AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, October 31, 2011

BiLa raSa kiTA semPuRnA...

assalamualaikum wrt...
kisah hidup untuk perkongsian bersama

...bila rasa kita baik
ada lagi yg lebih baik...

"ariff...ok tak markah test kau aritu??" seorang sahabat bertanya. Ana baru sahaja berlabuh dikerusi ketika itu, menunggu bas ke kuliah.

"Alhamdulillah...boleh tahan lah...tak fail dan tak banyak...lebih kurang..." ana menjawab samar-samar.

"erm..markah aku tak memberangsangkan larr..." dia mengeluh.

"tapi mesti dah luluskan??" ana cuba menceriakan hatinya. Ana tika itu yakin,sekurangya dia lulus ujian itu...tapi dia berdiam diri dengan soalan ini.

Sahabat yang seorang ini dalam semester tambahan, sama seperti ana...dan merupakan senior ana...tapi ana melihat kepada kelebihan yang dia ada...dia merupakan pelajar ijazah pendidikan...InsyaAllah,ada jaminan kerja. Sedangkan ana...banyak persaingan yang perlu ana tempuhi untuk beroleh kerja nanti...

Di dewan kuliah, kami baru dapat kertas jawapan ujian lepas. sebelumnya, kami cuma mendapat markah melalui sistem online maklumat pelajar.

"ariff...dapat berapa markah??" seorang sahabat ana yg sedang mengambil master dalam bidang yg sama bertanya.

"?8 je.."

"wah...lagi hebat dari orang la nih..."

Ana cuma tersenyum. Ana lihat markahnya yang tertera di bahagian depan kertas jawapan.

?7 markah.

cuma satu markah kurang daripada ana...sekilas terdetik di hati...markah ana tak ada lah tinggi...kurang pon tak...sedang-sedang ajer...tapi ana bersyukur. Kemampuan ana sebagai seorang penuntut ijazah menyamai kemampuan seorang pelajat master.

"tak aci la macam nih...ariff dapat lebih satu daripada orang" sahabat ana itu berseloroh. Ana tidak mahu mati dalam senda itu dan tidak mahu hadir riak dalam diri.
Ana membalas gurauan tadi yg membuat dia ketawa dan semoga dia senang hati. Yerlah...mungkin dia rasa tercabar apabila markah ana tinggi sikit dari dia sebab dia sebagai seorang pelajar master,sepatutnya mesti lagi power...

"Ahmad pon lebih satu daripada ariff..."

kenyataan itu membuat sahabat ana itu tertanya.

"apa yang lebihnya???"

"ariff pelajar ijazah sedangkan Ahmad dah amik master..."

ana tersenyum.dan dia ketawa.tapi itulah hakikatnya.ana perlu sedar dimana ana sedang berada...lagipun Ahmad memang rujukan ana. Mungkin kali ini itu adalah ujian untuknya...

berada dalam keadaan mana sekalipon, ana sebolehnya cuba tidak mahu merasa lebih...
kiranya kepayahah ini mendekatkan lagi ana kepada cinta-Nya
dan kesenangan itu menjarakkan ana dari ingat kepada-Nya
ana memiloih untuk berada di sini...

No comments:

Post a Comment