AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, October 7, 2011

CanTiK TulisAn AwaK...

"cantiknya tulisan awak...awak tulis sendiri ke?" wanita di kaunter itu memuji. Ana cuma tersengeh berbahasa-basi. Ada banyak urusan yang nak di selesaikan, ana tidak ada masa untuk melayan lebih jauh dengan pujian itu.

"ha ah..." ana menjawab ringkas. Ana tidak merasa tulisan ana itu cantik.

"jarang tau tulisan lelaki macam nih..." suara wanita itu terdengar lagi masa ana mula melangkah untuk beredar. Tiba-tiba pula ana teringat pada ayah...

"buruk benar tulisan kamu ni...ayah nak baca pun susah " marah ayah pada ana ketika meminta dia menandatangani satu borang dari sekolah. Ana menjadi tidak keruan. Hodoh sangat kah tulisan ana tuh??

"nanti ubah tulisan kamu tuh...biar elok-elok sikit..." ayah memberi nasihat. Ana sekadar mendengar.

sejak dari itu, ana mencuba pelbagai gaya tulisan. Ana cuba tulis kemas-kemas,cantik-cantik...ana nak buktikan pada ayah,ana boleh...

"kau rasa cantik ke tulisan kamu macam nih...iskk...ubah la tulisan tuh..." seorang jiran ana menegur. Ana dah rasa tulisan itu cantik...tapi??? ermm...

ana tidak berputus asa. Sehinggalah ana betol-betol berjaya mengubah tulisan ana...tak adalah cantik sangat...tapi boleh lah...pastinya...kalau arwah ayah masih ada pada hari ini, dan mendengar pujian wanita tadi...ayah akan berbangga...

tulisan yang cantik itu mencerminkan kita bagaimana...seprang yg sambil lewa kah. pengemas kah atau kecar-kacir...sebelum membaca apa yang kita tulis,mata orang itu terlebih dahulu lihat tulisan kita bagaimana...pandangan pertama memberi impak dan mempengaruhi tindakan seterusnya....biar orang gembira membaca dengan tulisan kita yang cantik...dan kemas...

1 comment:

  1. salam..memang ada dar sudut psikologi,,bahawa tulisan mencerminkan perwatana org tu..

    naseblah tulisan CT kemas..hee~~

    jemput datang blog saya jugak ye..

    ReplyDelete