AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Tuesday, February 15, 2011

cerpen situasi:fiqh puasa sunat.

Ahmad baru sahaja usai solat berjemaah. Semoga 27 kali ganda pahala tertulis di kitab illiyin untuknya. Dia menuju pula ke rumah Ustaz Rabbani yang terletak di sebelah kanan masjid itu. Khabarnya ustaz yang menjadi guru agamanya itu sedang sakit ditimpa musibah. Menjadi tuntutan untuk Ahmad pergi menziarah.

Hak muslim terhadap muslim yg lain iaitu:

1)bila bertemu,tebarkanlah salam
2)bila diundang,penuhilah undanganya
3)bila diminta nasihat,berilah dia nasihat
4)bila dia bersin lalu ucap 'alhamdulillah',maka doakan dia dgn ucapan 'Yarhamkallah'
5)bila dia sakit,ziarahilah dia
6)dan bila dia meniggal dunia,iringilah jenazahnya

(hadis riwayat Imam Muslim)

“silalah minum Mad...makan kuih tuh sekali..”Ustaz Rabbani mempelawa. Zaujahnya yang siap menghidang melayangkan sebuah senyuman sebelum beredar semula ke dapur.

Ahmad menelan kelat liurnya.Ah...sudah...

‘aku sedang berpuasa sunat hari khamis..lagi 2 jam nak masuk waktu berbuka..err.." Ahmad keliru.Rezeki dihadapan ini adakah rahmat atau untuk menguji?? Sewajarnya keputusan yang mana lebih afdhal dan aula’ ?? Menerima sebulatnya pelawaan itu atau berterus terang dan...makan...

Ahmad lemas dalam situasi.

‘ahh..tuan rumah dah pun menyediakan...tak elok pula aku rasa untuk menidakkan...erm..aku Cuma berpuasa sunat jer..’ dan akhirnya, Ahmad menjamah juga. Rasa payah tapi dia cuba berlapang.

“laa...kenapa anta tak berterus terang ajer...” pendapat seorang kawan bila Ahmad bertanya.

“eh...betol ker tindakan anta tuh??” bertanya seorang kawan bila Ahmad menceritakan..er...entah..dan Ahmad mencari jawapan...

Diriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya:

“saya buatkan makanan buat Rasulullah saw.Baginda datang pada saya bersama sahabat-sahabatnya. Tatkala makanan telah dihidangkan,berkatalah salah seorang dari rombongan :saya sedang berpuasa..”

Maka bersabdalah Rasulullah saw:

“saudaramu telah mengundangmu makan dan dan berpayah-payah untuk menjamumu..”

Lalu sabda Baginda lagi:

“berbukalah,berpuasalah nanti suatu hari sebagai ganti,jika kau kehendaki”
(diriwayatkan oleh Baihaqi dengan isnad yang hasan,sebagai dikatakan oleh hafizh)

Situasi ini bukanlah pertama kali buat Ahmad yang lazim amalkan puasa sunat isnin dan Khamis. Selalunya,ada sahaja sahabat yang mengajak makan bersama sedangka dia berpuasa sunat. Tidak boleh dipersalahkan mereka yang tidak tahu dan maklum kita berpuasa atau tidak.

“erm...maaflah...saya puasa sunat hari nih.” Kadang-kadang jawapan ini diberi. InsyaAllah,kawan-kawan akan memahami.Namun ralat juga rasa. Sahabat kita mengharap kita temankan makan bersama...

“erm..boleh jugak...jom..” Kadang-kadang jawapan ini pula yang diberi.Tidak mahu kecewakn harapan seorang sahabat.Kesian pula nanti dia makan sorang-sorang.Nabi Muhamad SAW sekurangnya makan berduaan.

Sekali lagi...puasa sunat sahaja...jika tak dapat berpuasa,banyak lagi perkara sunat lain yang boleh jadi ganti. Sebenarnya terpulang kepada diri kita sendiri berdasar hadis ini;

Diriwayatkan dari Ummu’ Hani r.a. katanya:

“Rasulullah saw masuk ke rumah ku pada hari penaklukan,maka disajikan minuman,kemudian diberikan pula kepada aku,maka jawabku ‘saya berpuasa’. ”

Sabda Nabi:

“orang yang berpuasa sunat itu menjadi raja atas dirinya,.Jika kau suka,berpuasalah,dan jika tidak,maka berbukalah.”
(riwayat Ahmad, Daruquthni dab Baihaqi)

Kesimpulannya, islam itu syumul dan bukanlah satu agama yang rumit dan menyusahkan penganutnya. Tidak ada lasan untuk berbuat kebaikan.Ayuh...kita berpuasa sunat..
Apa yang baik itu datang dari Allah...dan yang buruk itu disandarkan ke atas diri ana sendiri.Jika ada penambahan atau teguran,silakanlah.Wallahuaklam..

Sumber:FIKIH SUNNAH 3 oleh SAYYID SABIQ.
Karya asli oleh ARIFF ISLAM.(ariffislam.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment