bukanlah penderaan
memberi sakit agar kita mendapat pengajaran..

nurani itu senang sekali tersentuh
tatkala melihat anak yg d asuh dgn cinta yg penuh
terjerat dlm kancah hidup
kita yg menerima masalah seolah ibu yg menanggung resah
kita yg kalah d uji, ibu pula yg merasa tewas mendidiki
kita yg bersedih hati ibu yg menangisi...

perasaan itu mudah benar terusik
sekejap menjauh tidak sabar sabar bertanya khabar..merisik..
sekilas rindu lantas memori memori lama terulit
bayu petang yg berpupuk itu bagai berbisik
membawa suara anak ke telinga
membuatkan wajah si anak di hadapan seakan menjelma
mghadirkan ingatan yg terdalam...tidak tertahan utk berjumpa..

"Dan Tuhanmu telah memerintahkn agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorg diantara keduanya atau keduanya sampai usia lanjut dlm pemeliharaanmu,maka jgn sesekali kamu mengatakan 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kpd keduanya perkataan yg baik"

"dan rendahkanlh dirimu terhadap keduanya dgn penuh kasih sayang dn ucapkanlah 'wahai tuhanku,sayangilah mereka sptmana mereka berdua telah mndidik aku pada waktu kecil.' "

(surah Al-Isra',17:23-24)

sajak:SUraH ciNTa


(RUJUKAN AYAT-AYAT AL-QURAN)

bacalah..dgn menyebut nama TuhanMu yg menciptakan...

hidup ini tidak selalunya indah
ada sahaja ujian Allah yg datang menjengah
jangan kalah dan tenggelam lemas
percayalah tiap musibah terkandung hikmah
barangkali kita mencintai
sedang itu bukan yg terbaik
dan sesuatu yg dibenci
mungkin ia perlu disayangi
sesungguhnya Tuhan tahu apa yg kita tak fahami..

saat merasa kehilangan cinta
kasih Tuhan yg disandar pada manusia
lihatlah wajah ini pasti berduka
ada getar hebat terpancar
ada gementar di hati terdasar
bila sahaja berzikir...Allahuakhbar...Allah maha besar..
meyakinkan tiap awal basmallah dilafaz
ada serta sifat ar-rahman dn ar-rahim yg terindah
cukuplah cinta itu mendamaikan resah...

adakala bagaikan jauh sekali
hadir rindu menitiskan airmata tangis
sedar sebenarnya Tuhan itu lebih dekat daripada urat leher
hanya kerana kelalaian dunia
fatamorgana itu di sangka air
puas berlari-lari kecil kesana ke mari
namun hampa yg diketemui
berserah kini kepada Illahi
berpegang pada wahyu yg di perantarakn kpd nabi Muhamad (saw)
pasti al-quran dan as-sunnah iu xkan menyesatkan...

pengorbanan betul2 menuntut penyerahan jiwa
bersihkan nawaitu tulus segala
berangkatlah baik merasa ringn ataupun berat
kerana itu nyata kebaikan
dan bagai pohon yg rendang berbuah
ibarat kpd mereka yg memberi dengan ikhlas
janji buat yg membantu jalan Allah
Tuhan pasti kan membalas...

andai seluruh air lautan di jdikan dakwat
dan pokok-pokok itu pena mencatat
tidak sesekali cukup menulis ilmu-Nya ya Rabb
tak terhitung tiada tamat
jika kita tidak tahu sesuatu
jangan terus buat2 tidak tahu
tapi ambillah tahu
bertanyakan kpd mereka yg tahu
bacalah..dgn menyebut nama TuhanMu yg menciptakan...

P\S:JIKA ADA KESILAPAN,MOHON NASIHAT...

sajak:seKEtiKa...

assalamualaikum wrt
semoga rahmat tuhan sentiasa memberkahi kita semua

bacalah..dgn nama Tuhanmu yg maha cinta...

hidup ini untuk seketika cuma
sekadar persinggahan yg sementara
seiring berlalunya masa
lenyaplah kita bersama-sama...

seketika engkau bukakan mata
melihat fatarmogana dunia
dan seketika ia terpejam lena
apa kau mungkin terbangkit semula
ataukan pergi untuk selama-lamanya...

seketika masih ada cinta
sebelum engkau berada di dalam kesesatan yg nyata
seketika pintu taubat tidak tertutup
sebelum sempat merayu ampun
dan maut telahpun di kerongkong
apa kau nanti di lanjut usia?
atau kan lari bersembunyi di balik tembok yg kukuh?
ketahuilah...mati akan tetap tiba
ketentuan ajal itu bila-bila masa
dan di mana sahaja...

seketika kudratmu masih kuat
sebelum sakit menidakkan sihat
seketika waktumu terluang
sebelum sempit membuang lapang
melatalah di serata dunia
mencari ilmu yg berguna
buat bekalan ke akhir sana
dan bacalah dgn nama tuhanmu yg mencipta
semoga tiap amalanmu kan di hitung pahala...

seketika kau masih punya
sebelum kau tiada apa-apa
ingatlah ada yg lebih kaya
dan Allah itu Maha segala
dari kerdipan bintang
hingga jauh ke dasar terbenam
dari kerlipan mata
hingga jauh tersudut di jiwa
Dia berkuasa atas semuanya
apa kau merasa ragu dan sangsi???
pada tegak langit tanpa tiang
pada beburung yg boleh terbang
pada hari siang bersilih malam
maka nikmat apa lagi yg cuba engkau dustakan???
seketika nanti kau kan tahu jawapan..

seketika kita masih di sini
ayuh kita sama bergandingan
menuju jalan kebenaran...

28/6/2010

karya kehidupan: ABANG ARIL...

‘TIDAK DIBENARKAN BERTEMU ISTERI DAN ANAK-ANAK: suami tertekan pernah cuba membunuh diri’…Tajuk akhbar itu menggamit ana untuk meneroka cerita selanjutnya.Mohd.Shazril (bukan nama sebenar), 28 tahun, ditinggalkan isteri tercinta bersama 2 orang anaknya,manakala seorang lagi ada bersama dia.Puas Abang Aril berikhtiar untuk bertemu dengan isteri yg masih sah dalam ikatan,namun di halang keras oleh keluarga mertua. Semua itu memberi tekanan sehingga Abang Aril mengaku pernah mencuba untuk menamatkan riwayat sendiri..ah…kenyataan itu benar2 mengusik perasaan ana. Laporan akhbar itu menyertakan nombor telefon Abang Aril, memohon sesiapa yang mampu untuk menolong.Ana yang dibayangi kebimbangan tindakan Abang Aril lantas cuba menghubunginya..Ana sekadar sms,merisik cerita..

-Salam.Abg Aril,saya arif..td ada baca kisah abg di akhbar.erm..terlalu simpati dgn musibah yg menimpa.abg macamner skarang.ok?

Ana mengharap ada balasan.Ana mahu pastikan abg aril tidak lagi mengambil tindakan di luar kawalan.Sesungguhnya abg aril memerlukan sokongan moral dan rohani dr seseorang..

-terima kash..kat hospital KL skarang,kena tahan wad..
Hospital??ana mula panic.err..sakit ker abg aril atau???

-makan ubat nyamuk,minyak gas..xde guna abg hidup lg..

Abg aril membalas..Astagfirullahal azim..benar tekaan ana td..abg aril mengambil tindakan itu lg..

-abg aril..arif merayu,jangn berbuat demikian..masih ramai lg yg menyayangi abg..dan masih ramai lg yg menagih kasih abg..mcmner dgn anak2 abg nt??

Ana cuba memancing perasaan abg aril.ana bukan seorang kaunselor,tp keinsafan dgn peristiwa sebegini memanggil ana utk memberi bimbingan..kita kan saudara sesame islam..ana mahu kita semua bertemu di syurga nanti..tidak berbau syurga bg mereka yg membunuh diri..

-k lah..jap lg dr pakar nak datang..mrk nk cek mental abg..mungkin abg ni gila kot..

Abg aril balas sms ana dan terhenti di situ.Hari seterusnya,ana cuba sms lg,cuba telefon,tp tiada respon.Namun,ana tetap menghantar mesej2 nasihat..

-abg aril..kematian sekadar pengakhir hayat di dunia…sedangkan selepas itu masih ada kehidupan yg seterusnya..itu bukan penyelesaian abg aril..

Suatu hari, ada panggilan dr abg aril..hati ana ketika itu berbunga dgn kesyukuran..terima kasih kerana akhirnya membuka ruang ini..ana mengambil kesempatan untuk berkenalan seketika sebelum lebih lanjut berbincang tentang masalah yg abg aril hadapi..

“abg tak tahu,kenapa isteri abg tiba2 sekadar mendengar cakap keluarga dia.Abang tahu,abg menantu yg x disukai..tp tolonglah…abg sayangkan isteri..abg rindukan anak2..anak abg yg bersama abg sorang ni pun rindukan ibunya…jangan pisahkan cinta kami semua..”abg aril meluahkan perasaan..ana sekadar mendengar..sedih??hermmm…

“arif..tolong sampaikan pesanan abg aril kpd kawan2 arif..ini adalah balasan tuhan kpd abg aril krn dl selalu keluar clubbing..yup…abg dl kawin seusia 18 tahun..isteri di rumah,abg pula dapat sambung belajar di university..kehidupan abg teruk sangat..abg dah nak berubah arif..”abg aril bersuara sayu,seakan mendalam benar keinsafan yg hadir..semoga abg aril betul2 kembali..

Malam itu,ana sedang menikmati keindahan malam di sungai besar kemaman..subhanallah..begitu sempurna ciptaan Allah..tenang ana melihatnya..ramai kaki pancing yg sedang menunggu habuan melekat,memenuhi hampir di setiap tebing..sambil melihat panorama itu,ana mesej Tengku tajudin dan bunyamin,sekadar mengikat silaturahim…ketika itu cuti smester dan ana bercuti di rumah kawan di terenggnu selama seminggu..ada mesej dr abg aril.ana membacanya..

-anak abg yg bersama isteri sakit..abg nak pulang ke kg mertua malam ni jugak..abg merayu arif…tolong abg…abg perlukan duit utk pulang..abg dah lama di berhentikan kerja krn tertekan dgn musibah ini…abg merayu rif..tolong..

Ah..ana ketika itu di serbu perasaan bersalah…apa yg ana harus buat.. perlukah ana percayakan abg aril bulat2??lama ana berdiam diri..panjang berfikir,cuba pertimbangkan..panggilan telefon dr abg aril berkali-kali dibiarkan sahja..

-abg aril…arif mintak maaf…jika soal wang,arif x dapt tolong..arif hanya mampu member sokongan moral ajer…arif ni pelajar,bukan bekerja…arif xde wang..arif mintak maaf..

Dan sejak peristiwa malam itu…abg aril tidak lg membalas sms dan menjawab panggilan ana..ana hanya risau apa yg sedang berlaku kpd abg aril sekarang..ada hikmahnya setiap apa ketentuan Allah…abg aril..percayalah..terima kasih kerana member runag utk kita mencipta cerita bersama…

Sahabat…doakan keluarga abg aril menyatu semula..merasa kasih sayang bersama..cinta suami kpd isteri…dan cinta anak-anak kpd ibubapa..

PeSAn AbE...

Pesan abe…

Adik-adik tak kenal abe…takper..

Tapi jangan tak kenal rasul dan Tuhan

Adik-adik tak rindukan abe…pun takper..

Tapi selalulah rindu-rindukan nabi Muhammad SAW..

Adik-adik langsung tak ingat kat abe…juga takper…

Tapi jangan sesekali lupakan Tuhan…



Pesan Abe…

Adik-adik abe nih dah nak exam

Pmr dan spm

Dah berapa percent adik-adik get ready?

Atau tunggu last minute baru nak mula study?

Dik…

Ingat harapan ummie dan daddy

Buatlah mereka rasa happy…

Firman Allah dalam surah Al-isra,

Dan rendahkanlah suaramu terhadap kedua ibubapa

Dengan penuh kasih sayang

Dan ucapkanlah…

“wahai Tuhanku!sayangilah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil”

Abe yakin…semua sayangkan mak ayah kan??

Jadi…tunjukkanlah usaha

Agar mereka tidak berasa hampa

Sekurangnya dik…kita telah berusaha…



Pesan abe…

Sembahyang 5 waktu kena buat

Jangan rongak..

Haa…cukup ke tak??

Ingat dik…

Nanti di akhirat

Solat perkara utama di hisab

Jangan biarkan setan bertepuk sorak

Tengok kita sama-sama mereka dihumban ke neraka

Apinya panas menjulang dik…

Dalam satu hadis bukhari dan muslim nabi saw bersabda..

api neraka itu panasnya 69x ganda api dunia…



pesan abe…

jangan bercouple…

apa hukumnya???

Cukuplah dulu kasih sayang dari kawan-kawan

Buat masa nih adik-adik belum bersedia lagi

Ke dah ada yang nak kahwin??

Hehehehe….

Allah dah ingatkan dalam surah Al-isra..

“jangan kamu mendekati zina,zina itu satu perbuatan keji”

Ingat dik…

Cinta monyet ke cinta cimpanzi…

Itu menghampirkan diri kepada zina..

Jangan yee…



Pesan abe…

Jangan lupa baca quran

Dah baca tak hari ini?

Atau bz mengadap FB..novel…majalah…tv???

Ambik masa adik 5 minit

Baca 3 qul pun dah jadi

Adik-adik tahu…

3 hari adik-adik tak baca quran

Hidayah Allah susah nak datang…

Tak mahir lagi baca??

Rujuklah kepada yang pandai

Abe pun boleh tolong ajar…

Ingat dik..

Orang yang baca quran merangkak-rangkak dan perlahan-lahan

Mendapat 2 pahala di sisi tuhan

1 pahala kerana membaca

1 pahala kerana berusaha!!!!



Pesan abe…

Adik-adik tak mahu dengar pesan abe…takper..

Tapi jangan pernah ingkar perintah rasul dan Tuhan…

Salam sayang dari Abe…

Kita kan kawan…

Wednesday, February 2, 2011

cerpen:RUMAH SAKIT

salam alaik...ana ilhamkan cerpen ini khas untuk menyelami hati abang ana yang masih lagi di hospital ketika ini...

semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kisah ini...

RUMAH SAKIT...

CERPEN:RUMAH SAKIT

04.00 PAGI…seawal begini terasa dingin sekali. Sejuknya mecengkam hingga ke tulang. Aku yang membonceng di belakang pun mengetap bibir dan erat memeluk tubuh sendiri yang menggigil. Kasihan pula Abang Mad. Sanggup dia meredah embun jantan yang masih galak membias semata-mata untuk mengambil aku di stesen bas. Lena tidurnya tadi tentu terganggu,tetapi tidak pula dia merungut.

“untuk adik abang…apapun abang Mad sanggup dik..” Itulah jawapan lazimnya di setiap kali aku bertanya untuk menyakat.

Kepehhh…kepehh…

Tiba-tiba,motorsikal EX5 berusia lanjut itu mati. Aku dan Abang Mad saling berpandangan sebelum masing-masing tergelak kecil. Aku turun dan membimbit beg pakaian yang sarat. Maklumlah,cuti sem yang panjang,semahunya semua barang aku nak sumbat. Abang Mad menggelek motorsikal berplat DBS 2601 itu ke tepi jalan. Lagak seorang mekanik handalan, dia cuba memulih keadaan.

“sabarlah dik…selalu berjasa ajer…kadang-kadang nak jugak motor buruk nih bergurau senda dengan kita..” seloroh Abang Mad.

“Ujian sikit untuk kita ajer tuh Abang Mad..tak baik tau cakap macam tuh..masa tenggiling nih elok-elok dulu,takdernya Abang nak puji…tapi bila dah buat hal macam nih nak pulak peril-perli..” aku sambut gurauan Abang Mad berselit nasihat. Dia menjuihkan bibir sebelum satu cubitan aku singgah di bahunya.

“eh Abang…apasal kereta kat sana tuh??ke kiri….ke kanan…laju pulak tuh..” aku menghala jari telunjuk ke arah setentang dengan kami. Jelas dapat dilihat ditengah jalan raya yang lengang nun dikejauhan sebuah kereta laju meluncur dan terhuyung-hayang.

“eh dik…cepat lari jauh-jauh ke tepi…kot-kot dilanggarnya kita nanti..” Abang Mad kelam-kabut. Aku berlari-lari anak menjauh dari situ. Abang Mad membuang tongkat motorsikal dan bersusah payah cuba mengalihnya ke tepi.Deruman enjin kereta tadi makin kuat terdengar dan makin mendekat kami..

Dekat…dan dekat…

“Abang Mad…lari bang…tinggalkan aje motor tuh…kereta tuh dah…ARGHHHHHH!!!!!!”

Segalanya dalam sekelip mata…

HOSPITAL BESAR KOTA BHARU…

“Mak…ayah…balik lah rumah dulu..adik-adik kat rumah siapa nak jaga…esok nak menoreh lagi…Abang Mad biar Erma tengok-tengok kan…apa-apa nanti Erma bagitahu lah kat Kak Zah untuk sampaikan kat Mak Ayah..lagipun esok Abang Ayie,Abang Shah dan Abang Zack kan dapat cuti untuk datang ziarah sini…” aku memujuk Ibu dan Ayah sebelum kelibat mereka menghilang.

Aku belum dibenarkan masuk untuk melihat keadaan Abang Mad di wad kecemasan. Sudahnya, Aku melangkah longlai ke bilik khas untuk para pelawat pesakit di wad kecemasan tidur dan rehat. Ruangan sudahpun melimpah. Aku cuba juga menyelit.Aku perlukan rehat untuk terus membanting semangat menghadapi semua ini.

Aku Berjaya melabuh duduk di tepi dinding bersebelahan pintu masuk. Aku pejamkan mata yang memberat dan ketika itulah pintu masuk terkuak. Seorang wanita berusia lanjut menjengah. Kesian pula aku tengok mata tua itu melilau-lilau mencari tempat kosong.

“Mak Cik nak berehat ker?”aku bertanya dan dia anggukkan kepala dengan laju berkali-kali.erm…macam anak kecil…getus fikiran nakal aku. Aku tekad untuk memberi tempat aku kepada dia yang lebih memerlukan.

“terima kasih nak…” aku lemparkan sekuntum senyuman menyambut penghargaan itu.

“panggil jer Nenek yer..Nenek nih datang dari jauh nak..Gua Musang..suami tercinta Nenek tu ah…sakit kencing manis…kritikal nak…isk…isk…kesian…kesian..” Nenek?erm…nenek itu berbicara dengan bersahaja sambil kepalanya digeleng-geleng ke kiri kanan,tercuit juga hati aku melihatnya.

“jauhnya Nek…3 jam tuh dari sini..tak mengapalah…nenek rehat dulu…esok-esok kita nyembang yer..”cadang aku,sebenarnya lebih untuk menyelamatkan diri.Bukan sengaja mengelak,tapi untuk kebaikan bersama jugak.Masing-masing penat…

“anak nih nak tidur mana??menyusahkan anak pulak..marilah tidur atas peha nenek nih…isk…kuat lagi nih nak..”aii…bergurau pulak...Tidur betul-betul karang,tak ke retak-retak tulang tuh nanti… dan aku mula tergelak kecil.

“takper nek…saya tidur kat luar…lewat-lewat malam nih takde nya orang nak lalu lalang kan..” jelas aku sebelum pergi.Sudah ada 2, 3 orang wanita separuh usia menyandar lelah di situ.Aku mengintai dari jauh ke ruangan lelaki di sebelah…belum penuh…erm…Selalunya perempuan sahaja yang sanggup berkorban dan menanti untuk orang-orang tersayang…

“ahh..lelaki kan ada tanggungjawab lain yang lebih besar untuk diuruskan..…”aku berbicara kepada diri sendiri separuh berbisik..cuba untuk bersangka baik…

5 HARI BERIKUTNYA…

“dik…” suara Abang Mad menerjah telinga aku yang sedang menelungkup muka di birai hujung katilnya.Aku gosok-gosokkan mata. Baru sahaja tidur-tidur ayam aku tadi mulai terlena.

“erm..ada apa Bang…nak air ker??” aku lantas bertanya tatkala melihat wajah naïf Abang Mad.

“Dik…sakit dik…sakit sangat…abang tak dapat tidur…”lemah suara itu terungkap. Airmata mula merembes dan menjurai perlahan menuruni pipinya. Aku pejamkan pandangan,cuba pendamkan perasaan.Aku tidak boleh menangis sama.Aku kena kuat untuk buat Abang Mad kuat…

“sabarlah bang…banyak-banyak ingatkan Allah bang…”pujuk aku dengan nada yang cuba dikawal.Kain putih yang membaluti hampir keseluruh tangan kanannya telah merona kemerah-merahan. Tangan itu hancur digilis kereta tempoh hari.

“dik…abang nak tidur dik…tolong nyanyikan abang lagu dik…”rengek Abang Mad dan aku akur. Sepanjang di wad ini,akulah penghibur nombor satunya.Kali ini aku nyanyikan lagu ‘Ubat Hati’ yang dipopularkan oleh Opick.

‘ubat hati…ada 5 perkaranya…

Yang pertama…baca quran dan maknanya

Yang kedua…solat malam dirikanlah…

Yang ketiga…berkumpullah dengan orang solleh

Yang keempat…banyakkanlah berpuasa

Yang kelima….zikir malam perbanyakkanlah

Salah satunya siapa bias menjalani

Moga-moga Allah taala merestui…’

“dik…” suara Abang Mad itu menahan aku dari terus mengalun lagu.

“abang janji dik…lepas nih abang tak nak nakal-nakal lagi dik…abang nak berubah dik…ini balasan Allah untuk abang dik…” aku biarkan Abang Mad meneruskan kata. Alhamdulillah…baguslah jika itu yang Abang Mad rasakan.Semoga musibah ini adalah hidayah untuknya.

“tapi dik…abang bakal cacat dik…tangan abang nih bakal dipotong dik…kenapa baru sekarang abang dapat merasai nikmatnya ada tangan ini dik…kenapa baru sekarang abang nak menghargai semua ini dik…tapi dah terlambat dik…” suara lemah itu sedaya upaya meluah rasa.Aku diam mencari kata.

“abang mad…sabar bang…sekurangnya abang mad bersyukurlah…Allah kurniakan abang sepasang tangan dan Dia hanya mengambil sebelah sahaja…dan anggota abang yang lain masih selamat bang…abang redha lah bang dengan takdir Allah…terima semua ini sebagai peringatan untuk kita semua…abang diuji kerana Allah sayangkan abang…” aku cuba memberi dia kekuatan…Allahuakhbar…tolong hamba-Mu yang lemah ini ya Allah…

DUA MINGGU KEMUDIAN…

“Assalamualaikum Erma…”

“waalaikumsalam warahmatullah…eh…Khadijah…kau apa khabar?”

“Alhamdulillah…aku sehat jer…abang Mad kau dah ok?”

“Abang aku masih kat wad kecemasan nih…dah lama dah kami tunggu keputusan doctor mencari masa yang sesuai untuk operate potong tangan kanan abang aku nih..erm..entahlah Khadijah.. ”

“sabarlah Erma..aku doakan yang terbaik untuk kamu semua…maaflah aku baru bertanya berita…kau pun satu,kenapa baru semalam sms bagitau…”

“aku ingat kau marahkan aku lagi…”

“isk…tak kemananya rajuk aku nih Erma oii…bila kawan ditimpa ujian macamnih,takkanlah aku nak tunjuk ego lagi…hehehe…agak-agaklah kan..”

Khadijah…sahabat baik aku.Entah apa silapnya…angkara salah faham membuat hubungan kami retak seketika.Alhamdulillah…ujian yang sedang aku alami sekarag nih menautkan kembali kemesraan kami.

“Kak Erma…” suara halus adik aku,Aisya memanggil .Aku yang melayang pandang ke luar tingkap berpaling setelah menamatkan perbualan dengan Khadijah.

“maaf Kak…Abang Mad nih nak solat…” suara Aisya terbit lagi.Kali ini aku bertemankan adik aku menjaga Abang Mad. Dia sedang bercuti sekolah seminggu.

“erm..boleh tak Aisya panggilkan Abang Zack kat bawah kejap…dia kat bilik tv..” pinta aku untuk serahkan urusan ini kepada abang sulung.

Aisya berlalu,akur.Namun,belum sempat kakinya melangkah keluar, pintu cepat-cepat kembali ditutup.Jam tangannya dilihat sekilas.

“Kak…cepat…cepat…pengawal datang…”Aisya separuh menjerit. Aku yang sedia faham segera bersembunyi dibalik kain langsir yang melabuh ke lantai. Itu bagaikan rutin kami.Waktu melawat pesakit hanyalah antara jam 2.00 pm-3.00 pm. Selepas itu,seorang sahaja dibenarkan bersama pesakit.Aku bukan sengaja mahu melanggar peraturan itu.Aku ini perempuan,perlu ditemani Aisya.Abang Zack ada urusan lain.Abang-abang yang lain pula bekerja.

Pengawal itu menjenguk ke dalam sekejap sebelum beredar. Selalu juga aku tidak sempat bersembunyi.Akibatnya,aku terpaksa menebal muka dihalau keluar.

GENAP 18 HARI …

“Kak…saya kena balik rumah mertua cuti nih…Saya dah janji dengan isteri dan mertua saya..” tegas Abang Shah ditalian. Kenyataan itu membuat Kak Zah membuak geram…

“engkau tu ketua keluarga…kau yang berhak memberi keputusan…apa,kau takut bini??aku suruh balik jaga Abang Mad kau tahu,bukan orang lain pun..2,3 hari aje..ini memang tanggungjawab kau sebagai saudara lelaki menjaga abang…bukan Erma dan Aisya nih yang dah lama berkampung kat sini..”Kak Zah sudah hilang tenang.Jika tidak,masakan dia membiasakan ‘AKU’ dengan adik-adiknya.

“awal-awal dulukan saya dah balik Kak Zah…dah jaga dia 2 hari…apa lagi nih Kak??’

Tutt…tutt…

Kak Zah menamatkan talian.Dia duduk di sofa menyebelah aku.Mulutnya terkumat-kamit melafaz istighfar.Aku mengurut lembut belakang Kak Zah.Beberapa orang yang lalu lalang mencuri pandang situasi kami.

“takpe lah Kak Zah…Abang Shah tu ada tanggungjawab dengan keluarga dia…tak susahkan Erma sikitpun jaga Abang Mad tuh…diapun memang rasi dengan Erma kan..kebetulan Erma cuti panjang…dah la…”Aku memujuk.Kak Zah memeluk aku-sayu dan terharu.

“ArgHHH…ArgHHhh…sakiiiit…sakittt!!!aku bertobat ya Allah…aku bertobat…”

Raungan kuat itu melerai pelukan kami.Wajah Kak Zah Nampak panik.

“hujung sana tuh wad pesakit kencing manis kak..Erma dah lali dah dengar raungan mereka..nak nak tengah malam…menangis…meraung…kesian kak..” aku jelaskan kepada Kak Zah seraya sama-sama menuju ke wad itu. Kami menjengah dari luar melalui cermin tingkap yang berbalam.

Allahuakhbar…

Kebanyakan pesakitnya sudah kudung kaki…ada yang sebelah…ada yang kedua-dua belah…kaki yang baru dipotong,berbalut dan masih terletak disebelah mereka.Apalah agaknya perasaan yang sedang mereka hadapi sekarang nih…

“itulah Kak Zah yang Erma selalu nasihatkan Abang Mad…dia baru sikit diuji…ada lagi orang lain yang teruk…syukur kepada Allah kerana kita masih lagi sehat…”

“Erma…Zah…” Nenek tiba-tiba keluar dari dalam memeranjatkan kami. Agaknya baru melawat suaminya.

“nenek ada beli banyak makanan nih…jom kita ke kantin…makan banyak-banyak..” bicara Nenek dengan nada gembira sambil beg-beg plastik yang penuh di tangannya diangkat dan digoyang-goyang..Begitulah Nenek,tak habis-habis dengan sikap lucunya.Dia banyak menghibur aku sepanjang sama-sama berkampung di hospital ini.

“UIk…sedap nih nasi kerabu…erma dan zah kena makan banyak-banyak…nanti dah sakit macam Atok kau tuh…bagi apa pun tumpul selera…” ngomel Nenek lagi ketika kami beriringan ke kantin.

“Zah bimbang nenek pulak sakit…nanti siapa nak jaga suami Nenek tu pulak??”nasihat Kak Zah.

“nenek dah tua Zah…sakit tuh tetap akan datang jugak…dan mati tuh dah dekat sangat ngan nenek…biar nenek habiskan sisa-sisa hidup ini dengan happyyyy…” kata-kata nenek itu membuat Kak Zah terdiam.Aku menyenggol bahu Kak Zah dan tertawa kecil.

“erma…nanti malam bacakan Yassin untuk Atok tu yer…”mintak Nenek.

“Eh..nek…suami tercinta nek tuh belom ada tanda-tanda nazak lagi nek…nak bacakan yassin kenapa?” Kak Zah meluahkan rasa janggalnya.

“Kak Zah…tak semestinya Yassin tuh di baca untuk orang nak mati ajer..masa sehat nih pun elok juga..tanda kita ingat dan mengharap pada Allah dalam kita susah mahupun senang…nanti dalam keadaan apa sekalipun,insyaAllah mudah Allah nak menolong kita..”lebar aku perincikan kepada Kak Zah.

“oo..begitu…maaflah…terikat sangat dengan adat…hehehe…macamtuh,nanti kita bacakan yassin untuk abang Mad skali…”Kak zah mencadang dan kami bersetuju sahaja.

“betol..betol…betol…lagipun Atok kau tuh beria sangat nak dengar bacaan quran..semoga nanti dia tenang dan sakitnya dapat ditahan…agaknya tanda-tanda nak mati kot…”nenek menambah dengan berbisik ketelinga aku di akhir katanya.Aku Cuma terdiam.Tidak merasakan itu satu gurauan yang perlu untuk diketawakan.Aku maklum sikap nenek.Apapun,dia memang sayangkan atuk.Jika tidak…mana mungkin hampir sebulan dia mampu berada di sini,susah payah menjaga suaminya itu dengan kudrat yang sudah tua..

alahai nenek…

HARI-HARI BERLALU…

“ABANG ZACK…macam mana perbicaraan kes Abang Mad tuh?” aku menyoal abang sulung aku yang terlalu sibuk dimandatkan dengan urusan kewangan dan perbicaraan mahkamah sepanjang ujian ini. Aku menemani Abang Zack makan petang ketika itu di warung yang berhampiran hospital.Kami tak mampu untuk berbelanja di kantin hospital dengan harganya yang melambung tinggi.bayangkan…4 biji kuih harganya RM2…biasanya baru RM1..

“erm…susah dik…abang Mad kau tuh tak berlesen.Motorsikal cabuk tuh pun takde apa-apa…roadtax pun mati..cumanya duit biaya bedah dan makan kita kat sini boleh lah claim dengan lawyer…” jelas Abang Zack sedikit hampa.

“Alhamdulillah bang…bersyukurlah dulu setakat mana rezeki yang kita ada…kita boleh berusaha lagi…Erma yakin…kita akan menang juga…anugerah sebelah tangan dari Allah itu tak ternilai bang…tak ada mana-mana mahkhamah yang dapat menebusnya untuk digantikan kepada Abang Mad…”aku seperti biasa..menjadi penenang keadaan.

“entahlah dik…geram abang dengan pemandu kereta yang mabuk hari tuh…dia pulak lebih-lebih nak pergi report polis dan saman kita…lagi susahkan kita pulak..dah lah haram nak datang ziarah Abang Mad nih…isk…” Abang Zack meleas geram.Aku sekadar mengulum senyum pahit.

Teringat pula aku pada motorsikal yang banyak berjasa kepada kami.Susah payah kami kumpulkan duit untuk membelinya dari kedai second hand.Buruk pun tak mengapa,sekadar menjadi pengangkutan kami di rumah.Lesen?nak beli motorsikal tu pun bergolak gadai…lessen bukan perkara utama bagi kami.Ada lessen ke atau tak ada…risiko kemalangan tetap ada…cumanya…bila berlaku hal begini…itulah menjadi masalah utama…

Dan kini…motorsikal itu sekadar tinggal kenangan…

SETELAH SEBULAN DI RUMAH SAKIT…

“Alhamdulillah…kejap lagi kami pulang yer Ayah…Assalamualaikum..” Aku mengakhiri perbualan dengan ayah yang tidak sabar menunggu kepulangan Abang Mad yang telah dibenarkan keluar. Sepanjang Abang Mad di sini,baru beberapa kali Ayah dan Mak sempat datang menjenguk.Hospital terletak sejam dari rumah.Mereka tidak boleh kerap,adik-adik dirumah nanti tak terpantau.

Aku terdengar derapan kaki laju kea rah wad pesakit kencing manis. Selang beberapa minit kemudian,Nenek dan beberapa orang petugas hospital kelihatan meluncur perlahan sebuah katil bertroli keluar dari bilik itu.Pertama kali aku melihat nenek menangis.Aku terpancing simpati tapi nenek sedikitpun tidak berpaling…dan aku benar-benar mengerti situasi sebegini…

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun…

Aku dan Abang Mad selamat sampai di rumah.Kak Zah dan suaminya tadi yang menjemput.kami di sambut ahli keluarga yang sedang berkumpul semuanya..

Mak,Ayah,Adik-adik,Abang Ayie,Abang Zack..Abang Shah dan isterinya pun ada…

“Maaf bang..Shah tak dapat jaga abang masa kat hospital…” Bicara Abang Shah ketika sedang menyalami tangan Abang Mad.

“tak mengapa…abang faham…tapi nanti…kena giliran kau pulak…tahulah apa aku nak buat..hahaha”abang Mad ketawa mengenakan Abang Shah.Abang Shah sekadar tersenyum simpul.

“dik..rumah sakit tuh…memang banyak mengajar kita untuk menghargai nikmat sebuah kehidupan…”bisik Abg Mad ketelinga aku..aku hanya mampu tersenyum…

Alahamdulillah…segalanya selamat…

Tuesday, February 1, 2011

cerpen islami:AKU AKAN MATI...

"maafkan saya untuk memberitahu.Penyakit adik nih sudah ditahap kritikal dan harapan untuk sembuh terlalu tipis....melainkan dengan sebuah keajaiban kuasa Allah...Pihak hospital menjangkakan hayat adik tak lama...mungkin cuma mampu bertahan untuk sebulan sahaja lagi...namun urusan ajal maut terserah kepada Tuhan..cumanya...adik tabahlah menghadapi sisa-sisa hidup yang masih ada..."

Solleh membukakan mata,bangkit dari mati kecilnya yang cukup lena.Rasa malas membeban perasaan. Dia gagahi jua untuk tersenyum dan melafazkan doa..

"Alhamdulillahillazi ahyana ba'damaa amaatanaa wailaihi nusyur...segala puji bagi Mu ya Allah yg menghidupkan sesudah mati...dan kepada Mu tempat kembali"

...Alhamdulllah...hidup lagi aku...desis hati kecil Solleh.Benar,kata-kata doktor tempoh hari membuatkan solleh lebih mensyukuri nikmat hidupnya.Bikan bermaksud dia takut unutk mati...namun zuhudnya tetap tidak mengenepikan dunia..

0430 pagi..
di sepertiga malam yang masih bersisa itu,ingin sekali Solleh mengabdikan diri hanya dengan si kekasih...cinta abadi.Itu bukanlah rutin baru Solleh rentetan ramalan hayatnya mungkin tak lama...Itu sudah kelaziman Solleh sejak dari dulu.Biar selama hayatnya,dia berbuat kebaikan dan semoga nanti matinya juga dalam kebaikan.

Panjang bicara Solleh kepada Tuhannya seiring sedu tangis lembut...bukan airmata meratap takdir penyakitnya...tetapi menginsafi dosa-dosa yang melangit dan menyesali betapa hidupnya diwaktu lapang dahulu tidak terisi dengan banyaknya perkara-perkara kebajikan...

0645 pagi..
"ustaz...mati tuh sakit sangat ker?" Solleh bertanya Imam Isa usai solat subuh berjemaah.Ahh...soalan yang dia sudah tahu jawapan...Soalan yang bisa menggegar jiwa-jiwa bila membayangkan...siapa tidak gerun bila dipersoal tentang saat-saat kematian??Sedangkan junjungan besar Muhamad saw pun terasa sakit...inikan kita insan yg penuh dosa??Bukan Solleh tidak biasa dengar...sakitnya seperti seekor burung digoreng hidup dalam kuali...sepertinya ditusuk pedang-pedang tajam...sepertinya duri-duri yang ditarik dari dalam daging...ahh...

"Solleh takot mati??"Imam isa memulangkan soal kepada Solleh.Dia faham benar apa yang sedang bermain difikir anak muda 20-an dihadapannya ini..Ikutkan jangkaan doktor,ini sudah melebihi...sudah hampir 2 bulan...semangat Solleh masih kuat melawan sakit..

"erm...takot...tapi Solleh tahu...takot tuh ujian dari Allah ajer.Jadi Solleh cuba tak takot..Bukan ke dengan mati sahaja kita dapat berjumpa dengan Allah.."Solleh memberi jawapan lebih kepada memujuk hati sendiri.

-dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikti ketakutan,kelaparan,kekurangan harta benda,jiwa dan buah-buahan.dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar...surah albaqarah,2:155

"Solleh...dalam keadaan apa sekalipon...bersangka baiklah kepada Allah.."Hanya ungkapan ringkas itu yang mampu Imam Isa sematkan.Pendek...tapi padat dengan makna yg mendalam...Solleh mengangguk tanda faham...erm...semoga akhir hayatnya juga dalam bersangka baik kepada Allah...Iman manusia nih sekelip mata sahaja boleh berubah...boleh jadi hayat mereka bergelumang dosa...tapi dipenghujungnya baru mendapat hidayah dari yg Esa...dan kadangkala sebaliknya terjadi pula...

0915 pagi
Solleh mengenakan jubah putih.Haruman kasturi disapu di leher dan pergelangan tangan.Biar nadi yang berdenyut menyebar wangian itu ke merata.Senaskah al-quran mini diselit ke poket.

"Ayah...solleh nak ke kubur dulu.."minta Solleh kepada ayah,memohon restu.

"aii...bukan baru 2 hari kelmarin dah ziarah??"lelaki separuh usia itu mengerut dahi...hairan..biasanya seminggu sekali sahaja anak teruna itu ke tanah kuburan.

"entah lah ayah...hari nih solleh rasa terpanggil ke sana.." jawab solleh tenang dan bersahaja sambil melemparkan senyum sekilas kepada ayahnya.Sandalnya sudah tersarung.Ayahnya pula beralih berlabuh duduk di tangga.

"bawa-bawa lah berehat nak...Solleh tu sakit.."Nasihat si ayah dengan kasih yang mendalam.

"tak sakit pun...Solleh akan mati jugak ayah.."jawapan Solleh dengan wajah yang mulai mendung membuat si ayah rasa bersalah.Sebolehnya dia tidak mahu berbicara tentang sakit atau mati dalam keadaan solleh sekarang.Sudahnya...dia mengalah.Tangan sejuk Solleh menyalami dan mata si ayah sekadar mengekori hingga kelibat Solleh menghilang dari pandangan...

1115 pagi...
solleh ralit memerhatikan sekumpulan anak-anak kecil bermandi manda di sungai.ketengan kala itu begitu mengusik hatinya...lantas dia mengimbau waktu demi waktunya dari kecil hingga ke saat ini..ahh...cepat benar masa berlalu...pejam celik...pejam celik...hari ini...Solleh sudah berada di sini...dan sekejap lagi...mati itu pasti!!!!

1145 pagi
"Assalamualaikum bang Ismail..."

"waalaikumusalam...eh...Imam Isa...bilal...naik la dulu ke rumah.."

"tak mengapalah bang Mail...kami datang ni nak menyampaikan satu perkhabaran...cumanya..kami mintak kamu banyaklah bertenang terlebih dahulu..."

"khabar apa tuh Imam...??baik ke buruk??"

"insyaAllah...baik hendaknya Bang Mail..begini....barang yang kamu pinjam dulu tuh telah diambil balik oleh tuannya..."

"apa maksud Imam nih???...bilal???"

"Solleh...anak kamu...sudah kembali kepada kekasihnya Bang Ismail...dia lemas tadi di sungai semasa cuba selamatkan seorang kanal-kanak.."

"inna lillah wa inna ilaihi rajiun....Allahu akhbar..."


aku tak tahu...
waktunya mautku menjemput
tapi yang pasti
aku akan mati...

aku tak takut...
sedekat manapun menghampir
ajalku nanti
kembali kepada kekasih abadi...

aku tak layak..
menuju ke syurga-Mu
namun ku yakini
disana kita kan bertemu...

aku akan mati
dibalik tembok tinggipun bersembunyi
aku akan mati
tiba saat nafas yg terakhir
aku akan mati
telah tersurat pada takdir
aku akan mati
bilanya tersirat di langit

aku akan mati
sejauh mana pun aku berlari
aku akan mati
sakitnya bakal ku rasai
aku akan mati
berserah sahaja kini
aku akan mati
pergi meninggalkan duniawi

aku tak tahu
detiknya terahsia
tapi aku pasti
aku akan mati...

bukankah orang yg paling cerdik itu adalah org yg selalu ingatkan mati...dan bersiap sedia utk menghadapi??