AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, March 28, 2011

iLMu MaLu..

27 mac 2011..malam..

ana sedang berborak-borak dengan kawan ana masa tuh...bunyamin dan lan..

seorang sahabat ana tuh sedang baca blog...dan tajuknyer sekitar tentang perbezaan air mani,air mazi dan wadi...dan tercetuslah perbincangan kami sekitar topik...malu dan aib...erm...apa kena mengena plak yer???

ana teringat dulu...ana pernah bagi tazkirah pasal perbezaan semua nih...dan ana selamba ajer sebut..walaupon masa tuh ada jugak kawan2 ana yg wanitanya kat dalam surau...malu??erm..memang...bila berbicara pasal nih dengan kawan2...lagi-lagi kawan pompuan kita...ana pon malu...tapi tengok apa tujuan dan niat asal kita..ana berkongsi kerana...ilmu...

ana baca kitab shahih bukhari..

mujahid berkata, "tidak aku suka menuntut ilmu dari seseorang yang malu menuntutnya"

Aishah pula berkata "sebaik-baik kamu wanita adalah kaum wanita daripada sahabat Anshar. Mereka tidak dihalang-halangi oleh perasaan malu untuk mendalami ilmu agama."

kami bertiga bersembang sekitar isu itu..erm..ana maklum..masih ramai yang tak tahu perbezaan antara air mani, mazi ...yang mana najis dan tidak..yang mana wajib mandi ataupon tak...dan apa itu wadi... ana ambik plak kesempatan itu dengn bertanyakan satu persoalan..

"agak-agak..pompuan nih mimpi basah macam kita tak??"

dan ana memberi jawapan... Dari ummu salamah katanya; " Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah saw lalu bertanya; 'Ya Rasulullah,sesungguhnya Allah itu tidak malu dari apa yang hak yakni kebenaran. Apakah seorang wanita itu wajib mandi apabila dia bermimpi iaitu bermimpi bersetubuh sampai keluar airmani?? ' Nabi SAW lalu bersabda; 'ya,jika dilihat memang ada airmani di tubuh atau pakainnya' Ummu Salamah menutup wajahnya lalu bertanya lagi; 'Ya Rasulullah,apakah wanita itu ada yang bermimpi yang sedemikian itu?' Baginda menjawab; 'benar...semoga tenang sajalah tanganmu...dan tenteramlah kiranya hatimu dan menjadi puas dengan jawapan ini. Wanita itu dapat mengeluarkan mani...kalau tidak, dengan sebab apa anak wanita itu dapat menyerupai rupanya dengan ibunya??' "

jadik..jelas bukan kawan-kawan..ini hadis sahih bukhari. Itu cerita orang pompuan..ini cerita orang lelaki pulak..

Dari Ali katanya; "aku adalah lelaki yang banyak keluarkan mazi..iaitu air yang keluar dari kemaluan akibat bergurau senda dengan perempuan...lalu aku menyuruh Miqdad supaya bertanyakan kepada Nabi SAW apakah itu wajib mandi atau sekadar berwuduk saja dan Ali malu untuk bertanya sendiri kerana Nabi adalah mertuanya lali Miqdad pergi bertanyakannya"

Inipun hadis dari kitab shahih Bukhari...nampak??nampak???Ali pon ada rasa malu nak bertanya soal macamnih..inikan pula kita kan...tapi nak tak nak..kita kena bertanya kerana ini adalah ilmu...

ana bercerita kepada kawan ana nih...dulu Aishah mengikis aje kesan airmani kat pakaian nabi kerana airmani bukan najis...kawan ana nih bertanya..erm..boleh ker kita bercerita pasal rumahtangga kita??tak ke itu mengaibkan??

Erm..ana menjawab...sahabat..Aishah bercerita kerana Nabi adalah role model utk umatnya...nabi menyampaikan ilmu Allah kepada kita...tapi kita tak payahlah nak bagi contoh tentang keadaan rumahtangga kita bila sahabat bertanya...cukup kita bagi contoh hadis2 dari nabi..tak gitu??

erm...pernah tak apabila seseorang...selalunya cikgu kita...bertanya soalan atau pendapat..kita pon pikir dan pikir...dan adalah jawapan atau pendapat kita...tapi kita malu nak bersuara..yer lah...takot salah pulak...tak ke malu..tak ke aib..herm...ana selalu aje macam tuh dulu..tup..tup...bila cikgu ana bagitahu jawapan..eh..betollah dengan jawapan ana tadi...kenapalah ana tak bagitahu aje tadi...herm...baca hadis Bukhari nih...

Dari Abdullah bin Umar bahawasanya Nabi SAW bersabda..



" 'sesungguhnya dari pepohon itu ada sebuah pohon yang tidak akan gugur daunnya dan pohon itu dapat diibaratkan sebagai seorang muslim kerana seluruh bahagian pokok itu dapat dimanfaatkan oleh manusia. Cuba kalian katakan kepadaku,pohon apakah itu?'



Para sahabat ketika itu mengira bahawa pohon itu terletak di daerah pedalaman. Tetapi dalam hatiku terlintas bahawa ia adalah pohon kurma...tapi aku malu untuk menyatakan pendapatku itu.Lalu para sahabat yang lain bertanya;



'beritahukan kepada kami,pohon apakah itu?'



dan Baginda menjawab;



'pohon kurma'



Aku (Abdullah) lalu bercerita kepada ayahku perihal itu,berkaitan aku malu untuk menyatakan pendapat aku. Ayahku Umar berkata;



'andaikata kamu katakan,maka yang demikian itu lebih aku senangi daripada demikian, yakni malu untuk menyatakn pendapat yang ia rasakan benar' "



erm..jadik,jangan malu-malu lah kita yer..



itu aje la...andai ada teguran,silakanlah...sesingguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari ana sendiri...salam alaik...

No comments:

Post a Comment