AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Tuesday, February 7, 2012

cerpen : KARMA HIDUP



KARMA


Kita selalu ada masa

Untuk bersama dengan orang lain

Untuk berbuat perkara lain

Sehingga kita sering abaikan

Seseorang yang dekat di samping

Yang lebih memerlukan masa kita untuk bersama dengannya…

Kalau boleh aku nak berikan seluruh hidup aku

Untuk orang lain hidup bahagia

Aku sanggup terkorban

Asalkan aku mampu tersenyum melihat mereka gembira

Tapi itulah

Aku Cuma insan biasa-biasa

Aku juga bergantung pada orang lain untuk hidup

Sebab itu aku memerlukan mereka-mereka yang memahami…

Dan, Aku nak satu dunia tahu

Kisah ini….

Nama aku Adam. Orang cakap, itu nama Nabi yang pertama. Entah. Aku Cuma tahu, aku anak haram. Kawan-kawan aku semua tahu. Jiran-jiran aku pun tahu. Orang-orang kampong juga tahu. Dan, semestinya ibu dan ayah aku…TAHU…

“ Dasar anak haram!!! Kalau aku tahu perangai kau macam setan, kecil-kecil aku dah buang dalam longkang…”

Ayat ini yang selalu ayah ingatkan kepada aku, sekalipun aku melakukan kesalahan yang kecil Cuma. Ibu setakat melihat tanpa cuba untuk mempertahankan anak kecil ini. Aku adalah bebanan buat mereka. Anak yang mereka miliki sebelum halal berkahwin…

“oitt…pencuri…pencuri…kejar budak tu..kejar…”

Aku kantoi kali ini. Seusia 15 tahun, aku lari dari rumah dan hidup sebagai gelandangan.


Mencuri adalah salah satu kelangsungan untuk aku meneruskan hidup. Cuma sebungkus nasi lemak. Cuma itu. Dan, sebagai balasan, aku teruk dibelasah tanpa belas. Aku tidak kisah semua itu. Aku juga tidak kisah tubuhku lunyai dihentam. Cuma…aku terkilan. Sebungkus nasi lemak yang aku genggam berterabur di jalan.

“Kenapa adik mencuri?”

Lelaki yang meleraikan keadaan tadi bertanya. Dia memapah aku untuk duduk. Darah yang masih segar mengalir dilapnya dengan sapu tangan. Pertama kali, aku merasakan sebuah kasih sayang dari seseorang.

“ Aku anak haram. Semua orang cakap macam tu. Buat apa aku nak buat baik kalau aku ini asalnya haram.”

“ Adik..kehidupan ini adalah anugerah dari Allah. Anugerah. Tidak ada sesiapa yang meminta untuk dilahirkan, lagi-lagi begini. Itu kehendak Tuhan. Dan, setiap yang datang dari Tuhan itu adalah kebaikan. Cuma, manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Adik tidak bersalah. Jangan menghukum diri adik hanya kerana tanggapan salah masyarakat.”

Dan, kehadiran lelaki itu memulakan kisah baru hari-hari aku…

Nama aku pula Ikhmal. Aku terlebih dahulu mengenali lelaki itu sebelum Adam. Lelaki itu yang pernah aku benci. Lelaki itu yang memisahkan aku dari seorang ibu. Lelaki itu yang dahulunya tidak mahu mengaku aku sebagai anaknya. Ya. Lelaki itu adalah ayah aku.

“ Ayah,pagi ini ada burung-burung berkicauan tak?”

“ Ada nak. Merdu macam biasa. Ikhmal lihat atas dahan sana. Ada sepasang burung…”

“ Saya Nampak ayah. Tapi ayah…bila agaknya saya boleh mendengar suara burung-burung itu?”

Ayah tersenyum sebelum lambat-lambat menggerakkan tangan membuat bahasa isyarat. Aku cuba untuk memahami maksudnya.

“ Anakku, Tuhan memberikan mu sebuah kehidupan. Itu sudah cukup. Tidak mengapa jika kamu tak mampu mendengar. Dan tidak mengapa jika kamu tidak boleh bercakap. Ayah ada untuk bercerita kepada kamu. Apa yang penting, kamu hargailah kehidupan ini yang Tuhan berikan. Dia memilih kamu, bukan burung-burung itu.”



“Terima kasih ayah”

Dan, ayah memeluk aku erat. Entah mengapa, setelah berpisah dengan ibu, ayah betul-betul telah berubah. Tidak lagi marah-marah, tidak lagi mabuk-mabuk dan ayah mula menerima aku seadanya. Menjaga aku seadanya. Tidak seperti ibu, yang pergi tanpa khabar berita. Namun, aku tetap sayangkan ibu. Ayah tidak pernah mengajar aku untuk membenci ibu.

Betul Ikhmal. Adam juga mula belajar untuk mengasihi ibu yang melahirkan Adam. 9 bulan dia menjaga Adam dalam kandungan. Sekalipun Adam seolah-olah tidak wujud baginya, sekurang-kurang ibu memberikan Adam peluang untuk melihat dunia. Peluang kehidupan yang dia berikan ini menidakkan Adam untuk membenci ibu.

Adam. Anak angkat ayah. Aku mulanya cemburu. Kenapa cinta ini perlu dikongsi dengan kehadiran orang lain? Lalu ayah memujuk aku.

“ Ikhmal, kehidupan ini bukan untuk diri sendiri. Hari ini, Ikhmal masih ada ayah. Nanti bila ayah sudah tiada, pada siapa lagi Ikhmal mahu pergi? Ayah mahu Ikhmal terima Adam. Nak, hidup kita ini saling memerlukan…”

Adam tak kisah. Adam boleh terima siapa-siapa sahaja yang mahu terima Adam. Adam tiada sebab untuk memilih. Itu lebih baik dari kehidupan yang lalu. Tetapi ayah….

Ikhmal juga sudah terima Adam. Hubungan kami bagai adik dan abang. Baru Ikhmal mengerti indahnya berkongsi kasih. Tetapi ayah…

Kenapa sesudah ayah menerima kami, ayah buang kami semula?

Ke sini?

“ Rumah Anak-Anak Yatim”


~ Ikhmal masih ada ayah yang boleh jaga Ikhmal…yang boleh kasihkan Ikhmal…yang boleh buat apa sahaja untuk Ikhmal hidup bahagia…tetapi bukan di sini …

~ Kalau ayah tak mahu Adam lagi, hantar Adam ke dunia lama Adam…bukan di sini…

~ Ayah…di sini memang ramai kawan…tapi Ikhmal sunyi…Ikhmal rindukan ‘suara’ ayah yang lahirnya dari hati…

~ Ayah…Adam bukan anak yatim…Adam anak haram!!!

Dua minggu kami di sini. Dua minggu yang berlalu tanpa apa-apa makna. Benar, Adam ada Ikhmal dan Ikhmal ada Adam…tetapi Adam dan Ikhmal perlukan Ayah…


“ Adam…Ikhmal…maafkan ayah…Hidup ayah dah tak lama. Ayah sedang bertarung dengan penyakit Aids. Kritikal. Ayah terima semua ini sebagai karma. Sebuah anugerah hidup yang dulu tidak ayah hargai sebaiknya. Ibu pergi meninggalkan ayah kerana ayah seorang penagih dadah yang tegar. Ikhmal lahir tidak sempurna…itu juga salah ayah. Dan ayah mahu menebus semula kesilapan lalu. Sudikah Ikhmal memberikan ayah ruang untuk pulang itu? Cukup kalau Ikhmal sekadar…memaafkan ayah…dan Adam..ayah tidak mahu melihat kamu seperti ayah yang dulu. Takdir hidup bukan untuk kita terima begitu sahaja, kita perlu perjuangkannya…terima kasih kerana sekian lama susah dan senang berkongsi cerita hidup bersama dengan ayah. Sudah sampai masa, dan ayah yakin…kamu mampu menghadapinya tanpa ayah..anak-anakku…inilah kehidupan…”

Ayah…

Kenapa setiap cerita itu mesti berakhir dengan kehilangan?

~ Sebab… selepas hidup itu adalah kematian…

Adam ~ anak kecil hidup dengan status 'anak haram' pada mata masyarakat
Ikhmal ~ anak istimewa seorang bekas penagih dadah dan pesakit HIV

anda sudi untuk memeluk mereka
setelah aku tiada?

yang baik itu balasannya baik...

1 comment: