AlLLaH iTu SetiA aDA...daN aNa...inSyALLah SediA berSAma..

JIWAKU SEORANG MUJAHID...TIDAK KENAL HENTI...

Tuesday, June 9, 2015

Doa Konvensyen Sukan

Assalamualaikum wrt

Berkhidmat di sektor awam
tidak lari daripada pelbagai anjuran majlis
sekalipun banyak yang berbentuk hiburan
apabila dijemput untuk mengetuai bacaan Doa
aku tidak mampu untuk menolak
kerana di situ ada ruang untuk aku berdakwah
melalui susunan ayat dalam Doa.

suka untuk saya berkongsi bacaan Doa
pada konvensyen sukan peringkat zon tengah
institusi latihan kementerian kesihatan Malaysia
semoga beroleh manfaat.

jika ada tersalah ejaan, sebutan dan bacaan
mohon tegur ya.
terima kasih.



بسم الله الرحمن الرحيم


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن 


،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن

،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
KAMI BERMOHON DENGAN SIFAT MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG-MU
ENGKAU BERKATILAH MAJLIS KAMI PADA HARI INI.
MAJLIS KONVENSYEN SUKAN ILKKM PERINGKAT ZON TENGAH 2015
ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DARI PERMULAAN, DIPERTENGAHAN SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA.
ENGKAU PERKUKUHKANLAH PERPADUAN KAMI MELALUI SEMANGAT KESUKANAN INI.
SESUNGGUHNYA HATI-HATI KAMI BERKUMPUL PADA HARI INI ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN DARI-MU


.doa sihat tubuh badan

YA ALLAH YA WAHAB YA QAWWIY YA RAZAK
SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG BERIMAN YANG KUAT LEBIH ENGKAU CINTAI
,DARIPADA ORANG-ORANG BERIMAN YANG LEMAH,
MAKA YA ALLAH
DENGAN USAHA KAMI MENGANJURKAN KONVENSYEN SUKAN INI
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KESIHATAN TUBUH BADAN
AGAR KAMI KUAT UNTUK BERIBADAT
ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KESIHATAN MATA
UNTUK KAMI MELIHAT KEBESARAN CIPTAAN-MU
ENGKAU KURNIAKANLAH KAMI KESIHATAN TELINGA
AGAR KAMI DAPAT MENDENGAR PERINGATAN-PERINGATAN KE ARAH KEBAIKAN



اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .

Tuesday, June 2, 2015

AKU : Cikgu Tuisyen.

Assalamualaikum wrt.

Bacalah,
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Lalu Muhammad SAW
berGURUkan Malaikat Jibril
menyebut Kalam Allah
mulanya bagai anak kecil - menggigil-
dipeluk erat murabbi baginda
sehingga tersebar Islam keseluruh dunia.

Lalu AKU bercita-cita
menjadi guru
menyampaikan ilmu Allah
mulanya dari anak kecil
mendidik dengan kaseh sayang
sehingga mereka berjaya.

AKU bukan guru sekolah kerajaan
hero yang disanjung dan dipandang
AKU : Cikgu Tuisyen
wira tak terdendang
tapi jiwa kami sama sahaja
pendidik anak bangsa.

Cikgu Ariff Islam
Sg. Buloh, Selangor.
H/P : 0111-9765486