AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, February 18, 2011

RINTIHANKU…BUAT YANG TIADA

RINTIHANKU…BUAT YANG TIADA…

Sahabatku…
Semalam hidupmu menghadap ke kiblat
Sekarang,apakah sudah berpaling
Atau masih tetap???

Sahabatku…
engkau dikafankan dengan kafan yang baik
Maka apakah masih kekal
Atau telah punah dicarik dan dirobek???

Sahabatku…
Diletaknya kamu di dalam kubur dengan jasad yang utuh dan kuat
Maka apakah ianya sedang sediakala
Atau dah di makan dan dimamah ulat-ulat???

Wahai sahabatku…
Para ulama’ sama mengatakan…

“para hamba itu akan ditanya tentang urusan iman…sebahagian ada yang dapat menjawab,dan ada yang tidak”
Lantas kamu yakin berbicara atau diam tanpa bercakap???

“kubur itu ada yang diperluas buat si penghuni,dan ada yang disempitkan”
Lantas kuburmu saujana mata memandang atau sebaliknya mengecil dan mengecil???

“sebahagian ahli kubur itu kafannya digantikan kafan dari syurga, dan ada yang diganti dari neraka”
Lantas kafanmu itu membahang tubuh atau mendamai rasa???

“kubur itu merupakan taman dari taman-taman syurga,atau lubang dari lubang-lubang neraka”
Lantas kuburmu itu raudhatul jannah atau hawiyah???

“kubur itu adakala bagaikan seorang ibu merangkul anaknya,dan ada juga yang membenci dan menghimpit hingga putus dan dan keluarlah tulang-tulang rusuk”
Lantas apakah kuburmu itu memelukmu erat atau menyiksa hebat????

“semua orang yang di dalam kubur pasti menyesal..bagi orang-orang bertakwa menyesal kerana kurangnya melakukan kebaikan, dan bagi ahli maksiat menyesal kerana banyaknya melakukan kejahatan”
Lantas apakah kamu menyesal kerana edikitnya melakukan perkara yang baik,atau menyesal kerana banyak melakukan perkara yang jelek???

Aduhai sahabat…
Dulu seringkali sahaja kita sama-samaberbicara dan bergurau senda…dan Tadi aku memanggil-manggil namamu..tetapi kenapa seruku tidak bersahut???
Engkau tidak akan datang lagi kepadaku seperti selalu sehingga tibanya hari akhirat…maka ya Allah…janganlah engkau menghalang kami dari bertemu di hari itu kelak…

Rujukan:

No comments:

Post a Comment