AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Wednesday, February 2, 2011

cerpen:RUMAH SAKIT

salam alaik...ana ilhamkan cerpen ini khas untuk menyelami hati abang ana yang masih lagi di hospital ketika ini...

semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari kisah ini...

RUMAH SAKIT...

CERPEN:RUMAH SAKIT

04.00 PAGI…seawal begini terasa dingin sekali. Sejuknya mecengkam hingga ke tulang. Aku yang membonceng di belakang pun mengetap bibir dan erat memeluk tubuh sendiri yang menggigil. Kasihan pula Abang Mad. Sanggup dia meredah embun jantan yang masih galak membias semata-mata untuk mengambil aku di stesen bas. Lena tidurnya tadi tentu terganggu,tetapi tidak pula dia merungut.

“untuk adik abang…apapun abang Mad sanggup dik..” Itulah jawapan lazimnya di setiap kali aku bertanya untuk menyakat.

Kepehhh…kepehh…

Tiba-tiba,motorsikal EX5 berusia lanjut itu mati. Aku dan Abang Mad saling berpandangan sebelum masing-masing tergelak kecil. Aku turun dan membimbit beg pakaian yang sarat. Maklumlah,cuti sem yang panjang,semahunya semua barang aku nak sumbat. Abang Mad menggelek motorsikal berplat DBS 2601 itu ke tepi jalan. Lagak seorang mekanik handalan, dia cuba memulih keadaan.

“sabarlah dik…selalu berjasa ajer…kadang-kadang nak jugak motor buruk nih bergurau senda dengan kita..” seloroh Abang Mad.

“Ujian sikit untuk kita ajer tuh Abang Mad..tak baik tau cakap macam tuh..masa tenggiling nih elok-elok dulu,takdernya Abang nak puji…tapi bila dah buat hal macam nih nak pulak peril-perli..” aku sambut gurauan Abang Mad berselit nasihat. Dia menjuihkan bibir sebelum satu cubitan aku singgah di bahunya.

“eh Abang…apasal kereta kat sana tuh??ke kiri….ke kanan…laju pulak tuh..” aku menghala jari telunjuk ke arah setentang dengan kami. Jelas dapat dilihat ditengah jalan raya yang lengang nun dikejauhan sebuah kereta laju meluncur dan terhuyung-hayang.

“eh dik…cepat lari jauh-jauh ke tepi…kot-kot dilanggarnya kita nanti..” Abang Mad kelam-kabut. Aku berlari-lari anak menjauh dari situ. Abang Mad membuang tongkat motorsikal dan bersusah payah cuba mengalihnya ke tepi.Deruman enjin kereta tadi makin kuat terdengar dan makin mendekat kami..

Dekat…dan dekat…

“Abang Mad…lari bang…tinggalkan aje motor tuh…kereta tuh dah…ARGHHHHHH!!!!!!”

Segalanya dalam sekelip mata…

HOSPITAL BESAR KOTA BHARU…

“Mak…ayah…balik lah rumah dulu..adik-adik kat rumah siapa nak jaga…esok nak menoreh lagi…Abang Mad biar Erma tengok-tengok kan…apa-apa nanti Erma bagitahu lah kat Kak Zah untuk sampaikan kat Mak Ayah..lagipun esok Abang Ayie,Abang Shah dan Abang Zack kan dapat cuti untuk datang ziarah sini…” aku memujuk Ibu dan Ayah sebelum kelibat mereka menghilang.

Aku belum dibenarkan masuk untuk melihat keadaan Abang Mad di wad kecemasan. Sudahnya, Aku melangkah longlai ke bilik khas untuk para pelawat pesakit di wad kecemasan tidur dan rehat. Ruangan sudahpun melimpah. Aku cuba juga menyelit.Aku perlukan rehat untuk terus membanting semangat menghadapi semua ini.

Aku Berjaya melabuh duduk di tepi dinding bersebelahan pintu masuk. Aku pejamkan mata yang memberat dan ketika itulah pintu masuk terkuak. Seorang wanita berusia lanjut menjengah. Kesian pula aku tengok mata tua itu melilau-lilau mencari tempat kosong.

“Mak Cik nak berehat ker?”aku bertanya dan dia anggukkan kepala dengan laju berkali-kali.erm…macam anak kecil…getus fikiran nakal aku. Aku tekad untuk memberi tempat aku kepada dia yang lebih memerlukan.

“terima kasih nak…” aku lemparkan sekuntum senyuman menyambut penghargaan itu.

“panggil jer Nenek yer..Nenek nih datang dari jauh nak..Gua Musang..suami tercinta Nenek tu ah…sakit kencing manis…kritikal nak…isk…isk…kesian…kesian..” Nenek?erm…nenek itu berbicara dengan bersahaja sambil kepalanya digeleng-geleng ke kiri kanan,tercuit juga hati aku melihatnya.

“jauhnya Nek…3 jam tuh dari sini..tak mengapalah…nenek rehat dulu…esok-esok kita nyembang yer..”cadang aku,sebenarnya lebih untuk menyelamatkan diri.Bukan sengaja mengelak,tapi untuk kebaikan bersama jugak.Masing-masing penat…

“anak nih nak tidur mana??menyusahkan anak pulak..marilah tidur atas peha nenek nih…isk…kuat lagi nih nak..”aii…bergurau pulak...Tidur betul-betul karang,tak ke retak-retak tulang tuh nanti… dan aku mula tergelak kecil.

“takper nek…saya tidur kat luar…lewat-lewat malam nih takde nya orang nak lalu lalang kan..” jelas aku sebelum pergi.Sudah ada 2, 3 orang wanita separuh usia menyandar lelah di situ.Aku mengintai dari jauh ke ruangan lelaki di sebelah…belum penuh…erm…Selalunya perempuan sahaja yang sanggup berkorban dan menanti untuk orang-orang tersayang…

“ahh..lelaki kan ada tanggungjawab lain yang lebih besar untuk diuruskan..…”aku berbicara kepada diri sendiri separuh berbisik..cuba untuk bersangka baik…

5 HARI BERIKUTNYA…

“dik…” suara Abang Mad menerjah telinga aku yang sedang menelungkup muka di birai hujung katilnya.Aku gosok-gosokkan mata. Baru sahaja tidur-tidur ayam aku tadi mulai terlena.

“erm..ada apa Bang…nak air ker??” aku lantas bertanya tatkala melihat wajah naïf Abang Mad.

“Dik…sakit dik…sakit sangat…abang tak dapat tidur…”lemah suara itu terungkap. Airmata mula merembes dan menjurai perlahan menuruni pipinya. Aku pejamkan pandangan,cuba pendamkan perasaan.Aku tidak boleh menangis sama.Aku kena kuat untuk buat Abang Mad kuat…

“sabarlah bang…banyak-banyak ingatkan Allah bang…”pujuk aku dengan nada yang cuba dikawal.Kain putih yang membaluti hampir keseluruh tangan kanannya telah merona kemerah-merahan. Tangan itu hancur digilis kereta tempoh hari.

“dik…abang nak tidur dik…tolong nyanyikan abang lagu dik…”rengek Abang Mad dan aku akur. Sepanjang di wad ini,akulah penghibur nombor satunya.Kali ini aku nyanyikan lagu ‘Ubat Hati’ yang dipopularkan oleh Opick.

‘ubat hati…ada 5 perkaranya…

Yang pertama…baca quran dan maknanya

Yang kedua…solat malam dirikanlah…

Yang ketiga…berkumpullah dengan orang solleh

Yang keempat…banyakkanlah berpuasa

Yang kelima….zikir malam perbanyakkanlah

Salah satunya siapa bias menjalani

Moga-moga Allah taala merestui…’

“dik…” suara Abang Mad itu menahan aku dari terus mengalun lagu.

“abang janji dik…lepas nih abang tak nak nakal-nakal lagi dik…abang nak berubah dik…ini balasan Allah untuk abang dik…” aku biarkan Abang Mad meneruskan kata. Alhamdulillah…baguslah jika itu yang Abang Mad rasakan.Semoga musibah ini adalah hidayah untuknya.

“tapi dik…abang bakal cacat dik…tangan abang nih bakal dipotong dik…kenapa baru sekarang abang dapat merasai nikmatnya ada tangan ini dik…kenapa baru sekarang abang nak menghargai semua ini dik…tapi dah terlambat dik…” suara lemah itu sedaya upaya meluah rasa.Aku diam mencari kata.

“abang mad…sabar bang…sekurangnya abang mad bersyukurlah…Allah kurniakan abang sepasang tangan dan Dia hanya mengambil sebelah sahaja…dan anggota abang yang lain masih selamat bang…abang redha lah bang dengan takdir Allah…terima semua ini sebagai peringatan untuk kita semua…abang diuji kerana Allah sayangkan abang…” aku cuba memberi dia kekuatan…Allahuakhbar…tolong hamba-Mu yang lemah ini ya Allah…

DUA MINGGU KEMUDIAN…

“Assalamualaikum Erma…”

“waalaikumsalam warahmatullah…eh…Khadijah…kau apa khabar?”

“Alhamdulillah…aku sehat jer…abang Mad kau dah ok?”

“Abang aku masih kat wad kecemasan nih…dah lama dah kami tunggu keputusan doctor mencari masa yang sesuai untuk operate potong tangan kanan abang aku nih..erm..entahlah Khadijah.. ”

“sabarlah Erma..aku doakan yang terbaik untuk kamu semua…maaflah aku baru bertanya berita…kau pun satu,kenapa baru semalam sms bagitau…”

“aku ingat kau marahkan aku lagi…”

“isk…tak kemananya rajuk aku nih Erma oii…bila kawan ditimpa ujian macamnih,takkanlah aku nak tunjuk ego lagi…hehehe…agak-agaklah kan..”

Khadijah…sahabat baik aku.Entah apa silapnya…angkara salah faham membuat hubungan kami retak seketika.Alhamdulillah…ujian yang sedang aku alami sekarag nih menautkan kembali kemesraan kami.

“Kak Erma…” suara halus adik aku,Aisya memanggil .Aku yang melayang pandang ke luar tingkap berpaling setelah menamatkan perbualan dengan Khadijah.

“maaf Kak…Abang Mad nih nak solat…” suara Aisya terbit lagi.Kali ini aku bertemankan adik aku menjaga Abang Mad. Dia sedang bercuti sekolah seminggu.

“erm..boleh tak Aisya panggilkan Abang Zack kat bawah kejap…dia kat bilik tv..” pinta aku untuk serahkan urusan ini kepada abang sulung.

Aisya berlalu,akur.Namun,belum sempat kakinya melangkah keluar, pintu cepat-cepat kembali ditutup.Jam tangannya dilihat sekilas.

“Kak…cepat…cepat…pengawal datang…”Aisya separuh menjerit. Aku yang sedia faham segera bersembunyi dibalik kain langsir yang melabuh ke lantai. Itu bagaikan rutin kami.Waktu melawat pesakit hanyalah antara jam 2.00 pm-3.00 pm. Selepas itu,seorang sahaja dibenarkan bersama pesakit.Aku bukan sengaja mahu melanggar peraturan itu.Aku ini perempuan,perlu ditemani Aisya.Abang Zack ada urusan lain.Abang-abang yang lain pula bekerja.

Pengawal itu menjenguk ke dalam sekejap sebelum beredar. Selalu juga aku tidak sempat bersembunyi.Akibatnya,aku terpaksa menebal muka dihalau keluar.

GENAP 18 HARI …

“Kak…saya kena balik rumah mertua cuti nih…Saya dah janji dengan isteri dan mertua saya..” tegas Abang Shah ditalian. Kenyataan itu membuat Kak Zah membuak geram…

“engkau tu ketua keluarga…kau yang berhak memberi keputusan…apa,kau takut bini??aku suruh balik jaga Abang Mad kau tahu,bukan orang lain pun..2,3 hari aje..ini memang tanggungjawab kau sebagai saudara lelaki menjaga abang…bukan Erma dan Aisya nih yang dah lama berkampung kat sini..”Kak Zah sudah hilang tenang.Jika tidak,masakan dia membiasakan ‘AKU’ dengan adik-adiknya.

“awal-awal dulukan saya dah balik Kak Zah…dah jaga dia 2 hari…apa lagi nih Kak??’

Tutt…tutt…

Kak Zah menamatkan talian.Dia duduk di sofa menyebelah aku.Mulutnya terkumat-kamit melafaz istighfar.Aku mengurut lembut belakang Kak Zah.Beberapa orang yang lalu lalang mencuri pandang situasi kami.

“takpe lah Kak Zah…Abang Shah tu ada tanggungjawab dengan keluarga dia…tak susahkan Erma sikitpun jaga Abang Mad tuh…diapun memang rasi dengan Erma kan..kebetulan Erma cuti panjang…dah la…”Aku memujuk.Kak Zah memeluk aku-sayu dan terharu.

“ArgHHH…ArgHHhh…sakiiiit…sakittt!!!aku bertobat ya Allah…aku bertobat…”

Raungan kuat itu melerai pelukan kami.Wajah Kak Zah Nampak panik.

“hujung sana tuh wad pesakit kencing manis kak..Erma dah lali dah dengar raungan mereka..nak nak tengah malam…menangis…meraung…kesian kak..” aku jelaskan kepada Kak Zah seraya sama-sama menuju ke wad itu. Kami menjengah dari luar melalui cermin tingkap yang berbalam.

Allahuakhbar…

Kebanyakan pesakitnya sudah kudung kaki…ada yang sebelah…ada yang kedua-dua belah…kaki yang baru dipotong,berbalut dan masih terletak disebelah mereka.Apalah agaknya perasaan yang sedang mereka hadapi sekarang nih…

“itulah Kak Zah yang Erma selalu nasihatkan Abang Mad…dia baru sikit diuji…ada lagi orang lain yang teruk…syukur kepada Allah kerana kita masih lagi sehat…”

“Erma…Zah…” Nenek tiba-tiba keluar dari dalam memeranjatkan kami. Agaknya baru melawat suaminya.

“nenek ada beli banyak makanan nih…jom kita ke kantin…makan banyak-banyak..” bicara Nenek dengan nada gembira sambil beg-beg plastik yang penuh di tangannya diangkat dan digoyang-goyang..Begitulah Nenek,tak habis-habis dengan sikap lucunya.Dia banyak menghibur aku sepanjang sama-sama berkampung di hospital ini.

“UIk…sedap nih nasi kerabu…erma dan zah kena makan banyak-banyak…nanti dah sakit macam Atok kau tuh…bagi apa pun tumpul selera…” ngomel Nenek lagi ketika kami beriringan ke kantin.

“Zah bimbang nenek pulak sakit…nanti siapa nak jaga suami Nenek tu pulak??”nasihat Kak Zah.

“nenek dah tua Zah…sakit tuh tetap akan datang jugak…dan mati tuh dah dekat sangat ngan nenek…biar nenek habiskan sisa-sisa hidup ini dengan happyyyy…” kata-kata nenek itu membuat Kak Zah terdiam.Aku menyenggol bahu Kak Zah dan tertawa kecil.

“erma…nanti malam bacakan Yassin untuk Atok tu yer…”mintak Nenek.

“Eh..nek…suami tercinta nek tuh belom ada tanda-tanda nazak lagi nek…nak bacakan yassin kenapa?” Kak Zah meluahkan rasa janggalnya.

“Kak Zah…tak semestinya Yassin tuh di baca untuk orang nak mati ajer..masa sehat nih pun elok juga..tanda kita ingat dan mengharap pada Allah dalam kita susah mahupun senang…nanti dalam keadaan apa sekalipun,insyaAllah mudah Allah nak menolong kita..”lebar aku perincikan kepada Kak Zah.

“oo..begitu…maaflah…terikat sangat dengan adat…hehehe…macamtuh,nanti kita bacakan yassin untuk abang Mad skali…”Kak zah mencadang dan kami bersetuju sahaja.

“betol..betol…betol…lagipun Atok kau tuh beria sangat nak dengar bacaan quran..semoga nanti dia tenang dan sakitnya dapat ditahan…agaknya tanda-tanda nak mati kot…”nenek menambah dengan berbisik ketelinga aku di akhir katanya.Aku Cuma terdiam.Tidak merasakan itu satu gurauan yang perlu untuk diketawakan.Aku maklum sikap nenek.Apapun,dia memang sayangkan atuk.Jika tidak…mana mungkin hampir sebulan dia mampu berada di sini,susah payah menjaga suaminya itu dengan kudrat yang sudah tua..

alahai nenek…

HARI-HARI BERLALU…

“ABANG ZACK…macam mana perbicaraan kes Abang Mad tuh?” aku menyoal abang sulung aku yang terlalu sibuk dimandatkan dengan urusan kewangan dan perbicaraan mahkamah sepanjang ujian ini. Aku menemani Abang Zack makan petang ketika itu di warung yang berhampiran hospital.Kami tak mampu untuk berbelanja di kantin hospital dengan harganya yang melambung tinggi.bayangkan…4 biji kuih harganya RM2…biasanya baru RM1..

“erm…susah dik…abang Mad kau tuh tak berlesen.Motorsikal cabuk tuh pun takde apa-apa…roadtax pun mati..cumanya duit biaya bedah dan makan kita kat sini boleh lah claim dengan lawyer…” jelas Abang Zack sedikit hampa.

“Alhamdulillah bang…bersyukurlah dulu setakat mana rezeki yang kita ada…kita boleh berusaha lagi…Erma yakin…kita akan menang juga…anugerah sebelah tangan dari Allah itu tak ternilai bang…tak ada mana-mana mahkhamah yang dapat menebusnya untuk digantikan kepada Abang Mad…”aku seperti biasa..menjadi penenang keadaan.

“entahlah dik…geram abang dengan pemandu kereta yang mabuk hari tuh…dia pulak lebih-lebih nak pergi report polis dan saman kita…lagi susahkan kita pulak..dah lah haram nak datang ziarah Abang Mad nih…isk…” Abang Zack meleas geram.Aku sekadar mengulum senyum pahit.

Teringat pula aku pada motorsikal yang banyak berjasa kepada kami.Susah payah kami kumpulkan duit untuk membelinya dari kedai second hand.Buruk pun tak mengapa,sekadar menjadi pengangkutan kami di rumah.Lesen?nak beli motorsikal tu pun bergolak gadai…lessen bukan perkara utama bagi kami.Ada lessen ke atau tak ada…risiko kemalangan tetap ada…cumanya…bila berlaku hal begini…itulah menjadi masalah utama…

Dan kini…motorsikal itu sekadar tinggal kenangan…

SETELAH SEBULAN DI RUMAH SAKIT…

“Alhamdulillah…kejap lagi kami pulang yer Ayah…Assalamualaikum..” Aku mengakhiri perbualan dengan ayah yang tidak sabar menunggu kepulangan Abang Mad yang telah dibenarkan keluar. Sepanjang Abang Mad di sini,baru beberapa kali Ayah dan Mak sempat datang menjenguk.Hospital terletak sejam dari rumah.Mereka tidak boleh kerap,adik-adik dirumah nanti tak terpantau.

Aku terdengar derapan kaki laju kea rah wad pesakit kencing manis. Selang beberapa minit kemudian,Nenek dan beberapa orang petugas hospital kelihatan meluncur perlahan sebuah katil bertroli keluar dari bilik itu.Pertama kali aku melihat nenek menangis.Aku terpancing simpati tapi nenek sedikitpun tidak berpaling…dan aku benar-benar mengerti situasi sebegini…

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun…

Aku dan Abang Mad selamat sampai di rumah.Kak Zah dan suaminya tadi yang menjemput.kami di sambut ahli keluarga yang sedang berkumpul semuanya..

Mak,Ayah,Adik-adik,Abang Ayie,Abang Zack..Abang Shah dan isterinya pun ada…

“Maaf bang..Shah tak dapat jaga abang masa kat hospital…” Bicara Abang Shah ketika sedang menyalami tangan Abang Mad.

“tak mengapa…abang faham…tapi nanti…kena giliran kau pulak…tahulah apa aku nak buat..hahaha”abang Mad ketawa mengenakan Abang Shah.Abang Shah sekadar tersenyum simpul.

“dik..rumah sakit tuh…memang banyak mengajar kita untuk menghargai nikmat sebuah kehidupan…”bisik Abg Mad ketelinga aku..aku hanya mampu tersenyum…

Alahamdulillah…segalanya selamat…

No comments:

Post a Comment