AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Sunday, December 25, 2011

KesEdiHan iNi...

BiLa MaSa MerAsaKan SebuAh KeseDiHan...
sEjENaK cUba BAyanGkaN...KeIndAhaN sYUrGa...
NaNtI dIsaNa...TerHaPus LaH aiRmaTa...
KerANa WalaUpoN seSaAt CUmA...
KebAHagIanNya BerPanJaNgAn...



KiTA sEriNgKaLi mENcAri SoLusi
UntUk HenTiKaN TanGis
...Yg SeiRiNg SeDiH...



KiTa CuBa HiBurKan HaTi
AgaR waRnaNya SecEriA peLanGi
tiDaK laGi GerImiS...

FamiLi...HanYa MaMpU DiHubUnGi
DaRi KeJaUHan
YaNg HanYa meNgGamit LaGi RinDu UntUk PuLaNg



SaHaBaT yaNg DitUjU
TidAk SelALu PunYa WakTu
DaN TeRtiNgGaL KiTa SenDiRi di SitU





AkHiRnYa...
BaRu KiTa SeDaR...
PaDa SiaPa HenDaK meMiNTa...
dAn meLuaH RaSa...



MuHaSabAh berSamA ALLAH SeKetiKa...
Apa KitA SanGkA
KaLa iNi KitAlaH inSAn yaNg paLiNg SediH????
BagaiMaNa PuLa DenGaN mEreKa???

DiA buKaNLaH iBu KiTa
...TaPi Dia SeoRaNg WanITa TuA
YaNg BerJuaNg UntUk KehIduPan YaNg BeRsiSa...








DiA PuN sAMa
DiA buKaNLaH AyaH
cUmA seOrAng LeLaKi YaNg TiDaK KiTa KenaLi
ApA KitA tidAk PeduLi???








DaN mEreKa juGa...
teRus HidUp UntUk MeNeriMa
...dAn PerJUanGkAn TakDir iNi...













KiTa YaNg BarU diUji SediKiT
TiDaK maLuKaH UnTuk berSEdiH???

AndAiKaTa MeReKa MudAH mEnaNGis
PaDA TakDir iNi
MaKa MeReKa TELah TeWas
DaLaM pErjuAngAn seBUah KEhiduPAn...

La Tahzan...
Allah setia ada
dan ana...sedia bersama
insyaAllah...
seiring kita perjuangan kesedihan ini...

Sunday, December 18, 2011

BulAtAn kaMi...

bulatan ini...



ada orang panggil dulang
ada yang kata itu talam
...dan macam-macam...

di dalamnya diisi nasi




tapi...kalau cuma nasi
ermm..kurang lazat dan enak...

mesti ada lauk
~baru sodappp





kena taruh kuah
~hadampun mudah

sayur ada juga
~nutrien untuk sehat



nyumm...nyum...nyum...
jom kita makan
santapan untuk jasad

lagi romantik kalau...
saya suapkan awak
dan awak pula suap saya





hohoho...

tapi...bukan bulatan ini
yang saya hendak cerita






itu cuma mukadimah...


...ukhwah ikhwah...











bulatan inilah bulatan kami
ada orang panggil usrah
ada yang kata itu halaqah
...dan macam-macam...

di dalamnya ada seorang pengisi
naqib/naqibah yang disayangi
dan juga ada kami...



'besau bebenau hati ana dapat bersahabat dengan enta'
~ini dialog orang melaka

'yolo doh tuh...ana pon suko sunggoh jupo dengan sek antom semo nih..'
~err...pekatnyer dialek kelantan dia..

'cheq dah habaq kat hang berdua..dok dalam bulatan nih memang baguih dok adaaa..'
~jauh dari kedah datangnya dia

Johor...selangor...Kuala Lumpur...
...dan macam-macam...
ermm...dari pelbagai latar kami kenal
bersama dalam bulatan ini
berpaksikan satu matlamat dan tujuan
...islam akan kami daulatkan...
kalau bukan kami...siapa lagi kan???



paling menarik sekali
kami saling berkongsi
enta bacakan alquran
kemudian antum terjemahkan serta tadabur
hang ceritakan sirah
demo terangkan hadis
kamu bentangkan akhlak
...dan macam-macam...
banyak ilmu kami pelajari
agar kami fahami
sebelum memahamkan orang lain...

ada seorang sahabat...
dia tak makan nasi kerabu
ada budu katanya
sedangkan kawan kami dari kelantan suka sangat-sangat
lalu seseorang ingatkan

'makan lah apa yang ada
kita makan untuk hidup
bukan hidup untuk nikmat makan...'

begitu juga dalam bulatan kami
ada ikhwah tak suka main bola
ada juga tak suka qiamulail ramai-ramai
ada yang cuma suka halaqah sahaja
...dan.macam-macam...
lalu murabbi kami nasihatkan

'berbuatlah apa yang ada digariskan
kita berdakwah bukan hanya untuk diri sendiri
jauh matlamat kita...kita dakwah untuk ramai
jadi...kita kena cuba jadi semua orang...'



~ saya selalu sematkan dalam hati
saya berukhwah bukan kerana ikhwah
saya bertemu dan berpisah kerana Allah...

peace...

Sunday, December 11, 2011

cerpen : SenAsKaH muQadDaM...

“Iqra’…
bacalah…
bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan…”




“Sungguh…aku tak pandai walaupun satu ayat…”

Haniff menudukkan wajah. Ayat-ayat al-Quran dihadapannya kelihatan berterabur, seolah-olah menari di ruang mata. Asing. Terlalu janggal buatnya. Perlahan, mushaf itu ditutup.

“ermm…kalau benar kau mahu belajar dengan aku..baiklah. Kita akan mulakan dengan muqaddam. Aku akan ajar dari awal..”

Wajah mendung Haniff tadi bertukar menjadi ceria. Gembira mendengar harapan yang diberi.

“Terima kasih, Hafiz…aku akan peruntukkan masa satu jam sehari untuk belajar dengan kau nanti. Aku nak cepat pandai. Nanti aku boleh baca quran seperti kawan-kawan yang lain. Aku nak jadi seperti kau. Suara sedap.Bertaranum. Tajwid tepat.”

Haniff menggenggam tangan Hafiz tanpa sedar. Teruja. Hafiz sekadar tersenyum simpul. Dia sudah biasa dengan bermacam pujian. Maklum sahaja, sudah banyak pertandingan tilawah al-Quran yang dijuarainya.


Tok..Tok..Tokk..

“Assalamualaikum…”

Haniff mengetuk pintu bilik Hafiz yang berada di tingkat 3. Mengahnya yang berlari anak dari biliknya di aras bawah tadi masih belum hilang.Semangatnya sedang berkobar-kobar. Setelah berjumpa dengan Hafiz petang semalam, dia tidak mahu menangguh waktu untuk belajar. Senaskah muqaddam yang baru dibelinya kemas di dalam pelukan. Sudah lama dia mahu belajar, baru sekarang dia bertemu dengan seseorang yang dipercayai dan disenangi untuk menuntut ilmu. Bukan dia memilih, tetapi dia malu. Sudah berusia sebegini masih tidak mengenal alif, ba, ta…

“Waalaikumsalam ..hermm..kau Haniff..”

Hafiz membuka pintu setelah salam yang ke 3 diberi. Hafiz mengenyeh-ngeyeh mata, baru bangun dari tidurnya. Haniff tiba-tiba diserbu rasa bersalah. Termati niat asalnya, tidak mahu mengganggu.

“maaf…aku tak tahu kau tidur lagi..”

Haniff mencuri-curi lihat jam ditangannya. Ahh…sudah pukul 11.30 pagi.

“semalam aku tidur lewat. Siapkan assignment. Biasalah cuti-cuti hujung minggu ni. Berjaga malam. Siangnya boleh tidur panjang.. ”

Hafiz memberi jawapan, seakan dapat membaca persoalan yang bermain di fikiran Haniff.

“Haniff, kalau tiada apa-apa yang mustahak, aku nak sambung tidur lah…aku tak cukup tidur lagi. Maaf ya.. ”

“err…tak ada apa-apa…kau pergilah tidur…”

Dan, Haniff berlalu membawa harapan dan semangatnya yang melayu.
‘Allah…esok kan masih ada..’
Dia cuba bersangka baik dan berfikir positif. Tidak mahu membunuh cita-citanya. Senaskah muqaddam dalam dakapannya semakin erat.





Brrr..brrr…brrr…

Telefon bimbitnya bergetar. Ada panggilan dari haniff. Hafiz mengeluh sebelum menjawabnya. Dia sedang bersembang di ruang maya saat itu. Benar, dia rasa sedikit tidak senang. Baru semalam tidurnya terganggu oleh orang yang sama.

“ermm..maaflah Haniff…hari ini tak bolehlah. Hujung-hujung minggu macam ni susah sikit. Kejap lagi aku nak keluar dengan kawan. ”

“kalau esok??”

“esok??erm..insyaAllah boleh…tapi malamlah..siangnya jadual kuliah aku padat. Macam ni lah weii…kau cari video bacaan muqaddam kat you tube dulu. Kau hafal dulu alif, ba, ta…nanti cek dengan aku. Senang sikit…setiap huruf yang kau sebut tu dihitung pahala tahu…”

“ermm…baiklah…”

Haniff akur. Dia yang mahukan Hafiz. Jadi dia terpaksa mengikut cara Hafiz.

~ nak berjaya bukan mudah…aku kena kuat dan tabah berusaha.
~ Bukankah mujahadah itu payah kerana syurga itu indah…

Haniff sematkan kata-kata itu sebagai penguat semangat. Namun, lebih kepada memujuk hatinya sendiri. Tidak mengapalah. Dia boleh mendengar bacaan orang lain. Haniff memasang rakaman video bacaan al-Quran oleh Hafiz sewaktu pertandingan mewakili kolejnya. Senaskah muqaddam dihadapannya direnung. Lama. Ada airmata membasahi pipi.

‘Allah…alangkah bagus kalau aku sendiri yang membacanya…’



Tuuttt…tuttt…tuttt…

- Salam alaik. Hafiz. Pukul 11 nanti aku ke bilik kau. Nak belajar baca quran.

Satu pesanan ringkas diterima setelah 8 panggilan dibuat haniff tadi diabaikan. Dia baru teringat, semalam mereka ada berjanji.

- Salam. Ermm.Haniff. maaf, aku sedang meeting. Habis lewat malam ni. Lain kali ok.

Hafiz membalas. Sekali lagi, Haniff mengulum senyum tawar. Hendak buat baik pun susah. Itu getus hatinya.Dan, masa pantas bergerak. Hari ke hari, pergi begitu sahaja. Hafiz seolah-olah lupa pada janjinya. Haniff kecewa.




“Hafiz,ini ada hadiah dari seseorang untuk kau…jangan Tanya apa-apa. Bukalah dulu…”
Azam, rakan sebiliknya menghulurkan bungkusan itu. Hafiz membukanya lambat-lambat. Namun, perasaan ingin tahunya tetap hadir meminta dia segera melihat isinya.




“muqaddam…”

Perkataan itu lancar meniti dibibir, berbisik ditelinganya sendiri. Ada sekeping nota disertakan bersama.

Salam alaik…
Hafiz..
Bacalah..bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan…
Mungkin kau sibuk dengan urusan seharian
Sehingga suntuk waktu untuk membaca al-Quran
dan mengajar aku membacanya pula
Maka aku hadiahkah senaskah muqaddam ini
Yang ringkas dan mudah
Agar kau baca
Alif…ba…ta…
Bukankah Setiap huruf yang kau sebut itu dihitung pahala…

Aku bukan bermaksud untuk menyakiti hatimu
Aku Cuma mahu ingatkan kamu
Apa yang pernah kau ingatkan aku
Agar kamu bersyukur
Kerana masih ramai yang mahu baca al-Quran
Tetapi tidak pandai
….sepertimana aku…

Hafiz…Bacalah…

Hafiz tersentak. Pantas Sedar akan kesilapannya.

“maafkan aku Haniff…”



Tadi, Hafiz segera menuruni anak tangga, menuju ke bilik Haniff. Namun, dia tiada di situ. Telefon bimbitnya gagal dihubungi. Berpuluh panggilan dan pesanan dibuat.

“dia nak pergi meeting…katanya…”

Seorang kenalan membantu.Memberi sedikit informasi.

“kat mana?”

“dah nak zohor ni..aku rasa…”

Belum sempat ayat itu dihabiskan, Hafiz bergegas ke sana. Surau. ‘meeting’ dengan sang pencipta.

“tiada apa untuk dimaafkan…kau dah banyak membantu. Rakaman suara kau mengaji menjadi teman aku.”

“terima kasih…tapi aku nak kau baca sendiri…aku akan ajar kau..”

Muqaddam tadi dihulurkan kembali kepada Haniff. Haniff menyambutnya dengan senyuman. Kali ini, senyumannya tidak lagi tawar dan terpaksa.

“terima kasih juga kerana masih memberi aku harapan…tapi bila??”

“sekarang…”



~orang yang belajar al-Quran itu mendapat 2 pahala..
Pertama pahala kerana bersungguh-sungguh untuk belajar
Kedua pahala membacanya itu sendiri.