AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Monday, November 28, 2011

bila mata-mataku...

bila mata lihatku...
...nampak keayuan
ingin aku terus menatapnya
...dengan cara yang halal...

bila mata akalku...
...khayalkan keindahan
ingin aku jadikan ilusi itu satu kenyataan
...dengan cara yang benar...

bila mata nafsuku...
...asyik dan terpesona
ingin aku suka padanya
...dengan cara yang Allah suka...

bila mata hatiku...
...disapa cinta
ingin aku segera memiliki dia
...dengan cara yang sempurna...

~ aku ingin sebuah cinta yang bernyawa...

Sunday, November 27, 2011

aku tak sempurna...

apa yang baik dariku...ambillah...
apa yang buruk padaku...tegurlah...

apa yang cantik aku pada matamu
pujilah Allah...
apa yang jelek aku di pandanganmu
akulah salah...

apa yang kau suka bersamaku
aku pun bahagia
apa yang kau benci disampingku
maafkanlah...

...aku tak sempurna...

apa yang kau mahu dariku
aku memberi
apa yang kau menolak padaku
aku tak mengapa

apa yang ada aku pada fikirmu
itulah aku seadanya
apa yang tiada aku pada akalmu
hanya aku sahaja yang tahu
itu rahsiaku...

apa yang membuat kamu ketawa
aku sedia ada bersama
apa yang membuat kamu berairmata
aku pun setia ada bersama

aku perlukan kamu
dan kamu juga
kerana kita tak sempurna
dan saling perlu...

Wednesday, November 16, 2011

BiLa HaTi KaTa suKa..

"eh...pencil box.."

ana membelek-belek pencil box yg ditinggalkan di atas meja itu. Ana baru sahaja selesai membasuh cawan kotor di sinki foyer aras 3 blok kolej. Siapa punya nih? Hati ana dah berkenan pada pencil box itu. Simple tetapi uniknya ada tanda kenang-kenangan 'KOLEJ 6' pada badannya. Kebetulan, ana memang mencari pencil box...kawan ana baru aje hilangkan pencil box ana.

"aku mesti dapatkan pencil box ni..."

Itu tekad ana. Boleh sahaja ana terus mengambil pencil box itu, tetapi ana tahu ianya bertuan. Lagi pula, ana sedang bersendiri, ada hasutan suruh ana ambil sahaja.. Tapi takutkan Allah menidakkan tindakan itu. Ana perlu tahu milik siapa pemiliknya dan meminta izin. Ana yakin dan ana perlu 'be a gentleman' untuk mendapatkannya.

Waktu lain ana ke sinki foyer, pencil box itu sudah tiada di atas meja. Ahhh...sudah...mata ana mencari-cari ke segenap sudut.aahh...ada rupanya...tersimpan di satu tempat. Ini tidak boleh jadi, ana perlu bertindak cepat sebelum terlepas ke tangan orang. tekad semakin kuat.

"Hasmil,pencil box ini siapa punya yer?"

Ana bertanya kepada seorang sahabat yg berada di situ pada ketika lain pulak. Pencil box itu berada di atas meja lagi.

"eh, tak tahu lah..."

Jawapan hampa yang diberi.Tidak mengapalah...kalau ada rezeki,adalah nanti.

"Ya Allah...aku berkenan untuk memiliki pencil box itu...kurniakanlah ianya kepada aku..."

ana berdoa usai solat tadi. Ana betol-betol mahukan pencil box itu.Kiranya ana berjaya mendapatkannya, ana akan menghargai ia sungguh-sungguh.

"hadi...pencil box siapa ya kat atas meja kat foyer tuh? Yang ada tulisan KOLEJ 6?"

Ana bertanya seorang sahabat. Mungkin dia tahu.

"Owh..itu special edition punya. Kalau ariff nak, boleh dapatkan dekat pejabat."

"Tapi macam mana? takkan semudah itu kot...hadi boleh tak tanyakan kat kawan-kawan hadi, siapakah pemilik pencil box tuh??"

"erm..baiklah..nanti hadi tanya"

Namun, jawapan yang ana dapat sekali lagi mengecewakan.

"mereka tak tahulah milik siapa. Pelajar Junior rasanya."

ermm...erm..

"ariff...ada helmet tak?"

seorang sahabat yg lain datang ke bilik, ingin meminjam topi keledar.

"hah...ada...nak pinjam ambillah...tapi buruk sikit.."

"tak apa..."

"ah ya Mus...pencil box atas meja kat depan foyer tuh siapa punya yer?"

ana beranikan diri bertanya. Buat tak malu. Dah hati kata mahu...ana perlu berusaha mendapatkannya.

"owhh..itu kawan saya punya. Kenapa?"

"alhamdulillah...siapa yer Mus? saya berkenan lah dengan pencil box itu."

"erm..nanti saya bagitahu dia...boleh sahaja rasanya. Saya yakin dia akan kasi"

Dan...alhamdulillah. Ana berjaya mendapatkan apa yang ana mahu dengan cara yg diredhai Allah insyaAllah.

MORAL: bila hati kata suka...milikilahlah si dia dengan cara yang Allah suka...
hari ini ana dapat pencil box, lain kali nak dapatkan isteri solehah pula..

Tuesday, November 15, 2011

sAyA saYanG iBu...

saya sayang ibu...

cahaya senja pada wajahmu...ibu...
masih memancar sinar cinta
biarpun kudrat dan usia dimamah waktu
kasihmu berkekalan membawa ke syurga...

ada garis-garis halus
menampakkan wajah tua
tetapi senyuman mu yang tulus
membuat anak-anakmu tidak pernah jemu
untuk terus menatapnya...

izinkan aku mengucup tangan kasarmu
yang dulu lembut membelai
disepanjang mendewasakan aku

biar aku memeluk tubuh kurusmu
yang dulu gagah merangkul aku
di waktu kecilku

dan ingin sekali aku mencium dahimu
tidak mahu menunggu
kucupan yang terakhir
mengiringi ibu pergi...

~ saya sayang ibu...

Saturday, November 12, 2011

bErsaNgKa BaiK..

~ Hakimi ralit mendongak ke langit, menikmati kedamaian birunya. Ada awan putih berarak perlahan dibawahnya. Subhanallah...sungguh tenang dan indah sekali pemanadangan itu. Tiba.tiba...

PekkKkk..

Seekor burung membuang najisnya dan jatuh tepat ke mata Hakimi. Hakimi terkesima. Apakah tindakan sewajarnya yg dia buat. Hakimi berfikir sejenak. Patutkah dia marah-marah...tetapi kepada siapakah sebenarnya marah itu nanti terarah. Muhasabah seketika itu menghadirkan tawaduk dan qanaah.

"Alhamdulillah....Allah menjadikan burung tadi boleh terbang, bukannya seekor gajah..."

Akhirnya, Hakimi bersangka baik kepada Allah. Setiap yang terjadi, dia yakini ada hikmah.Ahh...Balasan ke atas dosa apakah sedang aku terima?? Mungkin itu juga yang sedang Hakimi insafi.

>>>> itu sebuah kisah yg ana dapat semasa menghadiri satu ceramah. Pernah atau tidak anda mengalami situasi sebegitu?? Mungkin berbeza tetapi keadaannya hampir sama.

Suatu hari ana sedang menunggu giliran untuk membeli tiket komuter. Ana baru pulang dari kampung, bercuti hari raya korban. Orang terlalu ramai dan sesak sehingga terpaksa membuat 4 barisan. Maka, ana mengambil keputusan untuk tunggu dulu di tepi tangga. Ana memang tidak suka crowded. Jaket yg ana pakai dibuang, panas pula rasa membahang. tidak berapa selepas itu...

Pekkk...

seekor burung membunag najisnya tepat jatuh ke lengan kanan ana. Ana cepat-cepat membersihkannya menggunakan daun-daun pokok renek yang timbuh meliar di situ. Ana tidak marah sebaliknya tergelak kecil pula.

"Alhamdulillah...ana dah pecat jaket tadi..jika tidak mesti habis kotor melekat najis tadi.."

"Alhamdulillah...kena kat lengan...mudah nak dibersihkan...bayangkan kalau kena kat belakang..."

"Alhamdulillah...tak ada siapa yang melihat...mungkin Allah mahu mengkhifarahkan dosa-dosa.."

~ bersangka baik kepada Allah semasa hayatmu...semoga dipenghujung nyawa nanti pon kita pergi dalam keadaan bersangka baik juga kepada-Nya...

Thursday, November 10, 2011

FitRaH..

CERPEN : FITRAH

...di setiap jiwa insan itu ada kebaikan...

kala aku bukakan mata
dunia masih hitam
tiada cahaya yang menyuluh jalan kehidupan

"Good morning, Darling..."

suara manja dan menggoda seorang gadis yang aku miliki secara haram menyapa. Pandangan aku masih berpinar. Kepala pula berdenyut kencang. Sakit. Memeningkan. Mual.

"You mabuk teruk semalam.."

Suara tadi terdengar lagi. Kain langsir yang menjadi tabir tingkap disingkapnya. Aku melarikan wajah yang disimbah terik mentari.

"Matahari dah tegak atas kepala.Cepatlah Darling, pergi mandi. You kena temankan I pergi shopping, then kita ke PARTIIIIII..."

Aku tidak endahkan permintaan itu. Keriangan yang cuba ditimbulkan pun langsung tidak membuat monyokku bersemangat. Aku mengangkat semula wajah, melayang pandang ke luar jendela. Ada hijau pepohon yang damai dihembus bayu. Ada kicau burung yang berlagu merdu.Dan...ada cahaya yang menerangi dunia.

"Aku mahu pulang ke asal..."

Spontan ayat ini meniti di bibir.

"What!!!?? Apa yang you tiba-tiba merepek nih?You mabuk lagi ya?"

Persoalan gadis yang sedang berdiri hampir dengan aku itu diiringi ketawanya yang galak.

"Sampai bila kita mahu hidup dalam kegelapan macam ini.."

Aku menutur kata dengan tenang. Setenang perasaan yang sedang aku alami. Perasaan yang bukan aku paksa. Perasaan yang hadir secara tiba-tiba tetapi suci dan ikhlas terbit dari sebuah keinsafan.

"What's wrong with you, Darling?? Owhh...semalam you mabuk-mabuk,kemudian you tertidur,then you bermimpi you kena seksa kaT neraka, bukan? Lepas itu, ada pak cik tua berjubah putih dengan janggut panjang dan berserban suruh you insaf. Bila sahaja you tersedar tadi, terus you kata nak berubah kan?Begitu? Hahahha..you buat kelakar lah tengah hari buta ni Darling..."

Aku membiarkan gadis itu dengan andaian dia sendiri. Ketawanya juga makin galak dan memanjang.

"Mulai saat ini, I bebaskan you daripada hidup I dan I nak You pun begitu. I nak hidup bebas daripada kejahatan yang pernah I buat selama ini..."

"Hahaha...Come On, Darling.I rasa, you pergi mandi dulu, tenangkan diri you yang masih mabuk, pening,bercelaru dan..."

"PLEASE!!!Tolong pergi daripada hidup I. NOW!!!!"

Aku berkeras kali ini. Tidak mahu lagi bertangguh. Hidayah yang sedang Allah berikan kepada aku ini tidak selalu datang.

"OK.FINE!!! I berambus sekarang tetapi lepas ini you jangan terhegeh-hegeh cari I balik..."

Sepi. Tinggal aku sendiri.Ini adalah keputusan nekad yang julung kali aku buat.Arghh...aku tiba-tiba dikejar bayangan hitam, kisah hidup yang dilimpahi noda. Aku merenung kejahatan demi kejahatan yang pernah aku lakukan. Namun, Allah masih memberi aku kebaikan demi kebaikan. Tidak pernahpun Dia meminta imbalan. Percuma sahaja. Tidak malukah aku hidup dengan nikmatnya sedangkan aku bergelumang dengan maksiat, kehinaan dan dosa.

Entah kuasa apa yang tiba-tiba berjaya menyentuh keinsafan di hati aku. Tersedar dari lena yang panjang semalam, aku merasa seperti dilahirkan smeula.

"ahhh...aku masih hidup...terima kasih Tuhan..."

Itu adalah ayat pertama yang terdetik memulakan nafas baru hari ini.

Aku tersentak dari muhasabah hati setelah ada airmata menuruni pipi. Aku kesat dihujung jari, menyekat esakan ini yang seolah tidak mahu berhenti. Aku melangkah mendapatkan almari pakaian. Aku selongkar mencari satu khazanah yang sudah terlalu lama aku lupakan ~ senaskhah al-Quran. Aku peluk kitab suci itu dan terduduk dalam tangisan.

"Maafkan aku, Ya Allah..."

Aku menatap ayat-ayatnya yang terkandung di dalam. Lama benar mata ini tidak melihat perkara kebaikan. Memori lama mula menari-nari di ruang ingatan.

Zaman kanak-kanak pun hadir. hanya waktu itu ayat-ayat suci al-Quran fasih dialun. Sejadah menjadi hamparan setiap kali mengerjakan sembahyang. Berbeza pula di usia remaja ini. Lagu-lagu yang melalaikan menjadi nyanyian, jauh sekali aku hendak membaca al-Quran. Al-Fatihah pun sudah terkial-kial untuk aku sudahkan. Solat lima waktu pula tidak lagi wujud dalam diari seharian. Semuanya hitam.

"Astagfirullahal azim..."

Aku tahu, masih ada jalan pulang. Aku perlu melangkah sekarang, bukan nanti. Aku tidak mahu menunggu kerana mati itu tidak menentu.

Benar, betapa banyaknya dosa yang tercatat, tetapi aku yakini Allah itu Maha terima taubat. Sudah fitrah di setiap jiwa insan ada kebaikan. Kenapa aku ingin menidakkan?? Aku perlu mencari kebaikan itu untuk menjadi seorang hamba yang baik.

Bila nanti aku pejamkan mata
...selamat tinggal dunia
kerana ada Allah dan syurga di sana yang berkekalan menemani kehidupan.

kEhiLanGan...

sajak ini ariff nukilkan istimewa buat arwah ayah dan sahabat2 yang sedang dirindui.
ariff sayang ayah dan kawan2 semua...

KEHILANGAN

mana mungkin
engkau sentiasa berada di samping
ada waktu...sendiri aku di sini
ditemani memori dan rindu...

sejauh manapun jarak yang memisahkan
tetap terasa engkau dekat selalu
sepantas apapun masa yang memisahkan
tetap setia namamu terpahat di kalbu

namun satu suratan
yang harus tabah ku terima
setelah pertemuan adalah...
...kehilangan...

ku yakini
pada takdir itu yang telah tertulis
cuma aku masih payah menemui
kekuatan sendiri...

ku insafi
kau kembali kerana Tuhan lebih menyayangi
cuma aku yang tertinggal di sini
mana mungkin mencari pengganti..

ku mengerti
kau pergi bukan kerana membenci
cuma kasih yang pernah kau beri
membuat aku menangis
menuntut sebuah janji...
...kehilangan...

mana mungkin kan datang
bila namamu ku seru pulang
mana mungkin ada di sisi
bila saja ku bukakan mata
mana mungkin terdengar suara
hanya aku sendiri berbicara

berlalulah hari-hari
membawa harapan yang terkubur mati
cukuplah sampai di sini
detik indah kita bersama
mana mungkin terulang setelah...
....kehilangan...

engkaulah temanku
di saat ketawa ataupun airmata
banyaknya cerita yang tercipta
banyaknya pengorbanan yang dicurahkan
banyaknya rahsia di antara kita

dan berakhirlah semua
sendiri aku tanpamu
sendiri aku pasrah dalam kepayahan
sendiri aku mengulit kenangan
sendiri aku berjuang
sendiri aku yang memahami
terpisah kita kerana...
...kehilangan...

ku berdoa
pada Tuhan yang mengatur seluruh kehidupan
semoga kita kan berjumpa lagi
tidak di dunia
nanti di syurga sana
dan terhapuslah....
....kehilangan...

Wednesday, November 9, 2011

niat VS riak

Allah itu cantik ~Maha Cantik~…

Dan ana juga mahu menjadi seorang mukmin yang cantik

Cantik itu bukan sekadar pada rupa dan akhlak…malah penampilan juga…sebab itulah ana suka berpakaian kemas, baru dan segak…

“erm..akhi…ana tunggu enta kat depan foyer…ana nak kemas diri depan cermin besar kat sana kejap…”

Itulah antara rutin ana sebelum ke kuliah. Ana akan pastikan penampilan ana pada hari itu tidak ada cela dan meyakinkan. Semoga ana dapat melangkah dengan selesa. Cuma kadang2…hadir jugak rasa bangga..

>>> fabrik baju nih lembotnyer…betol-betol rasa selesa..mesti banyak mata yang memandang…baju nih memang mahal tapi merupakan hadiah dari seorang kawan…

kawan-kawan,tengoklah…tengoklah…

>>> erm…rambut dah kemas belum…dah kot…biar sesuai dengan bentuk wajah…tak ada lah hensem pon…tapi adalah rupa…biar orang melihat nanti,rasa suka ajer…

>>> pakai cermin mata ke tak payah pakai?mana lagi elok…rasanya lagi yakin tak pakai…tapi siapa yang kisah???iskkk…pakai spek tak hensem sangat larhhh…

>>> seluar jeans nih dah kemas ke tak…lau tak kemas,nak melangkah pon segan…ada ke orang kisah???eh…mesti adalah…

Dan macam-macam lah perasaan yang datang ganggu ana…

Astagfirullahalazim…

Ana lupa niat ana buat semua itu…kerana manusiakah atau kerana Allah???

Kenapa perlu kebaikan itu membuat jadi riak??

Cepat…cepat…betol kan niat…

<<< ana pakai baju baru,selesa dan menarik ini bukan nak menunjuk-nunjuk…tapi untuk menjadi model seorang mukmin yang kemas, cantik dan sedap mata orang2 memandang..

<<< ana kemaskan rambut,wajah,pakai wangian…sekadar menghargai anuerah tuhan nih…kena la jaga elok2 …bila kemas, wajah pon Nampak berseri dan cerah…senyum sikit pon dah manis…bukan ker membuat hari-hari orang lain bahagia dengan wajah yang indah,ceria dan bermanis muka itu sedekah

<<< apa sahaja ana berbuat…bukan nak tarik perhatian orang…mereka kisah ke tak…yang pasti,Allah suka hamba-Nya cantik dan kemas…

Ana sekadar berkongsi perbualan ana dengan hati ana sebenarnya…monolog diri…bukan nak berbangga atau riak…Cuma apa yang baik itu sama2 kita jadikan ikutan…hati yg ikhlas atau tidak sebenarnya urusan kita dengan Tuhan…apapon,sama-sama kita perbaiki nawaitu…perelok niat…jangan jadi riak…

Jika aku niat kerana syurga
Maka aku akan mendapat syurga
Jika aku niat kerana Allah
Maka kau akan mendapat keduanya…

Wallahuaklam…

Tuesday, November 8, 2011

beLukAR

“betol ke kat sini dik??”

Ana bertanya mendapatkan kepastian. Musykil pula melihat belukar yang tebal dan tempatnya yang jauh dari penduduk. Cuma orang kampung yang menoreh sahaja datang ke sini untuk menjalankan rutin.

“betol lah cikgu…kat dalam sikit je lagi..kat sana banyak batu…cikgu pilih aje nak yang sebesar mana…”

Adik angkat ana itu meyakinkan.Ana sekadar mengikut langkahnya yang semakin jauh kedalan belukar.Pohon-pohon yang menjalar dipijak berhati-hati,takut tersadung pulak nanti. Dahan-dahan pokok renek yang menghalang laluan ditepis,bimbang menconteng baju ana yang putih. Seluar jeans ana pun dah berselut dan berlumut.

“jauh lagi ke dik…pacat banyak nih”

Ana merungut bila melihat pacat-pacat yang bersaiz besar dan menggelikan mula berkejar-kejar mendapatkan kami berdua. Ana semahunya berlari sepenuh hati menjauhi pacat-pacat itu, tapi misi ana untuk mendapatkan batu sungai mesti diteruskan. Batu sungai itu ana nak jadikan batu nesan kubur arwah ayah…batu sungai kata orang,hidup…makin membesar…benda hidup macam pokok kan bertasbih sentiasa…sesuai dijadikan batu nesan…

“sikit lagi cikgu…depan lagi…”

Adik angkat ana itu terus melangkah laju, Ana sedikit ketinggalan dibelakang. Bukan tidak biasa, tetapi sudah lama meninggalkan hutan. Zaman kecil dulu, hutan lah yang menjadi taman permainan. Takan pacat….ana ambik dan gentel-gentelkan tanda geram bila dengan rakusnya menghisap darah ana.Namun tidak lagi sekarang…

“hah...mana sungainya dik???tak Nampak sungai pun…hutan tebal lagi nih…ini tempat apa pulak nih..???macam pelik aje cikgu tengok..”

Ana membising bila jalan mati yang kami ketemui. Kawasan kami berhenti itu seperti baru sahaja ditinggalkan seseorang. Muat 2,3 orang. Kawasan itu membentuk bulatan dan dikelilingi belukar yang tebal dan tinggi-tinggi belaka. Ahh…ana mula rasa tak sedap hati…

“adik rasa kat sini la cikgu…”

“tapi…ini macam tempat panas aje dik…tengok tuh…ini botol apa nih??ini apa nih…barang apa nih??”

Ana mula meninjau kawasan itu. Ada botol air dan straw tiub.Mula-mula tadi ana ingatkan tempat pasangan remaja memadu kasih. Bila jumpa bahan-bahan mcam nih,fikiran ana meneka ini mesti kerja penagih!!!Patot la ada trek ke sini. Ana dan adik angkat ikot aje laluan yang dah sedia ada. Ingatkan membawa kami ke sungai…rupa-rupanya…

“eh…ada rangka &*%^$& la dik…dah..bllah…blah…nanti kita pulak kena tuduh…”

Ana terkejut sangat bila ternampak kerangka *&^&%%$% yang dah dioperate. Isk…budak mana yang buat,entah lah…Ana cepat2 beredar…takot kami dikaitkan pulak dengan kes nih..Nih tulis kat blog ni pon,memang berani mati larr nih…hehehe….sekadar nak berkongsi pengalaman ajer…dah lama dah benda nih berlaku...

Erm…
Merujuk kepada situasi diatas…
Masalah remaja macam nih
Dah biasa ana sendiri jumpa dan deal..
Bukan ana selesaikan…tapi mendengar masalah mereka yang pernah terlibat
Mereka dah bertaubat dah pon
Tak buat lagi dah kerja macamnih
Dulu pon ikot kawan2

Tuesday, November 1, 2011

biCArA anAk KeciL...

ana tinggal dirumah seorang sahabat ana. Rumahnya 3 tingkat dan bilik ana ditingkat paling atas. Pemandangan waktu malam memang indah,membuat lelap ana yang selalunya tidur sendirian terhibur lena...tapi bukan itu yang ana nak kongsikan...kisah ini tentang anak jiran yang berumur 7 tahun...

"abang ariff...boleh tak adik nak terjun dari tingkap nih?macam seronok aje adik tengok..." anak kecil itu bertanya dengan wajah selamba...terkejot ana dibuatnya..

"eh...jangan...mana boleh...adik tak takot mati??nanti jatuh kang...pecak kepala,patah kaki...adik nak??" ana cuba menakot-nakotkan dia...spontan semua itu terkeluar,tanpa ana berfikir dulu rasionalnya ana cakap begitu dengan seorang kanak-kanak...yer lah...saper tak terkejot..

sejak itu, ana sentiasa awasi dia,lagi-lagi setiap kali dia ke bilik ana di tingkat 3 itu...bila ana nampak dia main-main di tingkap,ana segera nasihatkan dia,kadang-kadang ana terus tutup tingkap tuh...adeiii....saper tak takot...kata-kata dia tempih hari seoalah-olah mengugut ana pulak..

suatu malam, ana melayang pandang ke luar jendela seperti biasa. mencari-cari pemandangan indah untuk menjamu mata. Dihadapan ana adalah rumah adik tadi. Terkejot ana...ana tengok dia sedang panjat tingkap rumahnya yang searas ana...mujur tingkap itu terkunci. Ana tengok dia terhegeh=hegeh disitu,sekadar memanjat dan kemudian berlalu.

"eh...adik buat apa nih dik...."

ana cepat menegur anak kecil itu...dia sedang memanjat tingkap bilik ana.

"dah...dah...turun...jatuh nanti..." ana mula panik. Dia panjat sampai ke bumbung dah.

"ala...adik nak tengok pemandangan kat sebelah sana aje" Dia bijak memberi alasan

"eh...tak payah...jatuh nanti...adik tak takot mati??" ana sekali lagi meningatkan...ermm..dah berkali-kali...

"ala...Tom dan Jerry tuh jatuh bangunan banyak kali pon...tak mati..."

erkkk....

~speechless

inilah dia hebatnya penangan kartun menjajah minda anak kecil kita...
apa yang ana nak jawab???
hohohohoh...

kepada ibubapa dan bakal ibubapa

kiranya kepasa semua orang lah kan...

awasi anak kecil kita
kawal setiap tingkah laku mereka
fahami pemikiran mereka
dan jawab setiap persoalan mereka yang terdedah dengan dunia luar melalui kaca tv tuh dengan berhikmah...

"adik...Tom dan jery tuh karton...buat macam mana pon dia tak mati...adik kartun ker??bukan kan...lain kali jangan buat mcm tuh lagi...mak ayah sayang lagi kat adik...kalau adik jatuh nanti,menangis mak dan ayah adik...adik nak tengok mereka menangis tak??"

erm...