AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, March 28, 2011

iLmU MaLu 2 : KenCinG..

Assalamualaikum wrt…
Jangan baca kiranya anda jijik dan malu…

Ana sekadar berkongsikan sedikit perjalanan hidup ana untuk iktibar bersama…bukan membuka aib pada keburukan itu…dan bukan pula berbangga diri pada kelebihan itu…sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah jua…dan yang buruk itu adalah silap ana sendiri yang perlu ana perbaiki…dan ana mengharap nasihat kebenaran dari sahabat…(surah an-Nisa,4 : 79)

Ramai yang sedia maklum, kencing bukanlah perkara biasa yang boleh kita remehkan…kerana sesungguhnya Allah itu bersih dan cantik…dan Dia pun ingin hamba-hamba-Nya juga bersih dan cantik…bersih itu benar,dan sebahagian daripada iman…sehingga soal kencing pun agama kita terlalu titik beratkan…

Tidak berasa jijik ke kita dengan kencing?? Cukuplah arak itu diibaratkan sepertinya air kencing setan…cukuplah kencing orang yang berdiri itu adalah penawar kepada iblis laknatullah…dan cukuplah kencing itu bisa menjadi penyebab diseksanya kita di alam barzakh kelak..(semoga dijauhkan oleh Allah)

Tersebut dalam kitab shahih Bukhari;

Dari ibn Abbas katanya;
Nabi SAW berjalan melalui dua buah kubur lalu bersabda, “kedua orang didalam kubur ini sebenarnya sedang diseksa, tetapi bukan diseksa kerana mengerjakan dosa besar. Adapun seorang daripada keduanya tidak beristinjak dengan sebersih-bersihnya dari kencing , sedang yang lain ini suka berjalan dengan menyampaikan kata-kata yang berupa adu domba antara seorang dengan seorang yang lain atau segolongan dengan segolongan yang lain. ”

Selanjutnya baginda SAW meminta setangkai daun pelepah kurma yang masih basah, lalu membelahnya menjadi dua, kemudian setiap belah itu dipacak pada setiap kubur itu masing-masing. Para sahabat bertanya; “ya Rasulullah,mengapakan tuan berbuat demikian?”

Baginda menjawab; “barangkali ia dapat meringankan siksaan kedua orang ini selama kedua belahan daun ini belum kering.”

Ana masih ingat seusia ana masih keanak-anakan..zaman budak nakal-nakal…bilamasa saja rasa nak kencing…kami selamba aje berselindung sikit di tepi semak samun dan buang air kecil…dan pastinya tak berbasuh..mana ada air pon masa tuh…terus aje tarik zip sedangkan sisanya masih meleleh. Genap sehari suntuk, itu yang badan berbau hancing dan masam..adeii…bila dewasa sikit,perkara sama masih berulang. Cumanya,kami semua dah waras sikit. Kalau tak ada air, kami ambik daun dan dikesat ke muncung,sekadar keringkan sisa air kencing yang meleleh. Jika kebetulan hari hujan, kami ambil air yang membasahi daun-daun…itu dah cukup..alahai..itulah sikap hampir kesemua kawan-kawan ana dulu masa di kampong…kesimpulannya disini, ibubapa sepatutnya mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan sejak dari kecil lagi…risau nanti bila dah besar pon masih kekal dengan tabiat yang sama…ada ke??uiskk..ada…ana selalu aje Nampak..terutama bila ada kawan-kawan ana yang terdesak…menyiram aja kat tepi jalan…dah selesai,terus blah macam tu ajer…

Herm..bila menyentuh soal ini…ana teringat pulak satu kisah ana…kat tandas awam lelaki biasanya kan ada cubicle…ruangan terbuka untuk lelaki kencing…ana mati-mati semahunya tak nak guna bahagian itu..tapi bila tiba waktu…alahai ana terpaksa jugak…yer la..kencing berdiri dgn orang ramai leh aje jenguk-jenguk tengok…ana malu…namun suatu hari tuh,ana dari Kelantan nak ke KL…ana naik bas siang…ujian Allah datang la masa ana dalam perjalanan…ana tak tertahan-tahan nak kencing…tak sedap duduk dan muka mengerut manjang…ana terpaksa juga mintak abang driver berhenti kat mana-mana stesen minyak..ana nak ke tandas..ujian Allah datang lagi….tandas tuh ada satu aje sedangkan orangnya ramai menunggu..ada la 2 cubicle sink..adeii..ana dah tak tahan…dan nak tak nak..ana terpaksa juga tebalkan muka guna cubicle tuh…dan kencing berdiri…apapun,Alhamdulillah…ana masih bersyukur kerana ana jumpa jugak tandas…dibuatnya abang driver tuh berhenti tepi jalan…tak ke lagi padan muka…

herm…sahabt semua pun ana yakin,pernah hadapi perkara yang sama…dan selalu aje ana Nampak lelaki yang terdesak macam nih kena menyiram ajer tepi jalan..dalam keadaan ini apa yang patut kita buat???ana kongsikan satu hadis nih yer…petikan dari kitab shahih bukhari..

Dari Hudzaifah katanya; “aku ingat bahawa aku berjalan-jalan dengan rasulullah SAW dan lalu baginda mendatangi satu tempat pembuangan sampah suatu kaum. Baginda berdiri disitu sebagaimana kamu berdiri. Kemudian baginda membuang air kecil. Aku menjauhkan diri daripadanya, tetapi baginda memberikan isyarat kepadaku. Oleh itu aku mendatangi baginda dan terus berdiri dekat denagan tumit baginda yakni membelakanginya sampai baginda menyelesaikan hajatnya.”

Erm..jadik lepas nih…kalau ada kawan kita terdesak kat tepi jalan,jangan biarkan dia sesorang je…teman dekat dia agar dia rasa selamat…dan dapat melindungi dia…yer lah..pasti kita rasa tak selesa kan dengan kenderaan yang lalu lalang,tapi terpaksa…nak terkencing punya pasal,bimbang pun bimbang lah…dah darurat dah…jadi,bila kita disisi dia,dapat la buat dia rasa lega,selesa dan selamat…insyaAllah..orang yg lalu lalang tuh pon akan faham dan maklum dengan keadaan macam tuh…

Ana jugak nak kongsi balik kisah ana pasal kencing nih semasa ana berkesempatan tinggal di hospital selama 3 hari…sebelum tuh baca dulu hadis shahih bukhari nih;

Dari anas bin malik bahawasanya Nabi SAW melihat seorang arab yakni seorang arab yang tinggal dipedalaman atau pergunungan, ia kencing dalam masjid. Kemudian baginda bersabda; “biarkan saja orang itu”. Setelah ia selesai hajatnya,nabi lalu meminta air dan menuang diatas kencing lelaki arab tadi.

Tengok cara nabi…berhikmahnya…

Jadik sahabat…keadaan di dalam wad hospital nih bercampur-campur…kita boleh lihat geng kat sebelah kiri dan kanan.. kebanyakan pesakit dalam wad yang ana tinggal tuh pesakit yang agak teruk,tak boleh bangun,patah kaki,patah tangan,baru lepas pembedahan… time nak kencing,berak…memang susah…perlukan bantuan seseorang…siang hari, ada la ramai saudara mara yang datang ziarah…tapi jangan lama-lama yer…dibuatnya pesakit tuh nak kencing berak…kesian dia…mereka nih kencing berak kat katil tuh ajer…ada botol dan mangkuk tandas bergerak disediakan…lau malam,kebanyakan tak ramai pesakit yg ada saudara mara temankan…jadik,bila botol kencing penuh,saper nak uruskan??herm..segal ler nak mintak nurse tolong…nurse semua pompuan…adeii…sebagai contoh abang ana..bila dia kencing,botol dah penuh ana yang ambik buang ke tandas dan basuh botol tuh…ada sekali tuh,ada seorang pesakit mintak ana yang tolong buang dan basuhkan air kencing dia..dia Nampak malu,tapi ana buat selamba je…ana tak kisah…jijik ke?malu ke??tidak…masa tuh perasaan simpati dan kasihan menidakkan segala perasaan lainnya…ana tak pasti la mereka basuh kencing ke tak…tapi tisu sentiasa aje tersedia…boleh la diguna buat istinjak..

Herm…itu aje la kot perkongsian ana serba sedikit pasal kencing nih…malu??hehehe..Agaklah…tapi untuk ilmu…ana cuba buang rasa malu untuk berkongsi…sharing is caring..betol tuh…

Ada teguran,silakanlah…salam alaik…

No comments:

Post a Comment