AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Wednesday, October 5, 2011

...BaS kE KuLiaH...

Ada orang berkenderaan yang dia punya
Ada orang naik bas sahaja
…macam saya…
Apapun bersyukur kerana kemudahan tersedia…

Ada orang naik bas sendirian
Nak cepat-cepat katanya
Ada orang berdua, ramai-ramai, atau berkumpulan
Bukan kah lebih indah bila berteman???

Ada orang bosan,jemu,angin satu badan dan macam-macam
Bila menunggu bas lama-lama
Ada orang sabar….
Kerana masanya itu terisi dengan zikir, beramah mesra atau membaca

Ada orang terkejar-kejar ditinggal bas
Mengharap belas pemandu
Ada orang masih mundar-mandir berjalan
Sedangkan pemandu dah menyampah tunggu
Empatilah dengan keadaan seseorang
Kena kat batang hidung baru tahu…

Ada orang bising-bising bas dah penuh
Ada orang redha dan faham
…sekurangnya masih ada ruang…
Berilah dan kongsilah tempat
…. selagimana muat….

Ada orang rimas ,menyumpah seranah atau bermasam wajah bila berhimpit-himpit
Ada orang istighfar…
Ya Allah..peliharalah kami dari perkara yang tidak baik
Meminta doa insyaAllah….dapat..
daripada berbuat perkara yang tidak memberi manfaat..

ada orang sempat duduk di kerusi
ada orang terpaksa berdiri
itu lebih baik daripada berjalan kaki

ada orang berebut-rebut masa nak naik
isk..kita dah dewasa,bukan lagi budak kecik…
ada orang beratur penuh sopan dan disiplin
herm..orang macam ni boleh dibuat naik pelamin…

ada orang turun dan berterima kasih
budi bahasa kan budaya yang manis…
ada orang bersahaja tak kata apa-apa
alahai dik…senyumlah sikit…

ada orang...macam-macam...
lain orang lain ragam
ini baru tunggu bas nak ke kuliah
alahai…inilah kehidupan…

No comments:

Post a Comment