AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Friday, January 6, 2012

MaLas SolaT...




“solat bukannya lama, 5 minit je…itu pun malas nak buat?”


Huhhh…5 minit konon…
Aku mengadap fesbuk pon tak terasa lama macam ni larrrr...



Ada banyak kerja lain lagi la aku nak buat
Belajar, pergi makan, main bola, masak , bla bla bla dan bla...
Jadi aku kena solat laju-laju
Tak boleh buang masa…
eee...tak suka, tak suka...
errr
Buang masa???

Hohoho
Jika beginilah yang anda rasa
Maka
Selamat datang ke zon 'malas solat'
Clap clap clap…




Yeah…betul tuh
maka Bertepuk tangan lah setan-setan dengan sikap anda ini…

No wonder la ramai orang yang solat ‘patuk ayam’



Yer lah…
Tunduk naik tunduk naik
Tengok-tengok dah siap
Bacaan tunggang langgang…tuma'ninah entah ke mana
Macam main-main pulak korang solat eh
Korang ingat korang masih budak-budak





Nanti kat akhirat
Tuhan pulak main-main campak aje buku amal kat muka
Korang nakkk???
Saya tak nak…
Jadi jangan main-main dengan Tuhan eh...


Semua tuh korang buat
Dengan alasan masih banyak urusan duniawi nak disetelkan



Weiii…tolonglah weiii..
Tuhan dah bagi sehari 24 jam



Katakan satu solat fardhu paling lama pun 10 minit
~ lama tuhh

Darab dengan 5 waktu
Ada la dalam sejam masa
Nahhh…korang berbaki 23 jam untuk berbuat perkara lain
Fulamakkk…sibuk sangat eh
Nanti boleh plak sibuk-sibuk merayu pada Tuhan bila nak sesuatu
kan kan kan???




Ada juga jenis solat di akhir waktu
Katanya leceh nak ambil wuduk banyak kali
Jadi…sebelum 5, 10 minit nak masuk asar
Dan dan lah tuh nak solat zohor
Selesai ajer salam
Ngam-ngam dah azan
Boleh terus solat asar kan kan kan?
Adeiii..
Dibuatnya nyawa korang dah sampai seru
Sebelum sempat nak tunggu 5,10 minit lagi nak solat
Apa korang nak jawab?



Jangan lengah-lengah nak sembahyang
Sebab maut tak kira waktu…

Ingat tuh eh
Sama-sama kita ingat
Jangan malas-malas solat
Kalau tak mahu nanti kat akhirat
Allah pun malas-malas dah nak terus menghisab
Sebab awal-awal lagi solat dah rongak-rongak…

No comments:

Post a Comment