AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, February 21, 2011

JUJUR...

“Assalamualaikum sayang…” Fahmi mendoakan kesejahteraan ke atas isterinya yang tercinta. Maisarah kala itu ralit dengan kerja memasaknya di dapur. Dia sedang merenehkan sup daging keistimewaan buat si suami yang memang gemarkan pemakanan sunnah itu.

“waalaikumsalam…erm..abang…dah selesai solat dhuha yer…” Maisarah berpaling sekilas semerta menghadiahkan senyuman manis untuk suami sebelum dia meneruskan memasak. Fahmi berlabuh di kerusi, melihat-lihat beberapa sajian yang sudah terhidang di meja makan. Ada sayur labu masak lemak, air susu kambing suam, ayam masak madu dan ulam-ulaman.

“Alhamdulillah…dah…lewat sikit hari ni…banyak kerja nak setel kat laman belakang rumah kita tuh…dah lama tak berkebun…membazir pula rasa tanah tuh jika terbiar jer…” Fahmi lebar menjelaskan.

“Baguslah tuh bang…Abang…nah…cuba rasa dulu sup daging spesel dari saya nih..” Maisarah mula sibuk menghidang semangkuk sup dan menuangkan segelas air masak di hadapan si suami. Ketika itu Fahmi sengaja lama menatap wajah tenang Maisarah. Setenang nama itu…Maisarah..Maisarah menyedari laku si suami. Wajahnya merona merah menahan malu.

“isk…abang ni kenapa asyik perhatikan saya…nakal yer…” Maisarah mencubit bahu Fahmi sebelum beredar untuk melihat masakannya yang lain. Fahmi mengaduh sakit.

“saya bukan apa..semakin hari saya tengok awak nih semakin cantik…cantik sesangat..hehehe..” Fahmi sengaja memuji si isteri, menceriakan hati Maisarah yang tentu penat dari tadi lagi sibuk memasak. JUjurnya,tidaklah Fahmi perasankan sangat tentang soal itu,tetapi di dalam rukun rumahtangga,pujian seperti itu amat penting dalam mengeratkan hubungan dan kemesraan.

3 keadaan yang dibenarkan untuk tidak berlaku jujur:

1) Menipu musuh dalam situasi mereka memerangi orang islam dengan tujuan memesong dan menjebakkan mereka dalam perangkap tipudaya.Keharusan berdusta dalam situasi ini tidaklah termasuk berdusta kepada musuh dalam perjanjian atau jaminan keamanan. Contoh dusta yang harus terhadap musuh adalah sekiranya seseorang islam ditawan lalu ditanya tentang kedudukan islam,atau bilangan,atau senjata,atau kelengkapan orang islam.

2) Seseorang menjadi orang tengah untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah. Kemudian dia mendapati cara yang paling berkesan ialah berdusta mengikut kadar darurat yang diperlukan.

“bukan seorang pendusta ,seseorang yang mendamaikan antara manusia,lalu dia menyuburkan kebaikan atau berkata baik”-Riwayat Bukhari dan Muslim.

3) Perbualan lelaki kepada isterinya dan perbualan isteri kepada suaminya yang boleh mempereratkan ikatan harmoni dan kasih saying mereka. Situasi ini membolehkan sedikit dusta demi memperkukuhkan ikatan keluarga dan menburkan suasana romantic. Daripada Asma’ bin Yazid, dia berkata: Rasulullah saw bersabda ;

“wahai manusia,apa yang mendorong kamu untuk berterusan berdusta seperti kelkatu berterusan memasuki api. Semua dusta anak Adam haram kecuali dalam 3 sikap iaitu seorang lelaki berdusta terhadap isterinya untuk memuaskan hatinya,seorang lelaki berdusta dalam perang kerana perang adalah tipudaya dan seorang lelaki berdusta kepada 2 orang islam untuk mendamaikan mereka.”-Riwaya at-Tarmizi


“erm…tak payahlah abang nak puji saya kalau tak ikhlas…” Maisarah mencebikkan bibir kepada suaminya.

“sayang…ikhlas itu sesuatu yang tak dicatat oleh malaikat, tidak terlihat oleh manusia dan tidak dirosakkan oleh syaitan…hanya Allah sahaja yang Maha tahu…” Fahmi berhujah sambil sup di dalam mangkuk di kacau-kacau berulang kali.

“alah….saya bukannya bidadari syurga la bang…semakin hari semakin cantik…saya nih manusia…makin lama makin tua…tak gitu kan???” Maisarah bukan sengaja mahu berdebat dengan si suami,sekadar berbicara menghidupkan suasana harmoni.

Fahmi berhenti mengacau sup dan memandang tepat kearah isterinya.Mereka saling berpandangan ketika itu.

“Awak…awaklah bidadari saya pada saat ini malah pada saat bila-bila…dan saya mahukan awak jadi ratu saya di antara bidadari-bidadari syurga nanti…”

Maisarah diam dan mengalihkan wajahnya dari suami. Malu pula dia dengan ayat itu tadi.

“tapi bang…layak ke saya ke syurga???” Maisarah bersuara semula sambil menceduk lauk ke pinggan.

“orang macam awak memang tak layak..” Fahmi spontan member i jawapan. Maisarah terkejut mendengarnya.

“Abanggg…” Maisarah separuh menjerit..

“betullah…orang macam awak…macam saya…mana layak di syurga…kat sana nantikan semuanya pemuda-pemudi…kita dah tua…hehehe…nanti kita kat sana semuanya akan menjadi muda…” Fahmi tergelak kecil,Berjaya mengenakan isterinya dengan gurauan tersebut. Fahmi bukan bersenda dengan jenaka yang sengaja direka-reka dan dusta. Itu berdasarkan kisah benar dan fakta yang berlandaskan sumber yang benar.

“celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa,lalu dia berdusta.celakalah untuknya,celakalah untuknya”-Riwayat tirmizi.

“isk…abang nih…tak habis-habis nak kenakan saya…” Maisarah buat-buat muka merajuk. Fahmi sekadar ketawa kecil melihat si isteri.

Fahmi mencicip sedikit sup dihujung sudu yang tersua ke mulut. Ergghhh…masin..Fahmi menahan muka dari dikerutkan,bimbang si isteri perasan.

“sayang…kemari sekejap…” Fahmi memanggil si isteri dan tanpa banyak bicara Maisarah duduk di kerusi menghadap suami.

“nganga mulut…saya nak suapkan sup nih…” Fahmi memberi arahan dan dipatuhi. Sesudu penuh kuah sup yang sudah suam disuap dan…

“uhukkk..uhukk…ergh…masinnya bang..” Maisarah terbatuk-batuk menelan sup yang masinnya melekat dikerongkong.

Fahmi sekali lagi tergelak keci.BUkan dia sengaja nak kenakan Maisarah. Dia sekadar mahu memberitahu isterinya itu dengan cara yang terbaik.Dia tidak mahu mencela makanan itu,lagi-lagi itu masakan si isteri tercinta.Biar dia sendiri yang mengadili.

“saya mintak maaf bang…nanti saya renehkan semula ya…” maisarah berlalu semula ke dapur api. Rasa bersalah pula dia kepada suami.

“lambat pula hari nih si Ahmad pulang dari kelas tuisyen…” Fahmi menukar topik,mula menyedari anak teruna berusia 15 tahunnya itu belum pulang.Biasanya,waktu begini sudah sampai di rumah.

Sejurus,terdengar bunyi kuakan pintu rumah utama. Ahmad meluru kearah si ayah.Menangis.

“Ahmad..ni kenapa…salam tidak..apa tidak…tiba-tiba masuk menangis…Ahmad tu jantan..kena kuat..kalau nak menangis,menangis depan Allah…” Fahmi bersuara tegas apabila melihat tingkahlaku manja si anak.

“abang…anak kita tentu ada masalah tuh…awak lagi-lagi pergi marah dia pulak..” Hati lembut si ibu mula bimbang melihatkan situasi tersebut.Ahmad mengesat airmata, membenarkan kata-kata ayahnya.

“hah…sekarang…bercerita secara jujur kepada ayah dan ummi..apa yang berlaku???” Fahmi mula bersikap tenang.

“ayah…ummi…tadi Mad kena buli lagi...mereka mintak duit saku Mad…mereka Tanya ada duit ke tak…Mad cakap ada dan Mad kasi je la…baru mereka lepaskan..” Ahmad bercerita dengan suara lemah. Fahmi menggelengkan kepala.

“erm..anak ayah nih lembik sangat…sebab tuh kena buli…sebab tuh ayah suruh belajar silat tuh betul-betul…biar keras sikit kamu nih…baru orang hormat dan tak berani kacau..tak mengapalah…nanti kita ke sekolah berbincang masalah nih dengan Pengetua…sekurangnya sekarang,Mad dah selamat…kejujuran mad serahkan duit tuh telah selamatkan Mad dari di apa-apakan…kalau mad tak kasi tadi,tentu teruk kena kat mereka nih…dah..Mad naik mandi…kita makan sama-sama…cepat…”

Rasulullah saw bersabda:

“kamu hendaklah berlau jujur sekalipun kamu lihat didalamnya kebinasaan.kerana sesungguhnya terdapat di dalamnya keselamatan”-riwayat Muslim.
Sekian.Segala kebaikan itu dari Allah,dan yang lemah dari ana sendiri.Mohon nasihat jika ada silap.

Rujukan: keluasan islam,modul pembangunan insan (jilid 1),ISMA
Karya :ariff islam (ariffislam.blogspot.com)

1 comment:

  1. "Seseorang menjadi orang tengah untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah. Kemudian dia mendapati cara yang paling berkesan ialah berdusta mengikut kadar darurat yang diperlukan." tapi sering kali ia di salah ertikan..

    ReplyDelete