AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Saturday, May 26, 2012

KiTa Kan KawAn

aku bukan orang gila
yang hidup bahagia dalam dunia imaginasinya sendiri
~ aku perlukan kawan...

waktu aku kecik-kecik dulu
kawan sepermainan itu jugalah musuh
kalau dah puas berbaik-baik
kami mulalah gaduh-gaduh
sebab itu mak selalu pesan

"jangan tak tegur kawan lebih dari 3 hari yerrr,
nanti tak masuk syurga..."

bila aku masuk sekolah rendah
aku dapat ramai kawan baru
tapi bila dah tamat waktu sekolah
kami semua berpisah
kecuali aku dan kawan-kawan sepermainan aku tadi
sebab itu
kalau dapat sejuta pun kawan baru
aku tak kan pernah lupakan kawan lama

masa aku ke sekolah menengah
kawan-kawan aku ni berpecah kepada beberapa kumpulan
kumpulan A : budak-budak skema
kumpulan B : geng lepak
kumpulan C : suka mengayat
kumpulan D : bla..bla..bla..
kumpulan E : bla...bla..bla..
jadinya aku perlu bijak menilai
bukan bijak untuk memilih kawan
tetapi bijak untuk menyesuaikan diri dengan semua keadaan...

kat universiti pulak
aku jumpa ramai kawan di jalanan
hari ini kami bertegur sapa
hari esok terus tak jumpa-jumpa
di sini juga aku jumpa kawan seperjuangan
mendukung cita-cita yg sama dan bersama
aku jumpa gak kawan sebenar-benarnya kawan
susah atau senang dia tetap ada

masa aku terus berjalab...dan berjalan...
macam-macam kawan bakal aku jumpa
tetapi aku telah belajar satu perkara

tidak ada seorang kawan yang benar-benar sempurna
tetapi ketahuilah
seorang kawan itu akan menyayangimu dengan sesungguhnya...




No comments:

Post a Comment