AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, February 4, 2011

karya kehidupan: ABANG ARIL...

‘TIDAK DIBENARKAN BERTEMU ISTERI DAN ANAK-ANAK: suami tertekan pernah cuba membunuh diri’…Tajuk akhbar itu menggamit ana untuk meneroka cerita selanjutnya.Mohd.Shazril (bukan nama sebenar), 28 tahun, ditinggalkan isteri tercinta bersama 2 orang anaknya,manakala seorang lagi ada bersama dia.Puas Abang Aril berikhtiar untuk bertemu dengan isteri yg masih sah dalam ikatan,namun di halang keras oleh keluarga mertua. Semua itu memberi tekanan sehingga Abang Aril mengaku pernah mencuba untuk menamatkan riwayat sendiri..ah…kenyataan itu benar2 mengusik perasaan ana. Laporan akhbar itu menyertakan nombor telefon Abang Aril, memohon sesiapa yang mampu untuk menolong.Ana yang dibayangi kebimbangan tindakan Abang Aril lantas cuba menghubunginya..Ana sekadar sms,merisik cerita..

-Salam.Abg Aril,saya arif..td ada baca kisah abg di akhbar.erm..terlalu simpati dgn musibah yg menimpa.abg macamner skarang.ok?

Ana mengharap ada balasan.Ana mahu pastikan abg aril tidak lagi mengambil tindakan di luar kawalan.Sesungguhnya abg aril memerlukan sokongan moral dan rohani dr seseorang..

-terima kash..kat hospital KL skarang,kena tahan wad..
Hospital??ana mula panic.err..sakit ker abg aril atau???

-makan ubat nyamuk,minyak gas..xde guna abg hidup lg..

Abg aril membalas..Astagfirullahal azim..benar tekaan ana td..abg aril mengambil tindakan itu lg..

-abg aril..arif merayu,jangn berbuat demikian..masih ramai lg yg menyayangi abg..dan masih ramai lg yg menagih kasih abg..mcmner dgn anak2 abg nt??

Ana cuba memancing perasaan abg aril.ana bukan seorang kaunselor,tp keinsafan dgn peristiwa sebegini memanggil ana utk memberi bimbingan..kita kan saudara sesame islam..ana mahu kita semua bertemu di syurga nanti..tidak berbau syurga bg mereka yg membunuh diri..

-k lah..jap lg dr pakar nak datang..mrk nk cek mental abg..mungkin abg ni gila kot..

Abg aril balas sms ana dan terhenti di situ.Hari seterusnya,ana cuba sms lg,cuba telefon,tp tiada respon.Namun,ana tetap menghantar mesej2 nasihat..

-abg aril..kematian sekadar pengakhir hayat di dunia…sedangkan selepas itu masih ada kehidupan yg seterusnya..itu bukan penyelesaian abg aril..

Suatu hari, ada panggilan dr abg aril..hati ana ketika itu berbunga dgn kesyukuran..terima kasih kerana akhirnya membuka ruang ini..ana mengambil kesempatan untuk berkenalan seketika sebelum lebih lanjut berbincang tentang masalah yg abg aril hadapi..

“abg tak tahu,kenapa isteri abg tiba2 sekadar mendengar cakap keluarga dia.Abang tahu,abg menantu yg x disukai..tp tolonglah…abg sayangkan isteri..abg rindukan anak2..anak abg yg bersama abg sorang ni pun rindukan ibunya…jangan pisahkan cinta kami semua..”abg aril meluahkan perasaan..ana sekadar mendengar..sedih??hermmm…

“arif..tolong sampaikan pesanan abg aril kpd kawan2 arif..ini adalah balasan tuhan kpd abg aril krn dl selalu keluar clubbing..yup…abg dl kawin seusia 18 tahun..isteri di rumah,abg pula dapat sambung belajar di university..kehidupan abg teruk sangat..abg dah nak berubah arif..”abg aril bersuara sayu,seakan mendalam benar keinsafan yg hadir..semoga abg aril betul2 kembali..

Malam itu,ana sedang menikmati keindahan malam di sungai besar kemaman..subhanallah..begitu sempurna ciptaan Allah..tenang ana melihatnya..ramai kaki pancing yg sedang menunggu habuan melekat,memenuhi hampir di setiap tebing..sambil melihat panorama itu,ana mesej Tengku tajudin dan bunyamin,sekadar mengikat silaturahim…ketika itu cuti smester dan ana bercuti di rumah kawan di terenggnu selama seminggu..ada mesej dr abg aril.ana membacanya..

-anak abg yg bersama isteri sakit..abg nak pulang ke kg mertua malam ni jugak..abg merayu arif…tolong abg…abg perlukan duit utk pulang..abg dah lama di berhentikan kerja krn tertekan dgn musibah ini…abg merayu rif..tolong..

Ah..ana ketika itu di serbu perasaan bersalah…apa yg ana harus buat.. perlukah ana percayakan abg aril bulat2??lama ana berdiam diri..panjang berfikir,cuba pertimbangkan..panggilan telefon dr abg aril berkali-kali dibiarkan sahja..

-abg aril…arif mintak maaf…jika soal wang,arif x dapt tolong..arif hanya mampu member sokongan moral ajer…arif ni pelajar,bukan bekerja…arif xde wang..arif mintak maaf..

Dan sejak peristiwa malam itu…abg aril tidak lg membalas sms dan menjawab panggilan ana..ana hanya risau apa yg sedang berlaku kpd abg aril sekarang..ada hikmahnya setiap apa ketentuan Allah…abg aril..percayalah..terima kasih kerana member runag utk kita mencipta cerita bersama…

Sahabat…doakan keluarga abg aril menyatu semula..merasa kasih sayang bersama..cinta suami kpd isteri…dan cinta anak-anak kpd ibubapa..

No comments:

Post a Comment