AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, March 25, 2011

BaB 2 : AirMatA kE sYUrgA...

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah...Allah memberi kelapangan untuk ariff berkongsi bab seterusnya kitab terjemahan Imam AlGhazali nie..

MENANGIS KERANA...
....TAKUT KEPADA ALLAH SWT...





Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud ;

"ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah swt,
....berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya..."



Al-kisah...

Ada seorang lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu dalam diam mengikuti wanita tadi. Sampai sahaja di sebuah kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur, lelaki itu menyatakan maksud hatinya kepada si wanita.

"Lihatlah apakah orang-orang kampung sudah tidur semuanya??" seru wanita itu kepada lelaki tadi.

Maka, lelaki itu mengira maksud hatinya akan dipenuhi. Lantas dia mengelilingi kawasan itu dan meninjau-ninjau keadaan. Setelah nyata dan jelas semuanya telah tidur, dia menghampiri wanita tadi seraya berkata,

"benar...semuanya sudah tidur.."

Lalu wanita itu bertanya,

"Bagaimanakah pula pendapatmu dengan Allah?? Apakah saat ini Dia juga sedang tidur???"

Lelaki itu tersentak dengan pertanyaan tersebut. Dia menjawab dalam keinsafan mendalam..

"sesungguhnya Allah tidak pernah tidur..."

Wanita itu berkata lagi,

"sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh itu, kita lebih berhak untuk takut kepada Allah.."

Lelaki itu berlalu pergi kerana dia mulai merasa hadirnya perasaan takut kepada Allah swt..Dia pulang kerumahnya dan bertaubat.

Setelah dia meninggal dunia, ada seseorang bermimpi bertemu dengannya,lalu ditanya..

"Apakah yang dilakukan Allah kepadamu??"

Lelaki itu menjawab,

"Allah telah ampunkan aku kerana ketakutan aku dan meninggalkan dosa itu.."

Hikayat...

Di dalam golongan bani israel ada sorang lelaki abid yang menanggung keluarga yang ramai. Dia ditimpa kecelakaan hingga tidak mampu untuk mencari nafkah pendapatan. Diperintahkan si isteri untuk mencari sesuatu untuk menanggung keluarganya. Lantas si isteri mendatangi sebuah rumah milik orang kaya untuk meminta sedikit makanan.

"baiklah..tetapi serahkan dirimu untukku.." oran kaya itu memberi syarat. Si isteri tadi terdiam dan segera pulang ke rumahnya.

"ibu...ibu...kami lapar..jangan biarkan kami mati kebuluran..berikanlah kami makanan.." Anak-anak dirumah merengek meminta makan. Hati ibu mana yang tidak berasa terkilan dan sedih..Hatinya tidak tertahan. Dia kembali kerumah orang kaya tadi dan menceritakan perihal keluarganya. Mana tahu, terdetik simpati di hati orang kaya itu.

"Baik..tetapi apakah kau bersetuju dengan permintaanku tadi??" Orang kaya tetap dengan pendiriaannya...dan si siteri tadi mengangguk...

Namun ketika berada di dalam bilik yang sunyi itu, tubuh si isteri tadi menggeletar hebat. Orang kaya itu kehairanan..

"mengapa kamu sedemikian??"

"sebenarnya...aku takutkan Allah..." jawab beliau. Kemudian orang kaya berkata,

"Engkau takut kepada Allah sedangkan kemiskinanmu memerlukan kekayaan aku..maka sepatutnya aku lebih takut kepada Allah daripada engkau.."

Segera orang kaya membatalkan keinginan nafsunya kepada perempuan itu. Dia berikan sahaja apa yang si isteri itu tadi mahukan. Perempuan itu pulang membawa nikmat yang melimpah sehingga keluarganya menjadi senang.

Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa as tentang orang kaya tadi,

"katakanlah kepada beliau, aku telah mengampuninya..."

Lalu Nabi Musa as mendatangi lelaki kaya tadi. Mereka bercerita apa yang telah terjadi.Begitulah yang tersebut dalam kitab 'Majma'ul Lathaif.

sabda baginda saw yang bermaksud ;

sesungguhnya Allah telah berfirman; "aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada Aku di dunia, aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa berasa aman daripada-Ku di dunia, Aku takutkan dia di akhirat."

Allah swt berfirman dalam surah Al-maidah,ayat 44;

"maka janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepada Aku."

pernah suatu ketika Umar al-Khatab jatuh pengsan bilamasa mendengar al-Quran dibaca. Pada suatu ketika yang lain,beliau menangis teresak-esak. Airmatanya mengalir membasahi pipi sehingga berbekas pada mukanya itu dua garis hitam bekas aliran airmata. Rasulullah saw pernah mengatakan;

"api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takutkan Allah"

tersebut dalam kitab 'Raqaiqil Akhbar';

pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Lantaran amalan buruknya lebih banyak, maka nerakalah tempatnya diperintahkan pergi. Kemudian, sehelai rambut dipipinya berkata;

"ya tuhanku, nabi Muhamad saw pernah bersabda, barangsiapa yang takut kepada Allah,maka Allah haramkan mata itu dalam neraka. Sesungguhnya aku pernah menangis kerana takutkan Engkau"

Lalu Allah mengmapuninya dan menyelamatkannya dari jilatan api neraka berkat sehelai bulu roma itu.

Tersebut pula dalam kitab 'Bidayatu Hidayah';

pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh,hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun perjalanan. Setiap orang hingga para nabi berkata;

"nafsi-nafsi (sendiri-sendiri)"

kecuali nabi Muhamad saw.baginda berkata;

"umat-umatku"

kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhamad berusaha menolaknya sambil berkata;

"demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang shiddiq, demi orang-orang yang khusyuk,ddemi orang-orang yang berpuasa,kembailah negkau wahai api!!!"

namun api itu tidak menghilang juga. lalu malaikat jibril as berkata,

"sesungguhnya api hendak membakar umat Muhamad"

Dan Jibril datang kepada nabi Saw sambil membawa segelas air dan berkata;

"ambillah air ini dan percikkan ia ke api"

Kemudian Nabi saw memercikkannya ke api dan api itu padam. Nabi bertanya;

"air apakah ini?"

"itulah air mata umatmu yang menangis kerana takutkan Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau percikkan ke api sehingga padam dengan izin Allah"

Rasulullah seringkali berdoa;

"Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum airmata ini habis "

Diceritakan daripada Muhamad bin Munzir ra. Bilamasa menangis, beliau mengusapkan airmata kemuka dan janggutnya seraya berkata;

"telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah akan airmata. maka hendaklah orang mukmin itu takut kepada seksaan Allah serta menahan dirinya daripada nafsu dan syahwat.."

rujukan-terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub.

2 comments:

  1. arif saya sangat suka ni. jazakallah khairan kasira

    ReplyDelete
  2. salam...erm..afwan..tapi tu lah..banyak hadis,kisah yg tiada sumber atau periwayat dia...cumanya...kisah dalam kitab nih memang memberi keinsafan...jadik,apa yg baik itu,kita jadikanlah kekuatan iman kita...saya kongsi utk bacaan menenagkan jiwa kita sahaja...jika nak berhujah,carilah hadis atau kisah yg ada sumber kuat...

    ReplyDelete