AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, March 28, 2011

iLmU MaLu 2 : KenCinG..

Assalamualaikum wrt…
Jangan baca kiranya anda jijik dan malu…

Ana sekadar berkongsikan sedikit perjalanan hidup ana untuk iktibar bersama…bukan membuka aib pada keburukan itu…dan bukan pula berbangga diri pada kelebihan itu…sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah jua…dan yang buruk itu adalah silap ana sendiri yang perlu ana perbaiki…dan ana mengharap nasihat kebenaran dari sahabat…(surah an-Nisa,4 : 79)

Ramai yang sedia maklum, kencing bukanlah perkara biasa yang boleh kita remehkan…kerana sesungguhnya Allah itu bersih dan cantik…dan Dia pun ingin hamba-hamba-Nya juga bersih dan cantik…bersih itu benar,dan sebahagian daripada iman…sehingga soal kencing pun agama kita terlalu titik beratkan…

Tidak berasa jijik ke kita dengan kencing?? Cukuplah arak itu diibaratkan sepertinya air kencing setan…cukuplah kencing orang yang berdiri itu adalah penawar kepada iblis laknatullah…dan cukuplah kencing itu bisa menjadi penyebab diseksanya kita di alam barzakh kelak..(semoga dijauhkan oleh Allah)

Tersebut dalam kitab shahih Bukhari;

Dari ibn Abbas katanya;
Nabi SAW berjalan melalui dua buah kubur lalu bersabda, “kedua orang didalam kubur ini sebenarnya sedang diseksa, tetapi bukan diseksa kerana mengerjakan dosa besar. Adapun seorang daripada keduanya tidak beristinjak dengan sebersih-bersihnya dari kencing , sedang yang lain ini suka berjalan dengan menyampaikan kata-kata yang berupa adu domba antara seorang dengan seorang yang lain atau segolongan dengan segolongan yang lain. ”

Selanjutnya baginda SAW meminta setangkai daun pelepah kurma yang masih basah, lalu membelahnya menjadi dua, kemudian setiap belah itu dipacak pada setiap kubur itu masing-masing. Para sahabat bertanya; “ya Rasulullah,mengapakan tuan berbuat demikian?”

Baginda menjawab; “barangkali ia dapat meringankan siksaan kedua orang ini selama kedua belahan daun ini belum kering.”

Ana masih ingat seusia ana masih keanak-anakan..zaman budak nakal-nakal…bilamasa saja rasa nak kencing…kami selamba aje berselindung sikit di tepi semak samun dan buang air kecil…dan pastinya tak berbasuh..mana ada air pon masa tuh…terus aje tarik zip sedangkan sisanya masih meleleh. Genap sehari suntuk, itu yang badan berbau hancing dan masam..adeii…bila dewasa sikit,perkara sama masih berulang. Cumanya,kami semua dah waras sikit. Kalau tak ada air, kami ambik daun dan dikesat ke muncung,sekadar keringkan sisa air kencing yang meleleh. Jika kebetulan hari hujan, kami ambil air yang membasahi daun-daun…itu dah cukup..alahai..itulah sikap hampir kesemua kawan-kawan ana dulu masa di kampong…kesimpulannya disini, ibubapa sepatutnya mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan sejak dari kecil lagi…risau nanti bila dah besar pon masih kekal dengan tabiat yang sama…ada ke??uiskk..ada…ana selalu aje Nampak..terutama bila ada kawan-kawan ana yang terdesak…menyiram aja kat tepi jalan…dah selesai,terus blah macam tu ajer…

Herm..bila menyentuh soal ini…ana teringat pulak satu kisah ana…kat tandas awam lelaki biasanya kan ada cubicle…ruangan terbuka untuk lelaki kencing…ana mati-mati semahunya tak nak guna bahagian itu..tapi bila tiba waktu…alahai ana terpaksa jugak…yer la..kencing berdiri dgn orang ramai leh aje jenguk-jenguk tengok…ana malu…namun suatu hari tuh,ana dari Kelantan nak ke KL…ana naik bas siang…ujian Allah datang la masa ana dalam perjalanan…ana tak tertahan-tahan nak kencing…tak sedap duduk dan muka mengerut manjang…ana terpaksa juga mintak abang driver berhenti kat mana-mana stesen minyak..ana nak ke tandas..ujian Allah datang lagi….tandas tuh ada satu aje sedangkan orangnya ramai menunggu..ada la 2 cubicle sink..adeii..ana dah tak tahan…dan nak tak nak..ana terpaksa juga tebalkan muka guna cubicle tuh…dan kencing berdiri…apapun,Alhamdulillah…ana masih bersyukur kerana ana jumpa jugak tandas…dibuatnya abang driver tuh berhenti tepi jalan…tak ke lagi padan muka…

herm…sahabt semua pun ana yakin,pernah hadapi perkara yang sama…dan selalu aje ana Nampak lelaki yang terdesak macam nih kena menyiram ajer tepi jalan..dalam keadaan ini apa yang patut kita buat???ana kongsikan satu hadis nih yer…petikan dari kitab shahih bukhari..

Dari Hudzaifah katanya; “aku ingat bahawa aku berjalan-jalan dengan rasulullah SAW dan lalu baginda mendatangi satu tempat pembuangan sampah suatu kaum. Baginda berdiri disitu sebagaimana kamu berdiri. Kemudian baginda membuang air kecil. Aku menjauhkan diri daripadanya, tetapi baginda memberikan isyarat kepadaku. Oleh itu aku mendatangi baginda dan terus berdiri dekat denagan tumit baginda yakni membelakanginya sampai baginda menyelesaikan hajatnya.”

Erm..jadik lepas nih…kalau ada kawan kita terdesak kat tepi jalan,jangan biarkan dia sesorang je…teman dekat dia agar dia rasa selamat…dan dapat melindungi dia…yer lah..pasti kita rasa tak selesa kan dengan kenderaan yang lalu lalang,tapi terpaksa…nak terkencing punya pasal,bimbang pun bimbang lah…dah darurat dah…jadi,bila kita disisi dia,dapat la buat dia rasa lega,selesa dan selamat…insyaAllah..orang yg lalu lalang tuh pon akan faham dan maklum dengan keadaan macam tuh…

Ana jugak nak kongsi balik kisah ana pasal kencing nih semasa ana berkesempatan tinggal di hospital selama 3 hari…sebelum tuh baca dulu hadis shahih bukhari nih;

Dari anas bin malik bahawasanya Nabi SAW melihat seorang arab yakni seorang arab yang tinggal dipedalaman atau pergunungan, ia kencing dalam masjid. Kemudian baginda bersabda; “biarkan saja orang itu”. Setelah ia selesai hajatnya,nabi lalu meminta air dan menuang diatas kencing lelaki arab tadi.

Tengok cara nabi…berhikmahnya…

Jadik sahabat…keadaan di dalam wad hospital nih bercampur-campur…kita boleh lihat geng kat sebelah kiri dan kanan.. kebanyakan pesakit dalam wad yang ana tinggal tuh pesakit yang agak teruk,tak boleh bangun,patah kaki,patah tangan,baru lepas pembedahan… time nak kencing,berak…memang susah…perlukan bantuan seseorang…siang hari, ada la ramai saudara mara yang datang ziarah…tapi jangan lama-lama yer…dibuatnya pesakit tuh nak kencing berak…kesian dia…mereka nih kencing berak kat katil tuh ajer…ada botol dan mangkuk tandas bergerak disediakan…lau malam,kebanyakan tak ramai pesakit yg ada saudara mara temankan…jadik,bila botol kencing penuh,saper nak uruskan??herm..segal ler nak mintak nurse tolong…nurse semua pompuan…adeii…sebagai contoh abang ana..bila dia kencing,botol dah penuh ana yang ambik buang ke tandas dan basuh botol tuh…ada sekali tuh,ada seorang pesakit mintak ana yang tolong buang dan basuhkan air kencing dia..dia Nampak malu,tapi ana buat selamba je…ana tak kisah…jijik ke?malu ke??tidak…masa tuh perasaan simpati dan kasihan menidakkan segala perasaan lainnya…ana tak pasti la mereka basuh kencing ke tak…tapi tisu sentiasa aje tersedia…boleh la diguna buat istinjak..

Herm…itu aje la kot perkongsian ana serba sedikit pasal kencing nih…malu??hehehe..Agaklah…tapi untuk ilmu…ana cuba buang rasa malu untuk berkongsi…sharing is caring..betol tuh…

Ada teguran,silakanlah…salam alaik…

iLMu MaLu..

27 mac 2011..malam..

ana sedang berborak-borak dengan kawan ana masa tuh...bunyamin dan lan..

seorang sahabat ana tuh sedang baca blog...dan tajuknyer sekitar tentang perbezaan air mani,air mazi dan wadi...dan tercetuslah perbincangan kami sekitar topik...malu dan aib...erm...apa kena mengena plak yer???

ana teringat dulu...ana pernah bagi tazkirah pasal perbezaan semua nih...dan ana selamba ajer sebut..walaupon masa tuh ada jugak kawan2 ana yg wanitanya kat dalam surau...malu??erm..memang...bila berbicara pasal nih dengan kawan2...lagi-lagi kawan pompuan kita...ana pon malu...tapi tengok apa tujuan dan niat asal kita..ana berkongsi kerana...ilmu...

ana baca kitab shahih bukhari..

mujahid berkata, "tidak aku suka menuntut ilmu dari seseorang yang malu menuntutnya"

Aishah pula berkata "sebaik-baik kamu wanita adalah kaum wanita daripada sahabat Anshar. Mereka tidak dihalang-halangi oleh perasaan malu untuk mendalami ilmu agama."

kami bertiga bersembang sekitar isu itu..erm..ana maklum..masih ramai yang tak tahu perbezaan antara air mani, mazi ...yang mana najis dan tidak..yang mana wajib mandi ataupon tak...dan apa itu wadi... ana ambik plak kesempatan itu dengn bertanyakan satu persoalan..

"agak-agak..pompuan nih mimpi basah macam kita tak??"

dan ana memberi jawapan... Dari ummu salamah katanya; " Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya; 'Ya Rasulullah,sesungguhnya Allah itu tidak malu dari apa yang hak yakni kebenaran. Apakah seorang wanita itu wajib mandi apabila dia bermimpi iaitu bermimpi bersetubuh sampai keluar airmani?? ' Nabi SAW lalu bersabda; 'ya,jika dilihat memang ada airmani di tubuh atau pakainnya' Ummu Salamah menutup wajahnya lalu bertanya lagi; 'Ya Rasulullah,apakah wanita itu ada yang bermimpi yang sedemikian itu?' Baginda menjawab; 'benar...semoga tenang sajalah tanganmu...dan tenteramlah kiranya hatimu dan menjadi puas dengan jawapan ini. Wanita itu dapat mengeluarkan mani...kalau tidak, dengan sebab apa anak wanita itu dapat menyerupai rupanya dengan ibunya??' "

jadik..jelas bukan kawan-kawan..ini hadis sahih bukhari. Itu cerita orang pompuan..ini cerita orang lelaki pulak..

Dari Ali katanya; "aku adalah lelaki yang banyak keluarkan mazi..iaitu air yang keluar dari kemaluan akibat bergurau senda dengan perempuan...lalu aku menyuruh Miqdad supaya bertanyakan kepada Nabi SAW apakah itu wajib mandi atau sekadar berwuduk saja dan Ali malu untuk bertanya sendiri kerana Nabi adalah mertuanya lali Miqdad pergi bertanyakannya"

Inipun hadis dari kitab shahih Bukhari...nampak??nampak???Ali pon ada rasa malu nak bertanya soal macamnih..inikan pula kita kan...tapi nak tak nak..kita kena bertanya kerana ini adalah ilmu...

ana bercerita kepada kawan ana nih...dulu Aishah mengikis aje kesan airmani kat pakaian nabi kerana airmani bukan najis...kawan ana nih bertanya..erm..boleh ker kita bercerita pasal rumahtangga kita??tak ke itu mengaibkan??

Erm..ana menjawab...sahabat..Aishah bercerita kerana Nabi adalah role model utk umatnya...nabi menyampaikan ilmu Allah kepada kita...tapi kita tak payahlah nak bagi contoh tentang keadaan rumahtangga kita bila sahabat bertanya...cukup kita bagi contoh hadis2 dari nabi..tak gitu??

erm...pernah tak apabila seseorang...selalunya cikgu kita...bertanya soalan atau pendapat..kita pon pikir dan pikir...dan adalah jawapan atau pendapat kita...tapi kita malu nak bersuara..yer lah...takot salah pulak...tak ke malu..tak ke aib..herm...ana selalu aje macam tuh dulu..tup..tup...bila cikgu ana bagitahu jawapan..eh..betollah dengan jawapan ana tadi...kenapalah ana tak bagitahu aje tadi...herm...baca hadis Bukhari nih...

Dari Abdullah bin Umar bahawasanya Nabi SAW bersabda..



" 'sesungguhnya dari pepohon itu ada sebuah pohon yang tidak akan gugur daunnya dan pohon itu dapat diibaratkan sebagai seorang muslim kerana seluruh bahagian pokok itu dapat dimanfaatkan oleh manusia. Cuba kalian katakan kepadaku,pohon apakah itu?'



Para sahabat ketika itu mengira bahawa pohon itu terletak di daerah pedalaman. Tetapi dalam hatiku terlintas bahawa ia adalah pohon kurma...tapi aku malu untuk menyatakan pendapatku itu.Lalu para sahabat yang lain bertanya;



'beritahukan kepada kami,pohon apakah itu?'



dan Baginda menjawab;



'pohon kurma'



Aku (Abdullah) lalu bercerita kepada ayahku perihal itu,berkaitan aku malu untuk menyatakan pendapat aku. Ayahku Umar berkata;



'andaikata kamu katakan,maka yang demikian itu lebih aku senangi daripada demikian, yakni malu untuk menyatakn pendapat yang ia rasakan benar' "



erm..jadik,jangan malu-malu lah kita yer..



itu aje la...andai ada teguran,silakanlah...sesingguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari ana sendiri...salam alaik...

Friday, March 25, 2011

aBaNg aNa dah KudUng...

Assalamualaikum wrt...

17 mac, Khamis..

ana dalam perjalanan ke kuliah projek akhir tahun tika itu. Ada panggilan telefon dari kakak..ahh..abang Din akan di operate untuk potong kaki jugak akhirnya...inna lillah wa inna ilaihi rajiun..setalah hampir 3 bulan abang ana nih terlantar di hospital, takdir ini menentukan segalanya jugak...abang dah kudung..hermm...semoga musibah ini membuat abang terus tabah dan makin kuat menjalani hidup..

Kakak bagitahu...sebelum abang operate, abang Din banyak termenung..ayeh faham...faham sangat-sangat..abang din abang ayeh...mana mungkin ayeh tak turut bersedih..kerana itu ayeh mintak kepada sahabat ayeh...

"kawan-kawan, abang ana akan dipotong kaki..mintak terdetik walau sesaat,doakan semoga Abang kuat..."

erm...seringkali kita mendengar musibah yang menimpa orang lain...kita hanya mampu memberi kata-kata semangat dan doa selamat..dan dia yang menghadapi..ahhh..beratnya bahu yang memikul..

petang itu,ana bergegas pulang..bertolak naik bas malam dan sampai esok paginya..abang din tahu..sepanjang perjalanan dalam bas...ayeh asyik mimpikan abang din...ayeh mimpi kaki abang din elok-elok aje...ayeh mengharap itu bukan mimpi,itu realiti...tapi...ayeh tersedar bila dah jam 3.30 pagi..erm...apalah perasaan abang din...itu yang ayeh risaukan...esoknya abang din bakal tak ade kaki....Allahu Akhbar..

jam 4.15am..ayeh sampai dah...turun tepi jalan...herm..biasanya ayeh akan disambut abang din...bonceng motor meredah embun pagi sama-sama...tapi kali ini..dan selepas ini...ayeh benar-benar akan rindukan saat itu..ayeh terpaksa pula mengganggu lena ayah untuk amik ayeh pulang ke rumah..

18 mac,petang jumaat...
abang jack bawa balik kaki abang din...ayeh tekad,ayeh nak basuh dan bersihkan kaki abang din tuh...ayeh cuba buka balutan demi balutan yang membungkus kaki abang din..erm...ayeh mulanya tak kuat..lemah semangat nak tengok kaki abang yang dah dipotong tuh...ayeh cari semangat dengan baca quran kejap..lepas tuh barulah ayeh mampu membuka balutan tuh, amik kaki abang din, dan dengan bantuan abang jack...ayeh bersihkan kaki abang...ayeh dah tak takot-takot dah..kerana kesian kat abang mengatasi segala perasaan lain...

19 mac, masuk waktu asar..
mak,ayeh,kak ani,bang musa, hajar,mirul,pih dan adik sya sampai kat hospital raja perempuan zainab 2...kami datang nak ziarah abang din...bagi abang semangat sikit..mek bakarkan ikan untuk abang...dan kita makan ramai-ramai...lepas tuh,yang lain semua balik..dan ayeh akan temankan abang din kat wad...tak lama...3 hari aje...tapi itu amat bermakna untuk ayeh bersama abang din...merasai apa perasaan abang...abang belum kahwin...dah rancang kan..tapi tak berkesempatan..lepas nih,ayeh doakan nasib abang terbela...ayeh yakin..dan ayeh nak abang jugak yakin..musibah ini ada hikmah yang terbaik...

ayeh kat hospital...ayeh tinjau-tinjau dan bertegur sapa dengan pesakit lain..kesian meeka yer..ada sorang budak form 3 xcident..kena langgar dek kereta macam abang jugal...berlipat isi peha dia naik ke atas...adusss...sakit tuh...ayeh tengok dia selalu muntah-muntah..fauzan namanya...dan fauzan kerap jugak menangis..sakit...kawan yang bonceng motor dengan fauzan, amin patah tulang tangan dan kaki...tak seteruk fauzan...tapi amin pon nangis-nangis jugak..alahai..kesian ayeh kat mereka..ermm...

ada sorang abang tuh,dia panggil ayeh...dia mintak pecatkan stokin dia..pastu betolkan kedudukan kaki dia...bukan dia ngada-ngada..dia jugak accident...retak tulang punggung dan tak boleh nak bergerak banyak..kesiankan...dia minum aje..tak makan..nanti susah nak buang air...erm..tu lah..tapi abang din lagi teruk kan..abang dah kudung..mahal tuh kaki...tak siapa mampu ganti...

abang syamsul,seorang polis pulak...dah lama accident...bulan 6 tahun lepas lagi...tapi besi kat dalam kaki dia tuh patah dan perlu diganti..lepas tuh kaki dia kena lahan..habis bengkak-bengkak..Allah..gerun ayeh tengok...malam tuh tak ada orang jaga dia...dia mintak ayeh buang air kencing dia yang dah penuh dalam botol...dan tolong basuh sekali..ayeh buat jaer..jijik???tidaklah...simpati dan kasihan mengatasi segala perasaan...sama ajer macam ayeh buat kat abang din kan...


kawan ayeh, annas...ayah dia accident jugak..retak tulang kat lutut...siang mak dia jaga...malam giliran dia..alahai..pengorbanan...satu masa tuh ayeh tengok ayah dia nangis,baru lepas pembedahan..mana tak sakit...kudrat dia pon dah tua..ayeh ingat lagi...doktor datang dlam bilik abang untuk bersihkan luka pembedahan kaki abang..ayeh keluar untuk bagi privasi..pastu...arghhh...kuat bunyi raungan...bukan ayhe jer terkejot...ramai yang lain terkejot jugak..ayeh tersentak..abang???ayeh masuk dala bilik dan tengok abang din dah nangis ter esak-esak...kenapa???doktor tetas jahitan kat kaki abang yang baru 2 hari..ada 3 tempat semuanya..mana abang tak menjerit..merah-merah bahagian tuh...

itulah..banyak pengalaman ayeh masa jaga bang din 3 hari...ayeh kena balik UPM dah...banyak kerja dah tertangguh...mintak maaf arr kat kawan2...ada assignmnet yang ariff tak dapat nak contribute...huhuhu...doakanlah abang ariff cepat sehat dan dapat jalani kehidupan seperti biasa walaupun tak normal...

BaB 2 : AirMatA kE sYUrgA...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah...Allah memberi kelapangan untuk ariff berkongsi bab seterusnya kitab terjemahan Imam AlGhazali nie..

MENANGIS KERANA...
....TAKUT KEPADA ALLAH SWT...





Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud ;

"ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah swt,
....berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya..."



Al-kisah...

Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu dalam diam mengikuti wanita tadi. Sampai sahaja di sebuah kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur, lelaki itu menyatakan maksud hatinya kepada si wanita.

"Lihatlah apakah orang-orang kampung sudah tidur semuanya??" seru wanita itu kepada lelaki tadi.

Maka, lelaki itu mengira maksud hatinya akan dipenuhi. Lantas dia mengelilingi kawasan itu dan meninjau-ninjau keadaan. Setelah nyata dan jelas semuanya telah tidur, dia menghampiri wanita tadi seraya berkata,

"benar...semuanya sudah tidur.."

Lalu wanita itu bertanya,

"Bagaimanakah pula pendapatmu dengan Allah?? Apakah saat ini Dia juga sedang tidur???"

Lelaki itu tersentak dengan pertanyaan tersebut. Dia menjawab dalam keinsafan mendalam..

"sesungguhnya Allah tidak pernah tidur..."

Wanita itu berkata lagi,

"sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh itu, kita lebih berhak untuk takut kepada Allah.."

Lelaki itu berlalu pergi kerana dia mulai merasa hadirnya perasaan takut kepada Allah swt..Dia pulang kerumahnya dan bertaubat.

Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya,lalu ditanya..

"Apakah yang dilakukan Allah kepadamu??"

Lelaki itu menjawab,

"Allah telah ampunkan aku kerana ketakutan aku dan meninggalkan dosa itu.."

Hikayat...

Di dalam golongan bani israel ada sorang lelaki abid yang menanggung keluarga yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan hingga tidak mampu untuk mencari nafkah pendapatan. Diperintahkan si isteri untuk mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Lantas si isteri mendatangi sebuah rumah milik orang kaya untuk meminta sedikit makanan.

"baiklah..tetapi serahkan dirimu untukku.." oran kaya itu memberi syarat. Si isteri tadi terdiam dan segera pulang ke rumahnya.

"ibu...ibu...kami lapar..jangan biarkan kami mati kebuluran..berikanlah kami makanan.." Anak-anak dirumah merengek meminta makan. Hati ibu mana yang tidak berasa terkilan dan sedih..Hatinya tidak tertahan. Dia kembali kerumah orang kaya tadi dan menceritakan perihal keluarganya. Mana tahu, terdetik simpati di hati orang kaya itu.

"Baik..tetapi apakah kau bersetuju dengan permintaanku tadi??" Orang kaya tetap dengan pendiriaannya...dan si siteri tadi mengangguk...

Namun ketika berada di dalam bilik yang sunyi itu, tubuh si isteri tadi menggeletar hebat. Orang kaya itu kehairanan..

"mengapa kamu sedemikian??"

"sebenarnya...aku takutkan Allah..." jawab beliau. Kemudian orang kaya berkata,

"Engkau takut kepada Allah sedangkan kemiskinanmu memerlukan kekayaan aku..maka sepatutnya aku lebih takut kepada Allah daripada engkau.."

Segera orang kaya membatalkan keinginan nafsunya kepada perempuan itu. Dia berikan sahaja apa yang si isteri itu tadi mahukan. Perempuan itu pulang membawa nikmat yang melimpah sehingga keluarganya menjadi senang.

Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as tentang orang kaya tadi,

"katakanlah kepada beliau, aku telah mengampuninya..."

Lalu Nabi Musa as mendatangi lelaki kaya tadi. Mereka bercerita apa yang telah terjadi.Begitulah yang tersebut dalam kitab 'Majma'ul Lathaif.

sabda baginda saw yang bermaksud ;

sesungguhnya Allah telah berfirman; "aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada Aku di dunia, aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa berasa aman daripada-Ku di dunia, Aku takutkan dia di akhirat."

Allah swt berfirman dalam surah Al-maidah,ayat 44;

"maka janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepada Aku."

pernah suatu ketika Umar al-Khatab jatuh pengsan bilamasa mendengar al-Quran dibaca. Pada suatu ketika yang lain,beliau menangis teresak-esak. Airmatanya mengalir membasahi pipi sehingga berbekas pada mukanya itu dua garis hitam bekas aliran airmata. Rasulullah saw pernah mengatakan;

"api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah"

tersebut dalam kitab 'Raqaiqil Akhbar';

pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Lantaran amalan buruknya lebih banyak, maka nerakalah tempatnya diperintahkan pergi. Kemudian, sehelai rambut dipipinya berkata;

"ya tuhanku, nabi Muhamad saw pernah bersabda, barangsiapa yang takut kepada Allah,maka Allah haramkan mata itu dalam neraka. Sesungguhnya aku pernah menangis kerana takutkan Engkau"

Lalu Allah mengmapuninya dan menyelamatkannya dari jilatan api neraka berkat sehelai bulu roma itu.

Tersebut pula dalam kitab 'Bidayatu Hidayah';

pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh,hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun perjalanan. Setiap orang hingga para nabi berkata;

"nafsi-nafsi (sendiri-sendiri)"

kecuali nabi Muhamad saw.baginda berkata;

"umat-umatku"

kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhamad berusaha menolaknya sambil berkata;

"demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang shiddiq, demi orang-orang yang khusyuk,ddemi orang-orang yang berpuasa,kembailah negkau wahai api!!!"

namun api itu tidak menghilang juga. lalu malaikat jibril as berkata,

"sesungguhnya api hendak membakar umat Muhamad"

Dan Jibril datang kepada nabi Saw sambil membawa segelas air dan berkata;

"ambillah air ini dan percikkan ia ke api"

Kemudian Nabi saw memercikkannya ke api dan api itu padam. Nabi bertanya;

"air apakah ini?"

"itulah air mata umatmu yang menangis kerana takutkan Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau percikkan ke api sehingga padam dengan izin Allah"

Rasulullah seringkali berdoa;

"Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum airmata ini habis "

Diceritakan daripada Muhamad bin Munzir ra. Bilamasa menangis, beliau mengusapkan airmata kemuka dan janggutnya seraya berkata;

"telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah akan airmata. maka hendaklah orang mukmin itu takut kepada seksaan Allah serta menahan dirinya daripada nafsu dan syahwat.."

rujukan-terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub.

Tuesday, March 15, 2011

Bab 1 : takut kepada Allah

ASSALAMUALAIKUM wrt...


terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB

....oleh IMAM AL-GHAZALI..

BAB 1: TAKUT KEPADA ALLAH












Allah SWT berfirman..

"wahai orang-orang beriman...

takutlah kepada Allah!

dan hendaklah (tiap-tiap) oang memerhatikan apa yang diusahakan besok (hari kiamat).

Takutlah kepada Allah.

sesungguhnya Allah maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"

- (qs Al-hasyr : 18)




Sesungguhnya, Malaikat,langit,bumi,siang dan malam. Pada hari kiamat,mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk...taat atau maksiat...


ariff celoteh...

jadik..di kalangan ramai kah kita

...atau bersendiri...

tak malu ke buat dosa??

tak takot ke pada Allah yang Maha tahu

apa pun yang kita berbuat

Ada Allah yg nampak

terdetik apa pun dihati

tak terlepas dari pengetahuan-Nya...


orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggotanya. Sebagaimana Abu Laits telah berkata,


"tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara"



1.) pertama pada lisannya...



lidahnya jauh dari dusta...ingat...berdasar hadis,cuma ada 3 keadaan dibenar bercakap bohong (rujuk karya ana bertajuk JUJUR...)...


bicaranya tidak kepada ghibah...alahai...lazat benar makan daging saudara kita nih...mengasyikkan...tengok2 kat akhirat...kita muflis dek gemar sangat mengumpat..


sebar fitnah jauhkanlah...dosanya lagi hina dari membunuh...kekejaman yang kita tak nampak secara kasarnya...


bercakap banyak tetapi perbualan kosong tuh hindarkanlah...xde faedah...gunakanlah nikmat suara tuh utk berzikir kepada Allah,membaca alquran (asyik-asyik novel ajer...) dan bermuzakarah ilmu...



2.) kedua pada hatinya...



campak jauh-jauh segala rasa kebencian,permusuhan dan...kedengkian terhadap sahabat-sahabat...lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan...sabda nabi SAW ;


"hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu...."

ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang sangat berbahaya...penawarnya cuma ilmu dan amal. Imam nawawi dalam kitab terjemahannya ada menggariskan...ubat hati itu ada lima perkara...nak tahu apa??? baca cerpen ana bertajuk "RUMAH SAKIT"...part yg nyanyi tuh...




3.) pada pandangannya...


maka tidak seseorang itu memandang pada makanan,minuman,pakaian dan segala hal yang haram. Tidak pula terikat pada dunia melainkan sekadar untuk emngambil iktibar...

sabda Rasulullah saw..;


"barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram,maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat."



4.) ...pada perutnya

nabi SAW bersabda;

"manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian,maka tempatnya di neraka"


ariff celoteh...


makanan non-halal (bahasa lembut skitt...) jika dimakan tak ke akan jadik darah daging kita..sedangkan kita tahu,tubuh yang haram itu pula makanannya api neraka...adeeiii...nauzubillah..


jauhilah yg syubhah (ragu-ragu) agar kita pon tak rasa ragu-ragu untuk langsung tinggalkan makanan yang tak jelas status...lagi-lagi yg haram...tersebut makanan haram kat sini bukan daging babi ajer...bukan bangkai ajer...bukan masakan non-muslim ajer...tapi..makan harta anak yatim pon haram...makan benda curi lagi-lagi la haram...makan milik orang tanpa izin pon haram...nih biasa berlaku di antara kita kawan-kawan...main hambik ajer tanpa tanya dulu siapa punya...dibuatnya dia kata aku tak halalkan...berhati.hatilah yer...


5.) ...kedua tangannya...


dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata


"sesungguhnya Allah swt telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat 70 ribu aula. Setiap aula terdapat 70 ribu pondok .Tidak ada yang boleh masuk ke situ selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah swt.."


6.) pada langkah kakinya...


seseorang itu tidak berjalan untuk maksiat,hanya mara menuju untuk taat kepada Allah,mencari mardhatillah (redha Allah), serta b=untuk bergaul dengan orang-orang solleh...


7.) ...terlihat pada ketaatannya...


taat semata-mata kepada Allah...malah takot pada sikap munafik dan riak..


= ) maka barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut,maka dialah termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah swt;


"sesungguhnya orang-orang takwa dalam kebun-kebun dan mata air syurga"


- (QS Al-hijr:45)


dan seharusnya seorang mukmin berada di antara rasa takut dan berharap...mengharapkan rahmat Allah...


al-kisah...


(cer citer...cer citer...)


pada suatu hari Nabi Daud as duduk ditempat ibadatnya. Tiba-tiba dia terlihatkan seekor ulat merah.Maka dalam hatinya berkata;


"Apa kiranya kehendak Allah menjadikan ulat ini???"


Maka denganizin Allah ulat itu berbicara;


"Wahai nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan aku agar membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illa Allah seribu kali. Sedangkan di malam hariTuhan mengilhamkan aku agar berselawat kepada Penghulu Nabi seribu kali.Lalu, apa yang kau baca agar aku mendapat faedah darimu???"


Lantas Nabi Daud menyesal menghina ulat itu. Dia beras takut kepada Allah lalu bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.


ehemm...kita pulak macamnerrr???

sama-sama muhasabah...

dan..jangan takot hantu jer lebih...

takot lah Allah...


rujukan: penenang jiwa,ms 3-5.





MenCaRi PeNeNAnG JiwA...

Salam alaik...

apa khabar emosi???stabil atau terusik??
apa khabar jasad???kuat atau sakit???
apa khabar iman???sehat atau tenat???
apa khabar hati???bergolak atau tenang???










ujian Allah datang kepada kita dalam pelbagai bentuk...

...dan berbalik kepada kita untuk menghadapinya sebagai satu bebanan atau sekadar dugaan

dan semoganya...musibah itu adalah kafarah...penghapus dosa-dosa kecil lalu...
ingat...demam tupun leh membersih noda tau...yg penting kita hadapi dengan redha...

suatu hari,ana berziarah ke rumah sahabat ana...bunyamin umar...dan ana terpaut pada sebuah buku...

PENENANG JIWA : PENGUBATAN dan RAWATAN
TERJEMAHAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB oleh IMAM AL-GHAZALI..

ana baca sekilas kata-kata pengantarnyer..

"adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang maha dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi seseorang yang bertopengkan binatang.Itulah peperangan antara RAYUAN setan dengan SERUAN tuhan...antara kebatilan dan kebenaran.."

ana terus tertarik dan apa lagi...
"bun...ariff pinjam yer buku nih.."

alhamdulillah...buku ini mampu membuat ana tenang...seolahnya ana sedang berbicara langsung dengan tuhan...dan ana sesungguhnyanya benar-benar tersentuh dengan satu hadis yang terdapat dalam kitab terjemahan ini...

"barangsiapa ditimpa bencana,lalu dia bermohon perlindungan kepada Allah,pasti Allah akan memberinya sebelum dia meminta...

...dan barangsiapa ditimpa bencana dan bermohon perlindungan kepada makhluk,pasti Allah akan tutup semua pintu langit baginya.."

Allahuakhbar...
ana selalu sahaja..
bila dirundung kesedihan kerana masalah kehidupan..
ana sms,kol kawan2...
mencari seseorang yang mampu membuat hati tenang...
tapi tak dapat...membuat ana lagi berasa hampa...
tak jumpa sesiapa...
kala itu barulah ana sedar
rupanya Allah nak kita berbicara dan menangis kepada Dia
kan Allah tak suka kita mengadu domba selain kepada-Nya
jadik...ana memilih utk bermanja dengan Allah sahaja...

insyaAllah...
ana akan aktifkan facebok dan blog ana nih balik untuk berkongsi dengan sahabat2 terjemahan kitab nih...semoga Ana diberi kelapangan...sekarang ngah bz dengan projek akhir tahun...alhamdulillah...kitab nih banyak memberi solusi untuk ana mencari cara membuat ana tenang...




Thursday, March 10, 2011

SeLamAt HaRi RaYa...

assalamualaikum wrt...

Jumaat,4 hb mac 2011...

meriah..
dengan suasana harmoni
wajah-wajah yang berseri
ana betol-betol rasa hepi
dah lama agaknya tak bersama mereka
jarang-jarang sekali dapat berkumpol
...dengan kawan-kawan....
hari ini ada kesempatan
bergotong royong di masjid
ana guna arr sebagai peluang
untuk berukhwah dengan mereka semua
...terasa macm berhari raya pulak...

tadi...
usai aje membersih laman
ana ikhtikaf sahaja di rumah Allah
malas nak balik kolej
terus tunggu nak solat jumaat
alhamdulillah...
memang beraya sakan hari ini
ana tengok banyak makanan
ada bihun,ada nasik,ada pisang..
yang diinfak oleh kariah
...mencari pahala sedekah...
di penghulu segala hari ini...
terasa suasana di hari raya pulak..

tadi...
ana nak qailullah
tidur sunnah kerana Allah
tapi mata enggan terlelap
jadik ana tulis aje sajak
dan masuklah seorang pemuda arab
ana perhatikan tingkah dia
bukan sesajer...nak mencari ilham
...ana tengok...
dari satu tabung
dan ke selang satu tabung lagi
dia hulurkan duit raya..
sekali lagi Alhamdulillah...
semoga amalan itu diberkati Allah
dn macam mana dengan ana???
Allah...sama-sama kita muhasabah...


tadi...
ana ambik wuduk
dah memang jodoh pertemuan
terserempak seorang sahabat
dia senyum kat ana...
...dan ana pun senyum jugak
tangan dihulur...ana sambut mesra
Allah..manis bangat dia senyum
itupun kan sedekah
lagi-lagi di hari jumaat
di hari raya ini
lagi manis terukir kat bibir...

tadi...
selesai aje solat jumaat
ana bertemu pulak dengan sahabat lain
kami bersalam erat
pegang tangan tak lepas-lepas
dia paut pinggan ana....dan ana paut bahu dia
beriringan berjalan sambil ceria berbicara
aduhai...
ana yang penat sesangat tadi tiber2 rasa sehat dan kuat
ahh...itulah nikmat bersahabat...
...kerana Allah...
rindu arr tuh dah lama tak jumpa
di hari raya inilah berpeluang nak bersua muka...

ermmm...
selamat hari raya
...hari jumaat...
maaf zahir batin...

Nabi Muhamad SAW bersabda :

"hari Jumaat adalah hari raya bagimu. Maka janganlah engkau berpuasa padanya kecuali sehari sebelum atau sesudahnya"-hadis riwayat Hakim.

Sunday, March 6, 2011

adik-adik ASDAF

assalamualaikum wrt...

alhamdulillah...
ana berpeluang lagi untuk bersama adik-adik...kali ini ana dapat meluangkan masa di ASRAMA DARUL FALAH (ASDAF) di bukit persekutuan...majoriti adik-adik dari kalangan anak-anak orang asli, berusia belasan tahun...

ana macam biasa la...mula-mula pergi,ana cover dulu sikap sebenar ana kat kawan-kawan...yer arr...ana nih minat sangat dengan adik-adik...kalau kat umah tuh, anak-anak buah yang jadi mangsa kena layan karenah bapak saudara dieorang nih...

adik-adik dari pelbagai suku orang asli nih memberi ana satu pengalaman baru dan ana betol-betol hepi bersama mereka..ana biasalah...adik-adik tuh dah jadik macam adik-adik ana jer...












ini adika...dari perak..suku kaum apa ana dah lupa dah...semai ke apa ntah...tapi ana suka dengar dia cakap dialek dia..apa pun ana tak faham...hehehe..adi nih pemalu orangnya tapi nakal sikit bila jumpa geng...antara adik yang manja dengan ana...bilamasa ana pegang tangan dia,dia akan pegang tangan ana balik dengan lebih erat...ana pun jadi terharu rasannya...agaknya dia rindukan sentuhan dari keluarga...jarang-jarang dapat balik kampung jumpa mak,ayah dan adik beradik...erm....masa ana nak balik UPM,ana last sekali bersama dengan dia...dan Adi memujuk ana yang sedang bersedih masa tuh..
"tak apa bang...tak dapat jumpa lagi kat dunia,kita jumpa nanti kat akhirat..."
subhanallah...terharu ana mendengar kata-kata itu...tulus dari anak berusia 15 tahun nih..sebelum ana pergi,sempat lagi ana peluk dia entah utk kali ke berapa...ermm...



Samsa..nama glamer Ansa...pemalu jugak...pendiam sikit...susah nak entertain mereka nih mula-mula..jadik,ana banyak berteka-teki dengan mereka..dan uji minda mereka dengan sedikit permainan motivasi...alhamdulillah,mereka terhibur dan makin mesra dengan ana...aish...ansa...ansa...




kembar dua orang nih ana tak sempat nak berkenalan sangat...nama pun tak kenal..ana lebih banyak bersama dengan group ana...adi,ansa,lah dan faizal...kembar bih suka menyakat ana..pantang jumpa, mesti nak 'gift five' dan buat trademark...adeii...masa nak melangkah naik bas,mereka berdua la apit ana dalam hujan...hahaha..ape ape je la kembar nih..


aini...erm...dia nih suka sangat lari daro aktiviti group...bila ana nampak dia dok termenung sesorang kat tangga dengan muka sebal dan sedih semacam...ana dekati dia dan cuba selami hati
"ai..aini..nih kenapa??tadi elok2 aje gembira...sekarang bersedih plak..." gitulah lebih kurang ana bertanya...ana tahu,adik-adik nih kalau dimanja macam nih...mesti nangis jap lagi..dan mulalah kuar airmata dia...ai..kenapa nih??
"rindu mak???ke ada kawan yang buat jahat??" ana bertanya lagi...dia diam..tapi akhirnya dia bercerita jugak
"sakit kepala..." ooo...erm..aini...aini...buat abang risau ajer..nak aje ana peluk adik nih tapi...asik...dia ni pompuan arr...serba salah ana...tapi dia kan adik2 lagi...adeii...lau adik2 laki boleh la ana peluk2 tp nih pompuan arr..macam ner nih...adeiii



ini fadzilah...atau che lah...ana panggil je lah...kacukan melayu + cina + orang asli...dia paling rapat dengan ana...coz ana banyak bagi dia motivasi untuk belajar sampai berjaya....bagus lah nih, ada ciri-ciri kepimpinan dalam diri...ngan dia la kot ana paling sedih nak berpisah...






belakang sekali tuh,yg kecik2 pakai baju biru adalah faizal...15 taun...manja sangat dengan ana...pantang ana peluk dia,makin dia peluk ana..dah macam tak mahu lepas dah...macam adika jugak manja dia nih...dia baru 3 bulan kat umah ASDAF...aii...mesti dia benar2 rindukan sentuhan famili...sebab tuh ana manjakan mereka..huhuhuh...

itulah...ana mengharap...dapat bertemu lagi dengan adik-adik asdaf nih...doakan lah..amennn...






























































insyaAllah...jumpa lagi di syurga...amenn...

Wednesday, March 2, 2011

Kerna…Aku Rindu IBU..



2 mac 2011,4.00pm..





Usai kuliah tadi..









Aku segera ke kedai makan yg letaknya sebelah perpustakaan…








Mata ini melilau mencari seseorang…






Pandangan beralih dari pekerja wanita yang sedang sibuk membasuh pinggan…ke kaunter bahagian air minuman…kearah wanita yang sedang mengemas pinggan dan sisa makanan…






Ahh…dimana dia???aku rindukan ibu saat ini…






Aku duduk di kerusi..












Sekadar menanti…




Mana tahu..
Tiba-tiba muncul…
Ingin sekali aku menatap wajahnya..
Melihat senyuman tua itu
Yang sudah lama tidak kunjung tiba…




Aku tunggu…dan tunggu…tapi hampa…
Kemana dia???
Aku rindu ibu…
Sudah tidak bekerja disini lagikah dia???

Kak Mis..
Dia bukan ibu kandung ku
Tapi dialah pengubat rindu
Kala aku menagihkan kasih seorang ibu…
Wanita dari Indonesia ini persis ibu buatku
Mungkin kerana latar kami sama
Antara kami Ada mesra…









Dia tiada hari ini
Dan aku mengundur diri
Tak mengapalah…
Esok-esok aku datang lagi…
Kerna…aku rindu ibu…


















Tuesday, March 1, 2011

ANA…Bukan Budak Baik..


Dengan nama-Nya yang Maha Cinta

Assalamualaikum wrt…





Sekadar perihalkan soal diri untuk dijadikan tauladan bersama

cintailah diri saya…
…..Selagimana saya cintakan agama
Tapi bencilah dan jauhilah saya….
Andaikata saya benci dan ketepikan agama
…”

Nabi Muhamad SAW…
hatinya membenarkan seiring lisan baginda berbicara
Kerana itu gelaran Al-Amin menjadi takhta
Tapi loni-loni nih…
Erm…
Sering saja ana berlaku jujur
Dikatakan seorang yang lurus bendul
Adeiii….
Ana bukan budak baik…
Jadi… ana nak jadik baik
Dengan akhlak yang benar…dan baik…





Teringat ana…
1 Mac , Selasa lepas..ana ke Pusat Islam UPM bertujuan belajar alquran dengan ustaz…setiap jam 530PM, ada kelas terbuka untuk semua…dan kelas yang ana pergi itu khusus untuk melancarkan bacaan…dan ana pula nak membetulkan bacaan fatihah ana..
Melangkah masuk sahaja ana ke dalam pusat sumber Masjid UPM, ana disambut dengan wajah-wajah ibu…alhamdulillah…mereka ada kesedaran walaupun sudah berusia…ana adalah peserta yang paling muda dikalangan mereka walaupun sebenarnya ana dah cukup tua dah…kemana anak-anak muda yang lain???erm…alquran perlu dipejari sampai bila-bila…masih banyak ilmu yang kita tak tahu…dan perlu kita tahu…
“Orang yang merangkak-rangkak membaca quran itu mendapat 2 pahala di sisi Allah..
Yang pertama pahala membacanya….
Dan yang kedua pahala belajar dan berusaha sungguh-sungguh untuk membacanya…
…insyaAllah…”

Jadik…buat apa nak malu belajar baca quran???ayuh kawan-kawan…kita g sama-sama nanti…nak??
Kan nak jadik budak baik..

Ingat lagi ana…
Melangkah ke kelas baca quran tuh membuat hati ana tenang saja disepanjang perjalanan…
Tiba dimasjid,ana disapa seorang sahabat…yg dah lama tak jumpa…abang Fabian
Kat tempat wuduk…ana bertemu sahabat siswa ana…nawi…
Masa ana nak balik kolej..ana terserempak dengan pegawai kaunselor yang pernah berkhidmat untuk ana…Encik AShaari..sempat kami sembang sekejap…
Kat padang kawad pulak,ana menyapa Raziman yang sedang beriadah….
Herm…apa erti semua itu???
Itulah nikmat ukhwahfillah…bersahabat kerana Allah…
Bila ramai kawan nih…kemana sahaja kita pergi…
Ada-ada sahaja senyuman dari sahabat yang membuat kita merasa bahagia dan…hepiii…
Kan nak jadik budak baik…
Kenalah berkawan dengan perbagai orang…