AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, October 31, 2011

BiLa raSa kiTA semPuRnA...

assalamualaikum wrt...
kisah hidup untuk perkongsian bersama

...bila rasa kita baik
ada lagi yg lebih baik...

"ariff...ok tak markah test kau aritu??" seorang sahabat bertanya. Ana baru sahaja berlabuh dikerusi ketika itu, menunggu bas ke kuliah.

"Alhamdulillah...boleh tahan lah...tak fail dan tak banyak...lebih kurang..." ana menjawab samar-samar.

"erm..markah aku tak memberangsangkan larr..." dia mengeluh.

"tapi mesti dah luluskan??" ana cuba menceriakan hatinya. Ana tika itu yakin,sekurangya dia lulus ujian itu...tapi dia berdiam diri dengan soalan ini.

Sahabat yang seorang ini dalam semester tambahan, sama seperti ana...dan merupakan senior ana...tapi ana melihat kepada kelebihan yang dia ada...dia merupakan pelajar ijazah pendidikan...InsyaAllah,ada jaminan kerja. Sedangkan ana...banyak persaingan yang perlu ana tempuhi untuk beroleh kerja nanti...

Di dewan kuliah, kami baru dapat kertas jawapan ujian lepas. sebelumnya, kami cuma mendapat markah melalui sistem online maklumat pelajar.

"ariff...dapat berapa markah??" seorang sahabat ana yg sedang mengambil master dalam bidang yg sama bertanya.

"?8 je.."

"wah...lagi hebat dari orang la nih..."

Ana cuma tersenyum. Ana lihat markahnya yang tertera di bahagian depan kertas jawapan.

?7 markah.

cuma satu markah kurang daripada ana...sekilas terdetik di hati...markah ana tak ada lah tinggi...kurang pon tak...sedang-sedang ajer...tapi ana bersyukur. Kemampuan ana sebagai seorang penuntut ijazah menyamai kemampuan seorang pelajat master.

"tak aci la macam nih...ariff dapat lebih satu daripada orang" sahabat ana itu berseloroh. Ana tidak mahu mati dalam senda itu dan tidak mahu hadir riak dalam diri.
Ana membalas gurauan tadi yg membuat dia ketawa dan semoga dia senang hati. Yerlah...mungkin dia rasa tercabar apabila markah ana tinggi sikit dari dia sebab dia sebagai seorang pelajar master,sepatutnya mesti lagi power...

"Ahmad pon lebih satu daripada ariff..."

kenyataan itu membuat sahabat ana itu tertanya.

"apa yang lebihnya???"

"ariff pelajar ijazah sedangkan Ahmad dah amik master..."

ana tersenyum.dan dia ketawa.tapi itulah hakikatnya.ana perlu sedar dimana ana sedang berada...lagipun Ahmad memang rujukan ana. Mungkin kali ini itu adalah ujian untuknya...

berada dalam keadaan mana sekalipon, ana sebolehnya cuba tidak mahu merasa lebih...
kiranya kepayahah ini mendekatkan lagi ana kepada cinta-Nya
dan kesenangan itu menjarakkan ana dari ingat kepada-Nya
ana memiloih untuk berada di sini...

Tuesday, October 11, 2011

KerAnA SaYanG...

assalamualaikum wrt...

alhamdulillah...baru sahaja selesai ujian 1 subjek kaedah matematik..tapi yg pasti, ujian hidup ini tak akan berkesudahan untuk kita tempuhi....Ujian itu bukanlah beban, kerana Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan kita sendiri...cuma kita perlu berbalik kepada satu persoalan yg Allah sendiri utarakan...

"apakah kamu kira akan ke syurga sedangkan kamu belom lagi diuji seperti umat-umat yg terdahulu???"

kerana sayang....
dan ingin melihat kita ke syurga
Dia memberi ujian iman
setahap mana cinta kita kepada Dia..

seringkali melangkah sendiri pulang usai kuliah, ada airmata mengiringi...perasaan ini sungguh payah, tapi kaki dipaksa juga mara ke hadapan...kerana apapun yang berlaku,hidup mesti diteruskan...biar diri terseksa dan menderita, asalkan mereka bahagia...

kerana sayang...
buat ibu...
keluarga...
biar beban ini digalas sendiri untuk melihat kalian bahagia...

Ayah dah pun kembali ke rahmatullah
kehilangan pada usia yang sudah dewasa
sudah mampu berdiri sendiri
tetapi sepanjang itu telah banyak kenangan dan harapan tercipta
membuat hati lagi payah menahan sedih
dan insaf...

kerana sayang...
Allah terlebih dahulu mengambil ayah pergi
agar kita mampu mencari redha dan sabar
atas apa yang telah, sedang dan bakal berlau...

hermm...
sedang mendengar lagu lau kana bainana
seandainya Rasulullah sedang bersama dengan kita
hmmm...seandainya Baginda ada
nak luahkan segalanya
hanya dia manusia yg boleh memahami hati ini
setelah Allah...
Hanya dia...

kerana sayang...
cuba untuk tidak lari dari sunnah dan al-quran
agar nanti dapat ke syurga...

Friday, October 7, 2011

CanTiK TulisAn AwaK...

"cantiknya tulisan awak...awak tulis sendiri ke?" wanita di kaunter itu memuji. Ana cuma tersengeh berbahasa-basi. Ada banyak urusan yang nak di selesaikan, ana tidak ada masa untuk melayan lebih jauh dengan pujian itu.

"ha ah..." ana menjawab ringkas. Ana tidak merasa tulisan ana itu cantik.

"jarang tau tulisan lelaki macam nih..." suara wanita itu terdengar lagi masa ana mula melangkah untuk beredar. Tiba-tiba pula ana teringat pada ayah...

"buruk benar tulisan kamu ni...ayah nak baca pun susah " marah ayah pada ana ketika meminta dia menandatangani satu borang dari sekolah. Ana menjadi tidak keruan. Hodoh sangat kah tulisan ana tuh??

"nanti ubah tulisan kamu tuh...biar elok-elok sikit..." ayah memberi nasihat. Ana sekadar mendengar.

sejak dari itu, ana mencuba pelbagai gaya tulisan. Ana cuba tulis kemas-kemas,cantik-cantik...ana nak buktikan pada ayah,ana boleh...

"kau rasa cantik ke tulisan kamu macam nih...iskk...ubah la tulisan tuh..." seorang jiran ana menegur. Ana dah rasa tulisan itu cantik...tapi??? ermm...

ana tidak berputus asa. Sehinggalah ana betol-betol berjaya mengubah tulisan ana...tak adalah cantik sangat...tapi boleh lah...pastinya...kalau arwah ayah masih ada pada hari ini, dan mendengar pujian wanita tadi...ayah akan berbangga...

tulisan yang cantik itu mencerminkan kita bagaimana...seprang yg sambil lewa kah. pengemas kah atau kecar-kacir...sebelum membaca apa yang kita tulis,mata orang itu terlebih dahulu lihat tulisan kita bagaimana...pandangan pertama memberi impak dan mempengaruhi tindakan seterusnya....biar orang gembira membaca dengan tulisan kita yang cantik...dan kemas...

Wednesday, October 5, 2011

...BaS kE KuLiaH...

Ada orang berkenderaan yang dia punya
Ada orang naik bas sahaja
…macam saya…
Apapun bersyukur kerana kemudahan tersedia…

Ada orang naik bas sendirian
Nak cepat-cepat katanya
Ada orang berdua, ramai-ramai, atau berkumpulan
Bukan kah lebih indah bila berteman???

Ada orang bosan,jemu,angin satu badan dan macam-macam
Bila menunggu bas lama-lama
Ada orang sabar….
Kerana masanya itu terisi dengan zikir, beramah mesra atau membaca

Ada orang terkejar-kejar ditinggal bas
Mengharap belas pemandu
Ada orang masih mundar-mandir berjalan
Sedangkan pemandu dah menyampah tunggu
Empatilah dengan keadaan seseorang
Kena kat batang hidung baru tahu…

Ada orang bising-bising bas dah penuh
Ada orang redha dan faham
…sekurangnya masih ada ruang…
Berilah dan kongsilah tempat
…. selagimana muat….

Ada orang rimas ,menyumpah seranah atau bermasam wajah bila berhimpit-himpit
Ada orang istighfar…
Ya Allah..peliharalah kami dari perkara yang tidak baik
Meminta doa insyaAllah….dapat..
daripada berbuat perkara yang tidak memberi manfaat..

ada orang sempat duduk di kerusi
ada orang terpaksa berdiri
itu lebih baik daripada berjalan kaki

ada orang berebut-rebut masa nak naik
isk..kita dah dewasa,bukan lagi budak kecik…
ada orang beratur penuh sopan dan disiplin
herm..orang macam ni boleh dibuat naik pelamin…

ada orang turun dan berterima kasih
budi bahasa kan budaya yang manis…
ada orang bersahaja tak kata apa-apa
alahai dik…senyumlah sikit…

ada orang...macam-macam...
lain orang lain ragam
ini baru tunggu bas nak ke kuliah
alahai…inilah kehidupan…