AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Saturday, May 26, 2012

KiTa Kan KawAn

aku bukan orang gila
yang hidup bahagia dalam dunia imaginasinya sendiri
~ aku perlukan kawan...

waktu aku kecik-kecik dulu
kawan sepermainan itu jugalah musuh
kalau dah puas berbaik-baik
kami mulalah gaduh-gaduh
sebab itu mak selalu pesan

"jangan tak tegur kawan lebih dari 3 hari yerrr,
nanti tak masuk syurga..."

bila aku masuk sekolah rendah
aku dapat ramai kawan baru
tapi bila dah tamat waktu sekolah
kami semua berpisah
kecuali aku dan kawan-kawan sepermainan aku tadi
sebab itu
kalau dapat sejuta pun kawan baru
aku tak kan pernah lupakan kawan lama

masa aku ke sekolah menengah
kawan-kawan aku ni berpecah kepada beberapa kumpulan
kumpulan A : budak-budak skema
kumpulan B : geng lepak
kumpulan C : suka mengayat
kumpulan D : bla..bla..bla..
kumpulan E : bla...bla..bla..
jadinya aku perlu bijak menilai
bukan bijak untuk memilih kawan
tetapi bijak untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan...

kat universiti pulak
aku jumpa ramai kawan di jalanan
hari ini kami bertegur sapa
hari esok terus tak jumpa-jumpa
di sini juga aku jumpa kawan seperjuangan
mendukung cita-cita yg sama dan bersama
aku jumpa gak kawan sebenar-benarnya kawan
susah atau senang dia tetap ada

masa aku terus berjalab...dan berjalan...
macam-macam kawan bakal aku jumpa
tetapi aku telah belajar satu perkara

tidak ada seorang kawan yang benar-benar sempurna
tetapi ketahuilah
seorang kawan itu akan menyayangimu dengan sesungguhnya...




Tuesday, February 7, 2012

cerpen : KARMA HIDUP



KARMA


Kita selalu ada masa

Untuk bersama dengan orang lain

Untuk berbuat perkara lain

Sehingga kita sering abaikan

Seseorang yang dekat di samping

Yang lebih memerlukan masa kita untuk bersama dengannya…

Kalau boleh aku nak berikan seluruh hidup aku

Untuk orang lain hidup bahagia

Aku sanggup terkorban

Asalkan aku mampu tersenyum melihat mereka gembira

Tapi itulah

Aku Cuma insan biasa-biasa

Aku juga bergantung pada orang lain untuk hidup

Sebab itu aku memerlukan mereka-mereka yang memahami…

Dan, Aku nak satu dunia tahu

Kisah ini….

Nama aku Adam. Orang cakap, itu nama Nabi yang pertama. Entah. Aku Cuma tahu, aku anak haram. Kawan-kawan aku semua tahu. Jiran-jiran aku pun tahu. Orang-orang kampong juga tahu. Dan, semestinya ibu dan ayah aku…TAHU…

“ Dasar anak haram!!! Kalau aku tahu perangai kau macam setan, kecil-kecil aku dah buang dalam longkang…”

Ayat ini yang selalu ayah ingatkan kepada aku, sekalipun aku melakukan kesalahan yang kecil Cuma. Ibu setakat melihat tanpa cuba untuk mempertahankan anak kecil ini. Aku adalah bebanan buat mereka. Anak yang mereka miliki sebelum halal berkahwin…

“oitt…pencuri…pencuri…kejar budak tu..kejar…”

Aku kantoi kali ini. Seusia 15 tahun, aku lari dari rumah dan hidup sebagai gelandangan.


Mencuri adalah salah satu kelangsungan untuk aku meneruskan hidup. Cuma sebungkus nasi lemak. Cuma itu. Dan, sebagai balasan, aku teruk dibelasah tanpa belas. Aku tidak kisah semua itu. Aku juga tidak kisah tubuhku lunyai dihentam. Cuma…aku terkilan. Sebungkus nasi lemak yang aku genggam berterabur di jalan.

“Kenapa adik mencuri?”

Lelaki yang meleraikan keadaan tadi bertanya. Dia memapah aku untuk duduk. Darah yang masih segar mengalir dilapnya dengan sapu tangan. Pertama kali, aku merasakan sebuah kasih sayang dari seseorang.

“ Aku anak haram. Semua orang cakap macam tu. Buat apa aku nak buat baik kalau aku ini asalnya haram.”

“ Adik..kehidupan ini adalah anugerah dari Allah. Anugerah. Tidak ada sesiapa yang meminta untuk dilahirkan, lagi-lagi begini. Itu kehendak Tuhan. Dan, setiap yang datang dari Tuhan itu adalah kebaikan. Cuma, manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Adik tidak bersalah. Jangan menghukum diri adik hanya kerana tanggapan salah masyarakat.”

Dan, kehadiran lelaki itu memulakan kisah baru hari-hari aku…

Nama aku pula Ikhmal. Aku terlebih dahulu mengenali lelaki itu sebelum Adam. Lelaki itu yang pernah aku benci. Lelaki itu yang memisahkan aku dari seorang ibu. Lelaki itu yang dahulunya tidak mahu mengaku aku sebagai anaknya. Ya. Lelaki itu adalah ayah aku.

“ Ayah,pagi ini ada burung-burung berkicauan tak?”

“ Ada nak. Merdu macam biasa. Ikhmal lihat atas dahan sana. Ada sepasang burung…”

“ Saya Nampak ayah. Tapi ayah…bila agaknya saya boleh mendengar suara burung-burung itu?”

Ayah tersenyum sebelum lambat-lambat menggerakkan tangan membuat bahasa isyarat. Aku cuba untuk memahami maksudnya.

“ Anakku, Tuhan memberikan mu sebuah kehidupan. Itu sudah cukup. Tidak mengapa jika kamu tak mampu mendengar. Dan tidak mengapa jika kamu tidak boleh bercakap. Ayah ada untuk bercerita kepada kamu. Apa yang penting, kamu hargailah kehidupan ini yang Tuhan berikan. Dia memilih kamu, bukan burung-burung itu.”



“Terima kasih ayah”

Dan, ayah memeluk aku erat. Entah mengapa, setelah berpisah dengan ibu, ayah betul-betul telah berubah. Tidak lagi marah-marah, tidak lagi mabuk-mabuk dan ayah mula menerima aku seadanya. Menjaga aku seadanya. Tidak seperti ibu, yang pergi tanpa khabar berita. Namun, aku tetap sayangkan ibu. Ayah tidak pernah mengajar aku untuk membenci ibu.

Betul Ikhmal. Adam juga mula belajar untuk mengasihi ibu yang melahirkan Adam. 9 bulan dia menjaga Adam dalam kandungan. Sekalipun Adam seolah-olah tidak wujud baginya, sekurang-kurang ibu memberikan Adam peluang untuk melihat dunia. Peluang kehidupan yang dia berikan ini menidakkan Adam untuk membenci ibu.

Adam. Anak angkat ayah. Aku mulanya cemburu. Kenapa cinta ini perlu dikongsi dengan kehadiran orang lain? Lalu ayah memujuk aku.

“ Ikhmal, kehidupan ini bukan untuk diri sendiri. Hari ini, Ikhmal masih ada ayah. Nanti bila ayah sudah tiada, pada siapa lagi Ikhmal mahu pergi? Ayah mahu Ikhmal terima Adam. Nak, hidup kita ini saling memerlukan…”

Adam tak kisah. Adam boleh terima siapa-siapa sahaja yang mahu terima Adam. Adam tiada sebab untuk memilih. Itu lebih baik dari kehidupan yang lalu. Tetapi ayah….

Ikhmal juga sudah terima Adam. Hubungan kami bagai adik dan abang. Baru Ikhmal mengerti indahnya berkongsi kasih. Tetapi ayah…

Kenapa sesudah ayah menerima kami, ayah buang kami semula?

Ke sini?

“ Rumah Anak-Anak Yatim”


~ Ikhmal masih ada ayah yang boleh jaga Ikhmal…yang boleh kasihkan Ikhmal…yang boleh buat apa sahaja untuk Ikhmal hidup bahagia…tetapi bukan di sini …

~ Kalau ayah tak mahu Adam lagi, hantar Adam ke dunia lama Adam…bukan di sini…

~ Ayah…di sini memang ramai kawan…tapi Ikhmal sunyi…Ikhmal rindukan ‘suara’ ayah yang lahirnya dari hati…

~ Ayah…Adam bukan anak yatim…Adam anak haram!!!

Dua minggu kami di sini. Dua minggu yang berlalu tanpa apa-apa makna. Benar, Adam ada Ikhmal dan Ikhmal ada Adam…tetapi Adam dan Ikhmal perlukan Ayah…


“ Adam…Ikhmal…maafkan ayah…Hidup ayah dah tak lama. Ayah sedang bertarung dengan penyakit Aids. Kritikal. Ayah terima semua ini sebagai karma. Sebuah anugerah hidup yang dulu tidak ayah hargai sebaiknya. Ibu pergi meninggalkan ayah kerana ayah seorang penagih dadah yang tegar. Ikhmal lahir tidak sempurna…itu juga salah ayah. Dan ayah mahu menebus semula kesilapan lalu. Sudikah Ikhmal memberikan ayah ruang untuk pulang itu? Cukup kalau Ikhmal sekadar…memaafkan ayah…dan Adam..ayah tidak mahu melihat kamu seperti ayah yang dulu. Takdir hidup bukan untuk kita terima begitu sahaja, kita perlu perjuangkannya…terima kasih kerana sekian lama susah dan senang berkongsi cerita hidup bersama dengan ayah. Sudah sampai masa, dan ayah yakin…kamu mampu menghadapinya tanpa ayah..anak-anakku…inilah kehidupan…”

Ayah…

Kenapa setiap cerita itu mesti berakhir dengan kehilangan?

~ Sebab… selepas hidup itu adalah kematian…

Adam ~ anak kecil hidup dengan status 'anak haram' pada mata masyarakat
Ikhmal ~ anak istimewa seorang bekas penagih dadah dan pesakit HIV

anda sudi untuk memeluk mereka
setelah aku tiada?

yang baik itu balasannya baik...

Saturday, January 14, 2012

nakalnya saya...

salam alaik

kadang-kadang saya berfikiran nakal
dok termenung sorang-sorang
maka inilah diantaranya yg saya khayalkan tahap citer hindustan...

jengg..jengg...jenggg...

1) Pensyarah ku seksi maut...
selalu ja terdengar keluhan member-member...err...perbualannya tak boleh tersiar di sini yer...sensored punyer...mana taknya...bercakap pasal xley fokus dalam kuliah sebab pakaian pensyarah yg menyeksa mata...hohoho..so apa kata anda bertindak sebegini...hermmm..

pensyarah : Ali,kamu buang tebiat ke hape? undang-undang mana benarkan kamu pakai skirt petak-
petak (kain pelikat) ni datang ke kuliah saya ?

Ali : tapi puan, tak adelah 'skirt petak-petak' saya ni sesingkat skirt puan yg mendedahkan aurat tuh.
Salah ke saya puan?

pensyarah : ini peraturan universiti. Kamu kena patuhi.

Ali : tapi menutup aurat itu hukum Allah yang mula-mula sekali kita kena patuhi.

pensyarah : Itu hak peribadi masing-masing. Saya tahu apa yang saya buat.

Ali : so, same goes to me. Saya bukan cuma tahu tapi saya juga faham apa yang saya buat.

pensyarah : @#$%^&

well...anda berani bertindak begini? Saya pernah ditegur kerana memakai kain pelikat di kawasan kolej perempuan. Ok, fine. Saya terima seadanya tapi saya rasa tidak adil sebab...kenapa budak lelaki yg pakai short pant yg juga ada di situ tidak ditegur?huhhhh...

2) hisap rokok...

Aku : weiii..sedap tak hisap rokok

Dia : ermm...aku tak reti nak kata. Kalau kau nak tahu,cubalah rasa...

Aku : Sebatang rokok kat kedai berapa harganya ehh..

Dia : koman-koman...singgitlah...eh,kalau kau nak,hambik ajer aku punya...nahhh sebatang...

Aku: eh..terima kasih..Aku tak nak rokok kau tapi aku nak duit kau singgit,boleh??

Dia: pulakk..nah singgit..Kau nak buat hape bro?

Aku : Kau tengok eh...macam ni..mula-mula aku gulung-gulung duit KO ni jadik macam rokok,then aku
sumbat kat mulut...pastu aku nyalakan api dan...fuhhh...sedappp jugakkk hisap duit ni
ehhh...layannnn...

Dia : weiii..ko giler ke apa? kalau yer pon nak sindir haku, pakai la duit sendiri..bakar duit orang pulak..

Aku : sama aje kan kalau kau bagi rokok tadi kat aku kan?

Dia : weeiii..ko ni kelakar la weeiii...hisap duit mana ada feeling dan perasaaaannn macam hisap rokokk..

Aku : dah kalau itu caranya yg dapat buat kau sedar, itulah feeling dan perasan aku yg paling bahagia
tau...bakar berjuta ringgit pon aku tak kisah bro...sebab aku sayang Ko...

Dia: err...

iskk iskk iskk...
agak jiwang di situ...

3) member ku kapel

saya : aku rasa nak bela babi la sekor...

Awak : wow..wow...aku harap kau waras geng...babi tuh haram la...budak tadika pon tau, tau...

saya : own ur mine la bro...kau kapel, kuar dating, manja-manja dengan awek ko tuh...ada kau kisah
bila aku nasihatkan?

Awak : Ya Allah...apa kena mengena babi dengan awek aku ni weiii? kot yer pon kau jeles,jangan lah
makan hati sampai nak bela babi...

saya : tak ada mengena konon...budak tadika pon tau lah weiii...berdua-duaan,bersentuhan tangan
dengan bukan muhrim tu haraaammmmm...

Awak : kau jangan nak samakan awek aku dengan babi pulak...berkecai nyawa kau nanti

Saya : weii..ada aku kata ke? Kau sendiri yang buat andaian gitu...so,kau tahu-tahu ajelah
kan...geng,pegang babi tak dosa tau,boleh samak...kau pegang-pegang awek kau,kau dah samak dosa2 kau belom?

Awak: cisss..hambikkkkk kau sebijikkk

errr..gurau ajer...agak2 teguran macam nih berakhir dengan aksi2 keganasan ke tak???herrmmm...

hak hak hakkkk
saja nakal-nakal saya jer...
kuang kuang kuang..
terkena ka brooo?

Sunday, January 8, 2012

MaLas BeLAjaR...



“ariffff…arifff…arifffffff…”





Alamakkkk…katil dah memanggil-manggil
Rasa-rasanya baru sahaja buka buku
Cepat bebenar mata ni mula layu




Tidur pon sooodaaappp nih
Tapi kalau asyik tidur jaaa
Nanti dalam dewan exam pon tidur jugak lah jawabnya…



Tapi…(tapi lagiii..)
Otak dah tepu ni weiii
Tiba-tiba rasa jemu
Dah malas lah nak belajar


Tettttttt…

Tu diaaaa…

M.A.L.A.S B.E.L.A.J.A.R

Well…
Dalam proses mentelaah ilmu ni
Biasanya otak boleh menerima satu jam yg pertama sahaja
Seterusnya








kamu perlu rehatkan otak kejap
Jadi jom…
Kita take a nap…

~ cuci mata tengok-tengok langit ke (jangan pejam mata tidur oiittt..)



~alas perut dengan makan yang ringan-ringan ke (jangan tibai nasi, nanti tersadai…)



~ baca buku-buku hiburan sat..(ehem…ehem…hiburan not mean majalah yg menjolok biji
mata yerrr..)

~ tak pun tengok TV atau apa-apa video dalam 5, 10 minit
(jangan p layan movie sudahhh..)

Roh atau jiwa itu
juga perlu dirawat dan dibersihkan



Hati kamu dah terganggu dan terhijab



Dah…dah…cepat luruskan niat
Baru tak hadir mood ‘malas’

~ ambil masa baca quran 2, 3 muka surat



(baca novel atau komik 2, 3 buah boleh ajerrr kan? Kan? Kan?)

~dirikan solat sunat
(sila solat taubat banyak-banyak sebelum nak berhajat dengan Tuhan yerr..)

~muhasabah diri sejenak
(jangan melayang sampai ke langit ke tujuh sudahhh..)



Errmm..mungkin juga kebosanan sedang melanda



Yeahh..one more time
You have to enjoy urself…lets make some fun

~telefon family atau member kat kampong bertanya khabar



(jangan p layan mengumpat pulak ehhh…)

~usik kawan-kawan yang berdekatan dengan anda
(ley gelak guling-guling kan…)



~pergi riadah petang-petang
mainbola, badminton ke,jogging…

atau teng teng ke...



congkak...



guli...



errr..
apa-apa ajer lah korang...

Teringat tips seorang member
Bila dia rasa katil dah memanggil-manggil
Dia selerakkan katilnya dengan nota-nota...
Hambikkkk kau!!!
Tapi kalau saya



Saya tetap landing berselimutkan nota-nota tersebuuuttt…
Hohoho

Masing-masing ada cara sendiri
Untuk hindari rasa malas dan boring
Time killer-killer dan gile-gile punya nak study
Lagi-lagi exam dah dekat kan? Kan? Kan?

Selamat berjuang ye untuk semua




“berangkatlah kamu baik dengn rasa ringan mahupun dengan
rasa berat, dan berjuanglah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Itu lebih
baik bagimu jika kamu tahu”
(attaubah,9:41)

Ingat…tanggungjawab kita kepada Allah
Ilmu yang berguna itu penyelamat dunia dan akhirat

Ingat…perjuangan kita untuk mak ayah
Pastikan kita buat mereka tersenyum puas



Ingat…peranan kita kepada semua
Erti hidup pada memberi, bukan setakat menerima sahaja..



Ingat…azam kita pada diri sendiri
Allah tidak akan mengubah nasib ini jika kita tidak berusaha kearahnya...






Semoga datang kita dengan segunung harapan, membawa kita
pulang dengan kejayaan…

Friday, January 6, 2012

MaLas SolaT...




“solat bukannya lama, 5 minit je…itu pun malas nak buat?”


Huhhh…5 minit konon…
Aku mengadap fesbuk pon tak terasa lama macam ni larrrr...



Ada banyak kerja lain lagi la aku nak buat
Belajar, pergi makan, main bola, masak , bla bla bla dan bla...
Jadi aku kena solat laju-laju
Tak boleh buang masa…
eee...tak suka, tak suka...
errr
Buang masa???

Hohoho
Jika beginilah yang anda rasa
Maka
Selamat datang ke zon 'malas solat'
Clap clap clap…




Yeah…betul tuh
maka Bertepuk tangan lah setan-setan dengan sikap anda ini…

No wonder la ramai orang yang solat ‘patuk ayam’



Yer lah…
Tunduk naik tunduk naik
Tengok-tengok dah siap
Bacaan tunggang langgang…tuma'ninah entah ke mana
Macam main-main pulak korang solat eh
Korang ingat korang masih budak-budak





Nanti kat akhirat
Tuhan pulak main-main campak aje buku amal kat muka
Korang nakkk???
Saya tak nak…
Jadi jangan main-main dengan Tuhan eh...


Semua tuh korang buat
Dengan alasan masih banyak urusan duniawi nak disetelkan



Weiii…tolonglah weiii..
Tuhan dah bagi sehari 24 jam



Katakan satu solat fardhu paling lama pun 10 minit
~ lama tuhh

Darab dengan 5 waktu
Ada la dalam sejam masa
Nahhh…korang berbaki 23 jam untuk berbuat perkara lain
Fulamakkk…sibuk sangat eh
Nanti boleh plak sibuk-sibuk merayu pada Tuhan bila nak sesuatu
kan kan kan???




Ada juga jenis solat di akhir waktu
Katanya leceh nak ambil wuduk banyak kali
Jadi…sebelum 5, 10 minit nak masuk asar
Dan dan lah tuh nak solat zohor
Selesai ajer salam
Ngam-ngam dah azan
Boleh terus solat asar kan kan kan?
Adeiii..
Dibuatnya nyawa korang dah sampai seru
Sebelum sempat nak tunggu 5,10 minit lagi nak solat
Apa korang nak jawab?



Jangan lengah-lengah nak sembahyang
Sebab maut tak kira waktu…

Ingat tuh eh
Sama-sama kita ingat
Jangan malas-malas solat
Kalau tak mahu nanti kat akhirat
Allah pun malas-malas dah nak terus menghisab
Sebab awal-awal lagi solat dah rongak-rongak…

Wednesday, January 4, 2012

stAtuS FacEbOOk JaN 2012

112012M.7safar1433H

saya masak memang sedap
kawan saya masak lagiiiiii sedap
makan free lagi lagi la memang sedap...kan kan kan...
tapi masakan mak lah paling sedap...
saya nak masak...saya kol mak...
saya makn masakn kawan...saya teringat masakan mak...
mak masak free...xpayah beratur nak bayar kat kaunter kan kan kan...

mak masak dengan kasih sayang
berkat tuh air tangan mak
tak ada sesaper leh jadik pengganti
sekalipun bini...
errr...



salam alaik...
212012m8safar1433h

errr...

xde pe

selamat mati kecil
tido elok2 eh
baca doa tido dulu

Ya Allah...kerana-Mu aku hidup dan aku mati(tido)



p/s: jangan lupa tegur saya kalau jumpa dalm mimpi nt eh...boleh ka gitu?hohoho


salam alaik...
312012m9safar1433h

berpisah sekejap itu perlu kerana kita lazimnya mula menghargai sesuatu itu setelah kehilangan...

selalu dekat buat kita tak nampak cinta
bila berjauhan barulah terasa

~ bukankah hadir rindu itu tanda kita ingat?

begitu jugalah kenapa Allah sentiasa menguji
kerana Dia ingin melihat kita kembali

hakikatnya Allah setia bersama dan sentiasa ada dekat
cuma kita yang buta untuk 'melihat'

~ bukankah bila kita perlu Allah itu barulah kita ingat?




salam alaik
10safar1433h412012m

dalam dunia nih

diciptakan setiap benda itu berpasangan
...ada hidup
...ada mati

dan setiap perkara yang kita buat itu ada 2 pilihan
...baik
...atau jahat

sebab nanti kat akhirat kita cuma ada 2 kesimpulan
...syurgakah
...atau neraka...


salam alaik
11safar1433h512012m

apakata anda MENERIMA rm50 000, anda gembira?
apakata anda MEMBERI kasih sayang tetapi tidak diendahkan, anda kecewa?

material atau kebahagian, yang mana anda lebih cinta?
MENERIMA atau MEMBERI, yang mana anda lebih suka?
~ anda mungkin memilih kedua-duanya..kan kan kan?

mungkin anda senang hati mendapat kesenangan ...tetapi yang memberi lagi bahagia melihat anda bahagia...




~ syukur kepada Allah kerana memberi tanpa henti
~ terimakasih kepada sahabat semua keran memberi ruang untuk
kita saling berkongsi erti kehidupan bersama...

MasALAh...



ArrggHhhHHh!!!

tensennya aku...



kenapalah diciptakan masalah???
~ masalah betullah





kan bez kalau aku jadik baby balik
suci,bersih,putih...dan tak tahu apa-apa...

BErrTukArrRr!!!

PliiiNngGgg...




tidakpun kembali ke waktu kecil







masa itu buatlah apa-apa perkarapun
menangiskah...
atau ketawa
marah...kecewa...cinta...benci...suka...
semua main-main sahaja...

ataupun jadi budak-budak sekolah menengah



kalaupun ada masalah
kesusahan itu datang hanya pada masa itu
...dan selesai terus
sebab ada mak ayah untuk dipertanggungjawabkan

hohoho
rindu mak...rindu ayah...

bila dah dewasa macam nih...
macam nih...



tanggungjawab makin berat
berat???
tang berat ni lah yang tak nak...

wei...wei..
dalam dunia ini
diciptakan setiap benda itu berpasangan
ada hidup
...ada mati



dan setiap perkara yang kita buat dalam hidup ini cuma ada 2 pilihan
...nak jadi baik



...atau nak jadi jahat



sebab bila dah mati dan kat akhirat nanti kita masing-masing hanya ada 2 kesimpulan
..syurga
...atau neraka...

terpulanglah pda diri sendiri
nak terima masalah itu
sebagai satu ujian



atau sebagai bebanan????



boleh saja kita jadi seorang yang pengecut


agaknya...masuk syurga ke orang-orang yang tertewas?

' Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).'
(Al-Baqarah: 214)


boleh sahaja kita jadi seperti seorang bayi yang baru dilahirkan
yakni...kembalilah kepada Allah dengan sunggu-sungguh





sudah menjadi fitrah
manusia ni mudah menerima hidayah
dan mula mencari Allah
bila ditimpa masalah
kan? kan? kan?
maka,jangan sia-siakan hidayah itu yang jarang-jarang sekali datang...

boleh juga kita jadi kanak-kanak ribena
seceria anak-anak kecil
yeah..
you need to have some fun
hiburkan hati
tak mau lah sedey sedey
simpan masalah sorang-sorang
nanti jadi macam jeruk
masak jerkkk...

carilah kawan-kawan
sembang-sembang


(eh..gelak sopan-sopan lahh...)


bergurau mesra...
pedajalkan dia...erkkk...
kata nak jadi budak-budak kan
kena lah nakal-nakal sikit
hohoho
tapi jangan keterlaluan ehh...
jangan macam ni...



boleh juga kita kembali ke sekolah
maksud saya...jadi macam budak-budak sekolah

bila kena marah cikgu...




bila tak siap kerja sekolah...




dan paling best
bila nak pergi sekolah...dapat duit dari mak ayah
kan? kan? kan?

Yeah..betul tuh...mak ayah...
bila ada masalah
rujuklah mak ayah
mereka mungkin tidak boleh membantu kita lagi
macam lah kita ni masih kecik-kecik kan
tapi pada mereka ada mutiara kata yang berharga
sebagai panduan
kan? kan? kan?

akhir kalam

hohoho


selagimana kita hidup dimuka bumi Allah
tiap masalah yang datang ada jalan penyelesaiannya
melainkan mati...
nanti kat sana dah tak ada jalan dah...
cuma tinggal 2 kesimpulan
neraka jahanam
atau syurga abadi...