AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Thursday, November 10, 2011

FitRaH..

CERPEN : FITRAH

...di setiap jiwa insan itu ada kebaikan...

kala aku bukakan mata
dunia masih hitam
tiada cahaya yang menyuluh jalan kehidupan

"Good morning, Darling..."

suara manja dan menggoda seorang gadis yang aku miliki secara haram menyapa. Pandangan aku masih berpinar. Kepala pula berdenyut kencang. Sakit. Memeningkan. Mual.

"You mabuk teruk semalam.."

Suara tadi terdengar lagi. Kain langsir yang menjadi tabir tingkap disingkapnya. Aku melarikan wajah yang disimbah terik mentari.

"Matahari dah tegak atas kepala.Cepatlah Darling, pergi mandi. You kena temankan I pergi shopping, then kita ke PARTIIIIII..."

Aku tidak endahkan permintaan itu. Keriangan yang cuba ditimbulkan pun langsung tidak membuat monyokku bersemangat. Aku mengangkat semula wajah, melayang pandang ke luar jendela. Ada hijau pepohon yang damai dihembus bayu. Ada kicau burung yang berlagu merdu.Dan...ada cahaya yang menerangi dunia.

"Aku mahu pulang ke asal..."

Spontan ayat ini meniti di bibir.

"What!!!?? Apa yang you tiba-tiba merepek nih?You mabuk lagi ya?"

Persoalan gadis yang sedang berdiri hampir dengan aku itu diiringi ketawanya yang galak.

"Sampai bila kita mahu hidup dalam kegelapan macam ini.."

Aku menutur kata dengan tenang. Setenang perasaan yang sedang aku alami. Perasaan yang bukan aku paksa. Perasaan yang hadir secara tiba-tiba tetapi suci dan ikhlas terbit dari sebuah keinsafan.

"What's wrong with you, Darling?? Owhh...semalam you mabuk-mabuk,kemudian you tertidur,then you bermimpi you kena seksa kaT neraka, bukan? Lepas itu, ada pak cik tua berjubah putih dengan janggut panjang dan berserban suruh you insaf. Bila sahaja you tersedar tadi, terus you kata nak berubah kan?Begitu? Hahahha..you buat kelakar lah tengah hari buta ni Darling..."

Aku membiarkan gadis itu dengan andaian dia sendiri. Ketawanya juga makin galak dan memanjang.

"Mulai saat ini, I bebaskan you daripada hidup I dan I nak You pun begitu. I nak hidup bebas daripada kejahatan yang pernah I buat selama ini..."

"Hahaha...Come On, Darling.I rasa, you pergi mandi dulu, tenangkan diri you yang masih mabuk, pening,bercelaru dan..."

"PLEASE!!!Tolong pergi daripada hidup I. NOW!!!!"

Aku berkeras kali ini. Tidak mahu lagi bertangguh. Hidayah yang sedang Allah berikan kepada aku ini tidak selalu datang.

"OK.FINE!!! I berambus sekarang tetapi lepas ini you jangan terhegeh-hegeh cari I balik..."

Sepi. Tinggal aku sendiri.Ini adalah keputusan nekad yang julung kali aku buat.Arghh...aku tiba-tiba dikejar bayangan hitam, kisah hidup yang dilimpahi noda. Aku merenung kejahatan demi kejahatan yang pernah aku lakukan. Namun, Allah masih memberi aku kebaikan demi kebaikan. Tidak pernahpun Dia meminta imbalan. Percuma sahaja. Tidak malukah aku hidup dengan nikmatnya sedangkan aku bergelumang dengan maksiat, kehinaan dan dosa.

Entah kuasa apa yang tiba-tiba berjaya menyentuh keinsafan di hati aku. Tersedar dari lena yang panjang semalam, aku merasa seperti dilahirkan smeula.

"ahhh...aku masih hidup...terima kasih Tuhan..."

Itu adalah ayat pertama yang terdetik memulakan nafas baru hari ini.

Aku tersentak dari muhasabah hati setelah ada airmata menuruni pipi. Aku kesat dihujung jari, menyekat esakan ini yang seolah tidak mahu berhenti. Aku melangkah mendapatkan almari pakaian. Aku selongkar mencari satu khazanah yang sudah terlalu lama aku lupakan ~ senaskhah al-Quran. Aku peluk kitab suci itu dan terduduk dalam tangisan.

"Maafkan aku, Ya Allah..."

Aku menatap ayat-ayatnya yang terkandung di dalam. Lama benar mata ini tidak melihat perkara kebaikan. Memori lama mula menari-nari di ruang ingatan.

Zaman kanak-kanak pun hadir. hanya waktu itu ayat-ayat suci al-Quran fasih dialun. Sejadah menjadi hamparan setiap kali mengerjakan sembahyang. Berbeza pula di usia remaja ini. Lagu-lagu yang melalaikan menjadi nyanyian, jauh sekali aku hendak membaca al-Quran. Al-Fatihah pun sudah terkial-kial untuk aku sudahkan. Solat lima waktu pula tidak lagi wujud dalam diari seharian. Semuanya hitam.

"Astagfirullahal azim..."

Aku tahu, masih ada jalan pulang. Aku perlu melangkah sekarang, bukan nanti. Aku tidak mahu menunggu kerana mati itu tidak menentu.

Benar, betapa banyaknya dosa yang tercatat, tetapi aku yakini Allah itu Maha terima taubat. Sudah fitrah di setiap jiwa insan ada kebaikan. Kenapa aku ingin menidakkan?? Aku perlu mencari kebaikan itu untuk menjadi seorang hamba yang baik.

Bila nanti aku pejamkan mata
...selamat tinggal dunia
kerana ada Allah dan syurga di sana yang berkekalan menemani kehidupan.

No comments:

Post a Comment